[Siri 3] Al-Sahih Al-Musnad min Al-Ahadith Al-Qudsiah

| |




:مختصر
الصحيح المسند من الأحاديث القدسية 
لفضيلة الشيخ مصطفى بن العدوى

Ringkasan: 
Al-Sahih Al-Musnad min Al-Ahadith Al-Qudsiah 
karya Fadhilatu Al-Syaikh Mustafa Al-`Adawiy

[Bahagian 3]

Oleh:
Al-Akh / Abu Ismaaeel 
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy

  


Berkenaan Hadith Qudsi

Maksud Hadith Qudsi

Maksud Hadith Qudsi dari segi istilah ialah: 

"ialah apa yang disandarkan kepada Nabi SAW, dan Nabi SAW menyandarkannya pula kepada Allah `Azza wa Jalla" (rujuk: Syarhu Lughotul Muhaddith, Thariq I'wadullah, m/s 87)

Hadith Qudsi juga dinamakan sebagai: "Hadith Al-Ilaahi" atau "Hadith Al-Rabbaanii" (rujuk: Syarhu Lughotul Muhaddith, Thariq I'wadullah, m/s 87)

Dinamakan "Al-Qudsi" adalah bersempena nama Allah SWT iaitu "Al-Qudus", kata Syaikh Mustafa Al-`Adawiy dalam muqaddimah kitab:


مما يرويه عن ربه -تبارك وتعالى-، وهو ما يسميه العلماء بالحديث القدسي نسبة إلى اسم من أسماء الله -تبارك وتعالى- وهو: القدوس


"apa yang diriwayatkan oleh nya (iaitu Nabi SAW - pent) daripada Rabb nya - Tabaraka wa Ta'ala - ianya adalah apa yang dinamakan para ulama' dengan Hadith Al-Qudsi, dinisbahkan (bersempena) kepada salah satu daripada nama-nama Allah - Tabaraka wa Ta'ala - iaitu : Al-Qudus"




  


Perbezaan Antara Hadith Qudsi & Al-Qur'an

Syaikh Mustafa Al-A`dawiy menjelaskan beberapa poin penting yang membezakan antara Hadith Qudsi dan Al-Qur'an, kata beliau: 



هذا ويفترق الحديث القدسي عن القرآن الكريم من وجوه منها

1- 
أن القرآن الكريم نزل به جبريل عليه السلام، بينما الحديث القدسي قد تكون الواسطة جبريل أو يكون بالإلهام أو غير ذلك


2-
 القرآن الكريم كله متواتر، والحديث القدسي ليس كذلك

3- 
القرآن الكريم لا يتطرق إليه الخطأ، أما الحديث القدسي فقد يرد الوهم إلى أحد رواته فيرويه على الخطأ

4- 
القرآن الكريم يتلى في الصلاة، ولا يجوز ذلك في الحديث القدسي

5-
 القرآن مقسم إلى سور وآيات وأحزاب وأجزاء ...والحديث القدسي ليس كذلك

6- 
ثواب قراءة القرآن وتلاوته ثابت، والحديث القدسي ليس له نفس الفضل

7- 
القرآن معجزة باقية على مر الدهور والعصور

8-
 جاحد القرآن يكفر بخلاف من جحد حديثًا قدسيًا : لظنه أنه ضعيف مثلاً

9-
 تجوز رواية الحديث القدسي بالمعنى، ولا تجوز قراءة القرآن بالمعنى، ولا تجوز قراءة القرآن بالمعنى

"Ini yang membezakan antara Hadith Qudsi dan Al-Qur'an, antaranya: 

1- Sesungguhnya Al-Qur'an Al-Karim diturunkan kepada Nabi SAW dengan perantaraan Jibril `Alaihis Salam, adapun Hadith Qudsi ianya boleh melalui perantaraan Jibril, atau Ilham atau sebagainya

2- Al-Qur'an Al-Karim kesemuanya adalah mutawatir, sedangkan Hadith Qudsi tidak

3- Al-Qur'an Al-Karim tidak lah terdapat kesilapan, sedangkan Hadith Qudsi boleh jadi terdapat kesilapan disebabkan oleh seseorang rawi yang meriwayatkannya dengan silap (maka menjadilah Hadith Qudsi yang silap itu Hadith Qudsi yang dhaif, tidak thabit kepada Nabi SAW dan Allah SWT - pent)

4-Al-Qur'an Al-Karim dibacakan dalam Solat, sedangkan Hadith Qudsi tidak

5-Al-Qur'an dibahagikan kepada bahagian-bahagiannya seperti Surah, Ayat, Ahzab, Ajza' dan lain-lain...sedangkan Hadith Qudsi tidak lah sedemikian

6- Telah thabit mendapat ganjaran pahala jika membaca Al-Qur'an dengan tilawah, sedangkan bagi Hadith Qudsi tiada lah padanya kelebihan (jika membcanya dengan tilawah - pent)

7- Al-Qur'an adalah mu'jizat zaman berzaman, (sedang hadith Qudsi tidak dianggap mu'jizat - pent)

8- Seseorang yang menidakkan (tidak mepercayai) Al-Qur'an adalah kafir, sedangkan jika seseorang menidakkan (tidak mempercayai) Hadith Qudsi kerana bagi seseorang itu Hadith Qudsi itu dhaif misalnya tidak lah dianggap kafir.

9- Di boleh kan meriwayatkan (iaitu menyebut) Hadith Qudsi secara makna, sedangkan tidak boleh membaca Al-Qur'an dengan makna, tidak boleh membaca Al-Qur'an dengan makna"

Demikian lah 9 poin yang membezakan antara Hadith Qudsi dan Al-Qur'an yang dijelaskan oleh penyusun kitab ini - Syaikh Mustafa Al-`Adawiy 


Akhukum, 

Abu Ismaaeel Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
1 Zul Qa'edah 1431H / 8 Oct 2010
7.30 malam, Al-Iskandariah, Mesir

  
bersambung...

  



Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 10:52 AM. Filed under .

0 comments for "[Siri 3] Al-Sahih Al-Musnad min Al-Ahadith Al-Qudsiah"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign