[Abdul Fattah Abu Ghuddah] Tiada 'Hasan' sebelum Al-Tirmizi?

| |



Gambar: Kitab Qawaid fi Ulum Al-Hadith karangan at-Tahanuwi, tahqiq Abdul Fattah Abu Ghuddah





Telah popular pendapat Syaikhul Islam Ibn Taimiah yang mengatakan bahawa istilah 'hasan' tidak digunakan oleh para ahli hadith sebelum Al-Tirmizi, iaitu sebelum zaman imam Al-Tirmizi istilah 'hasan' in tidak dikenali dan para ahli hadith sebelum Al-Tirmizi hanya membahagikan hadith kepada dua iaitu 'Sahih' dan 'Dhaif'. 

Dan 'Dhaif' yang diamalkan itu adalah sebenarnya 'hasan' sebagaimana yang difahami sekarang sebagaimana dalam kitab-kitab Mustolah moden. Pendapat Syaikhul Islam Ibn Taimiah (728H) ini dikuti oleh muridnya Ibn Qayyim (751H) dan juga oleh Al-Zahabi (748H). 

Namun, sebenarnya pendapat ini tidaklah disepakati. Bahkan tidak sedikit daripada kalangan ahli ilmu yang membantah dan tidak mempersetujui akan pandangan sebegini. Kerana istilah 'hasan' atau 'hasan isnad' atau 'hadith hasan' telah pun digunakan zaman berzaman sebelum zaman Imam Al-Tirmizi (279H) lagi, bahkan ia telah digunakan pada zaman seawal Imam al-Syafie (204H) Imam Ali b. al-Madini (234H) , Imam Ahmad b. Hanbal (241H), Imam al-Bukhari (256H) , Imam Ya`qub b. Shaybah (262H), Imam Abu Zur`ah al-Razi (264H), Imam Abu Hatim al-Razi (277H). 

Antara tokoh Ahli Hadith masa kini yang membantah pendapat Syaikhul Islam Ibn Taimiah ini ialah Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (1997M).

Kata syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah: 




: تابع الذهبي في قوله هذا شيخه الإمام الحافظ ابن تيمية رحمهما الله والصواب أن استعمال الحسن موجود ومعروف قبل الترمذي بزمن طويل

terjemahan: "Telah mengikuti akan Al-Hafiz Al-Zahabi akan pendapat gurunya Al-Imam Al-Hafiz Ibn Taimiah - moga Allah merahmati mereka berdua- iaitu (Al-Tirmizi adalah yang mula-mula -pertama- yang mengkhususkan jenis ini dengan nama 'hasan') - , (namun) yang betul nya ialah penggunaan istilah 'Hasan' ini telah lama wujud dan dikenali sebelum (zaman) Al-Tirmizi sejak sekian lama" 

[ rujuk: Qawaid fi Ulum Al-Hadith karangan at-Tahanuwi, tahqiq Abdul Fattah Abu Ghuddah, cetakan Maktabah Al-Matbu'at Al-Islamiah, Halab,1404H, hal. 100-108]

Dan kata beliau lagi: 

والذي حمل الشيخ ابن تيميه _ ومن تابعه _ على هذا التفسير لكلام الإمام أحمد ... ، وهو ادعاؤه أن الحديث عند المتقدمين ينقسم إلى صحيح وضعيف فقط وان الحسن اصطلاح احدثة الترمذي ، بل نقل ابن تيمية الإجماع على هذا الادعاء ، كما في ( فتح المغيث ) للسخاوي ص5 

وهذا غير صحيح ، اذ أن إطلاق (الحسن ) على الحديث – وعلى الراوي أيضا – واراد على لسان عدة من العلماء السابقين للترمذي ، من طبقة شيوخه وشيوخ شيوخه ، بل ورد هذا الإطلاق على لسان الإمام أحمد نفسه



terjemahan: yang membuatkan Ibnu Taimiyyah - dan yang mengikutinya- berpendapat dengan tafsiran ini (iaitu tafsiran bahawa 'dhaif' disisi Ahmad itu sebenarnya adalah 'hasan')... iaitu dakwaannya bahawa sesungguhnya hadith disisi Al-Mutaqaddimun (sebelum Al-Tirmizi hanya) terbahagi kepada sahih dan dhaif sahaja, dan sesungguhnya istilah 'Hasan' adalah ciptaan Al-Tirmizi, bahkan telah menaqalkan Ibn Taimiah akan (dakwaan) ijma' atas dakwaan ini, sebagaimana dalam (Fath Al-Mughits) oleh Al-Sakhawi, hal. 5 , dan (pendapat sebegini) adalah tidak benar (iaitu tidak betul) , kerana sesungguhnya telah menggunakan istilah 'Hasan' ini ke atas hadith dan juga ke atas rawi hadith juga, dan ia didapati pada lisan percakapan sejumlah daripada ulama yang terdahulu sebelum Al-Tirmizi, dari zaman gurunya dan guru kepada gurunya, bahkan terdapat penggunaan 'Hasan' ini (untuk hadith dan rawi) pada lisan percakapan Al-Imam Ahmad itu sendiri"

[ rujuk: Qawaid fi Ulum Al-Hadith karangan at-Tahanuwi, tahqiq Abdul Fattah Abu Ghuddah, cetakan Maktabah Al-Matbu'at Al-Islamiah, Halab,1404H, hal. 100-108]


Kata beliau lagi: 



ثم ما هو الداعي إلى تفسير كلمة (ضعيف ) بالحسن ؟ مع ظاهر كلام الامام احمد يشير إلى مراده بالضعيف : الضعيف الذي لم تحقق فيه شروط القبول ، فأنه يريد أن الرأى لا يعتد به عنده ما دام قد نقل في المسألة نص ولو ضعبف ، فإن الضعيف خير من ألرأى 

terjemahan: "Kemudian, apakah alasan dakwaan untuk mentafsirkan kalimah (dhaif) itu sebagai hasan? kerana bersama-sama zahir perkataan Al-Imam Ahmad menunjukkan bahawa apa yang dimaksudkannya adalah dhaif; iaitu dhaif yang tidak cukup padanya syarat maqbul. Maka beliau (Al-Imam Ahmad) memaksudkan di sini bahawa (sesuatu) al-ra'yu (pendapat) itu tidak 'valid' / tidak dikira di sisinya selagi adanya nas dalam sesuatu permasalahan itu walaupun ianya dari (hadith yang) dhaif. Kerana (hadith) dhaif itu lebih baik daripada sekadar pendapat (semata tanpa hadith)"

[ rujuk: Qawaid fi Ulum Al-Hadith karangan at-Tahanuwi, tahqiq Abdul Fattah Abu Ghuddah, cetakan Maktabah Al-Matbu'at Al-Islamiah, Halab,1404H, hal. 100-108]

Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah menyatakan bantahan atas dakwaan ini dengan begitu teperinci berserta contoh-contoh penggunaan istilah hadith hasan oleh para imam sebelum zaman Al-Tirmizi, penjelasan yang sangat panjang sebanyak 8 muka surat (hal. 100-108), maka untuk lebih lanjut silalah merujuk kesana. 
(kitab Qawaid fi Ulum Al-Hadith karangan at-Tahanuwi, tahqiq Abdul Fattah Abu Ghuddah, boleh di download disini, versi PDF: http://ia700308.us.archive.org/9/items/Qolhdth/Qolhdth.pdf )

Selain syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, turut sependapat dengan beliau ialah syaikh Muhammad 'Awwamah, syaikh Abdul Karim al-Khudayr, syaikh Muhammad Anwar Shah Al-Kashmiri dan lain-lain. 

Bahkan kata syaikh Muhammad Anwar Shah Al-Kashmiri (yang merupakan seorang ulama hadith india-pakistan / deoband): 
دعواه غير صحيحة ، لأن البخاري و علي بن المديني ممن يفرقان بينهما ، حتى جاء الترمذي و تَبِعَ في ذلك شيخَه _ يعني البخاري

"dakwaan beliau (Ibn Taimiah) ini tidak benar, kerana Al-Bukhari dan 'Ali ibn Al-Madini adalah antara yang membahagikan antaranya, sehinggalah datang Al-Tirmizi yang mengikut gurunya - iaitu Imam Al-Bukhari..." 

[rujuk: Faidh Al-Baari 'ala Sahih (iaitu Syarah Sahih Al-Bukhari), Muhahammad Anwar Shah Al-Kashmiri, 1/57, Dar Al-Ma'rifah, Beirut]
 



sekian dikongsi, 
Abu Ismaaeel /
Muhammad Fathi 'Ali Al-Malizy Al-Sakandary


==================== maklumat tambahan dari sahabat saya - akhuna Kawabid Durriyah, dikongsikan sebuah thesis sarjana dari indonesia berkenaan hal ini. 


Disertasi Sarjana oleh Enni Endriyati daripada Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia.










--- tamat petikan Disertasi Sarjana oleh Enni Endriyati daripada Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia.---



sekian dikongsi, 

Abu Ismaaeel /
Muhammad Fathi 'Ali Al-Malizy Al-Sakandary


Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 2:31 PM. Filed under .

0 comments for "[Abdul Fattah Abu Ghuddah] Tiada 'Hasan' sebelum Al-Tirmizi?"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign