[Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl] Hukum solat qiam al-lail berjamaah, solat taubat serta solat tasbih

| |




Gambar: Syaikhuna Maher yasin al-fahl di darul hadith, iraq



|| Syaikhuna al-Muhaddith Maher Yasin al-Fahl ||
Hukum solat qiam al-lail berjamaah, 
solat taubat serta solat tasbih 

Pada 10 Mac 2014, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith al-Muhaqqiq Dr. Abul Harith Mahir Yasin al-Fahl, syaikhul hadith di Darul Hadith Iraq, ketua pensyarah hadith dan fiqh muqaran (fiqh perbandingan mazhab) di universiti al-Anbar, Iraq. Pentahqiq Mukhtasarul Mukhtasar (Sahih Ibn Khuzaimah), Syamail al-Nabi, Musnad al-Syafie dan lainnya.

Soalku: 

شيخنا الجليل، هل صلاة قيام الليل تشرع فيها الجماعة ؟ و هل يجوز ان يصلي الرجل مع اهله جماعة في المنزل ؟

Terhemahan: "Wahai guru kami yang mulia tinggi, adakah solat qiam al-lail itu disyariatkan baginya berjamaah? Dan adakah boleh seseorang lelaki bersolat qiam bersama keluarganya (isteri dan anak-anak) secara berjamaah di rumah?"

Maka jawab Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl:

نعم تشرع قيام الليل في جماعة ولكن ليس دائما أما الفروض الخمسة ﻻ بد من صلاتها في المسجد

Terjemahan: "Ya, disyariatkan melakukan solat qiam al-lail secara berjamaah akan tetapi tidaklah selalu, manakala solat fadhu wajib yang lima tidak dapat tidak mestilah yang bersolat itu di masjid"

Mendapat jawpapan beliau ini, maka balasku kepada Syaikhuna Maher: 

اسال الله ان يغفر لكم ويرزقكم الجنة، بارك الله فيكم يا شيخنا

Terjemahan: "Daku memohon kepada Allah agar memberimu keampunan dan memberimu rezqi syurga, moga Allah memberkatimu wahai guru kami" 

Maka balas Syaikhuna Abul Harith al-Fahl: 

حفظكم الله

Terjemahan: "Moga Allah memeliharamu" 

Kemudian daku meneruskan diskusi bersama Syaikhuna Maher seraya bertanya lagi, soalku:

شيخنا لو سمحتم، ما حكم صلاة التوبة وما صحة الدليل الذي ورد في ذلك؟

Terjemahan: "Wahau guru kami, pohon izin lagi, apakah pula hukum solat taubat? Dan adakah Sahih dalil yang datang berkenaannya?"

Maka jawab Syaikhuna Maher Abul Harith:

الصلاة يهرع لها في كل نازلة ومنها الذنب،  وتخصيص الحديث ضعيف لكن الصلاة مأمور بها بكل مكروه

Terjemahan: "Solat, digesa melakukannya pada setiap musibah, dan antara musibah itu ialah melakukan dosa. Dan pengkhususan (yang disebut berkenaan solat taubat dalam) hadith itu adalah Dha`if. Walau bagaimanapun, solat itu sendiri adalah diperintahkan untuk melakukannya pada setiap kejadian yang dibenci (iaitu musibah)"

Mendapat jawapan Syaikhuna Maher ini, maka daku meneruskan lagi diskusi seraya bertanya lagi: 

احسن الله اليكم شيخنا، وما رايكم بصلاة تسابيح؟ قال بعض انه لا يشرع والحديث فيه باطل

Terjemahan: "Moga Allah melimpahkan kebaikan kepadamu wahai guru kami, apakah pendapat kamu berkenaan solat tasbih? Kata sesetengah ahli ilmu ianya tidak disyariatkan dan hadithnya Batil"

Maka jawab Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl:

لا نصليها والحديث منكر

Terjemahan: "Tidak mengamalkannya, dan hadithnya Munkar" 

Maka daku menutup diskusi ku pada petang itu dengan berkata: 

احسن الله اليكم شيخنا، وبارك الله فيكم

Terjemahan: "Moga Allah melimpahkan kebaikan buatmu wahai guru kami, serta moga Allah memberkatimu"


~ Fathi al-Sakandary ~

Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 2:57 PM. Filed under .

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign