Penjelasan Status Hadith: Cium Isteri Membatalkan Puasa
Sanad & Matan Hadith:
عن ميمونة مولاة النبي صلى الله عليه و سلم قالت : سئل رسول الله صلى الله عليه سلم عن رجل قبل امرأته وهو صائم قال قد أفطر
Terjemahan: "Dari Maimunah, mawla Nabi SAW, dia berkata: pernah Nabi SAW ditanya tentang seorang lelaki yang mencium isterinya sedang dia berpuasa?" jawab Baginda SAW: "sungguh, telah batal puasanya"
Takhrij Hadith:
Dikeluarkan oleh Ahmad (27625), Ibn Majah (1686) dari jalur Zaid biin Jubair dari Abu Yazid dari Maimunah, dia mendengar Nabi SAW disoal seperti dalam hadith diatas, sesetengah lafaz menyebut "هُوَ صَائِمٌ - sedang dia berpuasa" dan "أفطر - batal puasanya", sesetengah menyebut "هُمَا صَائِمَانِ - sedang mereka berdua berpuasa" dan "أَفْطَرَا - batal puasa keduanya",
Status Hadith:
Hadith ini Munkar, Dhaif Isnadnya.
Berkata Imam al-Tirmizi:
وَسَأَلْتُ مُحَمَّدًا عَنْ حَدِيثِ إِسْرَائِيلَ , عَنْ زَيْدِ بْنِ جُبَيْرٍ , عَنْ أَبِي يَزِيدَ , عَنْ مَيْمُونَةَ ابْنَةِ سَعْدٍ , مَوْلاَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ رَجُلٍ قَبَّلَ امْرَأَتَهُ وَهُمَا صَائِمَانِ قَالَ : قَدْ أَفْطَرَا.
فَقَالَ : هَذَا حَدِيثٌ مُنْكَرٌ لاَ أُحَدِّثُ بِهِ , وَأَبُو يَزِيدَ لاَ أَعْرِفُ اسْمَهُ , وَهُوَ رَجُلٌ مَجْهُولٌ
Terjemahan: Aku [iaitu Imam al-Tirmizi] bertanya Muhammad bin Ismail [iaitu Imam al-Bukhari] berkenaan hadith Israil dari Zaid bin Jubair dari Abu Yazid dari Maimunah, mawlah Nabi SAW, dia berkata: pernah Nabi SAW ditanya tentang seorang lelaki yang mencium isterinya sedang mereka berdua berpuasa?" jawab Baginda SAW: "sungguh, telah batal puasa keduanya",
Maka jawabnya [iaitu Imam al-Bukhari] : "Ini hadith Munkar, aku tidak meriwayatkannya (tidak menjadikannya hujah), dan Abu Yazid tidak diketahui namanya, dan dia adalah seorang yang Majhul"
[Rujuk: `Ilal al-Tirmizi al-Kabir, al-Tirmizi, hadith. no. 201, cetakan `Alam al-Kutub, 2008M, Beirut]
Berkata Abu Ismail Fathi al-Sakandary:
Hadith ini adalah Munkar seperti yang dinyatakan al-Hafiz, Imam al-Bukhari, penyakitnya ialah Abu Yazid iaitu al-Dhanniyiy yang Majhul, berkata al-Bukhari tentangnya: "أَبُو يَزِيدَ لاَ أَعْرِفُ اسْمَهُ , وَهُوَ رَجُلٌ مَجْهُولٌ - Abu Yazid, tidak dikenali namanya, dan dia seorang yang Majhul" [`Ilal al-Tirmizi al-Kabir, al-Tirmizi, hadith. no. 201], dan berkata al-Daraquthni tentangnya: "ليس بمعروف. - tak dikenali" [al-Sunan, 2/184] ,
Disamping cacat isnadnya, matan hadith ini juga bermasalah dan bercanggah dengan hadith sahih dari `Aishah bahawa Nabi SAW pernah mencium nya sedang Baginda SAW berpuasa [Jami' al-Mukhtasar, no. 728 dari `Aishah, dan berkata al-Tirmizi: Hasan Sahih]
Saya katakan, mencium isteri tidaklah membatalkan puasa seseorang suami yang berpuasa, namun sesetengah fuqaha' menyatakan ia makruh kerana ditakuti seseorang suami itu tidak dapat mengawal nafsunya dan ciuman bertukar kepada jima' yang membatalkan puasa secara ijma'.
Allah hu'alam
20 Julai 2011 / 19 Sya'ban 1432H
Iskandariah
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 8:23 AM. Filed under
Takhrij
.