Hadith larangan keras menyertai pemerintah zalim
Baginda Nabi SAW bersabda:
اسْمَعُوا هَلْ سَمِعْتُمْ أَنَّهُ سَيَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يَدْخُلْ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ وَلَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ
"Dengarlah, apakah kalian mendengar, - sesungguhnya - sepeninggalanku nanti akan ada pemimpin-pemimpin (iaitu yang zalim), barangsiapa yang memasuki mereka lalu membenarkan kedustaan mereka serta menolong kezaliman mereka, dia tidak termasuk golonganku dan tidak akan mendatangi telagaku, barangsiapa tidak memasuki mereka, tidak membantu kezaliman mereka dan tidak membenarkan kedustaan mereka, dia termasuk golonganku, aku termasuk golongannya dan dia akan mendatangi telagaku".
Berkata Abu Ismail Fathi Ali al-Tabib:
Dikeluarkan oleh al-Tirmizi (no. 2259) dari Ka'ab bin Ujrah, dan disahihkan oleh Imam al-Tirmizi sendiri katanya "Sahih Gharib", juga disahihkan oleh al-Albani katanya "Sahih" (Sahih al-Tirmizi, no. 2259), dan juga disahihkan oleh Muqbil Hadi al-Wadi'i dalam al-Sahih al-Musnad mimma Laisa fi al-Sahihain (no. 1098).
Dalam hadith ini padanya larangan keras untuk menyertai pemerintah yang zalim dan membantu kezaliman mereka, dalam konteks moden kini samada dengan menyertai parti mereka dan sebagainya.
Bahkan Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
إياكم و أبواب السلطان ، فإنه قد أصبح صعبا هبوطا
"Jauhilah pintu-pintu pemerintah , kerana - sekiranya kamu dekati - ia akan menyebabkan kesulitan dan kehinaan". Dikeluarkan oleh al-Dailami (1/2/354), al-Albani mensahihkannya dalam Silsilah al-Sahihah (1253).
Imam-imam salaf amat benci kepada pemerintah yang korupsi dan zalim, mereka sentiasa menjauhkan diri daripada pemerintah dan tidak menyertainya.
Imam al-Zahabi meriwayatkan dengan isnadnya dalam Siyar `Alam al-Nubala, kata Imam al-Bukhari:
"Duduk bersama-sama pemerintah akan menyebabkan ilmu seseorang berkurangan, dan memasuki (menyertai) mereka akan membuatkan agama seseorang itu rosak"
[Rujuk: Siyar `Alam al-Nubala, 12/406 sebagaimana yang dinukil dalam Sirah al-Imam al-Bukhari, karya Syaikh Salahudin Ali Abdul Maujud, hal. 143]
Bahkan Sufyan al-Thauri berkata yg sama, Yusuf ibn Asbaat meriwayatkan, suatu hari pernah Imam Sufyan al-Thauri berkata:
"Jika pemerintah-pemerintah (iaitu yang zalim, korupsi) ini menjemput kamu agar melawat mereka,hantarkan pesanan ini kepada mereka: "katakan Dialah Allah,yang Satu", dan jangan kamu mendekati mereka,kerana jika kamu berada dekat dengan mereka ia akan merosakkan hati kamu"
[Rujuk: Sirah al-Imam al-Sufyan al-Thauri, bab Sikap beliau terhadap pemerintah,karya Syaikh Salahuddin Ali Abdul Maujud, halaman.108]
Sekian dikongsi, moga bermanfaat.
Abu Ismaael Muhammad Fathi al-Tabib al-Sakandary
7 September 2011
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 9:24 PM. Filed under
Takhrij
.