[Siri 2] Mustadrak Al-Ta'lil `ala Irwa' Al-Ghalil

| |





:مختصر
مستدرك التعليل على إرواء الغليل 
لفضيلة الشيخ الدكتور أحمد بن محمد الخليل

Ringkasan Kitab: 
Mustadrak Al-Ta'lil `ala Irwa' Al-Ghalil
karya Fadhilatu Al-Syaikh/
Dr. Ahmad bin Muhammad Al-Khalil

[Bahagian 2]




Oleh:
Al-Akh / Abu Ismaaeel 
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy


  

=======

Hadith no. 3 (m/s 30-38): 



Matan: 


اغتسل بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم في جفنة فجاء النبي صلى الله عليه وسلم ليغتسل أو يتوضأ فقالت : يا رسول الله إني كنت جنبا فقال : الماء لا يجنب


Salah seorang isteri Nabi SAW pernah mandi dlm bekas besar (bathtub), lalu Nabi SAW datang hendak wudhu dari bekas (bathtub) tersebut atau mandi, maka dia berkata kepada Baginda; "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya tadi junub." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya air itu tidaklah junub"

Takhrij: 

dikeluarkan oleh Abu Daud (78), Ibn Majah (370), Al-Tirmizi (65), dan lain-lain, dari Sufyan,Syarik, Yazid, Abu Al-Ahwas kesemuanya dari Simak bin Harb dari Ikrimah dari Ibn Abbas

Kesimpulan Al-Albani dalam Al-Irwa': 

Hadith Sahih, padanya ada syahid (penyokong) daripada hadith Ummu Hani

Pembetulan & bantahan oleh Dr. Ahmad Al-Khalil (sebanyak 8 muka surat, m/s 30-38):

Hadith Dhaif, didhaifkan oleh Imam Ahmad, padanya terdapat i'llah yang telah disebutkan beberapa imam huffaz (antaranya Imam `Ali ibn Al-Madini dan lain-lain)

I'lal bagi Hadith:

1- Riwayat Simak bin Harb daripada Ikrimah adalah Muttorib
2- Ma'lul dengan irsal
3- Tafarrud Simak padanya
4- Ittirab
5- Bertentangan dengan hadith yang sahih (sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ahmad)

Bantahan Dr. Ahmad Al-Khalil kepada syahid yang disebutkan oleh Al-Albani:

syaikh Al-Albani mensahihkan hadith ini dengan syahid daripada hadith Ummu Hani, iaitu Baginda Nabi SAW mandi bersama-sama Maimunah dalam bekas(bathtub) yang satu. 

Bantahan Dr. Ahmad Al-Khalil atas syahid ini dalam dua faktor:

1- Pertamanya: sekiranya hadith Ummu Hani itu sahih sekalipun, ia adalah syahid yang lemah kerana ia adalah mandi secara bersama-sama, bukannya berasingan. Bantahan atas hadith Ummu Hani ini adalah sebagaimana yang dibantah oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Dan merupakan satu kesilapan untuk menjadikan hadith Ummu Hani ini sebagai syahid atas hadith Ibn Abbas.

2- Keduanya: sesungguhnya hadith Ummu Hani itu adalah dhaif, sanadnya munqathi (putus) antara Mujahid dan Ummu Hani, sesungguhnya telah menukilkan Al-Tirmizi dari gurunya Al-Bukhari bahawa Mujahid tidak mendengar dari Ummu Hani

------------------Nota Peringkas:

Kata Abu Ismaaeel: Hadith ini disahihkan oleh Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya (katanya: Hasan Sahih) dan Imam Ibn Abdil Baar, dan Dr. Ahmad Al-Khalil telah menjawab dengan teperinci pensahihan ini dalam kitabnya, penjelasan yang cukup ilmiah, maka rujuklah disana.

Peringkas Abu Ismaaeel berkata: kesimpulannya tashih Al-Tirmizi dan Ibn Abdil Baar adalah tidak muktabar kerana hadith ini telah ditolak oleh jamaah para huffaz yang lebih hebat dan lebih `alim daripada mereka seperti Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam `Ali ibn Al-Madini. 

Bahkan Dr. Basyar `Awwad Ma'ruf turut mendhaifkan hadith ini dalam tahqiqnya atas Jami' Al-Tirmizi, kata Dr. Basyar: "ini apa yang disebutkan (disahihkan) Al-Tirmizi, dan juga Al-Hakim, dan juga dua `alim Al-Albani dan Al-Arnaouth, dan tashih ini fihi nazor (padanya keraguan dan salah)...", kemudian Dr. Basyar menyebut kalam para huffaz seperti Imam `Ali ibn Al-Madini yang mendhaifkan hadith ini.





  

bersambung...


  






Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 10:26 PM. Filed under .

0 comments for "[Siri 2] Mustadrak Al-Ta'lil `ala Irwa' Al-Ghalil"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign