Wafatnya Imam al-Bukhari pada malam `Eid al-Fitr

| |



Gambar: perkuburan Baqi', Arab Saudi, 
dimana ramai keluarga Nabi SAW dikebumikan disini

Wafatnya Imam al-Bukhari pada malam `Eid al-Fitr


Mood rakyat Malaysia masih dalam mood `Eid al-Fitr, kerana Melayu merayakan `Eid al-Fitr itu sebulan penuh Syawal. Tahukah kita bahawa seorang tokoh besar yang ramai kita kenali wafat pada malam `Eid al-Fitr? beliaulah Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari penyusun al-Sahih, Amirulmu'minin fil Hadith. 
Dengan sanadnya Imam al-Zahabi meriwayatkan dalam Siyar `Alam al-Nubala' (12/468) , bahawa Ibn `Adiy meriwayatkan daripada al-Bazzaz katanya: 


توفي البخاري ليلة السبت ليلة الفطر عند صلاة العشاء، ودفن يوم الفطر بعد صلاة الظهر سنة ست وخمسين ومئتين.
وعاش اثنتين وستين سنة


"al-Bukhari wafat pada Sabtu, malam `Eid al-Fitr, sekitar waktu Isyak, dan beliau dikebumikan pada hari`Eid al-Fitr selepas solat Zuhur. Kesemuanya ini berlaku pada tahun 256H, maksudnya beliau hidup selama 62 tahun.."
 

Moga Allah SWT merahmati al-Imam, meluaskan kuburnya, dan menempatkan al-Imam dalam SyurgaNya. Beliau pergi meninggalkan jasa yang amat besar kepada umat Islam seluruhnya. 




Sekian dikongsi, 
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi al-Tabib
8 Syawal 1432 H / Iskandariah, Mesir




Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 5:53 PM. Filed under .

0 comments for "Wafatnya Imam al-Bukhari pada malam `Eid al-Fitr"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign