[Siri 3] Mustadrak Al-Ta'lil `ala Irwa' Al-Ghalil

| |






:مختصر
مستدرك التعليل على إرواء الغليل 
لفضيلة الشيخ الدكتور أحمد بن محمد الخليل

Ringkasan Kitab: 
Mustadrak Al-Ta'lil `ala Irwa' Al-Ghalil
karya Fadhilatu Al-Syaikh/
Dr. Ahmad bin Muhammad Al-Khalil

[Bahagian 3]




Oleh:
Al-Akh / Abu Ismaaeel 
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy


  

=======




Hadith no. 4 (m/s 30-50): 


Matan: 

ستر ما بين الجن وعورات بني أدم إذا دخل الخلاء أن يقول : بسم الله


Penghalang (penghadang) antara jin dan aurat Bani Adam (ketika memasuki tandas dan bilik mandi) ialah, apabila memasukinya dia mengucapkan: 'bismillah'


Takhrij: 


dikeluarkan oleh Ibn Majah (297) dan lain-lain. 


Kesimpulan Al-Albani dalam Al-Irwa': 


Hadith Sahih bi Syawahid, telah datang dari hadith `Ali, Anas, Abi Said Al-Khudri, Muawiyah


Pembetulan & bantahan oleh Dr. Ahmad Al-Khalil (sebanyak 20 muka surat, m/s 30-50):


Hadith Dhaif, didhaifkan oleh beberapa imam (seperti: Al-Tirmizi, Ahmad, Al-Daraquthni, Ibn Hibban dan lain-lain), dan itulah yang terpelihara (sowab), dan semua syawahidnya tidak dapat menguatkannya




------------------Nota Peringkas:


kata Abu Ismaaeel: Dr. Ahmad Khalil menjelaskan dengan terperinci sebanyak 20 muka surat akan masalah dan kecacatan hadith ini, dan beliau membantah setiap syawahid yang dikatakan Al-Albani, dan ia didhaifkan oleh para huffaz seperti Al-Tirmizi, Ahmad, Al-Daraquthni, Ibn Hibban dan lain-lain. Rujuklah disana, penjelasan yang cukup panjang, terperinci dan sangat ilmiah.


kata peringkas, Abu Ismaaeel: hadith ini adalah doa, walaupun ia tidak sahih namun beramal dengannya adalah dianjurkan.




  

bersambung...


  




Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 6:09 PM. Filed under .

0 comments for "[Siri 3] Mustadrak Al-Ta'lil `ala Irwa' Al-Ghalil"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign