Selamat menduduki peperiksaan

| |




Gambar: Doktor Perubatan Muslim melakukan pembedahan (1385-1470M), 
dipaparkan dalam Journal - Neurosurgery Focus, 
American Association of Neurological Surgeons







Kepentingan Ilmu Perubatan dalam Islam

Imam Ansarussunnah Muhammad bin Idris Al-Syafie (Imam Mazhab) adalah merupakan seorang yang pakar dalam Fiqh, Usul Fiqh, Hadith, Lughah, dan dinukilkan oleh Al-Zahabi bahawa beliau juga sebenarnya adalah seorang Doktor Perubatan. 

Imam Al-Syafie pernah menyatakan kepentingan ilmu perubatan, sebagaimana yang dinaqalkan oleh muridnya Al-Rabi', 

قال صالح بن محمد جزرة: سمعت الربيع، سمعت الشافعي يقول: لا أعلم علما بعد الحلال والحرام أنبل من الطب، إلا أن أهل الكتاب قد غلبونا عليه.

Berkata Soleh bin Muhammad Jazrah: aku mendengar Al-Rabi' (iaitu antara murid Al-Syafie) berkata: aku mendengar Al-Syafie berkata: "tidak aku ketahui satu ilmu pun yang lebih mulia selepas ilmu al-halal dan al-haram, melainkan ilmu perubatan, kecuali (akan tetapi sayang) sesungguhnya ahli kitab (yahudi dan nasrani) telah menguasainya" (rujuk: Siyar 'Alam Al-Nubala, Al-Zahabi, jilid 10, m/s 57, cetakan Muassasah Al-Risalah, Jordan)


قال حرملة: كان الشافعي يتلهف على ما ضيع المسلمون من الطب، ويقول: ضيعوا ثلث العلم، ووكلوه إلى اليهود والنصارى 

Berkata Harmalah: pernah Al-Syafie mengeluh atas hilangnya penguasaan umat Islam dalam ilmu perubatan, sehingga beliau berkata: "telah hilang akan umat Islam satu pertiga daripada ilmu (iaitu ilmu perubatan), dan telah diwakilkan kepada Yahudi dan Nasrani" (rujuk: Siyar 'Alam Al-Nubala, Al-Zahabi, jilid 10, m/s 57, cetakan Muassasah Al-Risalah, Jordan)

Begitu juga Ummul Mu'minin Saidatina 'Aishah r.ha adalah seorang yang pakar dalam Fiqh, Hadith, Sya'ir, malah beliau juga merupakan seorang Doktor Perubatan,


وقال عروة: ما رأيت أحدا أعلم بفقه ولا طب ولا شعر من عائشة


Urwah r.a berkata: "tidaklah diketahui seorangpun yang lebih pakar dalam ilmu fiqh dan juga perubatan dan juga sya'ir daripada Aishah" (rujuk: Al-Bidayah wa Al-Nihayah, Ibn Kathir, jilid 8, m/s 92, cetakan Maktabah Al-Ma'arif, Beirut)






Untuk menjadi Doktor, kita mestilah belajar dengan bersungguh dan fokus, diceritakan dalam sebuah hadith bahawa Baginda Nabi SAW pernah bersabda:

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَطَبَّبَ وَلَا يُعْلَمُ مِنْهُ طِبٌّ فَهُوَ ضَامِنٌ

Maksudnya: "dari 'Amru bin Syu'aib dari Ayahnya dari Datuknya, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "barangsiapa yang menjadi doktor, akan tetapi tidak mempunyai pengetahuan ilmu perubatan yang cukup, maka dia akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa risiko yang akan terjadi

[HR Abu Daud, no. 3971, yang benarnya hadith ini Mursal, dan Mursal adalah jenis hadith yang Dhaif, namun maknanya benar dan diamalkan fiqhnya. Dan sesetengah ulama' manaikkan tarafnya kepada Hasan]




Fatrah Imtihan: 
Pesanan Buat Sekeping Hati

wahai hati, 
imtihan tiba lagi, 

usah gundah, 
usah gulana, 

wahai hati, 
kuatkan semangat,
cekalkan diri, 

usaha dilipat ganda,
doa jangan dilupa,

wahai hati, 
sekiranya merasa lemah,
ingatlah pesanan Nabawi,
rengungilah ketokohan Aishah,

usah gundah, 
usah gulana, 

wahai hati,
sekiranya kau lemah,
ingatlah pesanan Nabawi,
renungilah keluhan Al-Syafie, 

usah gundah, 
usah gulana, 

wahai hati,
kembalikan kegemilangan Islam,
dalam ilmu perubatan,

usaha dilipat ganda,
doa jangan dilupa,

insyaAllah,
kejayaan menanti,





Selamat mendukuki peperiksaan, 
moga natijah imtihan kali ini lebih baik,
insyaAllah. 

sama kita berusaha, sama kita berdoa. 
InsyaAllah kejayaan menanti,
Ameen.







Akhukum wa Muhibbakum, 

Muhammad Fathi `Ali Ibrahim
2 Safar 1432H / 7 Jan. 2011
Al-Iskandariah, Mesir





Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 5:05 AM. Filed under .

2 comments for "Selamat menduduki peperiksaan"

  1. fathi..gambar doktor tu tak keluar . dan selamat maju jaya kejar cita-cita

  2. Thaaqib, dh dibetulkan link gambar tu, cuba refresh utk lihat gambar.

    syukran atas doa entum. Allah al-Muwaffiq!

    barakallah hu fekum

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign