Antara guru-guruku




Antara guru-guru yang daku menuntut ilmu dengan mereka. Moga Allah memelihara para masyaikhana.


Guru-guru dalam ilmu hadith, usul hadith serta ijazah hadith:

1- Syaikh al-Muhaddith al-Musnid Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary (Iskandariah, Mesir)

(Guru yang paling banyak di dampingi dalam hadith, mengikuti kelas-kelas, daurah serta majlis sama' beliau di masjid Imam al-Bukhari, 'Asafirah, Iskandariah juga di Markaz Thaqafah al-Islamiy, al-'Agamy, Iskandariah. Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Jami' al-Tirmizi, Sahih al-Bukhari, Musnad Ahmad, Alfiyyah al-Iraqi, dan lain-lain)

2- Syaikh al-Muhaddith Abu Muadz Thariq Iwadullah (Qaherah, Mesir)

(Mengikuti kelas hadith beliau di masjid 'Aziz Billah, Qaherah. Serta daurah khusus selok-belok serta teknik mentahqiq hadith di Ma'had Dr. Jamil Ghazi, banyak menela'ah kitab-kitab beliau seperti Syarah Lughatul Muhaddith, Syarah Nuzhat al-Nazor, Syarah Ulum al-Hadith dan sebagainya)

3- Syaikh al-Muhaddith 'Abdul 'Aziz Marzuq at-Tharifi (Arab Saudi)

(Mengikuti kelas-kelas beliau ketika beliau berada di Mesir, antaranya kelas khas Dhawabit Ulum Hadith serta lain-lain di Masjid Bilal bin Rabah, Qaherah, juga kelas beliau di Masjid Imam al-Bukhari, Tanta, biasa bertanya soalan-soalan kepada beliau berkait hadith dan menela'ah kitab-kitab beliau)

4- Syaikh al-Muhaddith Ahmad Zakariya (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas hadith beliau di Ma'had al-Furqan, Mustafa Kamil, Iskandariah)

5- Syaikh al-Muhaddith Dr. Hatem Syarif al-Awni (Arab Saudi)

(Mengikuti serta mengkhatamkan kelas Syarah al-Mugizoh al-Zahabi bersama beliau secara online, serta biasa bertanyakan soalan-soalan hadith kepada beliau menerusi e-mail, serta banyak menela'ah kitab-kitab beliau)

5- Syaikh al-Muhaddith Abul Harith Dr. Maher al-Fahl (Iraq)

(Memperoleh ijazah-ijazah dari beliau seperti Al-Sahihain, Sunan Arba'ah, Muwatta Imam Malik, Musnad Ahmad, Tafsir Ibn Jarir al-Tabari, al-Qur'an, dan lain-lain, serta biasa bertanyakan soalan-soalan hadith kepada beliau menerusi e-mail, serta banyak menela'ah kitab-kitab beliau terutamanya kitab al-Jami' Fi al-'Ilal wa al-Fawaid)

6- Syaikh Dr. Muhammad Ismail al-Muqaddam (Iskandariah, Mesir)

(Menghadiri sama' serta memperoleh ijazah kitab Syamail Al-Nabi karya Imam al-Tirmizi dari beliau, serta mengikuti kelas-kelas beliau di masjid Hatem,Samouha, Iskandariah serta masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

7- Syaikh al-Muhaddith Abu Hasf al-Musnady Muhammad Kamil al-Athary (Qaherah, Mesir)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

8- Syaikh al-Muhaddith Abi Ahmad Hasan Mustafa al-Warraqi al-Misri (Qaherah, Mesir)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

9- Syaikh al-Muhaddith Abi Ya'qub 'Abdul 'Aathi Muhyi Ahmad al-Syarqawi (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti daurah selok-belok mentahqiq manuskrip kitab-kitab turath di masjid al-Fath, Iskandariah, serta memperoleh ijazah dari beliau)

10- Syaikh al-Musnid 'Abdulrahman 'Allawi al-Habasyi

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

11- Syaikh al-Musnid Hafez ThanaAllah al-Zahidi

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, serta lain-lain)

12- Syaikh al-Musnid al-Syuja' Abadi (Pakistan)

(Mengikuti kelas beliau secara online menerusi Ghurfah Ibn Solah, serta mempunyai ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah dan lainnya)

13- Syaikh al-Muhaddith Abu Ishaq Sa'd al-Deen Muhammad Kamil Raziqihi Husein (Arab Saudi)

(Memperoleh ijazah khusus semia kitab-kitab serta riwayat-riwayat Imam al-Suyuthi dari beliau)

14- Syaikh al-Musnid Muhammad al-Saed Bayomi Zaghloul (Albania, Mesir, Madinah) 

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

15-  Syaikh al-Musnid Yusof al-'Atoum (Jordan)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

16- Syaikh al-Musnid Abul Hajjaj Yusuf 'Allawi (Jordan)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

17- Syaikh al-Muhaddith al-Musnid Abu 'Abdurrahman Muhammad Rafiq al-Thahir (Pakistan)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

18- Syaikh al-Musnid Muhammad Soleh al-Rifae (Dimashq)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

19- Syaikh al-Musnid 'Abdullah bin 'Arif al-Tamimi al-Iraqi (Iraq)

(Memperoleh ijazah kitab Arba'in al-Nawawi dari beliau)

20- Syaikh al-Muhaddith 'Emad al-Janabi (Iraq)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

21- Syaikh al-Musnid 'Adlan Abdul Aziz (Malaysia)

(Mengikuti kelas-kelas beliau di Malaysia, serta mempelajari ilmu hadith secara persendirian dengan beliau di Malaysia)

22- Syaikh al-Musnid Anwaruddin Abdul Wahhab (Malaysia)

(Banyak bertanya soalan-soalan hadith kepada beliau serta banyak mendapat bimbingan beliau)

Guru dalam ilmu fiqh, usul fiqh, dan ijazah fiqh:

1- Syaikh Dr. Abdel Azeem Badawi (Iskandariah, Mesir)

(Mempelajari fiqh bersama beliau di Markaz Thaqafah al-Islamiy, serta mendapat ijazah fiqh kitab al-Wajiz Fi Fiqh al-Sunnah dari beliau)

2- Syaikh Dr. Muhammad Ismail al-Muqaddam (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

3- Syaikh Dr. Yaser Borhamy (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh di masjid al-Taqwa, Sidi Bisyr, Iskandariah)

4- Syaikh Nader Bakkar (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh di masjid Syaikhul Islam Ibn Taimiah, Moaskar/camp caesar, Iskandariah)

5- Syaikh Dr. 'Alaa Qasim (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh di Ma'had al-Furqan, Mustafa Kamil, Iskandariah)

6- Syaikh Dr. Muhammad Mustafa Abdul Majid (Islandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas syarah Fiqh Muyassar bersama beliau di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

7- Syaikh Ahmad al-Sayyid (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas usul fiqh beliau di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

8- Syaikh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Malaysia)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh sekitar Selangor, Malaysia)

9- Syaikh Dr. Maszlee Malik (Malaysia)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh dan usul fiqh di Malaysia, juga pernah mengikuti usrah di bawah beliau sebagai naqib)

10- Syaikh Fikri Alamghiri (Malaysia)

(Pernah mengikuti kelas syarah kitab Fiqh Sunnah karya Sayyid Sabiq oleh beliau)

11- Syaikh al-Thayyar Hafiz Firdaus Abdullah (Malaysia)

(Biasa mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh, serta banyak menela'ah kitab-kitab karangan beliau)

12- Syaikh Hussein Yee (Malaysia)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh di Malaysia)


Guru-guru dalam ilmu aqidah dan manhaj:

1- Syaikh Dr. Muhammad Ismail al-Muqaddam (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam aqidah di masjid Hatem, Samouha, Iskandariah)

2-Syaikh Dr. Yaser Borhamy (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam aqidah di masjid al-Taqwa, Sidi Bisyr, Iskandariah, juga syarah kitab Minnatur Rahman di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

3- Syaikh Muhammad al-Qadhi (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam aqidah di Ma'had al-Furqan, Iskandariah, Mesir)

4- Syaikh Redha Thabit (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau dalam aqidah (qadaya iman wal kufr) di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

5- Syaikh Hesyam al-Asyqar (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau dalam qadaya fikriyah di Ma'had al-Furqan, Islandariah)

6- Syaikh Ir. Abdel Moneim al-Shahat (Islandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau berkisar 'Amal Jamaie di masjid al-Fath, Iskandariah, Mesir)

Guru-guru dalam ilmu sirah:

1- Syaikh Dr. Ahmed Farid (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti serta mengkhatamkan syarah kitab Waqafat Tarbawiyah Ma'a Sirah Nabawiyah karangan beliau di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

2- Syaikh al-'Arabi al-Sa'adani (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau dalam sirah di Ma'had al-Furqan, Islandariah)

Guru-guru dalam tajwid al-Qur'an dan tafsir al-Qur'an: 

1- Syaikh Dr. Yaser Abdel Qawi (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau dalam tafsir syarah kitab Asyar al-Tafasir karya Imam al-Jazairi, di Ma'had al-Furqan, Islandariah)

2- Syaikh 'Abdul Nizham Husein (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau dalam tajwid al-Qur'an di Ma'had al-Furqan, Islandariah)

















| | Read More »

Fadha'il A'mal Yang Bid'ah


Gambar hiasan: kitab Fadha'il A'mal karya Maulana Zakariya rahimahullah

Fadha'il A'mal Yang Bid'ah
Oleh: Abu Ismaaeel Muhammad Fathi al-Sakandary

Pendahuluan:

Akhir-akhir ini kelihatan ramai antara kita suka bahkan sering menyebut perkataan "fadha'il a'mal", baik yang menyebutnya adalah ustaz terkenal, para penuntut ilmu agama, orang awam, mahupun di bibir-bibir ahli bid'ah. Gejala ketagihan "fadha'il a'mal" ini lebih mudah dilihat dalam laman sosial internet umpama Facebook dan Twitter

Namun sayang, sedikit yang memahami apakah maksud istilah "fadha'il a'mal" yang mereka ucapkan itu, sekadar bancian atas para pembaca Facebook peribadi saya, saya dapati rata-rata memahaminya sebagai:

1- Satu amalan baik yang berasal dari hadith-hadith Dha'if, asal hadith itu Dha'if yang jika ia diamalkan, maka itu termasuk dalam fadha'il a'mal. Tidak mengira ia Dha'if Ringan (Khafif al-Dha'f) atau Dha'if Berat (Syadid al-Dha'f)

2- Satu amalan yang tiada asalnya dari hadith Sahih, mahupun al-Qur'an, mahupun amalan para Salaf (iaitu para Sahabat, Tabi'in dan Tabi' Tabi'in, hingga 300H), namun ia terdapat dalam hadith Dha'if maka ia termasuk fadha'il a'mal

3- Satu amalan yang tiada asalnya dari hadith Sahih, mahupun al-Qur'an, mahupun amalan para Salaf (iaitu para Sahabat, Tabi' dan Tabi'in, hingga 300H), namun ia terdapat dalam hadith Dha'if maka ia termasuk fadha'il a'mal, dengan syarat hadith Dha'if itu mestilah bukan terlalu Dha'if (Dha'if Jiddan) atau Palsu (Maudhu')

4- Satu amalan yang berasal dari hadith-hadith Dha'if tanpa mengira darjat ke'Dha'ifan'nya, dengan syarat hadith Dha'if itu isi kandungannya memberi suntikan jiwa, dan membawa rasa ketenangan dalam jiwa, maka ia adalah fadha'il a'mal

5- Satu amalan yang masyhur diamalkan masyarakat awam, yang berasal dari hadith-hadith Dha'if, maka itu adalah fadha'il a'mal.

Sayangnya kesemua pemahaman ini adalah pemahaman yang salah, bahkan ia bercanggah dengan pemahaman para ulama hadith yang membenarkan hadith-hadith Dha'if digunakan untuk fadha'il a'mal itu sendiri semisal Imam Yahya bin Syaraf al-Nawawi, walaupun nama beliau sering dipergunakan oleh mereka-mereka yang ketagihan fadha'il a'mal ini.

Apakah maksud fadha'il a'mal itu sebenarnya? Teruskan membaca...

Hukum beramal dengan hadith-hadith Dha'if dalam fadha'il:

Sebelum kita pergi lanjut berkenaan maksud fadha'il a'mal dan bagaimanakah ia sering disalah-guna sesetengah pihak terutamanya ahli bid'ah, adalah baik terlebih dahulu kita lihat apakah hukum beramal dengan hadith Dha'if dalam fadha'il a'mal itu sendiri.

Para ulama berbeza berkenaan boleh atau tidaknya beramal akan hadith-hadith Dha'if dalam fadha'il a'mal kepada dua kelompok, iaitu:

1- Kelompok pertama berpendapat bahawa hadith-hadith Dha'if tidak boleh digunakan secara mutlak termasuklah dalam fadha'il a'mal. Pendapat ini popular dikalangan fuqaha dan ahli hadith Mutaakhkhirin semisal Ibn Taimiah, Ibn al-'Arabi, al-Syatibi, al-Syaukani. Ahmad Syakir, al-Albani dan lainnya.

Terdapat juga antara mereka dari kelompok pertama ini menisbahkan pegangan ini kepada huffaz Mutaqaddimin semisal al-Bukhari, Muslim, Yahya ibn Ma'in, namun ia hanyalah dakwaan ampuh tanpa bukti yang jelas, bahkan bukti-bukti yang sampai menunjukkan sebaliknya.

2- Kelompok kedua berpendapat boleh beramal dengan hadith-hadith Dha'if dalam fadha'il a'mal dengan syarat-syarat yang ketat (kita akan sebutkan syarat-syaratnya kemudian). Ini adalah pegangan para huffaz hadith Mutaqaddimin semisal Abu Hatim, Abu Zur'ah, Ahmad bin Hanbal, Abu Daud, Sufyan al-Thauri, 'Abdul Rahman ibn Mahdi, Yahya ibn Ma'in, bahkan ia juga adalah pegangan al-Bukhari dan Muslim (berdasarkan bukti kuat yang sampai kepada kita). Pendapat kedua inilah pendapat yang rajih (lebih tepat).

Syarat-syarat ketat beramal dengan hadith Dha'if dalam fadha'il a'mal:

Sebagaimana yang telah kita sebutkan sebelum ini, para huffaz Mutaqaddimin membolehkan beramal dengan hadith-hadith Dha'if dalam fadha'il dengan syarat-syarat ketat.

Syarat-syarat ini adalah sebagaimana yang telah dinaskan(disebutkan) mereka dan juga yang dapat difahami dari amalan-amalan mereka dalam berinteraksi dengan hadith-hadith Dha'if dalam fadha'il ini.

Padanya 4 syarat ketat iaitu:

1-  Hadith Dha'if itu mestilah bukan dari jenis Dha'if Syadid (Dha'if Berat)

Yang dimaksudkan dengan Dha'if Syadid atau Dha'if Jiddan ialah pada hadith itu terdapat mereka yang Muttaham, atau Matruk, atau Dha'if Jiddan, atau Mathruh al-Hadith dan semisalnya, Setiap dari jenis-jenis sakit ini tidak dapat menguatkan satu sama lain, bahkan ia lebih melemahkan yang lain, ia umpama tisu "necrosis" dalam badan yang hanya memusnahkan dan membunuh bukan membaiki. Jika satu hadith terdapat mereka yang seperti ini maka ia termasuk dari jenis hadith-hadith Dha'if Syadid dan ia tidak boleh dibuat beramal dalam fadha'il.

Dan untuk mengenal sama ada suatu hadith itu adalah Dha'if Jiddan atau tidak, ia hanya boleh dilakukan oleh mereka yang ahli dalam hadith serta ilmunya, ia tidak mungkin diketahui oleh orang awam.

Oleh sebab itu, ramai ulama menegaskan bahawa beramal dengan hadith Dha'if dalam fadha'il ini terhad untuk para ulama hadith kerana hanya mereka yang mampu membezakan mana hadith Dha'if Jiddan dan mana yang Dha'if Khafif.

2- Amalan dalam hadith Dha'if itu mestilah mempunyai asal dalam hadith-hadith Sahih, ia tidak membawa amalan baru yang tiada dalam hadith-hadith Sahih, tidak menetapkan sesuatu tatacara khusus atau waktu khusus yang tiada asalnya dalam hadith-hadith Sahih.

3- Pengamal hadith Dha'if itu tidak meyakini bahawa ganjaran atau ancaman dalam hadith Dha'if itu adalah pasti, sebaliknya ia hanya dilakukan atas sebab berhati-hati.

4- Pengamal hadith Dha'if itu tidak mempopularkan amalan dari hadith Dha'if itu, kerana ditakuti ganjaran atau ancaman itu akan disalah fahami orang awam yang jahil sebagai satu yang pasti, seterusnya mereka meyakini ia dari Nabi secara pasti.

Definisi Fadha'il A'mal:

Setelah kita memahami apakah hukum beramal dengan hadith-hadith Dha'if dalam fadha'il a'mal dan juga memahami syarat-syarat ketat yang digariskan ahli hadith, pasti kita tertanya apakah maksud fadha'il a'mal itu sebenarnya?

Yang dimaksudkan dengan fadha'il a'mal ialah suatu amalan yang mana fadhilat(ganjaran)nya terdapat dalam hadith-hadith Dha'if, namun amalan itu sendiri adalah satu amalan yang telah sedia wujud bahkan telah sedia thabit dalam hadith-hadith Sahih atau al-Qur'an.

Dengan kata lain, amalan itu adalah amalan yang telah sedia disyariatkan dalam hadith-hadith Sahih dan al-Qur'an, hanya saja fadhilat(ganjaran) amalan tersebut terdapat dalam hadith Dha'if. Untuk menyatakan bahawa suatu amalan itu adalah disyariatkan ia memerlukan dalil, dan dalil itu mestilah Sahih serta menepati kaedah usul yang tepat.

Fadha'il a'mal bukanlah bermaksud beramal dengan satu amalan baru yang tidak wujud dan pernah tidak disyariatkan dalam hadith-hadith Sahih mahupun al-Qur'an, amalan tersebut bukanlah berdiri dengan sendiri, akan tetapi ia adalah amalan yang hanya boleh berdiri dengan bantuan hadith-hadith Sahih lain, ia adalah amalan yang telah sedia wujud dan thabit dalam hadith-hadith Sahih. Hadith Dha'if itu hanyalah menjadi satu sumber motivasi pembakar semangat untuk seseorang beramal dengan amalan yang telah sedia wujud dalam hadith Sahih tersebut.

Misalnya amalan solat Dhuha adalah satu amal ibadah yang telah sedia thabit dalam hadith-hadith Sahih, solat Dhuha itu sendiri sememangnya disyariatkan. Sekiranya wujud satu hadith Dha'if yang menceritakan ganjaran-ganjaran solat Dhuha, dan hadith Dha'if itu mencukupi syarat-syaratnya (sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini) maka bolehlah mengambil hadith Dha'if tersebut untuk beramal dengannya sebagai pemberi semangat melakukan solat Dhuha.

Contoh lain pula, misalnya jika terdapat satu hadith Dha'if yang menceritakan ganjaran bersedekah secara umum, dan hadith Dha'if itu mencukupi syarat-syaratnya, maka bolehlah beramal dengan hadith Dha'if berkaitan ganjaran bersedekah tersebut, kerana amalan bersedekah sememangnya satu amalan yang telah sedia wujud dalam hadith-hadith Sahih dan ia sememangnya disyariatkan.

Misal lainnya, amalan beristighfar sememangnya satu amalan yang thabit dalam al-Qur'an, namun fadhilat(ganjaran) beristighfar dari hadith-hadith adalah Dha'if kesemuanya, namun hadith-hadith Dha'if berkenaan ganjaran istighfar itu boleh dibuat amal dalam fadha'il apabila ia mencukupi syarat-syaratnya kerana amalan istighfar sememangnya telah sedia wujud dan disyariatkan dalam al-Qur'an. Ia bukanlah amalan baru.

Sekiranya terdapat satu hadith Dha'if yang menceritakan amalan zikir dengan lafaz khusus, pada waktu-waktu tertentu yang khusus, dengan sifat khusus serta tatacara yang khusus, ini tidaklah termasuk dalam ketegori fadha'il a'mal kerana amalan zikir khusus tersebut, dengan waktu dan tatacara khusus tersebut tidak mempunyai sebarang asal dari mana-mana hadith Sahih, sebaliknya ia adalah satu amalan baru yang direka dari hadith-hadith Dha'if, dengan kata lain ia sebenarnya adalah amalan bid'ah, bukan fadha'il a'mal.

Begitu juga sekiranya terdapat satu hadith Dha'if yang menceritakan amalan solat pada waktu yang khusus, dengan sifat, tatacara yang khusus semisal solat Raghaib (solat pada malam Jumaat pertama bulan Rejab), atau solat Tasbih, atau solat Hifzi, atau solat malam Nisfu Sya'ban dan lain-lain semisal, kesemua itu tidak termasuk dalam kategori fadha'il a'mal kerana ia adalah amalan baru yang tidak wujud dalam mana-mana hadith Sahih bahkan tidak pernah disyariatkan, sebaliknya ia adalah amalan bid'ah yang wajib diingkari.

Begitu juga jika datang satu hadith yang menceritakan amalan puasa pada hari sekian sekian yang khusus semisal puasa pada hari Nisfu Sya'ban, maka ia bukanlah termasuk dalam fadha'il a'mal kerana amalan tersebut tidak wujud dalam hadith-hadith Sahih, sebaliknya ia adalah bid'ah yang tercela.

Penutup:

Memahami maksud sebenar fadha'il a'mal ini adalah suatu perkara yang amat penting difahami, agar seseorang tidak mengambil amalan-amalan bid'ah dan melabelnya sebagai fadha'il a'mal. Akibat tidak memahami maksud fadha'il a'mal ini maka muncul golongan-golongan jahil bertopengkan ulama mengajar orang-orang awam di masjid-masjid, mahupun radio dan TV untuk berpuasa atau bersolat pada hari sekian-sekian yang khusus, atau berzikir dengan lafaz yang khusus pada waktu khusus tertentu dan semisalnya, dan mereka mengatasnamakan fadha'il a'mal, walhal hakikat seruan mereka bukanlah fadha'il a'mal, akan tetapi tidak lain hanyalah bid'ah yang sesat bahkan tercela agama.

Moga dengan penjelasan ini dapatlah kita bezakan mana satukah fadha'il a'mal yang benar, dan mana satukah fadha'il a'mal yang sebenarnya bid'ah. Allahua'lam

Abu Ismaaeel Muhammad Fathi al-Sakandary
Moaskar, Iskandariah, Mesir
Rabu, 13 Februari 2013







| | Read More »

Hadith Maudhu'(Palsu) itulah Dha'if !!





Hadith Maudhu'(Palsu) itulah Dha'if !!

Kebelakangan ini saya melihat satu fenomena menyedihkan tersebar dikalangan awam, ianya merisaukan saya, iaitu fenomena si jahil membela hadith Palsu dengan kejahilannya seterusnya mengelirukan orang awam yang juga jahil. Lebih menyedihkan ialah apabila si jahil itu dinobatkan dengan gelaran ustaz, bahkan muncul pula di kaca TV dan radio, buku-bukunya dicetak dan dijual, kuliah-kuliahnya dirakam dan dijual dalam VCD dan DVD.

Teknik si jahil membela hadith Palsu ini biasanya dia akan berhujah dengan membuktikan seolah-olah status sesuatu hadith itu terdapat perselisihan antara ulama hadith, sesetengah menilainya Palsu dan sesetengah pula menilainya Dha'if sahaja. 

Si jahil ini akan membawa kalam-kalam para ulama yang menyatakan hadith itu sebagai "Tidak Sahih", "Cacat", "Dha'if" atau apa-apa sahaja lafaz lemah bagi hadith asalkan bukan lafaz yang menunjukkan hadith itu palsu seperti "Maudhu'", "Batil", atau "Tiada Asalnya". 

Setelah si jahil membawa kalam-kalam itu, dia pun mula beretorik, katanya: "lihatlah ramai ulama yang menilainya hanya sekadar Dha'if, bukannya Maudhu' (Palsu)!". Tidak cukup sekadar itu, si jahil akan terus beretorik dengan berkata: "hadith ini hanyalah Dha'if bukannya Palsu, ianya masih lagi hadith maka boleh beramal dengannya". 

Melihat kata-kata si jahil ini maka orang awam yang juga jahil kerana tidak mendalami ilmu hadith akan mudah mempercayai dakwaan si jahil itu. Maka berlakulah tindak balas jahil ke atas jahil membentuk jahil kuasa dua, terkadang merebak menjadi jahil kuasa tiga, kuasa empat,  kuasa lima dan seterusnya

Namun hakikat sebenarnya bagi hadith itu tidak wujud sebarang perselisihan pun di kalangan ulama. Hanya di mata si jahil sahaja zahirnya akan kelihatan terdapat perselisihan, namun bagi mereka yang mahir ilmu hadith tidak akan nampak sebarang perselisihan pun yang berlaku. Benarlah kata pepatah Inggeris: " The eyes do not see what the mind does not know " yang bermaksud: "Mata tidak dapat melihat apa yang minda tidak tahu". 

Kenapakah kita katakan sebenarnya tiada sebarang perselisihan? ini kerana hadith Maudhu' (Palsu) itu sebenarnya termasuk dalam ketegori hadith Dha'if (Lemah), iaitu jenis Dha'if yang paling teruk. Dalam ilmu mustolah(istilah) hadith, secara umumnya hadith Dha'if terbahagi kepada 3 jenis iaitu: 

1- Dha'if Khafif (Ringan Lemahnya)

2- Dha'if Syadid (Kuat Lemahnya) 

3- Dan juga Maudhu' (Palsu). 

Kesemua 3 jenis ini terolong dalam ketegori hadith-hadith Dha'if, hanya saja martabatnya berbeza-beza. Hadith Dha'if dari jenis Dha'if Khafif inilah yang dimaksudkan oleh para ulama sebagai Dha'if yang boleh dibuat amal dalam fadhail tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat antaranya: 

1- Tidak menyandarkannya kepada Nabi SAW, tidak menyatakan ia adalah sunnah Nabi

2- Tidak menyebar luas amalan itu hingga mengelirukan awam, hingga orang awam menyangka amalan itu adalah sunnah. 

3- Amalan itu mestilah mempunyai asalnya dari nas-nas Sahih lain, sama ada dari nas hadith Sahih, atau nas al-Qur'an, atau amalan Sahabat Nabi. 

Manakala hadith-hadith Dha'if dari jenis Dha'if Syadid dan juga Maudhu' tidak boleh sama sekali dibuat amalan dalam fadhail. Sesetengah ulama hadith apabila menilai sesuatu hadith yang Tidak Sahih, terkadang mereka akan hanya menyebutnya sebagai Dha'if tanpa memperincikan martabat Dha'ifnya. Maka Dha'if yang mereka sebutkan itu boleh tergolong dalam salah satu daripada 3 jenis di atas, ia boleh bermaksud Dha'if Khafif, Dha'if Syadid dan boleh juga boleh bemaksud Maudhu'. 

Oleh itu apabila kita melihat seseorang ulama menilai sesuatu hadith sebagai Dha'if sedangkan ulama lainnya menilainya sebagai Maudhu', apatah lagi apabila dikaji sanadnya terbukti dalam sanadnya terdapat perawi yang berdusta atau qarain(petunjuk) bahawa dia berdusta, maka sebenarnya Dha'if yang dimaksudkan ulama itu adalah bermaksud Maudhu' bukannya Dha'if Khafif atau Dha'if Syadid. 

Kerana itu ramai ulama menasihatkan, orang awam yang menjumpai satu hadith yang dinyatakan oleh ulama hadith sebagai Dha'if, dia masih tidak boleh beramal dengan hadith Dha'if tersebut secara sendiri-sendiri tanpa merujuk kepada para ulama hadith terlebih dahulu, kerana perkataan Dha'if oleh ulama itu boleh terdiri daripada 3 jenis Dha'if iaitu Dha'if Khafif, Dha'if Syadid atau Maudhu'. Hanya hadith Dha'if Khafif sahaja yang boleh dibuat amal dalam fadhail dan hanya ulama sahaja yang mengetahui sama ada hadith itu adalah Dha'if Khafif atau Dha'if Syadid atau Maudhu' (iaitu jenis Dha'if yang paling teruk). 

Maka berhati-hatilah, usah terpedaya dengan tipu daya si jahil yang membela hadith Palsu ini, usah biarkan kejahilannya mempengaruhi kita. Moga Allah menetapkan kita dalam hidayah sunnah Rasul dan KitabNya. Moga penjelasan ringkas ini bermanfaat untuk dijadikan panduan sesiapa yang membacanya. 


Allahua'lam, 
Fathi Al-Sakandary
24/9/12

| | Read More »

Penjelasan Status Hadith: Anjuran menuntut ilmu ke negara Cina





Penjelasan Status Hadith:
Anjuran menuntut ilmu ke negara Cina



Matan(Teks) Hadith: 


اطلبوا العلم ولو بالصين


Terjemahan: "Tuntutlah ilmu walau ke negara Cina" 

Status:

Tiada hadith yang Sahih dalam bab ini walaupun satu, bahkan semuanya adalah Palsu, Batil, Tiada Asalnya sebagaimana yang telah dijazamkan oleh para huffaz hadith Salaf al-Mutaqaddimin. 

Kata Imam al-Khallal: 

أخبرني المروذي، أن أبا عبدالله ذكر له هذا الحديث، فأنكره إنكار شديداً

Terjemahan: "Telah mengkhabarkanku al-Marwazi sesungguhnya Abu `Abdullah (iaitu Imam Ahmad) ditanya akan hadith ini, maka dia (Imam Ahmad) mengingkarinya dengan sekeras-kerasnya" [al-Muntakhab Min `Ilal al-Khallal, 1/15]

Kata Imam al-Bazzar: 


فليس لهذا الحديث أصل

Terjemahan: "Tiada bagi hadith ini akan asal" [Musnad, 1/175]

Bahkan kata Imam Ibn Hibban: 

باطل لا أصل له


Terjemahan: "Batil, tiada asalnya" [al-Maqasid, 63, al-Fawaid al-Majmu'ah, 1/124]

Hadith ini datang dengan 4 jalur dan kesemuanya adalah Palsu, Batil. Saya akan menjelaskannya satu persatu di bawah: 

#1: Jalur Abi `Atikah dari Anas

Jalur ini dikeluarkan antaranya oleh al-Khallal dalam al-`Ilal (63), Ibn `Adiy dalam al-Kamil Fi al-Dhua'fa' (4/118), Abu Nu'aim dalam Akhbar al-Asbahan (2/156) dan lain-lain kesemuanya dari jalur al-Hasan bin `Athiyyah bin Najih dari Abi `Atikah dari Anas secara Marfu'.

Jalur ini adalah Munkar bahkan Maudhu' (Palsu), padanya beberapa penyakit: 

1- Tafarrud (menyendirinya) al-Hasan bin `Athiyyah dari Abi `Atikah dari Anas. Kata Ibn `Adiy :

 ما أعلم يرويه غير الحسن بن عطية عن أبي عاتكة عن أنس


Terjemahan: "Tidaklah diketahui ia melainkan dari jalur al-Hasan bin `Athiyyah dari Abi `Atikah dari Anas" [al-Kamil Fi al-Dhua'fa', 1/178]

2- Bersama-sama dengan tafarrudnya Abi `Atikah, dia juga adalah seorang yang mendustai hadith, mencipta hadith Palsu. 

Kata Abu Hatim tentangnya: 


ذاهب الحديث

Terjemahan: "mencuri dan mendustai hadith" [Tahzib al-Kamal, 8193]

Kata al-Bukhari pula: 


منكر الحديث


Terjemahan: "Munkar al-Hadith (iaitu hadith-hadithnya Munkar, terlalu banyak silap)". [al-Tarikh al-Kabir, 4/357]

Bahkan kata Ibn `Abdil Baar al-Qurthubi: 

ذكره السليمانى فيمن عرف بوضع الحديث


Terjemahan: "al-Sulaimani menyebutnya sebagai salah seorang yang dikenali memalsukan hadith" [Tahzib al-Tahzib, 12/142]

Kata Ibn Hibban pula:


أبو عاتكة منكر الحديث جدا،
 يروى عن أنس مالا يشبه حديثه وربما روى عنه ما ليس من حديثه

روى أبو عاتكة عن أنس عن صلى الله عليه وسلم قال: اطلبوا العلم ولو بالصين


Terjemahan: "Abu Atikah adalah Munkarul Hadith Jiddan, dia meriwayatkan dari Anas apa yang tidak menyerupai (iaitu bukan milik) hadith Anas, kemungkinan dia meriwayatkan dari Anas apa yang bukan dari hadith Anas, iaitu dia Abu Atikah meriwayatkan dari Anas dari Nabi sabdanya: tuntutlah ilmu walau ke negara Cina" [al-Majruhin, 1/382]. 

Bahkan Ibn al-Jauzi memasukkan hadith ini dengan jalur ini dalam kitabnya al-Maudhu'at yang merupakan kitab himpunan hadith-hadith Palsu.

#2: Jalur Ya'qub al-`Asqalani dari Anas

Jalur ini dikeluarkan oleh Ibn `Abdil Baar dalam Jami' Bayan al-`Ilm Wa Fadhlih (1/9) dari jalur Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim bin al-`Asqalani dari `Ubaid bin Muhammad al-Firyabi dari Ibn `Uyainah dari al-Zuhri dari Anas secara Marfu'. 

Jalur ini adalah Munkar bahkan Maudhu' (Palsu), padanya beberapa penyakit: 

1- Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim bin al-`Asqalani adalah seorang yang mendustai hadith sebagaimana yang disebutkan dalam al-Laali al-Masnu'ah Fi Ahadith al-Maudhu'ah (1/175) karya al-Suyuthi.

2- Tidak diketahui akan hadith ini dari Ibn `Uyainah dan al-Zuhri melainkan jalur ini, sedangkan mereka berdua adalah huffaz besar yang mempunyai ramai murid, dan ini menunjukkan bahawa jalur ini adalah Munkar. Tidak lain tidak bukan hanyalah satu kesilapan dan pendustaan.

#3: Jalur Jabir bin Zaid dari Anas

Jalur ini ditemui dalam kitab Tartib al-Musnad yang kononnya karya al-Rabi' bin Habib (18), katanya dari Abu `Ubaidah dari Jabir bin Zaid dari Anas secara Marfu'. 

Jalur ini adalah Palsu kerana kitab Tartib al-Musnad adalah kitab palsu ciptaan Ibadiyah terkemudian, bahkan al-Rabi' dan gurunya adalah rekaan serta tidak pernah wujud pun sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para ahli ilmu semisal Syaikh al-Musnid Ziyad al-Tuklah, Syaikh Sa'd al-Humaid, al-Albani dan lainnya. 


#4: Jalur Abi Salamah dari Abi Hurairah

Jalur ini dikeluarkan Ibn `Adiy (1/177) dari Muhammad bin Karam dari Ahmad al-Juwaibari dari al-Fadhl bin Musa dari Muhammad bin `Amru dari Abi Salamah dari Abi Hurairah secara Marfu'. 

Jalur ini adalah Palsu, penyakitnya ialah al-Juwaibari yang memalsukan hadith ini. Bahkan kata Imam Ibn `Adiy sendiri: 


وهذا بهذا الإسناد باطل


Terjemahan: "Ini dengan isnad ini adalah Batil (Palsu)" [al-Kamil Fi al-Dhua'fa',1/177]

Bantahan kepada mereka yang cuba menguatkan hadith ini:

Sesetengah manusia zaman moden kini bersemangat membela hadith Palsu ini, mereka berhujah dengan kata Imam al-Mizzi. Dalam tulisan mereka, mereka membuat persepsi kepada awam bahawa Imam al-Mizzi menyatakan hadith ini walaupun Dha'if setiap jalurnya namun disebabkan banyak jalurnya maka ia automatis naik taraf menjadi Hasan (mengikut istilah Mutaakhkhirin). Persoalannya adakah benar dakwaan mereka ini? 

Untuk mengetahui hal yang sebenar, maka eloklah kita merujuk kepada kata Imam al-Mizzi sendiri, iaitu kata beliau: 


إنه له طرقاً ربما يصل بمجموعها إلى الحسن


Terjemahan: "Sesungguhnya pada ada beberapa jalur, kemungkinan dengan himpunan jalur-jalur itu ia boleh mencapai ke darjat Hasan". 

Perhatikan dalam ayat Imam al-Mizzi itu, jelas bahawa al-Mizzi tidak pernah memastikan bahawa hadith ini semestinya mencapai Hasan (tepatnya disebut Hasan Li Ghairihi) dengan sebab bayaknya jalurnya, akan tetapi al-Mizzi hanyalah menyebut kemungkinan ia boleh dinaikkan ke tahap Hasan kerana ia mempunyai banyak jalur. 

Bagi mereka yang mendalami, mahir serta masak ilmu hadith, sudah pasti berjaya menangkap bahawa al-Mizzi tidak menaikkan hadith itu kepada Hasan, sebaliknya hanya menyatakan kemungkinan ia boleh dinaikkan kepada Hasan kerana banyaknya jalur, bagaimana hendak memastikan kemungkinan itu wujud atau tidak mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam disiplin ilmu hadith. 

Hadith Dha'if yang bagaimanakah boleh dinaikkan kepada Hasan? 

Bagi para ahli hadith, umumnya sesuatu hadith Dha'if itu boleh dinaik taraf menjadi Hasan iaitu Hasan Li Ghairihi (istilah Mutaakhkhirin) kerana banyaknya jalur dengan beberapa syarat iaitu: 

1- Jalur-jalur itu mestilah mempunyai lafaz matan hadith yang sama secara penuh untuk hadith yang hendak diperkuatkan itu, atau pun kebanyakan lafaz matan, atau pun ia membawa makna matan hadith itu secara penuh. 

2- Jalur hadith itu mestilah bukan jalur yang Syadid al-Dha'f / Dha'if Jiddan(Tersangat Lemah). Iaitu jalur itu Dha'if kerana kritikan pada kekuatan Dhabit perawinya dan bukan pada `Adalah perawinya, jika sesuatu jalur itu Dha'if kerana kelemahan `Adalahnya misalnya perawi itu dikriitk sebagai fasiq atau pendusta atau pemalsu hadith maka hadith itu tidak boleh sama sekali diperkuatkan. Jika jalur itu Syadid al-Dha'f kemudian datang pula jalur lain yang juga Syadid al-Dha'f maka ini hanya akan menguatkan Syadid Dha'ifnya dan tidak akan sama sekali menaikkannya kepada Hasan. 

3- Hadith yang hendak dinaikkan taraf itu mestilah isinya tidak bercanggah dengan hadith-hadith Sahih yang sedia ada.

4- Hadith yang hendak dinaikkan taraf itu mestilah bukan hadith yang Syaz dan Munkar, sekiranya sesuatu hadith itu Dha'if kerana Syaz, Munkar atau Mukhalafah maka ia sama sekali tidak boleh diperkuatkan. Kata Imam Ahmad: 

المنكر أبداً منكر


Terjemahan: "Hadith Munkar kekal Munkar selama-lamanya" [al-`Ilal al-Marwazi, 87]

Ini kerana hadith Syaz dan Munkar adalah hadith yang silap disebabkan kesilapan perawi yang meriwayatkannya, sesuatu yang silap akan kekal silap. 

Satu perkara penting yang perlu diketahui, ulama hadith Salaf al-Muqaddimin semisal Ahmad bin Hanbal, al-Bukhari, Muslim, Abu Hatim, Abu Zur'ah, `Ali ibn al-Madini dan lainnya, disisi mereka tiada satu kaedah tetap yang digunakan untuk menaikkan taraf hadith Dhaif kepada Sahih. Kaedah menaikkan hadith Dha'if kepada Sahih dengan hanya melihat banyaknya jalur tidak pernah wujud disisi mereka, sebaliknya mereka melihat kepada qarain-qarain serta murajjihat-murajjihat (petunjuk-petunjuk kuat) tertentu bukan sekadar jumlah jalurnya. 

Qarain-qarain serta murajjihat-murajjihat ini berbeza-beza mengikut sesuatu hadith dan tidaklah tetap. Bahkan banyak hadith-hadith yang mempunyai banyak jalur tetap dinilai Dha'if serta Tiada Asalnya oleh para huffaz hadith Salaf Mutaqaddimin, bahkan terlalu banyak jalur untuk sesuatu hadith itu boleh menjadi qarain (petunjuk) bahawa hadith itu Palsu! 

Dalam apa jua keadaan, jumlah qarain yang boleh menaikkan darjat hadith ataupun mempengaruhi darjat akhir sesuatu hadith itu tidak boleh diringkaskan dalam senarai umum pendek atau formula tertentu, kerana itu kata Ibn Rajab al-Hanbali dalam Syarah `Ilal al-Tirmizi: 


لهم في كل حديث نقد خاص ، وليس عندهم لذلك ضابط يضبطه


Terjemahan: "Disisi mereka (para huffaz Salaf Mutaqaddimin) kritikan (penilaian) bagi setiap hadith itu adalah unik, tiada disisi mereka akannya kaedah-kaedah atau formula-formula yang diikuti secara tetap" [Syarah `Ilal al-Tirmizi, 2/27], 

Maksudnya satu-satu hadith itu mempunyai qarain dan murajjihatnya tersendiri dalam menentukan Sahih dan Dha'ifnya, tiada satu formula atau kaedah yang boleh diringkaskan untuk mencakupi kesemua hadith-hadith.

Amalan menaikkan taraf hadith dengan melihat banyaknya jalur-jalur ini sebenarnya lebih banyak dipelopori oleh golongan fuqaha' serta sekelompok ahli hadith Mutaakhkhirin yang terpengaruh dengan kaedah-kaedah fuqaha' dalam menilai hadith, dan al-Mizzi termasuk dalam kelompok ini. Bahkan sesetengah mereka semisa al-Suyuthi amat tasahul (bermudah-mudah) menaikkan taraf hadith, ini bercanggah dengan manhaj para huffaz hadith Salaf al-Mutaqaddimin yang mana mereka amat jarang menaikkan taraf sesuatu hadith. 

Walaubagaimanapun, kesemua ahli hadith baik Mutaqaddimin atau Mutaakhkhirin mereka hanya akan menaikkan taraf sesuatu hadith itu apabila ia telah mencukupi syarat-syarat yang telah kita sebutkan sebelum ini. Bezanya Mutaakhkhirin melihat syarat-syarat itu secara mutlak, kerana itu mereka amat bermudah menaikkan taraf sesuatu hadith asal saja menepati syarat-syarat itu, manakala Mutaqaddimin akan melihat syarat-syarat itu bersama lain-lain qarain dan murajjihat kerana itu kita dapati mereka amat susah hendak menaikkan taraf sesuatu hadith bahkan banyak hadith-hadith yang telah mencukupi syarat-syarat untuk dinaikkan taraf masih tetap dinilai Dha'if secara konsisten. 

Baik, berbalik kepada 4 syarat yang telah disebutkan sebelum ini, adakah hadith "اطلبوا العلم ولو بالصين - Tuntutlah ilmu walau ke negara Cina" ini menepati dan mencukupi syarat-syarat yang disebutkan? Jawabnya sudah tentu tidak! kerana setiap jalur-jalur hadith ini Syadid al-Dha'f bahkan berlegar sekitar pendusta dan pemalsu hadith. 


Perhatikan, jalur #1 adalah Munkar dan padanya pendusta, jalur #2 pula juga Munkar dan padanya pendusta, jalur #3 pula adalah palsu secara asalnya, manakala jalur #4 pula padanya pendusta. Jelaslah bahawa walaupun hadith ini mempunyai jalur-jalur yang banyak namun kesemua jalur itu tidak menepati syarat-syarat untuk dinaikkan taraf menjadi Hasan (iaitu Hasan Li Ghairih). Maka jawapan untuk kenyataan al-Mizzi sebelum ini, mungkin atau tidak ia dinaiikkan taraf? sudah tentu jawabnya tidak sama sekali! Dengan itu kesimpulannya hadith ini adalah Palsu bahkan tiada satupun riwayat yang Sahih dalam bab ini.



Sekian, Moga brmanfaat
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi al-Sakandary

| | Read More »

Fatwa-Fatwa 'Ulamaa -'Ulamaa Besar al-Azhar al-Syareef , Darul Ifta' serta Menteri Agama Mesir seputar Kubur & Maqam












Fatwa-Fatwa 'Ulamaa -'Ulamaa Besar al-Azhar
al-Syareef, Darul Ifta' Serta Menteri Agama Mesir
Seputar Masalah Kubur & Maqam








Ini adalah sebahagaian himpunan fatwa ulama-ulama besar al-Azhar al-Syarif, Darul Ifta', serta Menteri Agama Mesir sekitar masalah kubur:

1- Fatwa al-Syaikh al-Baquri yang merupakan mantan menteri agama Mesir yang juga merupakan mudir Univ al-Azhar berkata: 

"memperindahkan kubur dan membina maqam/binaan atasnya adalah dari bentuk penyembahan (idolatry) dan pengibadatan kepada manusia, dan sesungguhnya hal ini dilarang Islam dan dilarang oleh Baginda Nabi SAW". 


[Rujuk: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=124111150998704&set=a.123403574402795.25017.122812634461889&type=1&ref=nf ]

2- Fatwa dari Lajnah al-Fatwa al-Azhar : 
Haram membuat binaan-binaan di kubur, baik kubah atau sebagainya 


[Rujuk: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=123599917716494&set=a.123403574402795.25017.122812634461889&type=1&ref=nf ]

3- Fatwa Syaikhul Azhar yang juga mantan Mufti Besar Mesir Syaikh al-`Allamah al-Mujtahid `Abd al-Majid Salim : 

"tidak boleh menghimpunkan masjid dan kubur dalam islam" (Fatwa Darul Ifta' al-Misriyah, 16 Jamadi al-Ula 1359H / 1940M). 


[Rujuk:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=123403577736128&set=a.123403574402795.25017.122812634461889&type=1&ref=nf ]

4- Fatwa Syaikhul Azhar yang juga mantan Mufti Mesir Syaikh Hasan Ma'mun: 

"Bertawassul dengan maqam-maqam dan juga orang mati adalah salah satu perangkap syirik dan ia adalah dari amalan orang jahiliyah". 



[Rujuk:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=123561121053707&set=a.123403574402795.25017.122812634461889&type=1&ref=nf ]

5- Fatwa Darul Ifta' Mesir: 

Haram membuat binaan atas kubur walaupun untuk tujuan hiasan 



[Rujuk: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=123663297710156&set=a.123403574402795.25017.122812634461889&type=1&ref=nf ]

6- Fatwa Syaikhul Azhar Mahmud Syaltut katanya: 

"maqam-maqam dan kubur-kubur dalam masjid adalah sebab terjadinya syirik dalam ibadah, menjadi satu kewajipan untuk membersihkan masjid-masjid daripada maqam-maqam dan kubur-kubur ini". 


[Rujuk: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=124033927673093&set=a.123403574402795.25017.122812634461889&type=1&ref=nf ]

7- Fatwa terkini Menteri Agama Mesir yang baru tahun 2012 pasca revolusi menjatuhkan Mubarak, Dr. Tala'at 'Afifi:

 "tidak boleh bersolat dihadapan kubur atau berhampiran dengannya di dalam masjid" 



[Rujuk: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=397379423661297&set=a.103354196397156.4582.103030616429514&type=1&ref=nf ]

Moga bermanfaat, sebar-sebarkannya.
Fathi Al-Sakandary
5 Sept 2012.







Sekian dikongsi, moga bermanfaat. 
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi al-Sakandary

| | Read More »

Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW






Nama buku: Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW

Penulis: Muhammad Fathi Ali

Edisi: Ramadhan 1433H / Ogos 2012M

Jumlah halaman: 68 halaman termasuk kulit

Berkenaan buku:

Buku ini adalah sambungan silsilah Himpunan Status Facebook, beberapa lama dahulu atas permintaan beberapa sahabat yang meminta saya menghimpunkan faedah-faedah yang saya catatkan dalam status Facebook saya sama ada berkaitan hadith, fiqh dan sebagainya dalam satu ruangan yang khas, maka saya kabulkan permintaan mereka dalam satu buku yang khas dengan nama “Siri Himpunan Status Facebook”.

Dan alhamdulillah, saya telah himpunkan kesemua tulisan tersebut sebanyak dua siri sebelum ini. Siri pertama bertajuk “91 Faedah Hadith”, dan siri kedua bertajuk “139 Faedah Hadith”, dan buku yang sedang berada di tangan para pembaca sekarang ini adalah siri ketiga. Siri ketiga ini agak unik berbanding siri-siri sebelumnya. Jika siri sebelum-sebelum ini berkonsepkan ilmu hadith secara khusus, tetapi siri ketiga ini ia lebih berkonsepkan fiqh. Ia adalah himpunan status-status Facebook yang saya tulis semasa bulan Ramadhan tahun 1433H / 2012M berkisar puasa, qiam, iktikaf serta hari raya al-Fitr, maka saya namakannya “Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW”.

Seperti tajuknya, isi dalam buku ini adalah merupakan ringkasan-ringkasan perbahasan fiqh berkaitan puasa, qiam, iktikaf serta raya. Saya tidak bercadang untuk membahaskan setiap isu secara terperinci, sebaliknya hanya menulis beberapa rangkap untuk sesuatu isu kerana itu saya namakan ia “Ringkasan”. Saya namakan ia juga sebagai “Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW” kerana ianya berdasarkan hadith-hadith Sahih dan juga fiqh para Salaful Ummah mencakupi isu puasa, qiam, iktikaf serta raya.

Saya berdoa moga buku ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya, moga Allah SWT menerima usaha saya ini dan menjadikannya sebagai salah satu amalan yang diberkati dan membantu saya di akhirat kelak.

Index kandungan:

Pendahuluan 4

Sifat Puasa Nabi 5
1. Hukum Puasa: 6
2. Puasa sebelum Ramadhan: 6
3. Hukum puasa bagi yang tidak solat: 6
4. Penentuan masuk Ramadhan: 6
5. Doa & zikir melihat hilal (anak bulan): 7
6. Kepada siapa puasa Ramadhan diwajibkan? 8
7. Mengucapkan tahniah sempena masuknya Ramadhan: 9
8. Penetapan niat puasa Ramadhan, bilakah ia? 9
9. Bilakah perlu mula berhenti dari segala perkara yang membatalkan puasa? 10
10. Hukum suhur: 13
11. Waktu suhur, bilakah ia? 14
12. Perkara yang membatalkan puasa, apakah ia? 15
13. Adab berbuka puasa: 17
14. Memberi makan orang yang berbuka puasa: 19
15. Berpuasa 6 hari di bulan Syawal: 19
16. Menggabungkan niat puasa ganti bersama-sama puasa 6 Syawal: 19
17. Waktu qadha’ puasa Ramadhan: 20

Sifat Qiam Nabi 21
1. Hukum Qiam al-Lail: 22
2. Waktu Qiam al-Lail: 22
3. Solat Qiam itu dengan berjamaah atau sendirian? 22
4. Bacaan solat Qiam: 24
5. Jumlah raka’at solat Qiam: 24
6. Hakikat Solat Tarawih: 24
7. Solat Witir: 26
8. Hukum Solat Witir: 27
9. Waktu Solat Witir: 28
10. Qadha’ solat Witir: 28
11. Hukum Solat sunnah setelah Witir: 29
12. Tiada dua Witir dalam satu malam: 29
13. Bilangan raka’at Solat Witir: 29
14. Bacaan solat Witir: 30
15. Hukum qunut dalam solat Witir: 32
16. Waktu qunut dalam solat Witir: 32
17. Lafaz doa qunut Witir: 34
18. Hukum mengangkat tangan ketika qunut Witir: 35
19. Zikir setelah solat Witir: 38

Sifat Iktikaf Nabi 39
1. Hukum Iktikaf: 40
2. Bilakah seseorang itu iktikaf di bulan Ramadhan? 40
3. Bilakah masuknya seseorang untuk beriktikaf di bulan Ramadhan? 40
4. Tempoh minima iktikaf: 41
5. Tempat iktikaf: 41
6. Adakah puasa termasuk syarat iktikaf? 42
7. Bolehkah wanita beriktikaf? 43
8. Wanita haidh & istihadhah, bolehkah beriktikaf? 43
9. Amalan ketika iktikaf: 44
10. Perkara yang membatalkan iktikaf: 44
11. Perkara yang boleh dilakukan ketika iktikaf: 44
12. Hukum qadha’ iktikaf: 45
13. Malam al-Qadr: 45
14. Kelebihan malam al-Qadr: 46
15. Bilakah malam al-Qadr itu terjadi? 46
16. Cara mencari malam al-Qadr: 47
17. Tanda-tanda malam al-Qadr: 47
18. Amalan pada malam al-Qadr: 52

Sifat Raya Nabi 53
1. Hukum `Eid (Raya) al-Fitr: 54
2. Mandi di pagi `Eid: 54
3. Memperindah diri di pagi `Eid: 54
4. Hukum Takbir `Eid: 54
5. Lafaz Takbir `Eid: 54
6. Sifat Takbir `Eid: 56
7. Makan sebelum keluar bersolat `Eid: 56
8. Berjalan kaki ke tempat solat `Eid: 56
9. Hukum solat `Eid: 57
10. `Eid jatuh pada hari Jumaat, adakah gugur kewajipan solat Jumaat? 57
11. Waktu solat `Eid: 58
12. Tempat solat `Eid: 58
13. Larangan membawa senjata di hari `Eid: 58
14. Solat sunnah sebelum dan selepas solat `Eid: 59
15. Azan & Iqamah untuk solat `Eid: 59
16. Tatacara solat `Eid: 59
17. Khutbah `Eid: 60
18. Pulang dari solat `Eid dengan mengikuti jalan berbeza: 60
19. Ucapan tahniah pada hari `Eid: 61
20. Bergembira pada hari `Eid: 61
21. Menziarahi kubur di pagi `Eid: 62
22. Meminta maaf di pagi `Eid: 62

| | Read More »

Ringkasan Fiqh Puasa [siri #1 - #10]




Ringkasan Fiqh Puasa [siri #1 - #10]
Oleh: Fathi al-Sakandary

#1 - Hukum Puasa:

Puasa Ramadhan adalah rukun Islam ke-4 yang disyariatkan Allah dan RasulNya. Semua kaum muslimin yang telah baligh wajib berpuasa. Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadhan tanpa uzur maka dia telah melakukan dosa besar

#2 - Puasa sebelum Ramadhan:

Dilarang seseorang mendahului sehari atau dua hari sebelum Ramadhan dengan berpuasa sebagaimana yang telah thabit dalam hadith yang Sahih, kecuali seseorang yang berpuasa pada hari yang lazimnya dia berpuasa seperti isnin dan khamis, atau puasa kaffarah atau puasa qadha maka ia dibolehkan

#3 - Hukum puasa bagi yang tidak solat:

Sesetengah bertanya, apakah hukum bagi mereka yang berpuasa tetapi meninggalkan solat? adakah puasanya masih sah? Jawabnya: puasa orang yang tidak bersolat tidak sah, antara syarat utama sahnya puasa ialah seseorang itu adalah muslim, sedangkan orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dia telah kafir, inilah yang rajih

#4 - Penentuan masuk Ramadhan:

Bulan Ramadhan itu ditentukan mula masuknya dan juga akhir keluarnya dengan melihat hilal (anak bulan). Jika hilal tidak kelihatan maka dicukupkan Sya'ban kepada 30 hari sebagaimana yang thabit dalam hadith Sahih. Melihat hilal dengan mata kasar, dan tidak wajib menggunakan alatan teleskop.

Dan telah sepakat akan fuqaha' bahawa penemuan hilal itu tidak dapat tidak mestilah dibuat oleh orang-orang yang `adil. Pemerintah akan menentukan tarikh masuk Ramadhan berpandukan laporan wakil-wakil `adil yang telah ditetapkan negara masing-masing, dan menjadi kewajipan rakyat untuk patuh keputusan pemerintah akan tarikh masuknya Ramadhan negara masing-masing

#5 - Doa & zikir melihat hilal (anak bulan): 

Tidak thabit akan sebarang doa atau zikir ketika melihat hilal, baik hilal Ramadhan atau hilal bulan lainnya. Kesemua riwayat dalam hal ini adalah Dha'if dan tiada satupun yang Sahih. 

Adapun hadith popular yang berbunyi: "أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رأى الهلال قال اللهم أهله علينا باليمن والإيمان والسلامة والإسلام ربي وربك الله - Sesungguhnya Nabi SAW apabila melihat hilal maka Baginda membaca (Allahumma ahillahu ‘alayna bilyumni wal iimaani was salaamati wal islaami. Rabbii wa Rabbukallah - Ya Allah, tampakkan bulan itu kepada kami dengan membawa keberkatan dan keimanan, keselamatan dan Islam. Rabbku dan Rabbmu wahai bulan sabit adalah Allah)", 

Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh Ahmad, al-Tirmizi , al-Darimi dan lainnya dan ia adalah hadith terbaik dalam perihal doa dan zikir melihat hilal, namun ia juga Dha'if bahkan Munkar. Di'Dha'if'kan oleh Imam al-Tirmizi sendiri dengan katanya "Hasan Gharib", dan berkata Imam al-`Uqaili: "وفي الدعاء لرؤية الهلال أحاديث كان هذا عندي من أصلحها إسنادا ، وكلها لينة الأسانيد - dalam perihal doa melihat hilal padanya hadith-hadith, dan ini disisiku adalah yang terbaik isnadnya, dan kesemuanya hadith dalam hal ini isnad-isnadnya adalah lemah". 

Walaubagaimanapun, doa ini boleh diamalkan tanpa ithbat (iaitu tidak menyatakan ia sunnah atau dari Nabi) kerana ia hanyalah doa, manhaj huffaz Salaf mereka membolehkan amal tanpa ithbat akan hadith-hadith doa walaupun ia tidak sahih - baik Dha'if ringan atau berat - asalkan maknanya baik. Berbeza dengan hadith fadhail `amal selain doa disyaratkan hadithnya tidak terlalu lemah. 

Imam al-Tirmizi memasukkan hadith ini dalam kitabnya Jami' al-Mukhtasar dalam keadaan beliau sendiri men'Dha'if'kannya menunjukkan sememangnya sebahagian Salaf beramal dengan doa ini. Allahu'alam

#6 - Kepada siapa puasa Ramadhan diwajibkan?: 

Puasa Ramadhan adalah wajib kepada setiap muslim dan muslimah yang baligh, waras, sihat, serta tidak bermusafir. Juga bagi muslimah mestilah suci daripada darah haid (umum menyebut darah bulanan, menstrual cycle bleed) dan nifas (iaitu darah yang keluar selepas melahirkan anak, medical term = post-partum hemorrhage). 

Pengecualian wajib bagi yang sakit dan bermusafir adalah berdasarkan firman Allah Jalla wa `Ala dalam surah al-Baqarah, ayat 184, kata Allah SWT: "فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۚ - sesiapa antara kamu yang sakit atau dalam musafir, maka wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dia tidak berpuasa) itu pada hari-hari yang lain". 

Timbul persoalan dari firman Allah SWT di atas, adakah sah puasa orang yang bermusafir? kerana zahir ayat menunjukkan bahawa mereka yang bermusafir wajib berbuka dan tidak boleh berpuasa. 

Dalam masalah ini para fuqaha' berbeza pendapat, sesetengah berpendapat puasa si musafir tetap sah, manakala sesetengah berpendapat puasa si musafir adalah tidak sah bahkan dia wajib berbuka. Pendapat yang kuat ialah pendapat pertama, itu lah pendapat jumhur Salaf dari kalangan Sahabat dan Tabi'in. 

Sesetengah pula mensyaratkan musafir itu mestilah musafir yang memenatkan serta menyusahkan diri untuk berpuasa. Pendapat ini sangat lemah kerana firman Allah SWT diatas adalah umum untuk semua jenis musafir, tidak mengira samada musafir dengan merangkak, berjalan kaki, atau basikal, atau motosikal, atau kereta, atau bas, atau glider, atau belon udara, atau helikopter, atau kapal terbang, atau jet pesawat kelajuan tinggi, kesemuanya dibenarkan memilih untuk berbuka. 

Kaedah fqih menyebut sesuatu yang umum kekal umum hinggalah ada petunjuk yang mengalihkan keumuman itu kepada yang specifik. Jika seseorang berkata bahawa musafir itu mestilah begini dan begini kerana jika begitu dan begitu tiada masalahpun untuk berpuasa, maka dia perlu bertanya diri: "adakah aku lebih mengetahui perihal hamba berbanding Pencipta hamba sendiri??" sudah tentu tidak!. Insaf dan tawadhu' lah si hamda akan kemurahan rahmat dan ketinggian ilmu sang Pencipta. 

Bagi orang yang sakit pula, timbul persoalan adakah semua jenis sakit dibenarkan berbuka? sebagaimana musafir, firman Allah SWT diatas juga adalah umum untuk semua sakit, tidak dinyatakan secara specifik jenis sakit itu samada berat atau tidak, maka yang rajih (pendapat yang tepat) ialah seseorang yang sakit baik ringan atau berat dibenarkan memilih untuk berbuka puasanya. 

Cuma bagi mereka yang sakit terlalu berat hingga dengan sebab puasa itu pula akan lebih menerukkan kesihatan diri (diketahui dengan nasihat doktor perubatan moden yang diiktiraf dan bukannya bomoh! atau alternatif medicine!), maka dia wajib berbuka puasa. Ini kerana menjaga nyawa adalah lebih utama. Allahu'alam

#7 - Mengucapkan tahniah sempena masuknya Ramadhan: 

Sesetengah manusia berlumba-lumba mengucapkan tahniah sempena masuknya bulan Ramadhan terutamanya 3 hari pertama, dan mereka menyangka ia sebahagian daripada syariat. Namun, amalan ini tidak thabit dari hadith-hadith Nabi SAW, kesemua hadith yang menceritakan perihal mengucap tahniah masuknya Ramadhan adalah Dha'if serta cacat. Tidaklah disyariatkan bagi seorang muslim mengucapkan tahniah sempena masuknya Ramadhan, yang disyariatkan ialah berpuasa dalamnya

#8 - Penepatan niat puasa Ramadhan, bilakah ia?: 

Para fuqaha' berbeza pendapat dalam perihal penetapan waktu niat puasa Ramadhan, sesetengah mewajibkan niat dilakukan pada waktu malam sebelum terbit fajr subuh, sesetengah tidak mewajibkan sedemikian.

Pendapat yang rajih ialah niat tidak wajib dilakukan pada waktu malam, kerana hadith Hafsah berkenaan wajibnya niat puasa Ramadhan dilakukan pada waktu malam ini Tidak Sahih kepada Nabi SAW. Ia dicacatkan oleh Ahmad, Al-Bukhari, Al-Tirmizi, Al-Nasa’i, Al-Darimi, Abu Daud, Abu Hatim dan lain-lain Imam-imam hadith. 

Yang terpelihara dan rajih ialah niat boleh dilakukan pada siang hari dan adalah tidak wajib niat puasa Ramadhan dilakukan pada malam hari, malah boleh dilakukan pada waktu siang.

Bagi masalah mereka yang tidak tahu pada malamnya bahawa esok adalah Ramadhan maka dia boleh mula berniat pada siang hari setelah mengetahui ia Ramadhan, dan bagi sesiapa yang makan maka wajiblah berhenti (menahan daripada makan) dan berpuasa setelah mengetahui dan tidak perlu qadha’ sebagaimana dalam hadith ketika puasa ‘Asyura diwajibkan dalam Sahihayn.

Ini menguatkan qaul Imam Malik yang mengatakan niat puasa Ramadhan boleh dilakukan dengan satu niat pada awal bulan (niat puasa satu bulan sekaligus) dan qaul Imam Abu Hanifah yang membolehkan niat puasa ramadhan sampai tengah hari

Sesetengah Fuqaha’ berpendapat niat adalah wajib pada setiap malam berhujahkan hadith Hafsah ini, namun sebagaimana yang telah dijelaskan ia adalah tidak sahih kepada Nabi SAW. Fuqaha’ Salaf seperti ‘Atha’, Zufar, Al-Zuhri tidak mengharuskan niat untuk berpuasa, mereka seperti berpendapat bahawa puasa Ramadhan cukup dengan semata-mata menahan diri, bererti ia berpuasa.

#9 - Bilakah perlu mula berhenti dari segala perkara yang membatalkan puasa?: 

Wajib untuk meninggalkan segala perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum, jima' sebaik saja terbit fajar masuknya waktu solat subuh hinggalah terbenamnya matahari masuknya waktu solat maghrib. 

Sesetengah fuqaha' berpendapat dibolehkan terus makan walaupun telah azan yang menandakan telah terbitnya fajar waktu subuh. Pendapat ini amat lemah kerana kesemua riwayat yang membolehkan hal tersebut tidak terlepas dari cacat, dan kesemuanya Dha'if. Namun sekiranya muazzin itu melakukan azan awal daripada waktunya sedangkan waktu subuh belum masuk, maka tiada kewajipan berhenti makan dengan azan yang sedemikian. 

Amalan tetap menjamah makanan ketika azan subuh adalah jelas bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW untuk menyegerakan menahan diri apabila azan berkumandang. Sekiranya telah terbit fajar dan masuknya waktu subuh, dan terdapat makanan dalam mulut maka wajib meluahkannya termampu, jika tertelan tidak mengapa kerana tidak sengaja, jika sengaja telan maka batal puasanya. 

#10 - Waktu suhur, bilakah ia?: 

Telah datang hadith yang menyebut "لا تزال أمتي بخير ما عجلوا الفطر وأخروا السحور - Umatku tidak henti-hentinya berada dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa dan mengakhirkan suhur", secara zahirnya menunjukkan bahawa sunnah dianjurkan mengakhirkan waktu suhur. 

Namun lafaz "وأخروا السحور - mengakhirkan suhur" ini tidak terpelihara dan ia adalah tambahan yang Munkar. Lafaz yang terpelihara hanyalah ayat pertama berbunyi "لا تزال أمتي بخير ما عجلوا الفطر - Umatku tidak henti-hentinya berada dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa", inilah matan (lafaz hadith) yang mahfuz (terpelihara) sebagaimana yang dipilih al-Syaikhan (al-Bukhari dan Muslim) dalam kitab mereka al-Sahih. 

Sesetengah fuqaha' mensahihkan tambahan lafaz akhir hadith ini, dan secara tidak langsung telah menyebabkan kaum muslimin salah faham akan hadith ini. Mereka menyangka disebabkan lafaz zahir hadith ini menyebut "وأخروا السحور - mengakhirkan suhur" maka waktu suhur itu boleh dilakukan pada awal malam selepas isya', atau pertengahan malam, atau di akhir malam, ataupun di awal pagi mendekati waktu fajar subuh. Kesemua waktu itu adalah suhur bagi mereka, hanya saja lebih utama dan afdhal di lewatkan sekadar mampu. 

Pemahaman ini nyata salah, ia berpunca dari hadith yang Munkar. Yang benar ialah perkataan al-Suhur (السحور) itu sendiri berasal daripada perkataan Sahara (سَحَر) atau Ashar (أَسْحَار) yang membawa erti "awal subuh" atau "early dawn" dalam bahasa inggeris. Dari segi bahasa ia telah jelas menunjukkan bahawa waktu suhur itu adalah awal pagi sebelum subuh, bukannya awal malam atau pertengahan malam, atau akhir malam. 

Ini diperincikan lagi dalam hadith Sahih yang dikeluarkan al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Anas bin Malik, Zaid bin Tsabit menerangkan bahawa mereka bersuhur bersama Nabi SAW, kemudian bangun pergi mendirikan solat Subuh. Anas bertanya: “Berapa lamakah tempoh antara keduanya (antara mula suhur dan solat Subuh)?” Zaid menjawab: “Sekadar tempoh membaca 50 atau 60 ayat al-Qur’an.”. 

50 atau 60 ayat al-Qur'an adalah kira-kira 20 minit atau 15 minit, maka hadith ini jelas menunjukkan bahawa waktu suhur itu adalah awal pagi mendekati waktu subuh, sesuai dengan maksud bahasa istilah al-Suhur itu sendiri. Secara mudahnya, tiada istilah melewatkan suhur, kerana suhur itu sendiri waktunya adalah lewat! Sekitar 15 hingga 20 minit sebelum fajar subuh itulah waktu suhur, sebelum dari waktu itu tidak dinamakan suhur tapi ia adalah supper! Allahu'alam

========== // ============ 

Bersambung insyaAllah...



==========UPDATE: 

Siri ini telah selesai saya tulis dan saya telah bukukan sambungannya hingga akhir dalam satu buku yang khas bertajuk: "Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW", boleh mendownload secara percuma di BAWAH 

http://ansarul-hadis.blogspot.com/2012/08/ringkasan-sifat-puasa-qiam-iktikaf-raya.html

Moga bermanfaat

| | Read More »

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign