Apabila kita dipuji dengan panggilan 'syaikh', ingatlah definisi Imam Abu Hatim
Apabila kita dipuji dengan panggilan 'syaikh',
ingatlah definisi Imam Abu Hatim
Muhasabah dan refleksi terutamanya buat diri saya sendiri, apabila seseorang memuji kita dgn pangilan 'syaikh', kita sebagai penuntut ilmu usahlah membayangkan ucapan 'syaikh' itu sebagaimana penggunaan istilah bahasa kita pada hari ini yang makruf bermaksud satu penghormatan atas keilmuan dan ketokohan seseorang tokoh - sebagaimana yang digunakan khusus buat para fudhala' zaman ini , seperti syaikh Ibn Baaz, syaikh al-Albani, syaikh al-Tharifi, syaikh al-Alfy dan lain-lain masyayikh wal fudhala'
.....kerana kita sama sekali tidak layak untuk gelaran 'syaikh' sebagaimana yang difahami bahasa awam, ilmu kita sangat sedikit, sumbangan kita dalam dakwah amat kecil, dan kita bukanlah tokoh, kita bukan 'syaikh' sebaliknya hanyalah 'penuntut ilmu' yang masih banyak perkara yang perlu dipelajari.
Sebaliknya selalu lah kita bermuhasabah diri, sentiasa bayang serta ingat akan maksud 'syaikh' dalam istilah ilmu hadith terutamanya definisi Imam Abu Hatim, Imam Abu Hatim apabila beliau menyatakan seseorang rawi itu sebagai 'syaikh' ia bukanlah bermaksud rawi itu 'thiqah', tapi ia bemaksud ditulis hadithnya untuk dilihat jika kalau-kalau boleh menjadi penguat (lil-'itibaar), ia bukanlah bermaksud perawi itu 'thiqah'. [rujuk: Mu'jam Musthalahat al-Hadith, Dr. Abu al-Laiths, hal. 77]
Kata Imam al-Mizzi:
" المراد بقولهم "شيخ" أنه لا يترك ولا يحتج بحديثه مستقلاً "
Terjemahan: "yang diinginkan (iaitu yang dimaksudkan) dengan kata-kata mereka (para nuqqad) dengan 'syaikh' ialah perawi itu tidak ditinggalkan akan hadithnya , dan tidak juga digunakan sebagai hujah dengan sendirinya (iaitu hadith perawi itu tidak berdiri dengan sendiri, tetapi ditulis hadithnya kalau-kalau boleh dibuat penguat)" [rujuk: al-Nukat 'ala Ibn al-Solah, 3/434]
Bahkan sesetengah nuqqad terkadang menggunakan lafaz 'syaikh' dengan maksud 'majhul (tidak dikenali)', 'dhaif tetapi bukan dhaif teruk', 'pertengahan antara maqbul (diterima) dan mardud (ditolak)'. [rujuk: Lisan al-Muhaddithin, Muhammad Khalaf Salamah,3/283]
Sama-sama beramal,
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 8:28 AM. Filed under
Blog
.