[Dakwah Kampus] Mubarak tumbang, Syabab Salafi & Ikhwan Bebas!
Sejak bekas presiden Mesir , Hosni Mubarak tumbang pada bulan februari yang lalu. Persatuan-persatuan Islam di mesir lebih berani menjalankan aktiviti dakwah dengan lebih terbuka dan bebas tanpa sebarang sekatan, termasuk gerakan Ikhwan Muslimin. Bahkan sejak tumbangnya Mubarak, gerakan Salafiyah juga telah berkali-kali melakukan muktamar rasmi di beberapa muhafazah (daerah) di Mesir termasuk Iskandariah, Tanta, Mansurah dan lain-lain.
Tempias kebangkitan ini juga dirasai di kampus-kampus universiti, termasuk lah fakulti Perubatan Iskandariah, kini pelajar-pelajar fakulti perubatan Iskandariah tidak segan silu lagi menyatakan bahawa mereka adalah dari gerakan Ikhwan Muslimin, "Kami para pelajar Ikhwan Muslimin"!, mereka tidak takut lagi seperti dahulu untuk menyabut "Ikhwan Muslimin" secara terbuka. Bahkan pelajar-pelajar dalam gerakan Salafiyah juga bebas bersuara dan bangkit melakukan dakwah kampus dengan lebih terbuka, melaungkan "Dakwah Salafiyah Fakulti Perubatan", "Tajdid dan Islah"!....
Syabab-syabab Salafi dan Ikhwan kini bebas di Fakulti, tidak lagi dalam ketakutan, banner-banner "Salafi" dan "Ikhwan" digantung secara megah diperkarangan Universiti tanpa sebarang sekatan daripada sesiapa, tiada siapa yang menghalang mereka, malah mendapat sokongan dari pihak universiti sendiri.
Benarlah tumbangnya Mubarak adalah satu nikmat buat Mesir!
..
Banner besar gerakan pelajar Salafi , Fakulti Perubatan Iskandariah terpampang megah di perkarangan universiti.
Motto gerakan pelajar Salafi (fakulti perubatan iskandariah): "Islah dan tajdid"
Banner Salafi pelajar perubatan iskandariah, pandangan jauh.
Banner besar gerakan pelajar Ikhwan Muslimin , Fakulti Perubatan Iskandariah terpampang bebas dan megah di perkarangan universiti.
Banner pelajar-pelajar Ikhwan, Fakulti perubatan iskandariah: pandangan jauh
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 10:07 AM. Filed under
Blog
.