[Syaikhuna Al-Malibari] Manhaj Al-Bukhari dlm Hadith Fadhail yang Dhaif

| |



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Berkata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin Ali bin Ibrahim Al-Maliziy Al-Sakandary: aku telah bertanya kepada Syaikh Al-Muhaddith Dr. Hamzah `Abdullah Al-Malibari berkenaan kenapa wujudnya hadith-hadith dhaif dalam kitab Al-Adab Al-Mufrad, dan juga manhaj Imam Al-Bukhari dalam hadith dhaif  berkenaan fadhail. 

soal ku kepada Al-Syaikh: 


From: fathi_ali1427h
To: hamza abdullah
Subject: في الأدب المفرد
Date: Sun, 17 Oct 2010 16:15:51 +0200



الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم
وبعد
إلى شيخنا الكريم / الدكتور حمزة عبدالله المليباري / حفظك الله 

قال الشيخ جمال الدين القاسمي (شيخ للشيخ أحمد محمد شاكر) إن الإمام البخاري كان ممن يرفضون الحديث الضعيف مطلقا. لكن، لماذا أخرج البخاري أحاديث ضعيفة في كتابه الأدب المفرد؟ علما بأن البخاري لا يشترط الصحيح فيه كما في صحيح البخاري، لكن ما المراد بإخراجه الأحاديث الضعيفة في الأدب المفرد، شواهدا كان أو متابعات أو اعتبارا؟ وما هو المنهج الصحيح للإمام البخاري في التعامل مع الأحاديث الضعيفة؟

أرجو المساعده

بارك الله فيكم

Terjemahan Bebas: 

"Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam kepada Saidina Rasulullah SAW, wa ba'd, 

kehadapan Syaikh kami yang mulia / Dr. Hamzah `Abdullah Al-Malibari / hafizakallah, 

Berkata Guru Syaikh Ahmad Muhammad Syakir(rhm) yakni Syaikh Jamaluddin al-Qasimi(rhm) - sesungguhnya Al-Imam Al-Bukhari (rhm) adalah salah seorang tokoh yang menolak hadith dha'if secara mutlak. Persoalannya mengapa Al-Imam Al-Bukhari turut memasukkan hadith-hadith yang dha'if dalam kitab beliau Al-Adab al-Mufrad? Maklum, memang beliau tidak meletakkan syarat sahih sebagaimana Sahih Al-Bukhari tetapi apakah yang dikehendaki oleh Al-Imam Al-Bukhari(rhm) dengan memasukkan hadith2 dha'if dalam Al-Adab Al-Mufrad? Sebagai syahid, mutaba'at dan i'tibar kah?Atau bagaimana sebenarnya manhaj Al-Imam Al-Bukhari dalam berinteraksi dengan hadith-hadith dha'if?

Pohon bantuan (iaitu penjelasan -pent)

Moga Allah memberkati kamu semua"

-------------- jawapan:

Maka sesungguhnya telah menjawab Syaikhana Dr. Hamzah `Abdullah Al-Malibari, katanya:

From: hamza abdullah
To: fathi_ali1427h
Subject: RE: في الأدب المفرد
Date: Wed, 20 Oct 2010 00:06:03 +0530



.وعليكم السلام والرحمة , والإكرام
هذا صحيح بالنسبة إلى صحيح البخاري 
أما في غيره من الكتب التي لم يشترط فيها الصحة فغير صحيح، وليس فيه نص صريح أو نص غير صريح 
وأكبر دليل على ذلك محتوى كتاب الأدب المفرد الذي لم يشترط فيه الصحة
وليس من المحدثين من يرفض رواية الحديث الضعيف إلا إذا كان من رواية الكذابين 
ولسماع الحديث الضعيف (و) روايته أغراض كثيرة 

Terjemahan Bebas: 

"Wa'alaikumussalam wa rahmatulLah, dan Salam Hormat. 

Ini (iaitu dakwaan bahawa Al-Bukhari menolak berhujah dengan hadith dhaif secara mutlak termasuk dalam Fadhail - pent) adalah benar dinisbahkan kepada Sahih Al-Bukhari (iaitu jika yang dimaksudkan adalah kepada manhaj Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya sahaja, kerana syarat-syarat beliau dalam kitab Sahihnya adalah sangat ketat -pent) ,

adapun pada karya-karya beliau yang lain (selain Sahih Al-Bukhari -pent) yang mana beliau tidak mensyaratkan padanya kesahihan maka (dakwaan bahawa beliau menolak berhujah dengan hadith dhaif secara mutlak termasuk dalam fadhail - pent) adalah tidak benar (kerana syarat-syarat beliau dalam kitab-kitab selain Sahih nya adalah tidak ketat - pent), 

tiada teks yang sarih (jelas) atau teks yang tidak sarih (untuk mendakwa bahawa Al-Bukhari menolak berhujah dengan hadith dhaif secara mutlak termasuk dalam Fadhail - pent), dan dalil (bukti) yang paling besar (utama) dalam masalah ini adalah kandungan hadith-hadith dalam kitabnya Al-Adab Al-Mufrad yang mana beliau sendiri tidak mensyaratkan kesahihan padanya.

dan tiadalah (daripada amalan -pent) para Ahli Hadith (iaitu huffaz Al-Mutaqaddimin -pent) yang menolak riwayat hadith dhaif (dalam Fadhail -pent), kecuali jika ianya adalah daripada riwayat para pendusta , dan tujuan untuk mendengar hadith dhaif (dan) meriwayatkannya mempunyai pelbagai tujuan yang banyak"


sekian di kongsi, moga bermanfaat.


Al-Akh / Abu Ismaaeel 
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy

12.30 p.m , 13 Zul Qaedah 1431H



Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 8:04 PM. Filed under .

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign