[Siri 1] Ringkasan "Musnad al-Syafie tertib Abi Said Sanjar, tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl"

| |




Gambar: Musnad al-Syafie, tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl


[Siri 1]
Ringkasan "Musnad al-Syafie tertib Abi Said Sanjar,
tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl"
oleh: Abu Ismaaeel, Muhammad Fathi Ali Ibrahim Al-Sakandariy



Manhaj Ringkasan:


A) Ringkasan pada kitab Musnad al-Syafie:


1- Saya akan membuang seberapa boleh sanad-sanad yang panjang sebelum sahabat

2- Untuk setiap hadith, saya akan sebutkan nama sahabat yang meriwayatkan hadith itu

3- Saya akan sebutkan nama 'kitab', kemudian 'bab'

4- Kemudian sebutkan hadith-hadith dibawah setiap 'bab' mengikut susunan yang terdapat dalam kitab asal



B) Ringkasan pada komentar Dr. Mahir Yasin al-Fahl, Abul Harith:



5- Komentar Dr. Mahir Yasin al-Fahl akan saya ringkaskan dengan membuang komentar yang panjang

6- Saya hanya menyebutkan kesimpulan status hadith sahaja.

7- Muqaddimah Dr. Mahir Yasin al-Fahl yang panjang sebanyak 142 halaman, saya abaikan dan buang kesemuanya.

8- Sekiranya saya tidak bersetuju dengan Dr. Mahir Yasin al-Fahl, saya akan nyatakan komentar dan kritikan saya.

9- Apabila saya menukilkan kalam Dr. Mahir Yasin al-Fahl, saya mulakan dengan menyebut: "Berkata Syaikhuna Abul Harith". 

10- Apabila saya ingin membuat komentar saya sendiri, maka saya mulakan dengan menyebut: "Berkata Abu Ismaeel".

11- Edisi yang saya gunakan ialah edisi cetakan syarikat Gheras, tahun 2004M (Tertib Imam Abi Sa'id Sanjar, tahqiq Dr. Abul Harith Mahir Yasin al-Fahl)


Abu Ismaaeel, Muhammad Fathi Ali Ibrahim Al-Sakandariy
Hadrah Al-Bahriah, 
Iskandariah, Mesir
6 Jamadil Akhir 1432H / 9 Mei 2011M
 






1] كتاب الطهارة - Kitab Bersuci: 

1) باب: في ماء البحر - Bab: Berkenaan Air Laut:


Hadith no. 1: 

عَنْ سَعِيدِ بْنِ سَلَمَةَ -رجل مِنْ آلِ ابْنِ الْأَزْرَقِ - أَنَّ الْمُغِيرَةَ بْنَ أَبِي بُرْدَةَ - وَهُوَ مِنْ بَنِي عَبْدِ الدَّارِ - أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ
سَأَلَ رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَرْكَبُ الْبَحْرَ وَنَحْمِلُ مَعَنَا الْقَلِيلَ مِنْ الْمَاءِ فَإِنْ تَوَضَّأْنَا بِهِ عَطِشْنَا أَفَنَتَوَضَّأُ مِنْ مَاءِ الْبَحْرِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ


Dari Sa'id bin Salamah - seorang pemuda dari keluarga Ibn al-Azraq -, katanya sesungguhnya al-Mughirah bin Abi Burdah - dan beliau adalah dari Bani 'Abd al-Dar - mengkhabarkan kepadanya: bahawa beliau mendengar Abu Hurairah berkata: seorang lelaki telah datang bertanya kepada Baginda Rasulullah SAW, katanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami menyeberangi, mengharungi lautan (iaitu mengembara dengan kapal laut) dan kami hanya membawa bekal air yang sedikit bersama kami, sekiranya kami menggunakan air itu untuk berwudhu' nescaya kami akan haus. Maka adakah boleh sekiranya kami berwudhu' saja menggunakan air laut? Maka Rasulullah SAW bersabda:"Air laut itu suci, dan halal bangkainya"


Berkata Syaikhuna Abul Harith: "Hadith Sahih, disahihkan oleh para imam-imam: al-Bukhari, dan al-Tirmizi, dan Ibn Khuzaimah, dan Ibn Hibban, dan Ibn al-Munzir, dan Ibn Mandah, dan Ibn 'Abdil Bar dan al-Bughawi dan Ibn al-Athir..."





Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 12:08 PM. Filed under .

0 comments for "[Siri 1] Ringkasan "Musnad al-Syafie tertib Abi Said Sanjar, tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl""

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign