Ingatan Berguna Berkenaan Hadis Yang Disahihkan Al-Hakim dan Dipersetujui Al-Zahabi

| |


Gambar hiasan: Emas (al-Zahb)


 التنبيه المفيد فيما صححه الحاكم ووافقه الذهبي

Ingatan Berguna Berkenaan 
Hadis Yang Disahihkan Al-Hakim dan Dipersetujui Al-Zahabi

Oleh: Syaikh Al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim Al-Awni,
Umm Al-Qura, Makkah[1]
Diterjemah oleh: Muhammad Fathi Ali (Panel Hadith www.al-fikrah.net[2]





الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن والاه. أما بعد


Alhamdulillah, Salawat dan Salam atas junjungan Baginda Rasul SAW, atas keluarganya, para sahabatnya, dan sesiapa yang mengikuti jejak Baginda. Amma Ba‘du

أقول وبالله التوفيق: إن الإمام الذهبي قد قام باختصار (المستدرك)، كما قام باختصار كتب أخرى كثيرة، والأصل في الاختصار ألاّ يكون فيه إضافة من مختصره، بل يقتصر على بعض ما في أصله، دون زيادة، لكن الإمام الذهبي لم يكن يخلي مختصراته من تعقبات وفوائد ينشرها في الكتاب، وهي خارجة عن أصل شرط الكتاب، بل هي فضلة يتبرع بها الذهبي على المستفيدين، فتأتي هذه الإضافات على غير قاعدة مطردة، بل تأتي كيفما اتفق وتيسَّر

أضف إلى ذلك الأصل: أن الذهبي لم يذكر عبارة صريحة بأنه إن نقل حكم الحاكم وسكت عليه يكون موافقاً له، أو أنه لا يكون مخالفاً له إلا إذا تعقب حكمه! ونسبة رأي إلى
الذهبي, لا بد أن يكون متيقناً أو غالباً على الظن، أما والظن الغالب بخلاف تلك النسبة، فلا تصح

وواضح من خلال كتاب الذهبي أنه إنما ينقل عقب كل حديث حكم الحاكم عليه، ثم إذا أراد أن يتعقبه قدم التعقب بقوله: (قلت)، وعلى هذا فكل ما خلا عن كلمة (قلت)، فليس هو إلا رأي الحاكم.

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Al-Zahabi dalam Talkhisnya kepada kitab Al-Mustadrak Al-Hakim hanyalah meringkaskannya [meringkaskan kata-kata Al-Hakim] sahaja. Al-Zahabi juga ada melakukan perkara yang sama pada sejumlah kitab-kitab yang lain. Secara umumnya, pihak yang meringkaskan sesuatu kitab tidak akan memasukkan kata-kata yang asing di luar tulisan pengarang asal kitab, sebaliknya kata-kata penulis kitab asal itulah yang akan dikeluarkan untuk menjadikannya ringkas.

Akan tetapi, jika diperhatikan, Al-Zahabi tidak membiarkan hasil ringkasannya begitu sahaja [seperti kebiasaan kerja-kerja meringkas], beliau dengan sukarela memasukkan beberapa komen terhadap ringkasan tersebut, agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca hasil daripada komennya itu. Imam Al-Zahabi tidak memasukkan komen-komen ini mengikut format, skema, atau kaedah-kaedah tertentu yang tersusun, sebaliknya beliau mengomentari apabila beliau terasa ingin memberi komen sesuka hati.

Perlu diingat dan diberi perhatian, bahawa Al-Zahabi tidak pernah berkata/ memberitahu dalam mana-mana kitab pun bahawa apabila beliau menyatakan penilaian sesuatu hadith daripada Al-Hakim tanpa membuat sebarang komen [beliau mendiamkannya sahaja], automatik ia bermaksud bahawa beliau bersetuju dengan penilaian Al-Hakim itu!!

Jelas sekali apabila kita melihat kepada Talkhis Al-Zahabi, banyak menunjukkan Al-Zahabi hanya menyebutkan/ menaqalkan selepas setiap hadith penilaian Al-Hakim sahaja. Jika Al-Zahabi ingin mengomentari atau menambah sebarang komen, beliau akan memulakan komennya dengan menyebut "Aku berkata…" (
قلت).

Oleh itu, setiap penilaian hadith dalam Talkhis Al-Zahabi dalam Al-Mustadrak tanpa dimulakan dangan kata-kata "Aku berkata…"(قلت), ia hanya menunjukkan penilaian hadith yang diberi Al-Hakim sendiri, dan Al-Zahabi hanya meringkaskannya sahaja.

أما الاستدلال بتعقيب الذهبي على أن سكوته يدل على الإقرار، فهو استدلال ضعيف؛ لأنه خلاف الأصل في عمل المختصر، الذي لا يعدو سكوته أن يكون نقلاً لما في الأصل.

Sangkaan bahawa diamnya Al-Zahabi adalah sebagai persetujuannya secara senyap [tacit agreement] adalah sangkaan yang sangat lemah, ini kerana ia bertentangan dengan kaedah yang kebiasaaanya dilakukan apabila seseorang melakukan ringkasan terhadap sesuatu kerja/ kitab orang lain, iaitu menisbahkan kata-kata ringkasan terhadap kata-kata penulis asal kitab.

ويدل على أن الذهبي لم يلتزم التعقب في كل ما يخالف فيه الحاكم - سوى ما سبق- الأمور التالية:

Kita mengetahui hakikat bahawa Al-Zahabi tidak memberikan komen peribadinya terhadap setiap hadith dalam Al-Mustadrak ini, atas beberapa sebab.

-قال الذهبي في "تاريخ الإسلام" في ترجمة الحاكم، مجلد (401هـ- 420هـ)- (132)، وهو يتحدث عن (المستدرك):"ففي المستدرك جملة وافرة على شرطهما، وجملة كبيرة على شرط أحدهما. لعل مجموع ذلك نحو النصف، وفيه نحو الربع مما صح سنده وفيه بعض الشيء، أو له علة. وما بقي، وهو نحو الربع، فهو مناكير وواهيات لا تصح، وفي بعض ذلك موضوعات، قد أعلمت بها لما اختصرت هذا المستدرك، ونبهت على ذلك".

فهذا النص يدل على أن الذهبي لم يعتن ببيان كل الواهيات، وإنما اعتنى بالتعليق على بعضها، وخاصة الموضوعات. ألا ترى أنه ذكر أن ربع الكتاب مناكير وواهيات، في حين أنه لم يتعقب إلا قدر ثمن الكتاب، حيث إن عدد أحاديث الحاكم يبلغ (9045)، وعدد تعقبات الذهبي (1182) حديثاً، في حين أن ربع أحاديث كتاب الحاكم هو (2261)، وهذه الإحصائية مستفادة من مقدمة تحقيق مختصر استدراك الذهبي لابن الملقن (8/9)، وبناءً على ذلك فإن الذهبي كان يعلم بوجود ضِعْفِ الأحاديث التي تعقبها في المستدرك من الواهيات، وقد سكت عنها؛ فهل يصح أن نعتبر سكوته بعد ذلك إقراراً؟ بل إن ربع المستدرك عند الذهبي -سوى الربع الأول-، أحاديث ظاهرها الصحة، ولها علل خفية تقدح في صحتها، وعلى هذا: فالذهبي كان يعلم أنه لم يتعقب إلا قدر ربع الأحاديث المنتقدة عنده هو، فكيف يعتقد أن سكوته إقرار وموافقة بعد ذلك؟!!

Pertama, kata-kata Al-Zahabi dalam Tarikh Al-Islam, dalam Tarjamah Al-Hakim, dalamnya di mana Al-Zahabi ada menyebutkan tentang Al-Mustadrak Al-Hakim:

"Kitab Al-Mustadrak mengandungi sejumlah yang agak baik hadith-hadith yang menepati syarat-syarat sahih Al-Bukhari dan Muslim, dan juga sejumlah banyak hadith-hadith yang menepati hanya salah satu daripada keduanya [Al-Bukhari atau Muslim]. Mungkin jumlah keseluruhan hadith-hadith yang sedemikian ini adalah separuh daripada kitab tersebut.

Secara kasarnya, pada sebahagian 1/4 lagi hadith-hadith yang secara zahir sanadnya kelihatan sahih, tetapi sebenarnya mempunyai kecacatan tersembunyi yang lain (علة). Dan pada baki selainnya, iaitu mungkin sejumlah 1/4, adalah tertolak, sangat dha‘if tidak sahih (مناكير وواهيات لا تصح،), dan sebahagiannya adalah palsu/ maudhu‘ (موضوعات). Aku mengetahui perkara ini apabila aku menyediakan ringkasan terhadap Al-Mustadrak dan aku menyedarinya dan mengeluarkannya.

Pernyataan daripada Al-Zahabi ini jelas menunjukkan bahawa beliau tidak mengomentar kesemua hadith-hadith yang bermasalah dalam Talkhisnya, akan tetapi hanya membuat komen pada sesetengahnya sahaja, terutama pada hadith-hadith yang palsu.

Cuba perhatikan, tidakkah Al-Zahabi sendiri berkata bahawa 1/4 daripada kitab Al-Mustadrak itu terdiri daripada hadith-hadith “adalah tertolak, sangat dha‘if"? Akan tetapi dalam Talkhisnya, didapati beliau hanya memberi komen pada sejumlah 1/8 daripada hadith-hadith dalam kitab Al-Mustadrak. Terdapat sejumlah 9045 hadith-hadith dalam kitab Al-Mustadrak Al-Hakim, akan tetapi Al-Zahabi dalam Talkhisnya ke atas Al-Mustadrak hanya memberi komen hanya sejumlah 1182 hadith sahaja, sedangkan jumlah bagi 1/4 hadith-hadith dalam Al-Mustadrak adalah 2261 kesemuanya. (perkiraan jumlah ini adalah sebagaimana yang diambil dalam pendahuluan tahqiq kitab Mukhtasar Istidrak Al-Zahabi oleh Ibn Al-Mulaqqin, 8/9)

Dengan penerangan di atas, ia adalah jelas bahawa Al-Zahabi memang sedia maklum dan tahu akan sejumlah dua kali ganda lagi hadith yang bermasalah dan sangat dha‘if dalam Al-Mustadrak berbanding dangan apa yang telah beliau komen dalam Talkhisnya. Walau bagaimanapun, beliau mendiamkan diri terhadap hadith-hadith ini. Oleh itu, setelah terbuktinya fakta-fakta yang disebutkan oleh Al-Zahabi sendiri seperti di atas, adakah kita masih boleh menganggap bahawa diamnya Al-Zahabi itu adalah sebagai tanda setujunya secara diam (tacit approval) dan berkata hadith-hadith itu sahih??

Tambahan pula, kita sedia maklum bahawa sejumlah 1/4 lagi hadith-hadith dalam Al-Mustadrak, pada penilaian Al-Zahabi adalah hadith-hadith yang kelihatan zahirnya sahih, akan tetapi mempunyai kecacatan yang tersembunyi yang menggugat kesahihannya. Oleh itu, mana mungkin kita dengan mudahnya menganggap bahawa diamnya Al-Zahabi itu sebagai tanda persetujuannya secara diam (tacit approval) terhadap penilaian Al-Hakim??!!

ومما يشهد لذلك أيضاً: انتقاد الذهبي لغيرما حديث في المستدرك، في غير المختصر من كتبه الأخرى، مع سكوته عنه في المختصر،ومن ذلك:

Selain itu, bukti-bukti lain yang menunjukkan kepada kita bahawa diamnya Al-Zahabi bukanlah bererti setujunya beliau terhadap Al-Hakim secara diam, adalah kata-kata Al-Zahabi sendiri dalam tulisannya pada tempat yang lain (selain dalam Talkhis Al-Mustadrak), beliau sendiri mengkritik sejumlah hadith-hadith yang beliau diamkan dalam Talkhisnya. Antaranya adalah seperti di bawah:

(1) فلما صحح الحاكم حديثا (1/544-545)، وسكت عنه الذهبي في المختصر، ذكره في الميزان (1/136 رقم 547) حاكماً عليه بالبطلان، ثم قال: "قال الحاكم: صحيح الإسناد. قلت: كلا. قال: فرواته كلهم مدنيون. قلت: كلا. قال: ثقات. قلت: أنا أتهم به أحمد"

1- Dalam kitab Mizan Al-I‘tidal (1/136.#547), Al-Zahabi menyebutkan hadith yang disahihkan Al-Hakim (1/544-545) dan beliau diam dalam ringkasannya (tidak memberi komen dalam Talkhisnya), akan tetapi dalam Mizan Al-I‘tidal beliau kemudian mengisytiharknnya sebagai salah (batil), kemudian Al-Zahabi berkata: "Al-Hakim berkata hadith ini mempunyai jalan-jalan periwayatan yang sahih", aku berkata sebaliknya. Dia berkata para perawinya adalah semuanya daripada Madinah, aku berkata sebaliknya. Dia berkata semuanya adalah terpercaya (Thiqah), sedangkan aku berkata yang aku ada mengesyaki (
أتهم) pada perawi Ahmad"

(2) وصحح الحاكم حديثاً آخر (2/545)، وسكت عنه الذهبي في المختصر، لكنه قال في الميزان (3/179 رقم 6042):"صححه الحاكم، وهو حديث منكر كما ترى".

2- Dalam Mizan Al-I‘tidal (3/179, #6042), Al-Zahabi menyebutkan hadith yang disahihkan Al-Hakim (2/545) dan beliau diam dalam ringkasannya (tidak memberi komen dalam Talkhisnya), akan tetapi dalam Mizan Al-I‘tidal beliau berkata: "Al-Hakim mensahihkannya, walaupun sebagaimana yang dapat kamu lihat, ia sebanarnya adalah hadith Munkar"

(3) وصحح الحاكم حديثاً ثالثاً (2/493)، وسكت عنه الذهبي في المختصر، وقال في العُلُو للعلي العظيم (1/593 رقم 146): "شريك وعطاء فيهما لين، لا يبلغ بهما رد حديثهما، وهذه بلية تحير السامع، كتبتها استطراداً للتعجب، وهو من قبيل اسمع واسكت".


3- Dalam Al-‘Uluw lil-‘Ali Al-‘Azim (1/593, #146), Al-Zahabi menyebutkan hadith yang disahihkan Al-Hakim (2/493) dan beliau diam dalam ringkasannya (tidak memberi komen dalam Talkhisnya), kemudian berkata: "perawi Syarik dan ‘Ata' terdapat kelamahannya pada mereka akan tetapi tidaklah sehingga memberikan hadith mereka tertolak. Akan tetapi teks ini ada suatu yang masalah yang serius padanya yang menyebabkan pendengarnya menjadi keliru. Aku menulisnya semata-mata kerana terkejut, ia berbaloi untuk didengar, akan tetapi ia tidak layak/ tidak perlu dikomen"

وبعد هذا كله، لئن أصرَّ من فرط منه رأي سابق في هذه المسألة، على أن سكوت الذهبي عن تعقب الحاكم إقرار منه وموافقة، أقول له: ما قيمة هذا الإقرار؟ وقد صرح الذهبي بأن مختصره للحاكم يعوزه عمل وتحرير، كما في السير (17/176)، وبلغ هذا الإعواز إلى حد أنه لم يتعقب إلا نحو ربع ما يستحق التعقب عنده. إن الإصرار على ذلك الرأي إن هو إلا شين للذهبي لا زين، وتمسك بحبل رث غير متين!!!

وهذا التقرير بأدلته -لا شك- أنه أولى من تقليد بعض أهل العلم، الذين اعتبروا مجرد سكوت الذهبي إقراراً، كالسيوطي في النكت البديعات (197)، والمناوي في فيض القدير، والحسيني في البيان والتعريف، وغيرهم من العلماء المعاصرين.

Maka setelah menyebutkan semuanya ini, jika masih terdapat seseorang yang masih berdegil dan tetap mengatakan dan beranggapan bahawa diamnya Al-Zahabi pada penilaian Al-Hakim dalam Al-Mustadrak menunjukkan persetujuannya secara diam (tacit approval), maka aku ingin bertanya padanya: Apakah nilai persetujuan ini?? Sedang Al-Zahabi dengan jelasnya menyebutkan bahwa Talkhisnya itu "..adalah sangat memerlukan kepada semakan semula" [Siyar A‘lam Al-Nubala’ (17/176)]. Dan "sangat memerlukan" ini adalah sangat berat sehinggakan beliau tidak mampu melakukannya pada sejumlah 1/4 pada apa yang beliau rasakan sangat memerlukan semakan itu. Tetap berdegil dan berpegang pada pendapat sedemikian adalah satu penghinaan pada Al-Zahabi dan sama sekali bukan pujian!!!

Ya, memang diakui dan tidak syak, bahwa terdapat ramai para ‘ulama’ yang hebat-hebat menganggap bahawa diamnya Al-Zahabi pada Talkhisnya adalah sebagai persetujuan secara diam, seperti Al-Suyuti [Al-Nukat Al-Badi‘at (197)], Al-Manawi [Faydh Al-Qadir], dan Al-Husayni [Al-Bayan wa Al-Ta‘rif]. Dan juga ramai daripada kalangan ‘ulama’ kontemporari mengikut pendapat ini. walau bagaimanapun, bukti-bukti yang didapati jelas menunjukkan sebaliknya dan diamnya Al-Zahabi dalam Talkhisnya terhadap Al-Mustadrak bukanlah menunjukkan persetujuannya secara diam (tacit approval).

والله أعلم، والحمد لله وحده، - وصلى الله وسلم على من لا نبي بعده، وعلى آله وصحبه ومن اتقى حده

WaLlahu a‘lam, segala puji bagi Allah tiada sekutu bagi-Nya, salawat pada Nabi SAW yang tiada Nabi sesudahnya, para keluarganya dan para sahabatnya.


عضو هيئة التدريس بجامعة أم القرى

Dr. Al-Syarif Hatim bin ‘Arif Al-‘Awni
Pensyarah Universiti Umm Al-Qurra

Selesai.[3]






[1] Fatwa ini diambil daripada laman web Islamtoday.net yang dikelola oleh Syaikh Dr. Salman Fahd ‘Audah. Ia adalah penjelasan daripada Syaikh Al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim Al-‘Awni, yang merupakan antara Kibar Muhaddith masa kini, bertugas sebagai pensyarah dan penyelia di sebuah universiti yang terkemuka, Universiti Umm Al-Qura, Makkah, Arab Saudi. Fatwa asal tanpa terjemahan boleh dilihat di pautan: http://www.islamtoday.net/fatawa/quesshow-60-17410.htm.

Selain daripada Syaikh Al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim Al-‘Awni, terdapat ramai lagi para Kibar Muhaddithin yang memberikan penjelasan yang sama, antaranya adalah daripada Syaikh Al-Muhaddith Dr. Basyar ‘Awwad Ma‘ruf dalam pendahuluan terkininya kepada Jami‘ Tirmizi Kabir (Sunan Al-Tirmizi), cetakan Dar Al-Jayl, Beirut, dan juga daripada Syaikh Al-Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz Al-Tarifi dalam fatwa di laman web rasminya, Syaikh Al-Muhaddith Dr. Mahir Yasin Al-Fahl dalam Multaqa Ahl Al-Hadith dan lain-lain:
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showpost.php?p=247508&postcount=1 , dan ia juga merupakan pendapat Syaikh al-Muhaddith Abul Laits (pensyarah UIAM)

[2] Apabila terdapat sesuatu hadith yang disahihkan oleh Al-Hakim dalam kitabnya Al-Mustadrak dan Al-Zahabi diam iaitu tidak memberi apa-apa komen dalam Talkhisnya ke atas Al-Mustadrak, kita sering mendengar ungkapan daripada sesetengah pengkaji hadith Muta’akhkhirin berbunyi "صححه الحاكم ووافقه الذهبي" “disahihkan oleh Al-Hakim dan dipersetujui Al-Zahabi” dalam takhrij-takhrij mereka. Adakah tepat penggunaan sebegini? Adakah benar Al-Zahabi melakukan tahqiq (semakan) ke atas Al-Mustadrak atau hanya meringkaskannya sahaja? Jika kita meneliti kitab-kitab takhrij hadith yang terdahulu selepas zaman Al-Zahabi, kita tidak akan menemui ungkapan "صححه الحاكم ووافقه الذهبي" “disahihkan oleh Al-Hakim dan dipersetujui Al-Zahabi” ini, bahkan sehingga kurun ke-11 Hijrah pun ungkapan seperti ini tidak wujud, tidak pada zaman Al-Munawi atau ‘Ali Al-Qari, sebaliknya ia hanya muncul sedikit ketika zaman Al-Laknawi dan Al-Mubarakfuri, seterusnya ia hanya menjadi popular pada sesetengah pentahqiq-pentahqiq moden termasuk Al-Albani, Al-Arna’ut dan lain-lain.

Ketahuilah bahawa penggunaan ungkapan sebegini adalah satu kesilapan yang memerlukan kepada penjelasan dan penjernihan, kerana Al-Zahabi tidak mentahqiq Al-Mustadrak tetapi hanya meringkaskannya sahaja, bahkan jika kita meneliti kitab-kitab Al-Zahabi kita akan menjumpai hadith-hadith yang didiamkan Al-Zahabi dalam Talkhis tetapi didha‘ifkannya dalam kitab-kitab lain. Maka kaedah yang tepat ialah dengan menulis "صححه الحاكم ولم يتعقبه الذهبي" “disahihkan oleh Al-Hakim dan tidak dikomentar oleh Al-Zahabi” sebagaimana yang diamalkan oleh Syaikh Mahir Yasin dalam tahqiqannya dan juga para pentahqiq lain yang mengambil berat akan hal ini. Moga dengan adanya terjemahan ini, saya berharap agar ia dapat serba-sedikit memberi pencerahan dan meluruskan kefahaman kita berkenaan hal yang sangat penting ini.

[3] Selesai diterjemah pada 16 Ramadhan 1430H, Malaysia


Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 11:08 AM. Filed under .

0 comments for "Ingatan Berguna Berkenaan Hadis Yang Disahihkan Al-Hakim dan Dipersetujui Al-Zahabi"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign