[al-Uthaimin] Apakah hukum menyebut 'al-Marhum'?

| |



Gambar: al-Marhum Syaikh Muhammad Soleh al-Uthaimin


Pertanyaan:

Apa hukum perkataan si fulan “al-maghfur lahu" atau si fulan "al-marhum”?

Jawab Syaikh al-Uthaimin:

Sebahagian manusia mengingkari perkataan-perkataan ini dengan mengatakan bahawa kita tidak mengetahui adakah si mayat termasuk mereka yang dirahmati dan diampuni atau bukan? Pengingkaran ini mungkin boleh jadi benar jika orang yang berkata dengan perkataan ini berkata dengan maksud (iaitu dengan niat) mengkhabarkan bahawa si mayat telah dirahmati dan diampuni, kerana kita tidak boleh mengkhabarkan bahwa si mayat telah dirahmati atau diampuni tanpa ilmu. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta agar dipertanggungjawabkan.” (Al-Israa’: 36)

-Namun- manusia-manusia yang berkata dengan ungkapan ini tidak bermaksud demikian. Manusia-manusia yang menyebut almarhum atau almarhumah mereka bermaksud (iaitu berniat sebagai) berdoa kepada Allah agar Allah memberi rahmat. Kerana itu kita berkata, fulan "rahimahullah“, atau fulan "ghafarallahu lahu“. Kedua perkataan ini tiada perbezaan dengan perkataan si fulan "almarhum” kerana kalimah "almarhum” dan “rahimahullah” keduanya boleh membawa maksud kalimah khabariyah (pengkhabaran) atau boleh menjadi kalimah doa, semua bergantung kepada niat. Maka, mereka-mereka yang melarang penggunaan “almarhum” sepatutnya harus juga melarang perkataan si fulan "rahimahullah“ (kerana kedua-duanya pada hakikatnya adalah sama saja).

‘Ala kulli hal - secara keseluruhannya- , kita katakan tiada pengingkaran - yang khusus- dalam menyebut perkataan ini, kerana kita bukan berniat bermaksud memberi khabar - yang pasti, melainkan - kita hanya berniat berdoa - meminta dan berharap kepada Allah.

Rujukan: Al-Manahil Lafziyah,Muhammad bin Soleh Al-`Uthaimin,Muasasah Al-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-`Uthaimin dan Maktabah Sunnah,Qaherah, Mesir.

Sekian dikongsi, 
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi al-Malizy al-Sakandary




Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 2:37 AM. Filed under .

1 comments for "[al-Uthaimin] Apakah hukum menyebut 'al-Marhum'?"

  1. samakah juga dengan perkataan as-syahid?

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign