Kritikan & cadangan: kaedah menentukan arak yang betul
Gambar: Guinea Pig yang comel
Kritikan & cadangan: kaedah menentukan arak yang betul
KRITIKAN :
Berikut adalah kritikan saya berkenaan kaedah untuk menentukan samada minuman itu arak atau tidak:
1- kaedah yang digunakan skrg , iaitu dengan menghantar air yng disyaki 'arak' itu ke makmal kimia untuk diuji kandungan alcohol adalah satu kaedah yang tidak tepat. (bahkan tidak salah jika saya katakan ia adalah satu kaedah yang silap)
2- Kerana yg diharamkan itu arak, bukan alcohol.
CADANGAN :
Berikut adalah cadangan saya berkenaan kaedah untuk menentukan samada minuman itu arak atau tidak:
1- kaedah untuk mengetahui samada minuman itu arak atau tidak amatlah mudah, tidak perlu hntr ke makmal kimia.
2- sebaliknya, minuman yg disyaki 'arak' itu diuji dengan meminumnya! iaitu:
2.1: diberikan minuman itu kepada non-muslim (yg mahu meminum arak), dan kita lihat samada ia memabukkan, jika ia memabukkan maka test +ve, dan ia dikira arak, maka haram lah ia. Sekiranya ia tidak memabukkan , maka test -ve dan ia tidak haram.
atau
2.2: diberikan minuman itu kepada haiwan-haiwan makmal, umpamanya guinea pig, dan kita lihat samada ia memabukkan, jika ia memabukkan maka test +ve, dan ia dikira arak, maka haram lah ia. Sekiranya ia tidak memabukkan , maka test -ve dan ia tidak haram.
NOTA: baca juga tulisan ini "Formula buat kanak-kanak: Apakah itu arak (khamr)??" disini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/06/formula-utk-memahamkan-kanak-kanak.html
Allah hu'alam
Yang mengkritik & mencadang alternatif,
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi al-Sakandary
Iskandariah, Mesir.
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi al-Sakandary
Iskandariah, Mesir.
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 12:05 PM. Filed under
Blog
.