[Siri 2] Ringkasan "Musnad al-Syafie tertib Abi Said Sanjar, tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl"
Gambar: Musnad al-Syafie, tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl
[Siri 2]
Ringkasan "Musnad al-Syafie tertib Abi Said Sanjar,
tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl"
tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl"
oleh: Abu Ismaaeel, Muhammad Fathi Ali Ibrahim Al-Sakandariy
2) باب: في ماء البئر - Bab: Berkenaan Air Telaga (Kolah, Perigi):
Hadith no. 2:
Hadith no. 2:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَ : إِنَّ بِئْرَ بُضَاعَةَ [1] تُطْرَحُ فِيهَا الْكِلابُ وَالْحِيَضُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ الْمَاءَ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
Dari Abi Sa'id al-Khudri, sesungguhnya seorang lelaki datang bertanya kepada Baginda Rasulullah SAW, soalnya: sesungguhnya telaga Budha'ah [1] padanya dibuang kotoran -bangkai- anjing dan haidh, kemudian Baginda SAW bersabda: "Air itu suci, tidak lah ia dinajiskan sesuatu"
Berkata Syaikhuna Abul Harith: "Hadith ini terdapat ikhtilaf padanya dengan ikhtilaf yang banyak bukan sedikit...dan dengan sebab ikhtilaf ini telah meng-'ilal-kan hadith ini oleh Ibn al-Qattan dalam (Bayan al-Waham wa al-Iham, 3/308-309), dan sesungguhnya telah mengisyaratkan al-Imam al-Bukhari dalam kitab Tarikh-nya al-Kabir (5/389) akan ikhtilaf yang terdapat padanya, seolah-oleh beliau meng-'ilal-kan hadith ini kerananya, apatah lagi sesungguhnya beliau tidak mengeluarkan hadith ini dalam Sahihnya, dan mengisyaratkan al-Daraquthni dalam 'Ilalnya (3/239-240) berkenaan ikhtilaf yang terdapat padanya,...dan telah mensahihkan hadith ini oleh al-Imam Ahmad sebagaimana yang tercatat dalam Tahzib al-Kamal (5/45)..., dan telah menukilkan al-Mubarakfuri dalam al-Tuhfat (1/205) bahawa Ibn Ma'in juga telah mensahihkan hadith ini, dan sesungguhnya al-Mubarakfuri telah menjawab mereka yang mendakwa ittirab dan ikhtilaf - untuk hadith ini- ..."
[1] Berkata Syaikhuna Abul Harith: "Budha'ah - ... -: adalah perkampungan Bani Sa'adah di Madinah, dan telaganya masyhur dan terkenal"
Berkata Abu Ismaaeel: "Apa yang zahir bagi saya ketika membaca komentar syaikhuna Dr. Mahir Yasin al-Fahl ialah beliau seolah-oleh tidak memberi satu kata putus yang jelas untuk hadith ini, beliau pada awalnya menyatakan bahawa hadith ini terdapat ikhtilaf yang banyak pada sanadnya sekaligus menyebutkan semua ikhtilaf itu, dan menyatakan kemungkinan hadith ini adalah dhaif disisi al-Bukhari dan al-Daraquthni, kemudian beliau menukilkan pula pendapat al-Mubarakfuri yang membantah mereka yang mendhaifkan hadith ini, dan menukilkan tashih yang secara sarih (jelas dan pasti) untuk hadith ini oleh Imam Ahmad dan Imam Ibn Ma'in, seolah-oleh Dr. Mahir tawaqquf untuk hadith ini, dan kelihatan zahirnya - bagi saya - beliau lebih cenderung berpegang ia sahih, Allah hu'alam. Berkata Dr. 'Abdul 'Aziz al-Tharifi untuk hadith ini: "..dan - hadith ini- ianya sahih, telah disahihkan oleh para imam-imam antaranya Ibn Ma'in dan Ahmad" (Zawaid Sunan Abi Daud, 1/82), dan berkata Syaikh al-Albani: "Sahih" (Sahih al-Jami', 1925). Saya secara peribadi cenderung berpegang hadith ini adalah sahih sebagimana tashih yang sarih (jelas) dari Imamain Ahmad dan Ibn Ma'in. Allah hu'alam"
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 8:46 AM. Filed under
Ringkasan
.