Menjawab Syubhat terhadap Syaikh al-Albani & "berguru dengan Syaitan"
Menjawab Syubhat terhadap Syaikh al-Albani & "berguru dengan Syaitan"
Semalam 30 April, saya telah menerima satu solan menerusi mesej Facebook dari seorang sahabat yang mulia: al-Akh Najib Adnan, solan seperti dibawah:
------------- al-Jawab:
Bismillah, Alhamdulillah..wa ba'd.
1- Syubhat Pertama:
Berkenaan syubhat terhadap syaikh al-Muhaddith al-Albani (wafat 1999M) bahawa beliau tidak mempunyai guru langsung, ini adalah fitnah dan tidak benar.
Yang benar adalah beliau mempunyai guru, buktinya ialah Syaikh al-Albani memiliki ijazah hadith dari Syaikh Muhammad Raghib at-Tabbagh yang kepada beliau lah al-Albani ada mempelajari ilmu hadith, Syaikh al-Albani menjelaskan tentang ijazah beliau ini dalam kitab Mukhtasar al-‘Uluw (hal 72) dan Tahdzir as-Sajid (hal 63). Syaikh al-Albani juga memiliki ijazah hadith dari Syaikh Bahjatul Baytar (isnad hadith melalui jalan Imam Ahmad), sebagimana yang dijelaskan dalam buku Hayah al-Albani (biografi kehidupan Al-Albani) karangan Muhammad Asy-Syaibani.
Syaikh al-Albani adalah seorang ulama' yang telah menghabiskan masa hidupnya untuk membela Sunnah Nabi SAW hingga ke akhir hayat beliau, bahkan al-Albani pernah berkata dalam satu ungkapan beliau yang sangat masyhur:
"Dengan senantiasa berharap agar Allah Subhanahu wa Taala menambahkan kurnianya kepadaku dan menjadikan nikmat ini tidak dicabut hingga kematian tiba, serta mewafatkanku sebagai muslim diatas sunnah yang aku telah bernazar untuk itu kehidupanku adalah dakwah dan menulis." (Syaikh Al-Albani)
Ketokohan dan kredibiliti syaikh al-Albani adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan oleh semua penuntut ilmu, dapat kita lihat pujian para ulama sezaman terhadap beliau.
Antaranya Syaikh Ibn Baaz pernah berkata,
“Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani adalah mujaddid zaman ini dalam dugaanku, wallahu a’lam” (Majalah As-Solah, Jordan, Edisi 23/Sya’ban/1420 H., hal. 76)
Begitu juga kata Syaikh al-Uthaimin:
“Ahli hadits negeri Syam, pemilik ilmu yang sangat luas tentang hadits secara riwayah dan dirayah. Allah Ta’ala menganugerahkan manfaat yang banyak kepada manusia melalui karya-karya ilmiahnya berupa ilmu dan semangat mempelajari ilmu hadits” (Hayatul Albani 2/543 oleh Muhammad bin Ibrahim ays Syaibani)
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, Syaikh al-Albani adalah tokoh ahli hadith zaman kita, dan penilaian hadithnya adalah muktabar dan diterima. Namun, ini bukan bemaksud kesemua penilaian beliau adalah tepat dan pasti tidak silap, pendapat sesiapapun boleh kita terima dan tolak, kritik, tetapi ia mestilah dengan hujah ilmiah, dan ini tidak kira samada kpd syaikh al-Albani dan semua ulama' lainnya. Tidaklah benar mereka yang menolak beliau mentah-mentah serta bulat-bulat, dan tidak benar juga mereka yang menerima ijtihad beliau sebagai sesuatu yang qathi'e.
Syaikh al-Albani adalah seperti manusia lainnya yang tidak terlepas daripada melakukan silap, dan silapnya beliau sudah tentu sangat sedikit berbanding jasa beliau yang sangat banyak kepada ummah! Tidak dinafikan, ssememangnya terdapat beberapa penilaian hadith beliau yang didapati oleh para ulama' dan pengkaji lainnya sebagai tidak tepat dan tersilap, kerana beliau didapati agak tasahul (bermudah-mudah) untuk hadith itu, kesilapan itu hal biasa, dan silapnya al-Albani pun beliau telah mendapat satu pahala atas ijtihad beliau, dan ia tidak sedikit pun menjatuhkan kredibiliti beliau dalam lapangan dunia ilmiah.
Pernah syaikh Ibn Baaz sendiri di tanya berkenaan tashih dan tad'if hadith oleh syaikh Al-Albani:
السؤال : ما هو رأي سماحتكم في الاعتماد على ما صححه الألباني؟.
الشيخ محمد ناصر الدين الألباني من خيرة الناس , وهو من العلماء المعروفين بالاستقامة , والعقيدة الطيبة والجد في تصحيح الأحاديث وبيان حالها وهو عمدة في هذا الباب ؛ ولكن ليس بمعصوم ، قد يقع منه خطأ في تصحيح بعض الأحاديث أو تضعيفها ، مثل غيره من العلماء
solan:
apakah pendapat samahah (Ibn Baaz , mufti ketika itu) dalam bab berpegang atas hadith-hadith yg di sahihkan oleh Al-Albani?
jawab Syaikh Ibn Baaz:
Al-Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani adalah dari manusia yg baik (mulia), beliau adalah daripada kalangan ulama-ulama yang dikenal dengan sifat istiqamahnya, aqidahnya bagus (iaitu aqidah beliau adalah aqidah salaf dan beliau berpegang teguh dgnnya), dan dia bagus (jayyid) dalam tashih hadith-hadith dan menjelaskan hal yang berkaitan dengannya, dan beliau adalah (antara -pent) tiang dalam bab ini, namun beliau bukannya ma'sum, sesungguhnya memang terdapat padanya beberapa kesilapan-kesilapan dalam mensahihkan atau mendhaifkan beberapa hadith, sama seperti ulama-ulama yg lainnya...
[rujuk: salinan dari fatwa Nur 'ala Darb (من فتاوى نور على الدرب ) dalam Multaqa' Ahl Hadeeth]
Begitu juga Syaikh`Abdul Karim bin `Abdullah Al-Khudheir (ahli lajnah hai'ah kibaru ulama Arab Saudi) pernah di tanya berkenaan tashih dan tad'if hadith oleh syaikh Al-Albani:
...ما رأيكم تصحيح وتضعيف الشيخ الألباني؟
الشيخ الألباني -رحمة الله عليه- من الأئمة العلماء المجددين، لا سيما لهذا الفن، فهو من حملة العلم وأوعيته، فقوله معتبر، وتصحيحه يعتمد عليه ويوثق به، وهو كغيره ليس بمعصوم يوجد عند ضعف، ما يلاحظ سواء في التصحيح أو في التضعيف، هو كغيره من العلماء فيستفاد من تصحيحاته وأحكامه، لكن ليس بمعصوم
solan:
apa pandangan syaikh tentang tashih dan tad'if hadith oleh syaikh Al-Albani?...
jawapan:
Al-Syaikh Al-Albani - rahimahullah- adalah daripada kalangan imam-imam ulama' pembaharu (mujaddid), terutama pada bab ini (iaitu tajdid dlm ilmu hadith -pent), dan beliau adalah pembawa ilmu dan (umpama -pent) bekasnya (iaitu bekas dan tempatnya ilmu tersimpan -pent), dan pendapat beliau adalah (dikira dan dianggap -pent) muktabar, dan boleh berpegang kpd tashih hadith olehnya, namun beliau seperti (para ulama' -pent) lainnya adalah tidak ma'sum, padanya terdapat kelemahan (iaitu kesilapan -pent) yang dapat diperhatikan padanya samada dalam hal tashih atau tad'if hadith, beliau adalah seperti ulama-ulama lainnya, diambil istifadah (faedah, manfaat) daripada tashih dan hukuman hadith olehnya, akan tetapi beliau bukannya ma'sum
[Rujuk: jkawapan syaikh Al-Khudheir dlm salah satu sesi soal-jawab kuliahnya (syarah Al-Lu' Lu' Al-Maknun fi Ahwal Al-Asanid wa Al-Mutun), www.khudheir.com/]
Untuk mengenali syaikh al-Albani dengan lebih dekat, dianjurkan merujuk sebuah video yang sangat baik berkenaan jejak hidup syaikh al-Albani yang telah dihasilkan oleh sahabat saya yang mulia: al-akh Muhammad Abdulloh Suradi (Mauswah), video boleh ditonton dlm webblog saya - Ansarul-Hadis pada pautan dibawah:
2- Syubhat kedua:
Berkenaan kata-kata "belajar tanpu guru adalah bermaksud belajar dengan syaitan", kata-kata ini bukan lah hadith sebaliknya ia hanyalah ungkapan ulama' Sufi Tariqat.
Penjelasan kata-kata ini telah dihuraikan oleh al-Fadhil Ustaz Abdullah al-Qari al-Kenali (AQHAS) yang merupakan antara tokoh sunnah terawal dan tertua di Kelantan, dalam bukunya bertajuk (BELAJAR MENERUSI BUKU , BERGURU DENGAN SYAITAN ?), terbitan Dinie Publisher. Sebuah kitba yang sangat bagus untuk dimiliki dan dikaji.
Ringkasan isi buku AQHAS telah dibuat oleh seorang sahabat dalam blognya disini: http://maben.multiply.com/journal/item/2 , berikut adalah 'copy paste' dari blog beliau:
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
“ Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan “.
Ini di antara kata-kata yang sering kita dengar . Marilah kita meneliti kata-kata ini dengan mengikuti perbahasan mengenainya sebagai mana berikut :
AKAL VS KATA-KATA INI :
Kalaulah benar kata-kata “ Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan “ , adakah ini bermakna : “ Setiap guru adalah ma’asum ( suci drp dosa-dosa ) laksana Para Malaikat a.s dan Para Anbiya’ a.s “ ??? .
Dan adakah kata-kata ini juga membawa makna : “ Sesiapa sahaja yang belajar secara berguru maka ilmunya dijamin betul dan tepat dengan kehendak Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w ? “ . Jawapan yang pasti ditemui oleh kita semua terhadap soalan-soalan itu ialah : SUDAH TENTU TIDAK !!! .
DRP MANAKAH SUMBER KATA-KATA INI ? :
Yang pasti ianya bukanlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w dan bukan juga berasal daripada Para Sahabat r.a .Para Ulama’ rh yang muktabar ( yang boleh dijadikan panduan umat ) mempunyai berbagai pendapat mengenai daripada manakah datangnya kata-kata di atas dan mereka mencari-cari daripada manakah sumbernya kata-kata :
“ Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan “
Kata-kata ini terdapat di dalam Kitab “ Haq at-Toriqoh “ dan “ Syarh Usul Tahqiq “ ~ Tetapi tidak dinyatakan pula daripada manakah asal-usulnya kata-kata itu . Kata-kata itu juga tidak dimasukkan ke dalam kitab-kitab hadist yang terkenal seperti “ Sunan Sittah “ , “ Mausu’ah Atrofil Hadist “ , “ Al-Jamie’ al-Kabir Lis Suyuthi “ , “ Al-Mu’ujam al-Mufahras Li Alfazil Hadis an-Nabawi “ , “ Miftah Kunuz as-Sunnah “ dan selainnya . Asy-Syeikh Mahmud ‘Abdul Rauf al-Qasim menyatakan di dalam kitabnya “ Al-Kasyfu ‘An Haqiqah as-Sufiyyah Li Awwal Marrah Fit Tarikh “ menyatakan bahawa kata-kata itu dan yang seumpama dengannya adalah berasal daripada tokoh-tokoh Tasawwuf , di antaranya :
{ a } ~ Al-Imam as-Saiyid Ahmad ar-Rifai’e ( rh ) .
{ b } ~ Al-Imam Abu Yazid al-Bustomi ( rh ) .
{ c } ~ Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali ( rh ) .
SIKAP KITA TERHADAP KATA-KATA INI :
Kata-kata manusia biasa ( selain Baginda Rasulullah s.a.w ) sudah tentulah boleh diterima dan boleh ditolak , dan inilah merupakan satu kata-kata hikmah yang pernah diucapkan oleh Al-Imam Malik rh , Imam Negeri Hijrah ( Al-Madinah al-Munawwarah ) satu ketika dahulu .
Diterima kata-kata itu apabila bersesuaian dan tepat dengan ajaran Al-Quranul Karim dan As-Sunnah as-Sahihah , dan ditolak sesuatu teori , kata-kata dan pendapat apabila bertentangan dengan kedua-dua sumber tertinggi perundangan dan ilmu umat Islam itu . Begitu juga , sesuatu kata-kata dan pandangan itu sudah tentu boleh diterima apabila dihuraikan ( disyarahkan ) bersesuaian dengan kehendak syariat Islam itu sendiri , dan ia akan ditolak dan dilempar jauh-jauh apabila dihuraikan dengan cara yang bertentangan dengan kehendak agama Islam itu sendiri Demikianlah juga sikap kita terhadap kata-kata :“ Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan ”
Namun, Tidaklah kita menolak sesuatu kata-kata itu secara totok ataupun semberono apabila ia tidak bersumber daripada Baginda Rasulullah s.a.w , kerana masih banyak lagi kata-kata para cendekiawan yang kita terima kerana mengandungi hikmah dan ilmu pengetahuan .
Bilakah sesuatu ilmu itu perlu dituntut secara berguru ? :
1 – Bagi mereka yang berada di peringkat asas dan menengah . Dimulakan dengan mempelajari muqaddimah ( pendahuluan ) yang berkaitan dengan sesuatu ilmu yang bakal dipelajari . Di masa ini jugalah para pelajar dikenalkan dengan berbagai istilah agar mudah mereka mempelajari secara mendalam mengenai sesuatu ilmu itu apabila mereka belajar di peringkat tinggi .
2 – Bagi kanak-kanak ataupun orang-orang yang baru diperkenalkan sesuatu ilmu , sudah tentulah di saat ini mereka perlu kepada si guru ataupun pembimbing . Seperti belajar ABC dan belajar cara sembahyang .
Bilakah sesuatu ilmu itu boleh didapati tanpa perlu secara berguru ? :
1- Bagi mereka yang telah mempunyai asas-asas ilmu yang kukuh dan kuat .
2 – Bagi mereka yang berada di peringkat tinggi , mereka boleh membaca mana-mana buku pengajian yang telah pun mereka pelajari asas-asasnya sebelum ini dengan kemas-kukuh .
Guru-guru ( tuan-tuan guru , para pensyarah ) hanyalah menjadi sumber rujukan apabila para pelajar peringkat ini mendapati beberapa masalah yang sukar difahami ataupun apabila mereka memerlukan huraian yang panjang lebar terhadap isi sesuatu buku .
Kebaikan Berguru Secara Langsung :
1 – Mudah dan cepat memahami sesuatu topik .
2 – Boleh dilakukan soal-jawab secara bertubi-tubi secara langsung tapa perlu menunggu lama .
3 – Si Guru yang mahir sudah tentu boleh memperbandingkan isi sesuatu kitab / buku yang di baca oleh muridnya dengan kitab-kitab lain yang masih belum dibaca oleh muridnya itu dan guru itu juga boleh menambah dengan beberapa dalil dan keterangan lagi sebagai penjelas dan pelengkap .
4 – Si Guru boleh membetulkan cara bacaan si murid sama ada yang berkaitan dengan Ilmu Tajwid ataupun Tatabahasa Bahasa Arab ( Nahu dan Sorof ) . Selain itu si guru juga boleh membetulkan beberapa fakta , baris-baris tulisan Arab dan sebagainya yang mungkin disebabkan kesilapan si penulis buku / kitab ataupun kesilapan mesin cetak
5 – Hubungan di antara si guru dengan muridnya lebih rapat dengan cara ini .
Kebaikan Berguru Menerusi Bahan Bacaan ( Kitab / Buku / Majalah / Halaman Web Ilmiah ) :
1 – Sesuatu fakta yang dikemukakan di dalam bentuk tulisan lebih cermat dan teliti , kerana si penulis mempunyai masa yang agak panjang untuk menyatakan bahan rujukan bagi sesuatu artikel ilmiah . Walhal kalau belajar secara berguru , belum tentu lagi si guru itu ingat sesuatu fakta itu bersumber drp mana , di dalam buku apa , jilid keberapa , halaman keberapa dan terbitan mana ? .
2 – Adanya bahan bertulis , lebih meyakinkan lagi para pelajar berbanding dengan semata-mata kata-kata guru-gurunya ( kerana boleh jadi guru itu tersasul , terlupa , terkeliru dan seumpamanya ) .
3 – Bahan bertulis memberikan masa yang agak panjang kepada si pelajar sehinggakan boleh diulang-ulang semula pembacaan terhadap sesuatu topik yang dirasai agak sukar . Sedangkan kalau secara “ direct “ berguru , mungkin guru akan berasa tidak senang kerana asyik diajukan soalan yang sama .
4 – Bahan bertulis memberikan peluang menambah ilmu-pengetahuan kepada mereka yang tidak berpeluang berguru secara langsung . Contohnya : Mereka yang sibuk dengan tugas sehinggakan kadang-kadang tiada masa untuk belajar di masjid-masjid ataupun di surau-surau , masih boleh menampung sedikit kekurangan itu dengan selalu menjenguk web al-Ahkam.online dan mana-mana halaman web ilmiah .
Inilah secara ringkas kelebihan belajar sesuatu ilmu itu menerusi guru secara langsung ataupun menerusi sesuatu bahan bacaan secara langsung . Setiap cara ini ada kebaikan dan ada kekurangan . Dan tentulah kekurangan yang ada pada kedua-dua cara dan sistem ini boleh dilenyapkan apabila kelebihan dan kebaikan kedua-dua cara dan sistem ini disatukan .
PENDEK KATA :“ Belajar sesuatu ilmu secara berguru merupakan satu sistem yang paling ampuh dan kukuh , akan tetapi bukan semua ilmu itu hanya boleh didapati menerusi berguru semata-mata dan anggaplah bahan-bacaan itu sebagai sokongan dan tambahan bagi ilmu yang didapati secara berguru tadi “ .
Kami sangat-sangat mencadangkan kepada saudara-saudari yang dihormati sekalian agar sudi memanjangkan lagi pengetahuan mengenai topik ini dengan membaca sebuah buku yang amat baik mengenainya . SILA LIHAT DI BAHAGIAN RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN DI BAWAH INI .
Sekian . Semoga Ada Manfaatnya Bersama .Wallahu A’alam Bis SowabWahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
******************* RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
BELAJAR MENERUSI BUKU , BERGURU DENGAN SYAITAN ?Oleh : Al-‘Allamah Ustaz Abdullah al-Qari al-Kenali AQHAS ( ha )Terbitan : DINIE Publisher .
Maka dengan ini diharapkan persoalan dan syubhat yang dilontarkan telah terjawab, insyaAllah.
Allah hu'alam
Akhukum / Abu Ismaaeel Fathi Ali al-Malizy al-Sakandary
1 Mei 2011
el-Hadrah el-Bahriah,
Iskandariah, Mesir
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 1:47 AM. Filed under
Fatwa
.