[Dr. Mahir Yasin] Autoriti Imam Al-Syafie atas Al-Muwatta' Malik

| |



Gambar: kitab Al-Muwattha', tahqiq Dr. Basyar `Awwad  Ma'rouf


[Dr. Mahir Yasin] Autoriti Imam Al-Syafie atas 
Al-Muwatta' Malik


oleh: Abu Ismaaeel Muhammad Fathi Ali

Antara guru yang Imam Al-Syafie (204H) pergi menuntut semasa beliau berhijrah ke Madinah ialah Imam Darul Hijrah Malik bin Anas (179H), bahkan Al-Imam al-Syafie adalah merupakan penghafaz dan periwayat kitab al-Muwattha' yang paling jitu. 

Hal ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr. Mahir Yasin Al-Fahl [1] kata beliau: 



"ويعد الامام الشافعي من الأثبات الذين رووا الموطأ عن مالك...وفيها يقول الأمام أحمد: (كنت سمعت الموطأ من بضعة عشر رجلا من حفاظ أصحاب مالك فأعدته على الشافعي لأنني وجدته أقومهم) 

 وكلام الأمام أحمد هنا مشعر بأفضلية رواية الامام الشافعي للموطأ على غيرها من الروايات...حتى عدت روايته عن مالك عن نافع عن ابن عمر من أصح الأ سانيد وأجلها فسميت ب(سلسلة الذهب), فأجل من روى عن عبد الله بن عمر نافع, وأجل من روى عن نافع مالك, وأجل من روى عن مالك الشافعي!

وقد نقل ابن الصلاح في كتابه (معرفة أنواع الحديث) عن أبي منصور عبد القاهر بن طاهر التميمي: (أنّ هذه السلسلة من أجل الأ سانيد محتجا بإجماع أصحاب الحديث على أنه لم يكن في الرواة عن مالك أجلا من الشافعي)..."

“adapun sesungguhnya Imam Al-Syafie adalah daripada kalangan perawi yang meriwayatkan kitab Muwatta’ dari Imam Malik yang asbat (jitu dan tepat),..dan hal ini adalah sebagaimana yang disebut oleh Imam Ahmad: (telah mendengar [iaitu maksudnya telah menghafaz –pent] kitab Muwatta’ beberapa belas perawi daripada kalangan huffaz (penghafaz hadith) yang merupakan ashab (murid-murid) Imam Malik , tetapi aku merujuknya kepada Al-Syafie kerana aku mendapati dia adalah yang paling kuat (paling tepat dan jitu) berbanding yang lain-lain)

Dan sesungguhnya kata-kata Imam Ahmad ini memberi isyarat serta menunjukkan akan kelebihan (akan afdhal nya) riwayat Imam Al-Syafie terhadap kitab Muwatta’ berbanding penghafaz-penghafaz yang lain dari kalangan periwayat (penghafaz hadith)…sehingga terdapat beberapa riwayatnya (iaitu Imam Al-Syafie) dari Imam Malik dari Nafi’ dari Ibn Umar adalah termasuk dalam ketegori sanad-sanad yang paling sahih, agungnya riwayat itu sehingga diberi nama (Silsilah Al-Zahb/Silsilah Emas), maka yang paling agung yang meriwayatkan dari `Abdullah ibn Umar ialah Nafi', dan yang paling agung yang meriwayatkan dari Nafi' ialah Malik, dan yang paling agung yang meriwayatkan dari Malik ialah Al-Syafie!

Dan telah menukilkan Ibn Al-Solah dalam kitabnya (Ma’rifah Anwaq Al-Hadith) dari Abi Mansur Abdi Al-Qahir bin Thahir Al-Tamimi: (sesungguhnya silsilah periwayatan ini adalah daripada silsilah sanad-sanad yang agung disisi ijma’ para ashab al-hadith (para ahli hadith) iaitu sesungguhnya tiada satupun riwayat dari Imam Malik yang lebih agung (iaitu lebih jitu dan tepat) berbanding dari riwayat Imam Al-Syafie)…”

[rujukan: Musnad Al-Syafie, tahqiq Dr. Mahir Yasin Al-Fahl, bahagian muqaddimah oleh pentahqiq, m/s 25, cetakan Syarikat Gheras, Al-Jahraa, Kuwait, 1425H] 

-----------Nota Kaki:


[1] Dr. Mahir Yasin Al-Fahl: Beliau adalah antara muhaddith dan pentahqiq manuskrip kitab yang masyhur di Iraq,murid antaranya kepada Dr. Basyar `Awwad Ma'rouf, syaikh Zuhair al-Syawish, syaikh Subhi al-Samarra-iy dan lain-lain masyaikh, sekarang menyandang sebagai ketua pensyarah Jabatan Hadith di Universiti Al-Anbar, Iraq dan juga merupakan pengasas dan tenaga pengajar pusat pengajian hadith di Iraq yang dikenali sebagai Darul Hadith Al-Iraq, beliau telah menulis banyak kitab berkaitan Mustolah Al-Hadith, dan telah mentahqiq banyak kitab antaranya ialah Musnad Al-Syafie, Sahih Ibn Khuzaimah, Syamail Al-Nabi,Ma'rifah Anwaq `Ulum Al-Hadith, Jami' Ulum wal Hikam, Riyadhussolihin dan lain-lain, dan kitab beliau yang terbaru adalah berkenaan ilmu i'lal al-hadith (ilmu mengesan kecacatan tersembunyi pada sesuatu hadith) bertajuk Al-Jami' fi Al-I'lal wa Al-Fawaid (5 jilid tebal) baru saja diterbitkan di Arab Saudi di bawah syarikat percetakan Ibn Jauzi pada tahun ini 2010, dan kitab ini masih belum sampai ke pasaran Malaysia 





Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 1:23 PM. Filed under .

0 comments for "[Dr. Mahir Yasin] Autoriti Imam Al-Syafie atas Al-Muwatta' Malik"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign