Penjelasan status hadith: Yasin jantung al-Qur'an

| |



Hadith yang popular: 

إن لكل شيء قلبا وقلب القرآن يس ومن قرأ يس كتب الله له بقراءتها قراءة القرآن عشر مرات

Terjemahan: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai jantung dan jantung al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahala baginya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali" 

Status: 

Palsu. Dinilai palsu oleh para huffaz Salaf semisal Imam Ahmad bin Hanbal (241H) dan Imam Abu Hatim al-Razi (277H)

Kata Imam Ahmad: "haza kalam maudhu' (hadith ini palsu)" [al-Muntakhab min al-Ilal, 50]

Kata Imam Abu Hatim: "hadith batil la asla lah (hadith batil tiada asal)" [al-Ilal, 1652] 


Berkata Abu Ismaaeel: sejak sekian lama bertahun-tahun aku menyangka hadith ini hanyalah Dha'if kerana padanya perawi yang majhul dan dha'if, penilaian dha'if ku ini hanyalah berdasarkan zahir sanad untuk hadith ini semata. 

Namun semasa aku membelek-belek kitab-kitab `Ilal semisal al-`Ilal Ibn Abi Hatim dan al-Muntakhab min al-`Ilal al-Khallal, maka aku berjumpa dengan penilaian para huffaz hadith yang pakar-pakar dalam ilmu `ilal semisal Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Hatim barulah aku mengetahui bahawa rupa-rupanya hadith ini adalah batil palsu!! Benarlah ilmu mengenal sahih dan dha'if hadith ini adalah satu ilmu yang sangat rumit. 


Nota Abu Ismaael: 


1- Istilah Maudhu' dan Batil adalah seerti iaitu bermaksud Palsu

2- La Asla Lah (Tiada Asal Padanya) atau Laisa Lahu Isnad (Tiada Isnad Padanya): kedua-dua kenyataan ini adalah seerti, dan ia bukanlah bermaksud sesuatu hadith itu tidak mempunyai sanad langsung, tetapi maksudnya ialah hadith itu tidak mempunyai sanad yang kuat walaupun satu yang boleh dibuat hujah, iaitu kesemua sanadnya tertolak belaka. 




Sekian dikongsi, 
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin Ali.
25 Jun 2011
Iskandariah, Mesir


Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 2:39 AM. Filed under .

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign