[syaikhana Abu Muhammad Al-Alfy] Hadith 'Jariah' itu mutharrib? Membaca Al-Qur'an kepada mayat itu dianjurkan?

| |




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Berkata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin `Ali bin Ibrahim Al-Malizy Al-Sakandary: sesungguhnya  aku bersama-sama seorang rakan mesir ku, telah bertanya kepada guru kami syaikhana Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah Al-Alfy Al-Sakandary, bahawasanya telah tersebar dalam internet dakwaan bahawa pihak Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar pernah mengesahkan sebuah buku soal-jawab aqidah bertajuk "Aqidah Al-Muslimin", yang mana dalam buku tersebut terdapat banyak perkara-perkara yang menyimpang dari ajaran dan pegangan Aqidah Ahl Sunnah wal Jamaah yang sahih, 

maka jawab syaikh: "aku tidak tahu tentang hal (buku) itu...", 

Sesungguhnya aku telah menunjukkan kepada syaikh akan laman web yang telah menyiarkan dakwaan itu (disini: http://www.tunisia-group.com/vb/t4506.html ) menggunakan laptop yang aku bawa bersama, dan aku terus menarik perhatian syaikh kepada dua soal-jawab dalam buku tersebut, iaitu: 

Pertama: soalan nombor 16, 

iaitu berkenaan hadith Istiwa-nya Allah Jalla wa `Ala di `Arays iaitu hadith yang terkenal yang dikenali dengan nama 'Hadith Jariah' yang menyatakan Allah di langit. Dimana buku tersebut menyatakan bahawa hadith 'Jariah' ini adalah muththarib!! 

aku bertanya kepada syaikh, : "apakah pendapat kamu semua akan hal ini? (sambil menunjukkan fatwa dalam buku tersebut berkenaan hadith Jariah)", maka syaikh dengan spontan menjawab "ya, iaitu di langit yakni di langit"

maka aku pun menunjukkan jawapan dalam buku itu yang menyatakan ia hadith muththarib! 

maka jawab syaikh; "apa yang muththarib nya? hadith ini tidak muththarib...hadith Muslim..."

maka aku berkata kepada syaikh; "akan tetapi disebut ini dari fatwa Al-Azhar, Universiti Al-Azhar Al-Syarif, adakah benar ia dari Al-Azhar atau bukan??" 

maka jawab syaikhana; "aku tak tahu tentang buku itu....dimana Allah katanya di langit, ia hadith Jariah..."

maka aku menjawab; "dari kitab ini ya syaikh, kitab Aqidatul Muslimin Fakulti Usuluddin Al-Azhar..."

maka jawab syaikhana; ''tidak, tidak, aku tak tahu tentang buku ini (maksudnya juga syaikhana tak tahu apakah benar ini betul-betul dari Al-Azhar)..."

maka kata syaikh lagi; "ni hadith Muslim, dimana Allah? di langit. Jawab Jariah di langit, di langit...."

Kedua: soalan nombor 32,

iaitu berkenaan hukum membaca Al-Qur'an pada mayat, rakan ku menegaskan soalan kami kepada syaikh; "kepada mayat ya syaikh, kepada mayat...", kemudian aku pun menunjukkan jawapan dalam buku ini bahawa ia menyatakan membaca Al-Qur'an pada mayat adalah jaiz (dibolehkan dan tiada halangan), 

maka respon syaikh; "apakah dalil yang buku itu gunakan?"

maka aku menunjukkan fatwa itu dengan menggunakan laptop aku, dan syaikhana pun membaca solan dan jawapan yang tertera dalam buku itu, dimana buku itu menggunakan hadith yang berbunyi "bacalah Al-Qur'an kepada orang-orang yang telah mati dikalangan kamu", 

kemudian syaikh berkata; "...tidak betul ini, hadith "bacalah Al-Qur'an kepada orang-orang yang telah mati dikalangan kamu" adalah hadith Munkar..."

aku berkata; "hadith Munkar?" , maka jawab syaikh; "ya"

kemudian kata syaikh lagi; "...tidaklah dibaca (Al-Qur'an) itu di Kuburan, ...tidak dibaca Al-Qur'an di Kuburan..."

Berkata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin `Ali bin Ibrahim Al-Maliziy Al-Sakandary: kedua soalan diatas telah aku tanya kepada guru kami Syaikh Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah Al-Alfy Al-Sakandary dalam perpustakaan peribadi guru kami yang terletak dalam Masjid, iaitu di Masjid Imam Al-Bukhari,`Asafrah, Iskandariah, Mesir. Rakaman perbualan ku bersama syaikhana boleh didownload disini: http://www.mediafire.com/?5pbl167109x67xb

Ya Allah Ya Tuhan Kami, tetapkanlah kami dalam Agama-Mu ya Allah, jauhkanlah kami daripada fitnah-fitnah Ahl Bida', ameen.



sekian di kongsi, moga bermanfaat.


Al-Akh / Abu Ismaaeel 
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy

7 Muharram 1432H


Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 9:24 AM. Filed under .

1 comments for "[syaikhana Abu Muhammad Al-Alfy] Hadith 'Jariah' itu mutharrib? Membaca Al-Qur'an kepada mayat itu dianjurkan?"

  1. ada komentar sebelum ini telah mengherdik saya selepas membaca jwpn guru kami-Syaikhuna Abu Muhammad Shihatah al-Alfy diatas yg membidas mrk yg mendhaifkan hadis jariah dlm Sahih Muslim brkenaan Allah di Langit.Katanya saya tidak amanah krn hanya bertanya al-Alfy,cuba tanya syaikh lain spt al-Kattani & lihat jawapannya. Jawabku: ruang "Sualat Fathi al-Sakandary" adalah ruang saya menghimpunkan jawapan2 yg saya dpt drp guru-guru saya saja,dan al-Kattani bukan guru saya krn saya tidak berguru dengan si sufi

New comments are not allowed.
Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign