[Syaikhana Al-Alfy] Semua hadith dalam Al-Muwatta' itu sahih, kecuali 4 hadith

| |







Berkata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi Al-Maliziy Al-Sakandary: pada 5 April 2011, selepas selesai kelas Matan Al-Ajrumiah, aku telah bertanya kepada guru kami syaikhana Abu muhammad Ahmad Shihatah Al-Alfy Al-Sakandary berkenaan hadith-hadith dalam kitab Al-Muwatta' karya Imam Malik.

Soal ku kepada syaikh: "berkata Ahmad Syakir, semua hadith-hadith yang mausul (bersambung sanadnya) dalam Al-Muwatta' adalah sahih tanpa syak, apakah pendangan kamu akan hal ini?"

Maka Syaikhana memberitahu kepada ku bahawa kesemua hadith-hadith yang mausul dalam Al-Muwatta' itu sahih, bahkan hadith-hadith yang mursal juga adalah sahih, dan mempunyai riwayat yang mausul di luar Al-Muwatta', bahkan hadith-hadith balaghat juga sahih kecuali 4 hadith yang dipertikaikan kesahihannya.

Rakaman dialog ku bersama syaikh berkenaan hal ini boleh di muat turun disini: http://www.mediafire.com/?so1xm83cdnn1bed

Sekian dikongsi,
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin Ali Al-Maliziy Al-Sakandary
5 April 2011, Al-Hadrah Al-Bahriah,
Iskandariah, Mesir







Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 5:06 PM. Filed under .

1 comments for "[Syaikhana Al-Alfy] Semua hadith dalam Al-Muwatta' itu sahih, kecuali 4 hadith"

  1. apakah empat hadith balaghat tersebut?

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign