[Hadith Tahriful Ghalin] Penjelasan penilaian Al-Albani

| |






[Hadith Tahriful Ghalin] Penjelasan penilaian Al-Albani.
oleh: Fathi Al-Sakandary


Hadith yang popular berbunyi: 



يحمل هذا العلم من كل خَلَف عدوله ؛ ينفون عنه تحريفَ الغالين ، وانتحال المبطلين ، وتأويل الجاهلين

Terjemahan: “Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang adil (terpercaya) dari tiap-tiap generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama ini dari: Tahriful Ghalin (pemutarbalikan pengertian agama yang dilakukan oleh para ekstrimis), Intihalul Mubthilin (Kedustaan orang-orang sesat yang mengatasnamakan agama), Ta`wilul Jahilin (Pena`wilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil)"

Kesimpulan status: 

Berkata Abu Ismaaeel Fathi: Sepengetahuan saya, yang rajih ialah hadith ini dhaif, di dhaifkan oleh jumhur huffaz seperti Ibn Ma'in, Al-Daraquthni, Yahya Al-Qattan, Abu Hatim, Ibn Adiy, Ibn Hibban Al-Iraqi, Al-Zahabi, Ibn Hajar dan lain-lain. Hadith ini mempunyai kecacatan yang sangat teruk, dan tidak boleh dinaik taraf. (rujuk diskusi hadith ini secara detail dalam forum Multaqa' Ahl Hadith disini: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=37077 )

Dan berkata guru kami - syaikhana Abu Muhammad Shihatah Al-Alfy Al-Sakandary (antara kibar muhaddith Iskandariah, Mesir) dalam kitabnya Syarah Alfiyah, Al-Iraqi (hal. 14): 

"dan khulasoh (kesimpulannya) hadith ini adalah dhaif dengan kesemua jalannya, dan kebanyakan tidak mensahihkannya"

Tashih Imam Ahmad?

Telah dinukilkan bahawa Imam Ahmad mensahihkan hadith ini, sebagaimana yang dinukilkan oleh Al-Khatib dalam Syarah Ashabul Hadis



وروى الخطيب في (شرف أصحاب الحديث) عن مُهنَّا بن يحيى ، قال : سألتُ أحمد - يعني : ابنَ حنبلَ - عن حديث معان بن رفاعة ، عن إبراهيم - هذا - ، فقلت لأحمد : كأنه كلامٌ موضوعٌ ؟ فقال : لا ، هو صحيح ،



Terdapat dua cara dalam menghadapi qaul Imam Ahmad ini: 

1) Tashih Imam Ahmad disini tidak muktabar dan yang benar dan tepat adalah seperti penilaian majoriti huffaz salaf bahawa hadith ini dhaif. 

Ini sebagaimana kata Syaikh Sulaiman Al-'Ulwan (antara kibar muhaddith KSA) berkenaan hal ini dalam Syarah Al-Mugizoh (1/27), kata Al-'Ulwan: 



الإمام أحمد لو صحح أحاديث ربما يختلف معه غيره, فيكون الصواب مع الآخر, فهذا الإمام أحمد رحمه الله تعالى حين سأله أبو داود عن حديث (يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله, ينفون عنه تحريف الغالين, وانتحال المبطلين, وتأويل الجاهلين) أهو موضوع؟ قال: لا, بل هو صحيح. وأكثر الحفاظ بل كل الحفاظ يضعفون هذا الخبر

Terjemahan: "Imam Ahmad jika dia mensahihkan hadith-hadith yang umpamanya bercanggah dengan penilaian mereka - majoriti huffaz salaf - yang lain , maka yang benar  - iaitu yang tepat - adalah pada yang lain-lain - majoriti huffaz salaf -. Contoh - dlm hal ini ialah apabila Ahmad ditanya Abu Daud (?) akan hadith - Tahriful Ghalin - adakah palsu? jawab Ahmad " tak, bahkan ia sahih". - Walaubagaimanapun - banyak huffaz bahkan semua huffaz mendhaifkan khabar ini" 

Berkata Abu Ismaeel: dan diatas adalah pendapat Al-'Ulwan, iaitu apabila terdapat perselisihan sesama huffaz salaf, maka tarjih ialah pada majoriti, dalam kes ini semua huffaz salaf men'dhai'fkan hadith ini tetapi hanya Ahmad seorang saja yang sahihkan, maka yang rajih ialah pada majoriti dan Ahmad telah sedikit tersilap dalam hadith ini. Allah hu'alam.


2) Tafsiran kepada qaul Imam Ahmad itu sendiri, iaitu "Sahih" disini bukan bermaksud sahih dari segi istilah yang biasa difahami.

Ini sebagaimana kata Syaikh 'Amru 'Abd Mun'im Al-Salim (antara kibar muhaddith di Zaqaziq, Mesir) dalam kitabnya Al-Hasan Bi Majmu' Al-Turuq Fil Mizan Al-Ijtijaj, Baina Al-Mutaqaddimin wa Al-Mutaakhkhirin (hal. 94):


(( أطلق الإمام أحمد قوله : ( هو صحيح )، أي : له أصل، وليس موضوعاً )) 

Terjemahan: - yang - dimaksudkan oleh Imam Ahmad dengan katanya (ia Sahih) - disini - ialah "pada hadith itu ada asal, dan bukannya palsu"

Berkata Abu Ismaaeel: Maka mengikut syaikh 'Amru 'Abd Mun'im Al-Salim, sebenarnya Imam Ahmad tidak menyelisihi pun para huffaz lain dalam penilaian dhaif akan hadith ini, bahkan sebenarnya mereka bersepakat. Allah hu'alam.

Apakah penilaian syaikh Al-Albani untuk hadith ini?

Apakah penilain Syaikh Al-Albani? dan ini adalah tujuan penulisan ini dibuat.

Telah menjadi popular pada kebanyakan penuntut ilmu dan para pendakwah menyebut bahawa syaikh Al-Albani mensahihkan hadith ini, mereka menyatakan bahawa Al-Syaikh mensahihkan hadith ini dalam tahqiq Misykat Al-Masobih (hadith no. 248). 

Dan jika kita lihat ringkasan kitab Misykat Al-Masobih tahqiq Al-Albani edisi Software Maktabah Syamilah, ia adalah seperti di bawah: 



248 - [ 51 ] ( صحيح )

وعن إبراهيم بن عبد الرحمن العذري قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين " . رواه البيهقي

Diatas jelas dinukilkan bahawa Al-Albani mensahihkan hadith ini. Dan inilah yang popular di bibir ramai para pendakwah.

Berkata Abu Ismaaeel Fathi: apabila saya membuat semakan terhadap kitab Misykat Al-Masobih edisi asal yang bercetak (saya menyemak menggunakan dua edisi cetakan, 1 - cetakan kedua tahun 1979, dan 2 - cetakan ketiga tahun 1985 - iaitu cetakan terakhir -, kedua-dua edisi adalah cetakan Al-Maktab Al-Islami, Beirut) halaman. 82 (nota kaki no. 3) dan halaman 83 (nota kaki no. 1), saya mendapati apa yang ditulis oleh Syaikh Al-Albani adalah sebaliknya, Al-Albani tidak mensahihkan hadith ini! 

Berikut adalah kata-kata penuh Al-Albani: 


بياضٌ في جميع النُّسخ ، إلا أنه أُلحق في بعضها نقلًا عن الجَزري : (البيهقي في المدخل إلى السنن) ، وما ألحقناه نحن أولى لعلُوِّ طبقة الآجري على البيهقي ، ولأن كتابه مطبوع يمكن أن يرجع إليه من شاء .
ثم أنَّ الحديث مُرسل ، لأنَّ إبراهيم بن عبد الرحمن العُذري هذا تابعيٌّ مُقلٌّ ، كما قال الذهبيُّ ، وراويه عنه معان بن رفاعة ليس بعمدة ، لكن الحديث قد روي موصولًا من طريق جماعة من الصحابة ، وصحَّح بعضَ طرقه الحافظُ العلائيُّ في (بُغية الملتمس) ، وروى الخطيب في (شرف أصحاب الحديث) عن مُهنَّا بن يحيى ، قال : سألتُ أحمد - يعني : ابنَ حنبلَ - عن حديث معان بن رفاعة ، عن إبراهيم - هذا - ، فقلت لأحمد : كأنه كلامٌ موضوعٌ ؟ فقال : لا ، هو صحيح ، فقلتُ له : ممن سمعتَه أنت ؟ قال : من غير واحدٍ . قلتُ : من هم ؟ قال : حدَّثني به مسكين إلا أنَّه يقول : معاذ عن القاسم بن عبد الرحمن ، قال أحمد : معان بن رفاعة لا بأس به .
وقد جمعتُ طائفةً من طرق الحديث ، والنِّيَّة متوجِّهةٌ لتحقيق القول فيها لأول فرصة تسمح لنا - إن شاء الله تعالى..

Perhatikan ayat yang saya warnakan merah diatas, jelas - pada saya - disini bahawa Syaikh Al-Albani tidak mensahihkan hadith ini, tetapi beliau tawaqquf dalam menilai hadith ini - kerana terdapat nukilan Ahmad yang mensahihkannya - , dan kelihatan zahirnya beliau - Al-Albani - lebih berat mendhaifkan hadith ini. 

Penjelasan penilaian Al-Albani:

Apa yang zahir - bagi saya - ialah yang benar Syaikh Al-Albani telah tawaqquf untuk hadith ini, dan kelihatan zahirnya beliau - Al-Albani - lebih berat mendhaifkan hadith ini. Maka tidak benarlah mereka-mereka yang menyangka bahawa Syaikh Al-Albani mensahihkan hadith ini. Dan tidak benar jugalah mereka-mereka yang menuduh bahawa Al-Albani telah tasahul dalam hadith ini.


============================

Berikut adalah gambar muka surat dari kitab asal yang diambil dari edisi cetakan ketiga, Al-Maktab Al-Islami, Beirut) halaman. 82 (nota kaki no. 3) dan halaman 83 (nota kaki no. 1). - diambil menggunakan telefon bimbit saya Xperia 8 - 




sekian, 

Allah hu'alam
Muhammad Fathi Ali Al-Malizy Al-Sakandary






Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 1:16 AM. Filed under .

3 comments for "[Hadith Tahriful Ghalin] Penjelasan penilaian Al-Albani"

  1. assalamualikum Syaikh.
    Syukran atas ilmu yg dibincangkan, merujuk kepada software maktabah syamilah.. saya juga adalah salah seorang penggunanya.. Setakat yg saya perhatikan dan bandingkan dengan kitab-kitab asal (bukan versi software maktabah syamilah 1 atau 2) ada banyak perbezaan seperti perbezaan matan hadits dr segi pengurangan dan penambahan dlm matan.

    Maklumat yg tuan berikan adalah kali pertama sy dengar mengenai kitab2 lain selain2 matan hadisnya.. Terima kasih sekali lg!

  2. wa'alaikumussalam,

    ya, memang maktabah syamilah ada bbrapa kesilapan, sebb itu pentingnya kita sbg penuntut ilmu merujuk kpd kitab yg asal yg bercatak

  3. salam,

    adakah yang dimaksudkan adalah hadis yang di bawah ni?

    “Hendaklah membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi); mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang batil dan takwilan golongan yang jahil.” (Riwayat al-Baihaqi, Ibn ‘Adi dan lain-lain. Dinilai hasan oleh al-Imam Ahmad).


    http://drmaza.com/home/?p=623


    ...

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign