Hadith "Sampaikan dariku walau satu ayat....barangsiapa berdusta keatasku siaplah tempatnya di neraka"

| |

حديث
بلغوا عني ولو آية ... ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Hadith:
"Sampaikan dariku walau satu ayat...dan
barangsiapa berdusta keatasku maka siaplah tempatnya di neraka"


قال أبو إسماعيل محمد فتحي بن علي بن إبراهيم الماليزي السكندري:

 حدثنا الشيخ أحمد محمد شحاته الألفى السكندرى قال أخبـرنا الشيخ ماهر ياسين الفحل إجازة، قال أخبرنا الدكتور بشار عواد معروف، عن الشيخ عبد الفتاح أبي غدة وهو يرويه عن محمد بن يوسف الكافي ، عن الشِّهاب أحمد الرِّفاعي ، عن مصطفى المبلِّط ، عن محمد بن محمد الأمير الكبير ، عن أبي الحسن علي الصَّعِيدي ، عن محمد البُلَيْدي ، عن الأَجْهُوري ، عن محمد بن قاسم البقري ، عن عمه موسى بن إسماعيل البقري ، عن عبد الوهاب بن أحمد الشعراني ، عن زكريا بن محمد الأنصاري ، عن عبد الرحيم بن محمد ابن الفرات ، عن عمر بن حسن بن مَزْيد بن أميله ، عن علي بن أحمد السَّعْدي ، عن ابن طَبَرْزد ، عن أبي الفتح عبد الملك بن عبد الله الكَرُوخي ، عن أبي عامر محمود بن القاسم بن محمد الأزدي ، عن عبد الجبّار بن محمد الجرَّاحي ، عن أبي عيسى محمد بن عيسى بن سَوْرة التَّرمذي قال,حدثنا محمد بن يحيى حدثنا محمد بن يوسف عن ابن ثوبان هو عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان عن حسان بن عطية عن أبي كبشة السلولي عن عبد الله بن عمرو قال

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم بلغوا عني ولو آية وحدثوا عن بني إسرائيل ولا حرج ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح حدثنا محمد بن بشار حدثنا أبو عاصم عن الأوزاعي عن حسان بن عطية عن أبي كبشة السلولي عن عبد الله بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم نحوه وهذا حديث صحيح 

وقال الشيخ أحمد محمد شحاته الألفى السكندرى:
هو كما قال صحيح غاية

Berkata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin `Ali bin Ibrahim Al-Maliziy Al-Sakandary: telah menceritakan kami dari  Al-Syaikh Ahmad Muhammad Shihatah Al-Alfy Al-Sakandary , beliau berkata: telah mengkhabarkan kami Al-Syaikh Mahir Yasin Al-Fahl melalui ijazah katanya telah mengkhabarkan kami Al-Duktur Basyar `Awwad Ma'ruf dari Al-Syaikh `Abd Al-Fattah  Abu Ghuddah dan dia meriwayatkan dari Muhammad bin Yusuf Al-Kaafi dari Al-Shihab Ahmad Al-Rifa'iy dari Mustafa Al-Muballidh dari Muhammad bin Muhammad Al-Amir Al-Kabir dari Abi Al-Hasan `Ali Al-Sai'di dari Muhammad Al-Bulaidiy dari Al-Ajhuri dari Muhammad bin Qasim Al-Buqri dari pakciknya Musa bin Ismail Al-Buqri dari Abd Al-Wahab bin Ahmad Al-Sya'raniy dari Zakaria bin Muhammad Al-Ansariy dari `Abd Al-Rahim bin Muhammad ibn Al-Farat dari `Umar bin Hasan bin Mazyad bin Amilah dari `Ali bin Ahmad Al-Sa'di dari Ibn Thabarzad dari Abi Al-Fath `Abd Al-Malik bin `Abdullah Al-Karrukhi, dari Abi `Amir Mahmud bin Al-Qasim bin Muhammad Al-Azdiy dari Abd Al-Jabbar bin Muhammad Al-Jarrahi dari Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah Al-Tirmizi katanya: telah menceritakan kami Muhammad bin Yahya telah menceritakan kami Muhammad bin Yusuf dari Ibn Thauban iaitu beliau ialah Abu `Abdulrahman bin Thabit bin Tahuban dari Hassaan bin `Athiyyah[1] dari Abi Kabsah Al-Salusi dari `Abdullah bin `Amr katanya

 telah bersabda  Nabi Salla Allahu ta ala alayhi wa Sallam : "sampaikan dariku walau satu ayat, dan ceritalah (sebutlah) apa yang dari Bani Israil tiada apa, dan barangsiapa yang berdusta keatasku (dengan sengaja) maka siaplah tempatnya duduknya di neraka"

kata Abu Isa: Hadith ini Hasan Sahih, telah menceritakan kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kami Abu `Asim dari Al-`Auzaie dari Hassan bin `Athiyyah[1] dari Abi Kabsah Al-Salusi dari `Abdullah bin `Amr dari Nabi sepertinya, dan ini Sahih

dan berkata Al-Syaikh Ahmad Muhammad Shihatah Al-Alfy Al-Sakandary: ianya adalah seperti yang disebut, hadith sangat Sahih.

[1] kata guru kami Al-Syaikh Ahmad Muhammad Shihatah Al-Alfy Al-Skandary: "telah silap akan Ahmad Syakir apabila menyatakan bahawa Hassan bin `Athiyyah meriwayatkan dari Sahabi, yang benarnya adalah Hassan bin `Athiyyah tidak meriwayatkan dari Sahabi tetapi dari Kibar Al-Tabiin"

kata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin `Ali bin Ibrahim Al-Maliziy Al-Sakandary: aku mendengar hadith ini dari guruku Syaikh Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah Al-Alfy Al-Sakandary ketika majlis sama' hadith Sunan Al-Tirmizi di Masjid Imam Al-Bukhari,`Asafrah, Iskandariah, Mesir


Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 4:04 AM. Filed under .

0 comments for "Hadith "Sampaikan dariku walau satu ayat....barangsiapa berdusta keatasku siaplah tempatnya di neraka""

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign