Berkata Jibril : kenapa Melayu merokok?

| |






Berkata Jibril : kenapa Melayu merokok?

Semalam 19 April 2010, hari selasa seperti biasa aku pergi ke kuliah guru kami - syaikhana al-Muhaddith Abu Muhammad Shihatah al-Alfy al-Sakandary di masjid Imam al-Bukhari, 'Asafrah, Iskandariah, dijadualkan madah malam semalam ialah Mustolah Hadith atau mungkin juga majlis sima' Sunan Abu Daud...

Setelah tiba di masjid Imam al-Bukhari dan bersolat Maghrib disana, sahabat kami akhuna Muhammad Kamil al-Sakandary (pembantu peribadi Syaikhana al-Alfy) memberitahu kami bahawa kelas pada malam ini dibatalkan kerana al-Syaikh tidak berapa sihat - moga Allah menyembuhkan mu wahai Syaikhana! - 

Maka aku pun rehat-rehat lah dalam masjid ,dan bersembang-sembang dengan para sahabat yg datang, semuanya penuntut ilmu 'tegar' hadith, walaupun background kami semuanya berbeza - ada yg bekerja sbg pendakwah bebas, ada yg engineer, ada yg lawyer, ada yg akauntan, ada yg pelajar pengkhususan aliran syariah, adab dan bahasa arab di al-Azhar, ada juga pelajar pengkhususan medic (aku lah tu, hehehe...)...tp kami semua ada satu persamaan, kami semua 'gila' hadith, dan kami semua dahagakan ilmu dari syaikhana al-Alfy - hafizahullah -....

Kelas Syaikhana al-Alfy dihadiri ramai penuntut ilmu, bukan hanya dari Mesir, tetapi juga dari penuntut-penuntut ilmu diluar mesir seperti Algeria, dan Russia. 

Semalam sahabatku akhuna Abul Hasan - penuntut bahasa arab di al-Azhar , warga Algeria - turut datang ke kuliah,  telah lama kami tidak berjumpa sejak revolusi Mesir tempoh hari...ye lah aku dan para maliziyyin melarikan diri ke Malaysia selama hampir 1 bulan, hehe....semalam masa utk kami 'recap' balik cerita-cerita setelah lama tak bersua...

Semalam yg menariknya, aku dipertemukan dengan sahabat yang baru, beliau bewarganegara Russia yang turut datang ke kelas Syaikhana al-Alfy, mukanya putih mula-mulanya aku ingatkan beliau dari Amerika! huhu....nama beliau ialah Jibril, mantapkan nama ni? masyaAllah ...meremang aku dengar nama ni, nama Malaikat pembawa wahyu, ingatkan akhuna Jibril melawak aja, rupa-ruanya mmg betul namanya Jibril........

Akhuna Jibril adalah waganegara Russia, pelajar peringkat tahmidi (persediaan) di al-Azhar, maknanya beliau masih belum memasuki lecture di Fakulti, tetapi menjalani persedian khusus al-Azhar sebelum beliau berpindah dan masuk ke Fakulti dan memilih mana-mana pengkhususan yg beliau inginkan nnti.....

Akhuna Jibril tidak pandai bercakap dalam bahasa English, maka kami bersembang dalam bahasa Arab Fushah, dan masyaAllah, bahasa arab akhuna Jibril mentap! sungguh mantap! tidak aku percaya bahawa beliau dari Russia dan baru saja datang ke mesir. 

Kami bersembang banyak perkara, dari keadaan negara beliau hinggalah keadaan negara Malaysia....aku bila bercakap berkenaan Malaysia biasanya aku akan berasa bangga dgn negara ku tercinta Malaysia, rata-rata warga Mesir amat menghormati Malaysia, dan nama Tun Dr. Mahathir pasti mereka sebut (walaupun skrg ni bukan Che Det lagi memerintah Malaysia, tp Pak Jib lah, huhu)....cuma perkara yang akhuna Jibril sebutkan semalam membuatkan hati aku berasa amat malu sbg rakyat Malaysia buat pertama kali....

Soal akhuna Jibril kepada ku, "kamu hisap rokok tak?"....jawab aku "tidak, ia haram", pelik juga aku dibuatnya , apehal tetiba tanya aku merokok pula, muka aku ni mcm muka perokok ke, batang rokok pun tak pernah hinggap ke bibir aku ni, asap rokok pun dh buat aku pening dan sesak nafas...huhu

Maka aku bertanya beliau meminta penjelasan, "kenapa tanya mcm tu?" , beliau memberitahu beliau hairan melihat gelagat-gelagat pelajar melayu di fakulti syariah al-Azhar, kata akhuna Jibril "mereka berjanggut seperti aku dan kau" sambil mengisyaratkan kepada janggut dan jambang beliau dan aku....seterusnya beliau berkata "berjanggut lebat, tetapi aku lihat mereka merokok tanpa malu, kenapa mcm tu?".......mendengar kata-kata akhuna Jibril ni, membuatkan aku tergamam, speechless, entah tak tahu aku nk jawab apa....mulutku tergamam dan hatiku buat pertama kali di bumi Mesir merasa amat malu sbg rakyat Malaysia.....

Aku mempunyai ramai kenalan di univ al-Azhar, dan rata-rata mereka tidak merokok, cuma segelintir kecil mereka yg merokok inilah yang telah memberi imej buruk pejalar Malaysia kepada penuntut warga lain, kerana nila setitik rosak susu sebelanga...wahai nila yg setitik, tolonglah berhentilah merokok! jika entum tak sayangkan diri sendiri pun, tapi tolonglah jaga nama baik negara entum! apatah lagi entum pelajar agama!

Jika diamnya Imam Abu Daud dalam kitab Sunannya bermaksud "Soleh", maka diamnya Fathi untuk solan Jibril ini bermaksud "Munkar"....dan berkata Imam Ahmad bin Hanbal: "Munkar abadan Munkar (Munkar itu kekal selama-lamanya sbg Munkar)"!!!



Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 10:24 AM. Filed under .

0 comments for "Berkata Jibril : kenapa Melayu merokok?"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign