[Siri 1] Mustadrak Al-Ta'lil `ala Irwa' Al-Ghalil

| |




:مختصر
مستدرك التعليل على إرواء الغليل 
لفضيلة الشيخ الدكتور أحمد بن محمد الخليل

Ringkasan Kitab: 
Mustadrak Al-Ta'lil `ala Irwa' Al-Ghalil
karya Fadhilatu Al-Syaikh/
Dr. Ahmad bin Muhammad Al-Khalil




Oleh:
Al-Akh / Abu Ismaaeel 
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy


  

=======


Naskhah yang akan saya gunakan ialah: 

Edisi PDF - (Mustadrak Al-Ta'lil `ala Irwa' Al-Ghalil, cetakan Dar Ibn Jauzi, Arab Saudi), sebagaimana yang boleh di dapati secara percuma dalam web waqfeya.com , moga Allah memberkati sahabat-sahabat kita dalam laman web waqfeya.


Manhaj Ringkasan

1 - Saya akan meringkaskan setiap perbincangan hadith dalam kitab ini, saya tidak menterjemah setiap perkataan Dr. Ahmad Al-Khalil. Apa yang saya lakukan adalah meringkaskan perbahasan dengan gaya bahasa saya sehingga perbahasan yang panjang menjadi pendek.

2 - Ringkasan yang saya lakukan adalah ringkasan yang sangat ringkas sehingga tulisan yang asalnya 20 muka surat saya akan ringkaskan kepada 1 muka surat. Maka bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut, maka rujuklah pada kitab asalnya.

3 - Selain itu, saya akan turut membuat "Nota Peringkas" apabila perlu, ini bagi mencatat sebarang nota sampingan ketika saya menela'ah dan meringkaskan kitab yang sangat padat dan sarat dengan hujah ini.

4 - Sekiranya saya mendapati terdapat perkara-perkara yang saya tidak bersetuju dengan Dr. Ahmad Al-Khalil, maka saya akan nyatakan bantahan saya dalam "Nota Peringkas".




  



Pendahuluan Peringkas

Kitab yang akan saya ringkaskan ini ialah salah satu karya Dr. Ahmad bin Muhammad Al-Khalil (hafizahullah). Beliau merupakan antara `ulama hadith Arab Saudi, mendapat ijazah M.A dan P.H.D daripada Universiti Muhammad bin Sa'ud, Arab Saudi. Beliau bertalaqqi dan merupakan murid kepada syaikh Al-Uthaimin (beliau paling banyak menuntut ilmu dari Al-Uthaimin), Ibn Baaz, Abdullah bin Solah Al-Falah, AbdulRahman Al-Barak, Abdulrahman Ghudayyan, dan ramai lagi masyayikh. Skrg sedang memberi kuliah Bulughu Maaram dan lain-lain di Arab Saudi. Laman web rasmi beliau: www.alkhlel.com/

Tujuan kitab ini ditulis adalah sebagaimana nama langkap kitab ini iaitu: {مستدرك التعليل على إرواء الغليل دراسة حديثية تُعنى ببيان الأحاديث التي صُحِّحت في الإرواء وأعلها الأئمة المتقدمون مع شرح تلك العلل - Pembetulan Kecacacatan atas Irwa Al-Ghalil, satu kajian hadith, iaitu menjelaskan hadith-hadith yang disahihkan (oleh Al-Albani -pent) dalam Al-Irwa' Al-Ghalil, akan tetapi telah dicacatkan (didhaifkan-pent) oleh para Imam Al-Mutaqaddimun beserta penjelasan kecacatanya}. 

Kitab ini adalah jilid pertama yang merangkumi komentar terhadap hadith-hadith bersangkut ibadat sahaja, dan menurut Dr. Ahmad Al-Khalil kitab jilid kedua yang merangkumi hadith-hadith muamalat pula akan menyusul selepasnnya insyaAllah.

Dr. Ahmad Al-Khalil sama sekali tidak memusuhi Syaikh Al-Albani, bahkan beliau sangat mengagumi Syaikh Al-Albani. Kata Dr. Ahmad Al-Khalil dalam muqaddimah kitab ini (m/s 8) : "dan antara ulama' yang telah menulis dan melakukan tahqiq atas hadith-hadith hukum adalah Al-Syaikh Al-`Allamah (syaikh yang `alim) Muhammad Nasiruddin Al-Albani (rahimahullah), dan beliau telah menyusun kitab yang diberi nama (Irwa Al-Ghalil fi Takhrij Ahadith Manar Al-Sabil) yang mana beliau telah keluarkan hadith-hadith daripada kitab (Manar Al-Sabil fi Syarah Al-Dalil) karya Al-Syaikh Ibrahim bin Muhammad bin Dhauyan (rahimahullah)..."

Kata Dr. Ahmad Al-Khalil lagi (m/s 9): "sesungguhnya pada juhud (usaha yang gigih) Syaikh Al-Albani dalam hadith telah meninggalkan kesan yang besar dalam kebangkitan dalam ilmu hadith pada zaman ini..."

Namun kata Dr. Ahmad Al-Khalil, ketika beliau menela'ah kitab Irwa' Al-Ghalil karya Al-Albani ini beliau telah mendapati beberapa kesalahan yang memerlukan penjelasan dan pembetulan. Terutama dalam kes Al-Albani menyalahi penilaian dan manhaj para huffaz Al-Mutaqaddimun, dan yang terpelihara semestinya adalah pada para huffaz Al-Mutaqaddimun, mereka lah yang menguasai akan ilmu ini.

Dalam muqaddimah, Dr. Ahmad Khalil (m/s 9) memetik kalam Imam Malik: "setiap orang kata-katanya boleh diambil dan ditolak, kecuali pemilik kubur ini - iaitu Nabi SAW-", dan juga kalam Imam Ibn Qayyim: "Syaikhul Islam dicintai dihati kami, akan tetapi kebenaran lebih kami cintai".

Kata Dr. Ahmad Al-Khalil pada muqaddimah kitab ini (m/s 10): "apabila aku membaca dan menela'ah kitab (Irwa' Al-Ghalil) ini, telah menarik akan perhatianku bahawa terdapat banyaknya percanggahan hukuman oleh Syaikh Al-Albani berbanding hukuman para Imam Al-Mutaqaddimin...dan jika seseorang itu melihat akan kitab ini, maka akan didapati bahawa percanggahan itu berlaku adalah disebabkan percanggahan dan perbezaan Manhaj (iaitu perbezaan Manhaj Kajian Al-Mutaqaddimin yang berjalan atas manhaj ahli hadith yang asal dan Manhaj Kajian Al-Mutaakhirin yang banyak terpengaruh dengan manhaj fuqaha'-pent) dan bukannya dalam perbezaan aplikasi (iaitu aplikasi ilmu dalam kajian-pent)..."

Kata Dr. Ahmad Al-Khalil lagi (m/s 10-11): "dan antara masalah-masalah yang menjadi perbezaan dan percanggahan antara Manhaj Al-Mutaqaddimin dan Al-Mutaaakhirin ialah (perbezaan dalam manhaj kajian) dalam beberapa perkara seperti: 1 - Ziyadah Thiqah, 2- Penguatan hadith dhaif dengan banyaknya jalan, 3- Masalah Tadlis, 4- Masalah Jahalah, 5- Syuzuz (syadz) dan Nakarah (munkar), 6- Tafarrud, dan lain-lain masalah penting...".

Dalam muaqaddimah Dr. Ahmad Al-Khalil menjelaskan serba ringkas masalah perbezaan Manhaj ini , dan beliau menukil kalam para ulama seperti Ahmad, `Ali ibn Madini, Ibn Hajar, dan juga kalam syaikh Al-Allamah Al-Mu'allimi Al-Yamani yang merupakan antara pengkaji moden yang berpegang atas manhaj Al-Mutaqaddimin.

Dan kitab ini tampil membuktikan secara amali (praktikal) bahawa memang terdapat perbezaan antara dua kelompok manhaj ini, dan betapa peri pentingnya berpegang kepada manhaj Mutaqaddimin. Kata Dr. Ahmad Al-Khalil (m/s 14): "dan kitab yang ada ditangan anda ini menunjukkan wujudnya perbezaan Manhaj antara dua kelompok (Manhaj Al-Mutaqaddimin dan Manhaj Al-Mutaakhirin), dan perbezaan hasil dan kesimpulan dalam penilaian hukum hadith adalah disebabkan bezanya manhaj..."

Wallah hu'alam bissowab.

Sekian pendahuluan daripada peringkas,

Akhukum / Abu Ismaaeel Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sikandary
Hadrah Al-Bahriah, Iskandariah, Mesir
13 Zulhijjah 1431H / 19 Nov 2010



  

Hadith no. 1 (m/s 19-24): 

Matan: 


فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فِيهِ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ تُعْرَضُ صَلَاتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرِمْتَ يَقُولُونَ بَلِيتَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ أَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ

Maka perbanyakanlah selawat kepadaku -kerana- selawat kalian akan disampaikan kepadaku." para sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah SAW, bagaimana mungkin selawat kami boleh disampaikan kepadamu, sementara kamu telah wafat? -atau mereka berkata; "Telah hancur (menjadi tulang) "- Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi."


Takhrij: 

dikeluarkan oleh Abu Daud (1047,1531), Ibn Majah (1085) dan lain-lain


Kesimpulan Al-Albani dalam Al-Irwa': 

Hadith Sahih


Pembetulan & bantahan oleh Dr. Ahmad Al-Khalil (sebanyak 6 muka surat, m/s 19-24):

Hadith dhaif, padanya terdapat kecacatan yang telah disebutkan oleh para Imam seperti Al-Bukhari, Abu Hatim, Abu Zur'ah dan lain-lain.




  



Hadith no. 2 (m/s 25-29): 


Matan: 


أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى أن يتوضأ الرجل بفضل طهور المرأة أو قال بسؤرها

Nabi SAW melarang seorang lelaki berwudhu' dengan air sisa wudhu'nya wanita, atau Baginda mengatakan; "air sisa yang masih di dalam bekasnya"


Takhrij: 

dikeluarkan oleh Abu Daud (82), Al-Tirmizi dalam Sunan (64) dan I'lal Al-Kabir (40) dan lain-lain. 



Kesimpulan Al-Albani dalam Al-Irwa': 

Hadith Sahih


Pembetulan & bantahan oleh Dr. Ahmad Al-Khalil (sebanyak 5 muka surat, m/s 25-29):

Hadith Dhaif, didhaifkan oleh Al-Bukhari, Al-Baihaqi, Ibn Abdil Baar, Ibn Mandah 


I'lal bagi Hadith:

1- Al-waqaf (mauquf)
2- Bercanggah dengan hadith-hadith sahih yang sarih

3- Hadith ni sanadnya berlegar sekitar Abi Hajib yang dhaif


------------------Nota Peringkas:


kata Abu Ismaaeel: dalam Sunan (64), kata Al-Tirmizi tentang hadith ini: "Hasan", dan sesungguhnya ini adalah pendhaifan oleh Al-Tirmizi. Ini terbukti apabila Al-Tirmizi bertanya kepada gurunya Al-Bukhari tentang hadith ini, dan jawab Al-Bukhari: "ليس بصحيح-Tak Sahih" (I'lal Al-Kabir, 27)




  

bersambung...




  





Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 11:46 PM. Filed under .

0 comments for "[Siri 1] Mustadrak Al-Ta'lil `ala Irwa' Al-Ghalil"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign