Fadha'il A'mal Yang Bid'ah

Ringkasan Fiqh Puasa [siri #1 - #10]

Penjelasan Status Hadith-Hadith Gugurnya Kewajipan Solat Jumaat bagi yang telah bersolat 'Eid pada pagi Jumaat

Penjelasan Status Hadith-Hadith Gugurnya Kewajipan Solat Jumaat bagi yang telah bersolat 'Eid pada pagi Jumaat





|| Penjelasan Status Hadith-Hadith Gugurnya Kewajipan Solat Jumaat bagi yang telah bersolat 'Eid pada pagi Jumaat || 

Pertama: Hadith Abu Hurairah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: ((قَدْ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنْ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ)) 

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw bahawa baginda berkata: “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari raya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi SAW) akan menunaikan (juga) solat Jumaat

Takhrij: 

Dikeluarkan antaranya oleh Abu Daud (1073), Ibn Majjah (1311), Ibn al-Jarud dalam al-Muntaqa (302) dan lainnya, kesemuanya dari jalur Baqiyyah bin al-Walid telah mengkhabarkan kami Syu'bah dari al-Mughirah al-Dhabbiyyi dari 'Abdul 'Aziz bin Rafi' dari Abi Soleh dari Abi Hurairah. 

Status: 

Saya katakan hadith ini Munkar. Telah tafarrud (menyendirinya) Baqiyyah meriwayatkannya dari Syu'bah, sedangkan tiada satupun ashab Syu'bah lain membawa riwayat ini. 

Sesungguhnya telah tersilap Baqiyyah dalam menyatakannya ia dari Syu'bah, dan sesungguhnya hadith ini bukanlah dari Syu'bah pun! 

Hadith ini diingkari oleh jamaah huffaz hadith Salaf semisal al-Imam Ahmad bin Hanbal, al-Imam Abu Hatim, al-Imam al-Daraquthni. 

Al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan dengan sanad yang Sahih dalam al-Tarikh bahawa berkata al-Imam Ahmad: 

"Telah diberitakan kepadaku bahawa Baqiyyah meriwayatkan dari Syu'bah dari Mughirah dari 'Abdul 'Aziz bin Rafi' dari Abi Soleh dari Abi Hurairah berkenaan dua 'eid (solat 'eid dan solat jumaat) yang berlaku dalam hari yang sama, dari mana Baqiyyah mengambil perkara ini!!!". Al-Imam Ahmad mengingkari riwayat ini dengan seingkar-ingkarnya. 

Berkata al-Imam al-Daraquthni "hadith ini Gharib dari hadith Mughirah, tiada yang meriwayatkannya selain Syu'bah bahkan ianya juga Gharib dari Syu'bah! Tiada yang meriwayatkannya dari Syu'bah selain Baqiyyah.." 

Bahkan berkata al-Imam Ibn 'Abdil Barr dalam al-Tamhid (272/10): 

"Hadith ini tidak diriwayatkan dari Syu'bah walaupun dari seorang yang thiqah dari kalangan ashabnya (muridnya) yang huffaz, sebaliknya ia diriwayatkan oleh Baqiyyah bin al-Walid, dan ia bukanlah hadith Syu'bah pun asalnya! Baqiyyah meriwayatkan hadith ini dari ahli negerinya iaitu Syam dan baginya kelemahan, kebanyakan ahli ilmu (ahli hadith) menDhaifkan riwayat Baqiyyah yang beliau riwayat dari orang-orang Syam dan selainnya, dan baginya hadith-hadith Munkar! Dan beliau Dhaif tidak dibuat hujah"

Kedua: Hadith Abdullah bin Abbas

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: ((اجْتَمَعَ عِيدَانِ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا، فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنْ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ، إِنْ شَاءَ اللَّهُ)).

Sabda Nabi Saw: “Telah berkumpul dua hari raya pada hari kamu ini, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan (juga) solat Jumaat, Insya’Allah”. 

Takhrij: 

Dikeluarkan oleh Ibn Majjah (1311), telah menceritakan kami Muhammad bin al-Musoffa al-Himsi telah menceritakan kami Baqiyyah telah menceritakan kami Syu'bah telah menceritakanku Mughirah al-Dhabbiyyi dari 'Abdul 'Aziz bin Rafi' dari Abi Soleh dari Ibn 'Abbas secara marfu'. 

Status: 

Saya katakan hadith ini Munkar! Telah tersilap Ibn Majjah dalam meriwayatkan hadith ini sebagai hadith Ibn 'Abbas, yang benar ia adalah hadith Abi Hurairah dan statusnya adalah Munkar sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. 

Berkata guru saya Syaikhul Hadith al-Iskandariah Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary: 

"Demikian membawanya Ibn Majjah dengan sanad ini dari Ibn 'Abbas, dan ia silap! Sanad yang betulnya ialah sebagaimana yang dikeluarkan Abu Daud dengan sanad dari Abi Hurairah, dan ia adalah sebagaimana yang telah dijelaskan secara rinci sebelum ini bahawa ia adalah muttarib munkar matan"

Ketiga: Hadith Zaid bin Arqam 

مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ وَهُوَ يَسْأَلُ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ قَالَ: أَشَهِدْتَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِيدَيْنِ اجْتَمَعَا فِي يَوْمٍ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَكَيْفَ صَنَعَ؟ قَالَ: صَلَّى الْعِيدَ ثُمَّ رَخَّصَ فِي الْجُمُعَةِ. فَقَالَ: (مَنْ شَاءَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيُصَلِّ) 

Mu’awiah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam: Pernahkah kamu meyaksikan dua hari ‘eid yang bertepatan pada hari Jumaat pada zaman Rasulullah SAW? Jawabnya: Ya! Kata Muawiah: Bagaimana Rasulullah melakukannya? Kata Zaid: Nabi SAW melaksanakan solat Eid kemudian Baginda memberikan rukhshah (kelonggaran) bagi solat Jumaat dengan bersabda: “Barangsiapa yang mahu solat (Jumaat), maka solatlah.”

Takhrij: 

Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh Ahmad (372/4), al-Darimi (1612), al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (438/1), Ibn Majjah (1310), al-Bazzar dalam Musnad al-Mua’ll (4337), Abu Daud (1070), al-Nasaie (194/3), Ibn Khuzaimah dalam Mukhtasar al-Mukhtasar (1474), kesemuanya dari jalur Israil telah menceritakan kami Uthman bin al-Mughirah dari Iyas bin Abi Ramlah al-Syaamii katanya “daku melihat Mu’awiyah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam…- seperti di atas - ” 

Status: 

Saya katakan hadith ini Dha’if Munkar! Baginya beberapa kecacatan:

1- Iyas bin Abi Ramlah al-Syaamii adalah Majhul. 

Berkata guru saya Syaikhul Hadith al-Iskandariah Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary: “walaupun Iyas merupakan kalangan majhul dari tabi’in yang memungkinkan riwayatnya diterima dengan qarain dan husn zhan, namun bagi hadith ini ia tidak menepati syarat untuk menerimanya kerana matannya munkar, menyalahi usul serta bertentangan dengan hadith yang thabit dari al-Nu’man bin Basyir yang menyatakan Nabi SAW tetap melaksanakan Jumaat walaupun ‘eid pada hari Jumaat”

2- Bersama-sama dengan Majhulnya Iyas, beliau juga tefarrud (menyendiri) membawa riwayat ini dari Mua’wiyah bin Abi Sufyan. 

Hadith ini telah diDha’ifkan oleh para huffaz Salaf, antaranya oleh Ibn Khuzaimah sendiri dengan katanya “In Sahha l-Khabar / إن صح الخبر (jika benarlah khabar ini sahih / Jika benar khabarnya). 

Perlu diketahui bahawa bentuk lafaz syak “In Sahha l-Khabar” ini adalah salah satu bentuk isyarat pendha‘ifan oleh Imam Ibn Khuzaimah. Ini adalah manhaj/ metod yang digunakan oleh Imam Ibn Khuzaimah dalam kitab Sahihnya, iaitu apabila beliau menyebut "In Sahha l-Khabar" dalam Kitab Sahihnya ia menunjukkan bahawa hadith itu Dha‘if di sisinya. 

Juga diDhaifkan oleh al-Zahabi dalam Mizan al-I’tidal (1052) dengan membawa kata Ibn al-Munzir katanya: “ini tidaklah thabit, sesungguhnya Iyas adalah Majhul”.

Keempat: Hadith 'Abdullah bin 'Umar.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: اجْتَمَعَ عِيدَانِ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى بِالنَّاسِ، ثُمَّ قَالَ: ((مَنْ شَاءَ أَنْ يَأْتِيَ الْجُمُعَةَ فَلْيَأْتِهَا)) وَمَنْ شَاءَ أَنْ يَتَخَلَّفَ فَلْيَتَخَلَّفْ)) 

Dari Ibn 'Umar katanya: “Telah berkumpul pada suatu ketika dua hari raya pada zaman Rasulullah saw, maka Baginda telah menunaikan solat hari raya bersama sahabat, kemudian bersabda: “Sesiapa yang mahu datang solat Jumaat, boleh datang dan sesiapa tak mahu pun boleh” 

Takhrij: 

Dikeluarkan antaranya oleh Ibn Majjah (1302), Ibn 'Adiy dalam al-Kamil (456/6), Ibn al-Jauzi dalam al-Tahqiq Fi Ahadith al-Khalaf (797), dari jalur Jubarah bin al-Mughallas telah menceritakan kami Mindal bin 'Ali bin 'Abdul 'Aziz bin 'Umar dari Nafi' dari Ibn 'Umar secara marfu'

Juga dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (435/12591/12) dari jalur Said bin Rasyid al-Simak telah menceritakan kami 'Atha bin Abi Rabah dari Ibn 'Umar secara marfu' dengan sediiit beza lafaz.

Status: 

Saya katakan hadith ini Dhaif, bahkan Maudhu' Batil! Baginya beberapa penyakit:

1- Kedua-dua Jubarah dan Mindal adalah Dhaif. Jubarah lebih parah dhaifnya antara keduanya.

Bahkan Jubarah banyak mendustakan hadith sebagaimana yang dijelaskan al-Imam Yahya Ibn Ma'in, al-Imam Ahmad bin Hanbal  serta al-Imam Abu Zur'ah. 

2- Said bin Rasyid adalah muttaham, berkata al-Imam Ibn Ma'in tentangnya "tiada nilainya", berkata pula al-Imam al-Bukhari serta al-Imam Abu Hatim "Munkarul hadith", bahkan berkata al-Nasaie "Matruk al-Hadith". 

Hadith ini diDhaifkan oleh para huffaz semisal al-Imam Ajmad bin Hanbal, al-Imam Ibn 'Adiy, Ibn Majjah dan lainnya. Bahkan berkata guru saya Syaikhul hadith al-Iskandariah Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary "batil". 

Fiqh al-Hadith: 

Bagaimana dengan hukum solat Jumaat pada hari `Eid? sesetengah fuqaha' berpendapat bahawa bagi mereka yang telah pergi menunaikan solat `Eid tidak wajib lagi untuk pergi melaksanakan solat Jumaat.

Pendapat ini amat lemah, kerana tiada satupun dalil Sahih yang menyatakan bolehnya meninggalkan solat Jumaat sekiranya telah melakukan solat `Eid, semua hadith dalam hal ini kesemuanya cacat diingkari oleh para huffaz hadith Salaf. Bahkan berkata Imam Ibn ‘Abdil Barr:

 “Tidaklah  boleh  bagi  seorang  muslim  berpendapat  gugurnya  kefardhuan (kewajipan)  solat  Jumat  –  apabila  jatuh  ‘Eid  pada  hari  Jumaat  -  ,  sedang  Allah  ‘Azza Wa  Jalla  telah  wajibkan  kepadanya  dengan  kataNya:  {bermaksud- Wahai  orang-orang  yang  beriman! Apabila  diserukan  azan  untuk  mengerjakan  solat  pada  hari  Jumaat,  maka  segeralah kamu  pergi  (ke  masjid)  untuk  mengingati  Allah  (dengan  mengerjakan  solat  Jumaat)}, tidaklah  Allah  dan  RasulNya  bezakan  hari  ‘Eid  atau  selainnya  dari  segi  hujah kewajipannya,  maka  bagaimana  mungkin  seseorang  berpendapat  gugurnya  solat Jumaat...tiadalah  baginya  sebarang  hadith  –  yang  menggugurkan  kewajipan  solat Jumaat  apabila  jatuh  pada  hari  ‘Eid  –  melainkan  ia  dikritik  dengan  kecacatan  disisi para  ahli  ilmu  dalam  hadith  (iaitu  para  ahli  hadith)”  [Rujuk:  al-Tamhid,  10/277] 

Dengan  itu  berkata  Imam  Ibn  Hazm:   

“Apabila  berhimpunnya  hari  ‘Eid  pada  hari  Jumaat,  tidak  dapat  tidak mestilah  solat  untuk  ‘Eid,  kemudian  solat  untuk  Jumaat  pula,  tidaklah  sahih  akan athar-athar  yang  menyalahi  hal  ini”  [Rujuk:  al-Muhalla,  3/303] 

Dalam  hal  ini  terdapat  4 hadith  marfu’  dan  beberapa  athar  yang  mauquf, kesemuanya  adalah  Dha’if  dan  cacat,  bahkan  Munkar.  Hal  ini  sebagaimana  yang telah  dijelaskan  secara  terperinci  oleh  guru  kami  Syaikhuna  al-Muhaddith  Abu Muhammad  Ahmad  Shihatah  al-Alfy  al-Sakandary  dalam  kitabnya  "al-Lum'ah  Bi Bayan  Anna  Solat  al-`Eid  La  Tujzi  `An  Solah  al-Jumu'ah",  dan  juga  oleh  guru  kami Syaikhuna  al-Muhaddith  ‘Amru  ‘Abdul  Mun’im  Salim  al-Misri  dalam  kitabnya  “Tahsil Maa  Faat  al-Tahdis  Bimaa  Qila  La  Yasih  Fihi  Hadith”.  Yang  rajih  ialah  solat  `Eid  itu wajib  dan  solat  Jumaat  juga  kekal  wajib.   

~ Dr. Fathi al-Sakandary ~

| | Read More »

Fatwa 6 ulama hadith muktabar bermanhaj Mutaqaddimin berkenaan hukum menyebut "Madad ya Rasulallah"


   Gambar: saya berdiskusi dan bersoal-jawab bersama guru yang mulia Syaikhuna al-Muhaddith al-Hafiz Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah al-Alfy al-Sakandary, Syaikhul Hadith al-Iskandariah

|| Siri soalan Dr. Fathi al-Sakandary: Fatwa 6 ulama hadith muktabar bermanhaj Mutaqaddimin berkenaan hukum menyebut "Madad ya Rasulallah" || 

Pada akhir November 2014, saya telah bertanya kepada guru-guru saya para ulama hadith berkenaan hukum seseorang muslim menyebut "madad ya Rasulullah". Sebanyak 6 ulama hadith muktabar serata dunia ditanya dari timur tengah, ke afrika, india, hingga ke barat. 

Kesemuanya adalah para ahli hadith yang berdiri teguh atas manhaj mutaqaddimin, mereka ialah: 

1- Al-Syaikh al-Muhaddith al-Hafiz Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah al-Alfy al-Sakandary (Iskandariah, Mesir). 

Beliau ialah muhaddith dan musnid besar Iskandariah, guru saya yang utama di Iskandariah, terkenal sebagai Syaikhul Hadith al-Iskandariah. Merupakan hafiz kutub sittah (hafiz keseluruhan matan dan sanad) dan juga hafiz kitab-kitab jarh dan ta'dil, pakar qiraat dan juga lughah bahasa 'arab. Saya mengikuti kelas-kelas beliau seawal di masjid al-Bukhari, 'Asafirah hingga ke Kilo 21 'Agamy, Bitash dan Nahdhah, daripada beliau saya menerima ijazah hadith serta meriwayatkan kitab-kitab hadith semisal kutub sittah, musalsalat dan lainnya. 

Beliau juga merupakan ahli persatuan Ansarus Sunnah Mesir, berguru dengan ramai ulama antaranya al-'Allamah Muhammad Najib, al-Syaikh Muhammad 'Ali 'Abdurrahim, al-Syaikh Dr. Ahmad Ma'bad 'Abdel Kareem al-Azhari al-Misri, al-Syaikh Ahmad Syakir al-Misri, al-Syaikh al-Hafiz Abu Khalid 'Abdul Wakeel bin 'Abdul Haqq al-Hashimi al-Makki, al-Syaikh Abu Bakr Zuhair al-Syawish al-Dimashqi, al-Syaikh Muhammad Israil al-Nadwi al-Salafi, al-Syaikh Dr. Maher Yasin al-Fahl, al-Syaikh Nizaam Muhammad Soleh Ya'qubi dan ramai lagi. 

Beliau menulis banyak karya, antaranya karya berkaitan 'ilal hadith seperti Irsyad al-Salik Ila 'Ilal Ahadith Anas bin Malik, al-Ta'qib al-Hathith bi Bayan Aqsam 'Ilal al-Hadith, dan banyak lagi, juga karya berkaitan kajian ulum hadith seperti al-Iklil bi Bayan Ihtijaj al-Aimmah bi Riwayat al-Majahil, sebuah kitab besar menjelaskan manhaj huffaz Mutaqaddimin dalam menerima periwayatan para rawi majhul serta syarat-syaratnya yang ketat, juga al-Tasrih bi Dha'f Ahadith Solat al-Tasabih yang menjelaskan munkar dan dhaifnya kesemua riwayat berkait solat tasbih. 

Beliau juga menulis kitab al-Ta'qib al-Mutuni 'Ala al-Silsilah al-Dha'ifah li-l-Albani, sebuah kitab yang mengkritik ilmiah kesilapan-kesilapan penilaian hadith al-Syaikh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah, dan juga kitab khas yang sepertinya mengkritik ilmiah penilaian hadith al-Albani untuk kitab Riyadhus salihin, dan lain-lain karya. 

2- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Abu Khalid Waleed Idrees al-Sakandary thumma al-Meneesy (Iskandariah, Mesir/Minnesota, Amerika Syarikat) 

Beliau adalah antara ulama hadith dan musnid besar zaman kita, berasal dari Iskandariah, Mesir kemudian berhijrah ke Minnesota, Amerika Syarikat dan membina pusat pengajian Islam di sana. Beliau meriwayatkan dari lebih 80 guru, jika tidak ratus guru. Dari beliau juga saya merima ijazah hadith dan meriwayatkan beberapa musalsalat semisal musalsal bil awwaliyah, musalsal bil mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah al-Saaf, musalsal bil musafahah, serta musalsal bil hanabilah, dan juga kutub sittah dan lainnya. 

Beliau berguru dengan ramai ulama semisal al-Syaikh Muhammad 'Abdul Humaid al-Iskandari, al-Syaikh Ihab Ahmad Fikri, al-Syaikh 'Abdullah Soleh al-'Ubaid, al-Syaikh Muhammad Samir al-Dimashqi, al-Syaikh Mustafa 'Abbas al-Misri dan lainnya. 

Beliau menulis banyak karya antaranya Wasail al-Muwasalat wal Ahkam al-Fiqhiah al-Muta'allaqah Biha yang juga merupakan tesis PhD beliau, Syarah 'Umdatul Fiqh Ibn Qudamah, Muzakkirah Fi Ulum al-Hadith, Fatawa wa Rasail al-Syaikh 'Abdurrazzaq al-'Afifi, Athar al-Qiraat al-Arba'ah 'Ahsr fi Mabahith al-'Aqidah wa al-Fiqh dan lainnya karya. 

3- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hamzah 'Abdullah al-Malibari (Malabar, India/Pakistan) 

Beliau merupakan seorang ahli hadith dan muhaqqiq kelahiran Kerala, Malabar, India. Syaikhuna Hamzah al-Malibari mendapat pendidikan hadith di India, serta Pakistan, dan juga Universiti Islam Madinah (Arab Saudi) dalam bidang hadith, serta pernah menjadi pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir seterusnya menghabiskan tesis Master hadithnya di al-Azhar, kemudian melanjutkan PhD hadithnya di Universiti Umm al-Qura, Makkah, Arab Saudi. 

Beliau menulis banyak karya antaraya Nazarat Jadidah fi Ulum al-Hadith, sebuah kitab yang menjelaskan manhaj mutaqaddimin dalam kajian hadith, 'Abqariah al-Imam Muslim Fi Tartib Ahadith Musnadah al-Sahih, sebuah kitab yang menjelaskan secara rinci manhaj al-Imam Muslim dalam kitab Sahihnya, kitab ilmu 'ilal semisal al-Hadith al-Ma'lul Qawaid wa Dhawabith, Kaifa Nadrusu 'Ilm Takhrij al-Hadith, sebuah kitab yang menjelaskan tatacara dan manhaj mentakhrij hadith, dan lainnya karya. 

4- Al-Syaikh al-Muhaddith Abul Harith Dr. Maher Yasin al-Fahl (Al-Anbar, Iraq)

Beliau adalah antara muhaddith serta muhaqqiq besar zaman kita, merupakan Syaikhul Hadith di Darul Hadith, Iraq. Juga merupakan ketua pensyarah jabatan hadith serta fiqh perbandingan mazhab di Universiti al-Annar, Iraq. Dari beliau saya menerima ijazah hadith dan meriwayatkan kutub sittah dan lainnya kitab. 

Beliau berguru dengan ramai guru, antaranya al-Syaikh al-Hafiz 'Abdullah bin 'Abdurrahman al-Sa'd, al-Syaikh Thana' Allah al-Madini, al-Syaikh Hashim Jumail, al-Syaikh Dr. Ahmad Ma'bad 'Abdel Kareem al-Azhari al-Misri, al-Syaikh al-Hafiz Abu Khalid 'Abdul Wakeel bin 'Abdul Haqq al-Hashimi al-Makki, al-Syaikh Abu Bakr Zuhair al-Syawish al-Dimashqi, al-Syaikh Dr. Basyar 'Awwad Ma'rouf, dan lainnya. 

Beliau menulis banyak karya, antaranya syarah al-Tabsirah wal al-Tazkirah (al-Iraqi), al-Jami' fi al-'Ilal wa al-Fawaid, yang mana ia adalah sebuah kitab ilmu 'ilal, tahqiq serta syarah Ma'rifat 'Anwaq 'Ilm al-Hadith (Ibn al-Solah), tahqiq Mukhtasarul Mukhtasar (Sahih Ibn Khuzaimah), Musnad al-Syafie, Syamail al-Nabi, Bulughul Maaram, dan lainnya.

5- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. 'Umar al-Muqbil (Al-Qassim, Arab Saudi) 

Beliau merupakan antara muhaddith Arab Saudi bermanhaj Mutaqaddimin, juga merupakan pensyarah di Univ. al-Qassim, Arab Saudi, penyusun kitab Manhaj al-Hafiz Abi 'Abullah Ibn Mandah Fi al-Hadith wa 'Ulimih dan lainnya. Beliau mempunyai ramai guru semisal al-Syaikh 'Abdullah bin Soleh al-'Ubaid, al-Syaikh al-Hafiz 'Abdullah bin 'Abdurrahman al-Sa'd, dan ramai lagi. 

6- Al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Ibrahim al-Laahim (Al-Qassim, Arab Saudi)

Beliau merupakan antara ulama hadith senior bermanhaj mutaqaddimin di Arab saudi, kelahiran Buraidah. Mendapat PhD hadith pada tahun 1409H dengan tesis bertajuk "al-Tahqiq Fi Ahadith al-Ta'liq", beliau juga merupakan pensyarah hadith di Universiti al-Imam Muhammad bin Sa'ud cawangan al-Qassim. Antara buku karya beliau ialah: al-Jarh wa al-Ta'dil, serta al-Ittisal wa al-Inqitha', dan banyak lagi.

====

Soalku kepada mereka semua berbunyi:

السلام عليكم شيخنا الكريم، هل يجوز للمسلم أن يقول: المدد يا رسول الله؟ وإذا كان يصح ما هو الدليل؟ ثم هل ورد عن السلف الصالح من فعل ذلك؟ يوجد بعض الناس في بلدنا ماليزيا فعل ذلك.

Terjemahan: "Assalam 'alaikum guru kami yang mulia, adakah boleh bagi seorang muslim menyebut "madad ya Rasulallah"? Jika boleh apakah dalilnya? Adakah terdapat riwayat (yang Sahih) daripada Salafus Soleh yang melakukan sedemikian? Terdapat sebilangan orang di negara kami Malaysia melakukannya"

Maka mereka menjawab: 

1- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith al-Hafiz Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah al-Alfy al-Sakandary (Iskandariah, Mesir), jawab beliau: 

"Tidak boleh sama sekali seseorang menyebut "madad ya Rasulallah", dan tidak boleh bagi seseorang untuk bertawassul kepada Nabi SAW selepas kematiannya, yang boleh ialah bertawassul dengan mereka yang masih hidup sebagaimana peristiwa istisqa satu kaum yang meminta kepada al-'Abbas, mereka tidak pergi kepada Nabi kerana baginda telah mati, sebaliknya kepada al-'Abbas yang hidup" 

** Saya juga bertanya kepada guru saya al-Syaikh Al-Alfy berkenaan riwayat Malik al-Daar, berkait peristiwa seorang lelaki pergi meminta kepada Nabi di kubur baginda, saya menunjukkan matan riwayat berserta sanad kepada Syaikhuna al-Alfy, maka beliau pun membaca sanadnya secara kuat di hadapan saya, kata Syaikhuna: 

"Telah menceritakan kami Abu Mu'awiyah daripada al-'Amash daripada Abi Soleh daripada Malik al-Daaar katanya..."...kemudian Syaikhuna al-Alfy diam seketika (3 saat) selepas membaca sanad, kemudian beliau bersuara kembali katanya "ya, ya Malik al-Daar baginya sedikit masalah, dia diperkatakan (iaitu dia dikritik)" 

Mendengar jawapan itu maka saya bertanya lagi, soal saya "bagaimanakah keadaan diri Malik al-Daar? Adakah dia Majhul?" Maka jawab Syaikhuna al-Alfy secara spontan, kata Syaikhuna: 

"Tidak, tidak, beliau bukan Majhul, sebahagian menilainya Thiqah, namun hadith ini bermasalah pada matan, nakarah matan, bercanggah dengan al-Quran dan usul aqidah". 

====

2- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Waleed Idrees al-Sakandary thumma al-Meneesy (Iskandariah, Mesir/Minnesota, Amerika Syarikat), jawab beliau:

وعليكم السلام، لا يجوز قول هذه العبارة وهي شرك بالله تعالى لأن المدد هو طلب الزيادة في الرزق والقوة فكلمة المدد يا رسول الله هي استعانة بالنبي عليه الصلاة والسلام بعد وفاته في شيء لا يقدر عليه وهي من دعاء غير الله وهذا شرك قال تعالى مخاطبا النبي عليه الصلاة والسلام ( قل لا أملك لنفسي نفعا ولا ضرا إلا ما شاء الله ) 
ولأن النبي عليه الصلاة والسلام يقول (الدعاء هو العبادة ) فمن دعا غير الله فقد أشرك وعليه أن يتوب إلى الله من ذلك 

ولم يحصل قط من السلف الصالح أن قالوا هذه العبارة ولا طلبوا شيئا من النبي عليه الصلاة والسلام بعد وفاته حتى إن الصحابة لما نقص المطر واحتاجوا الاستسقاء في عهد عمر طلبوا من العباس أن يصلي بهم الاستسقاء ويدعو لهم ولو كان يجوز الطلب من النبي عليه الصلاة والسلام بعد وفاته لما طلبوا من غيره

Terjemahan: "Wa`alaikum salam, Tidak boleh mengucapkan ungkapan ini, dan ia ialah syirik dengan Allah, kerana al-madad ialah meminta tambahan pada rezeki dan kekuatan. Justeru, frasa “madad ya Rasulallah”, ia ialah memohon pertolongan dengan Nabi selepas kematiannya pada sesuatu yang dia tidak berkuasa ke atasnya, dan ia ialah berdoa kepada selain Allah, dan ini ialah syirik. Allah ta`ala berkata ditujukan kepada Nabi: «Katakan: Saya tidak memiliki untuk diri saya manfa`at dan tidak mudharat, melainkan apa yang Allah kehendaki». Dan kerana sesungguhnya Nabi berkata: «Doa itu ialah `ibadah». Maka sesiapa yang berdoa kepada selain Allah, maka sesungguhnya dia telah syirik, dan hendaklah dia bertaubat kepada Allah daripada kesalahan itu. 

Dan tidak didapati sedikit pun daripada salafus soleh yang menyebut ungkapan ini, dan tidak juga yang telah meminta apa-apa daripada Nabi selepas kematiannya, hinggakan sesungguhnya sahabat, apabila hujan berkurangan dan mereka perlu untuk meminta hujan pada zaman `Umar, mereka telah meminta kepada Al-`Abbas untuk bersolat istisqa’ bersama mereka, dan agar dia berdoa untuk mereka. Kalaulah boleh meminta kepada Nabi selepas kematiannya, mereka tentu tidak akan meminta kepada orang lain"

====

3- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hamzah al-Malibari (Malabar, India/Pakistan), jawab beliau:

المدد من الله تعالى فقط يا شيخ!

Terjemahan: "al-Madad hanyalah daripada Allah Ta'ala sahaja, wahai Syaikh!"

====

4- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Abul Harith Dr. Maher Yasin al-Fahl (Al-Anbar, Iraq), jawab beliau:

وعليكم السلام ورحمة الله، لا يجوز ابدا

Terjemahan: "Wa`alaikum salam, selamanya tidak boleh"

====

5- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. 'Umar al-Muqbil (Al-Qassim, Arab Saudi), jawab beliau:

لا يجوز ذلك، بل هذا من صور الشرك الأكبر، فالنبي ﷺ ميت، ودعاء الميت شرك، ولو كان الرسول يدعى من دون الله عند الشدائد لدعاه الصحابة عند الشدائد التي مرت بهم، وهي كثيرة.

والله أمرنا ألا ندعو إلا هو سبحانه، والنبي نفسه ما جاء إلا ليعلق الناس بالله وحده فقط. ولو كان هذا الفعل جائزا لأرشد الناس إليه أن يفعلوه بعد موته، خاصة وهم في المدينة، وبجانب القبر الشريف. والله المستعان على هذا الجهل العظيم.

Terjemahan: "Tidak boleh. Bahkan ini adalah satu bentuk daripada syirik besar, kerana Nabi sudah mati, dan doa kepada orang yang mati adalah syirik. Kalaulah Rasul boleh diseru – selain daripada Allah – ketika kesusahan, pasti para sahabat akan menyerunya ketika kesusahan yang banyak berlaku kepada mereka. 

Dan Allah telah menyuruh kita agar tidak menyeru melainkan kepada-Nya – Maha Suci Dia –, dan Nabi sendiri tidak datang melainkan untuk menghubungkan manusia dengan Allah semata-mata sahaja. Kalaulah perbuatan (menyeru Nabi) ini boleh, pasti Nabi akan menyampaikan kepada manusia agar melakukannya selepas kematiannya, khususnya kepada mereka di Madinah, dan yang berada di sekitar kuburnya yang mulia. Dan Allahlah tempat meminta pertolongan atas kejahilan yang besar ini"

====

6- Fatwa al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Ibrahim al-Laahim (Al-Qassim, Arab Saudi), jawab beliau:

لا يجوز ذلك، هو من دعاء الأموات، ولكن من نشأ على هذا وظنه جائزا، أو أفتاه بذلك علماؤه فيعذر بهذا.

Terjemahan: "Tidak boleh berbuat sedemikian, kerana ia adalah perbuatan memohon kepada orang-orang mati. Akan tetapi jika seseorang melakukannya dan dia sangka ia boleh (kerana jahil) atau difatwakan kepadanya (oleh mufti jahil) bahawa ia boleh, kemudian dia pun melakukannya atas kejahilan, maka dalam kes ini dia dimaafkan"

====

Sekian, dikongsi. Moga bermanfaat.

Dr. Muhammad Fathi Ali al-Malizi al-Sakandary,
Camp Caesar, Iskandariah, Mesir,
Rabu, 4 Safar 1436H bersamaan 27 November 2014H.

| | Read More »

Penjelasan Status Hadith Kelebihan Puasa 'Arafah

Penjelasan Status Hadith Kelebihan Puasa 'Arafah

|| Penjelasan Status Hadith Kelebihan Puasa 'Arafah || Hadith popular berkenaan kelebihan (fadhilat) puasa pada hari 'arafah, datang dengan jalur dari sekelompok (jamaah) sahabat antaranya Abi Qatadah (dan...

| | Read More »

Penjelasan Status Hadith: Doa Khusus Malam al-Qadr

Penjelasan Status Hadith: Doa Khusus Malam al-Qadr

|| Penjelasan Status Hadith: Doa Khusus Malam al-Qadr ||  Tiada hadith Sahih berkenaan doa khusus pada malam al-qadr, adapun hadith 'Aishah yang masyhur berbunyi (Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul-'afwa,...

| | Read More »

[Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl] Hukum solat qiam al-lail berjamaah, solat taubat serta solat tasbih

[Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl] Hukum solat qiam al-lail berjamaah, solat taubat serta solat tasbih

Gambar: Syaikhuna Maher yasin al-fahl di darul hadith, iraq || Syaikhuna al-Muhaddith Maher Yasin al-Fahl || Hukum solat qiam al-lail berjamaah,  solat taubat serta solat tasbih  Pada 10...

| | Read More »

[Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy] Periwayatan Musalsal 'Imamah (serban)


Gambar hiasan

Soalku kepada Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy: 
Periwayatan Musalsal 'Imamah (serban)

Pada 30 Januari 2014, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith al-Musnid Dr. Waleed Idris al-Sakandary al-Meneesy, antara ulama hadith dan musnid besar zaman kita, beliau meriwayatkan dari lebih 80 guru, jika tidak ratus guru. 

Dari beliau juga saya riwayatkan beberapa musalsalat semisal musalsal bil awwaliyah, musalsal bil mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah al-Saaf, musalsal bil musafahah, serta musalsal bil hanabilah. 

Soalku: 

"Syaikhuna al-Karim, adakah benar wujud periwayatan musalsal memakai 'imamah (serban) dikalangan para imam hadith zaman berzaman sejak Salaf?" 

Maka jawab Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy: 

لا لا يوجد إنما هي من خزعبلات الصوفية...وإسنادها مكذوب

Terjemahan: "Tidak, tidak wujud, ianya adalah rekaan karut sufi...dan sanadnya adalah palsu dusta" 

Saya juga bertanya hal yang sama kepada Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl, Syaikhuna 'Umar al-Muqbil serta Syaikhuna Muhammad al-Amien, kesemua mereka tidak mengetahui wujudnya amalan periwayatan musalsal memakai 'imamah (serban) dikalangan para imam hadith, khusus imam-imam salaf mutaqaddimin, berbeza dengan musalsalat seperti musalsal bil awwaliyah, musalsal bil mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah al-Saaf, musalsal bil dimashqiyyin, musalsal bil misriyyin, musalsal bil jutha' 'alal rukbatain dan lainnya yang maklum diketahui mereka yang melazimi sama' hadith. 


~ Fathi al-Sakandary ~

| | Read More »

[Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy] Periwayatan Musalsal 'Imamah (serban)

Gambar hiasan




|| Soalku kepada Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy: Periwayatan Musalsal 'Imamah (serban) || 

Pada 30 Januari 2014, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith al-Musnid Dr. Waleed Idris al-Sakandary al-Meneesy, antara ulama hadith dan musnid besar zaman kita, beliau meriwayatkan dari lebih 80 guru, jika tidak ratus guru. 

Dari beliau juga saya riwayatkan beberapa musalsalat semisal musalsal bil awwaliyah, musalsal bil mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah al-Saaf, musalsal bil musafahah, serta musalsal bil hanabilah. 

Soalku: 

"Syaikhuna al-Karim, adakah benar wujud periwayatan musalsal memakai 'imamah (serban) dikalangan para imam hadith zaman berzaman sejak Salaf?" 

Maka jawab Syaikhuna al-Musnid Waleed al-Meneesy: 

لا لا يوجد إنما هي من خزعبلات الصوفية...وإسنادها مكذوب

Terjemahan: "Tidak, tidak wujud, ianya adalah rekaan karut sufi...dan sanadnya adalah palsu dusta" 

Saya juga bertanya hal yang sama kepada Syaikhuna Maher Yasin al-Fahl, Syaikhuna 'Umar al-Muqbil serta Syaikhuna Muhammad al-Amien, kesemua mereka tidak mengetahui wujudnya amalan periwayatan musalsal memakai 'imamah (serban) dikalangan para imam hadith, khusus imam-imam salaf mutaqaddimin, berbeza dengan musalsalat seperti musalsal bil awwaliyah, musalsal bil mahabbah, musalsal bi qira-ah surah al-kawthar, musalsal bi qira-ah surah al-Saaf, musalsal bil dimashqiyyin, musalsal bil misriyyin, musalsal bil jutha' 'alal rukbatain dan lainnya yang maklum diketahui mereka yang melazimi sama' hadith. 


~ Fathi al-Sakandary ~

| | Read More »

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign