[Syaikhana Al-Tharifi] Dalil Sahih Imam Al-Syafie menjahrkan niat solat

| |






Berkata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin Ali Al-Malizy Al-Sakandary: pada 7 April 2011, aku telah bertanya kepada Syaikh Al-Muhaddith 'Abdul 'Aziz Al-Tharifi berkenaan nas sahih bahawa Imam Al-Syafie menjahrkan niat solat.


Soal ku kepada Al-Syaikh: 


From: fathi_ali1427h

To: altarifi

Subject: قال الشيخ عبد العزيز بن مرزوق الطريفي

Date: Thu, 7 Apr 2011 12:01:08 +0200


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم , الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم


شيخنا الكريم /حفظك الله 



أخرج ابن المقرئ في معجمه حديث برقم : 336،

أخبرنا ابن خزيمة حدثنا الربيع قال : كان الشافعي إذا أراد أن يدخل في الصلاة قال :( بسم الله موجها لبيت الله مؤديا لفرض الله ، الله أكبر)



قال الشيخ عبد العزيز بن مرزوق الطريفي (صفة صلاة النبي للشيخ المحدّث عبدالعزيز الطريفي , اعتناء / د.ماهر الفحل ,ص 51):

"و هذا اسناد كالشمس عن الشافعي و ظاهره الجهر بالنية , ... وظاهره أن الشافعي يري مشروعية الجهر بالنية" - انتهى 



--------



السؤال: 

هذا نص صحيح الإسناد عن الإمام الشافعي رحمه الله وظاهره الجهر بالنية، وهذا قول من اجتهد الشافعي يري مشروعية الجهر بالنية، ولكن جمهور الفقهاء يري عدم بمشروعية الجهر بالنية ,

هل الإسناد هذا صحيح؟ ويكون حجة على أن الشافعي قد جهر بالنية؟ , 



بارك الله فيكم



Terjemahan: 


Assalamu'alaikum warahmatullah hi wabarakatuh, bismillah hirrahma nirrahim, alhamdulillah wassola tu wassalam mu 'ala rasulillah.


syaikhana Al-Karem/hafizakallah. 


Telah mengeluarkan Ibn Muqri' dalam kitab Mu'jamnya (no. 333): 


"Telah mengkhabarkan kami Ibn Khuzaimah, telah menceritakan kami Al-Rabi' katanya: Sesungguhnya Al-Syafie apabila beliau hendak masuk bersolat beliau menyebut: (Bismi Llah, muwajjihan libayti Llah, mu'diyan lifardhi Llah, Allahu akbar, - maksudnya: Dengan nama Allah, dengan mengadap ke Bayti Llah, dengan mengerjakan fardhu kepada Allah, Allah Maha Besar)"


Berkata Al-Syaikh 'Abdul 'Aziz bin Marzuq Al-Tharifi (Sifat Solat Nabi, karangan Al-Syaikh Al-Muhaddith 'Abdul 'Aziz Al-Tharifi, dibawah selenggaraan Dr. Mahir Yasin Al-Fahl, halaman 51): 


"dan isnad riwayat ini terang bak mentari daripada Al-Syafie, dan zahirnya menunjukkan beliau menjahrkan niat...dan zahirnya sesungguhnya Al-Syafie berpendapat bahawa menjahrkan niat itu adalah disyariatkan" -end of quotation- 



soalan: 


Nas ini adalah sahih daripada Imam Al-Syafie - rahimahullah - dan zahirnya menunjukkan bahawa beliau menjahrkan niat, dan pendapat ini adalah daripada ijtihad Al-Syafie beliau memandang bahawa jahr niat ini adalah disyariatkan, akan tetapi jumhur (majoriti) fuqaha' berpendapat bahawa jahr niat ini tidak disyariatkan. 


Adakah sanadnya sahih? seterusnya menjadikan ia hujah bahawa Al-Syafie menjahrkan niat?


Barakallahufekum.



===============Maka Jawab Al-Syaikh secara ringkas: 


Subject: Re: قال الشيخ عبد العزيز بن مرزوق الطريفي

From: altarifi

Date: Thu, 7 Apr 2011 13:30:38 +0300

To: fathi_ali1427h



صحيح



Terjemahan: 


Benar


=====



Berkata Abu Ismaael Fathi: aku bertanya lanjut kepada Al-Syaikh Al-Tharifi sebagai kepastian dan pejelasan lanjut. 

soal ku kepada Al-Syaikh: 


Subject: Re: قال الشيخ عبد العزيز بن مرزوق الطريفي
From: altarifi
Date: Thu, 7 Apr 2011 13:30:38 +0300
To: fathi_ali1427h


وهذا من مسألة خلافيه يا شيخانا؟ ولكن الرجيح هو عدم بمشروعية الجهر بالنية , صحيح يا شيخانا؟

Terjemahan: 

Dan ini adalah dari masalah khilafiyyah wahai Syaikhana? akan tetapi yang rajihnya adalah tidak disyariatkan manjahrkan niat, betul wahai Syaikhana?


----------- Maka Jawab Al-Syaikh kepada ku: 

Subject: Re: قال الشيخ عبد العزيز بن مرزوق الطريفي
From: altarifi
Date: Thu, 7 Apr 2011 15:39:32 +0300
To: fathi_ali1427h


نعم

Terjemahan: 

Ya


=====

Sekian dikongsi,
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin Ali Al-Maliziy Al-Sakandary
7 April 2011, Al-Hadrah Al-Bahriah,
Iskandariah, Mesir



Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 5:04 AM. Filed under .

8 comments for "[Syaikhana Al-Tharifi] Dalil Sahih Imam Al-Syafie menjahrkan niat solat"

  1. pendeknya jawapan dari Al-Syaikh Al-Tharifi..

  2. pendek atau panjang tak penting, yg penting jelas. Kalau panjang tapi serabut pun tak guna =)

    moga Allah memelihara syaikh al-Tharifi

  3. assalamualaikum,
    abu..apa sandaran/dalil kepada perkara niat secara jahar ni menurut imam syafie/tiada?bagaimana pula ada nya ijtihad dlm hal ibadat?bukan kah ibadat ini terikat dengan nas?

    barakallahu fik

  4. riwayat sahih yang ana sebutkan dlm soalan itu adalah amalan Imam al-Syafie, dan secara zahirnya ia menunjukkan Imam al-Syafie mengharuskan melafazkan niat utk solat, apakah dalilnya? itu kena tanya Imamuna al-Syafie - rahimahulLah - sendiri. Lagipun kenapa mesti dianggap ia sbg ibadah? sedangkan ia diluar solat dan tidak termasuk dlm solat itu sendiri. W/A

  5. amalan imam syafi'i harus ditanya dalilnya karena beliau rahimahullah adalah imam dan ikutan ummat, sehingga ummat perlu tahu apa yang menjadi sandaran dari ikutannya. Kalau melafadzkan niat diluar sholat, kenapa dia mesti diharuskan (menurut Imam Syafi'i), kalau diharuskan artinya perlu hujjah, kenapa diharuskan...

  6. hujah itu bukan hanya berbentuk sepotong hadith atau sepotong ayat al-Qur'an, padanya juga kaedah2 usul fiqh, pasti disana ada hujah yang kuat disisi imam al-syafie utk bertalaffuz niat, umat mutaakhir perlu mengkajinya. Sama-sama mengkaji.

  7. ini tidak jelas sangat
    kenapa perlu kita berhujah dan beramal tanpa dalil yang jelas. adakah cukup amalan serta kata-kata al imam assyafie' dijadikan sandaran mahupun sheikhuna at htarifi sebagai dalilnya? tidak kah itu termaqtu'?

  8. sape suruh berhujah dan amal, ana pun tak amal, syaikh al-Tharifi pun tak amal.

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign