Al-Syaikh Al-Muhaddith `Abdul `Aziz bin Marzuq Al-Tharifi (hafizahullah)
Biografi Ringkas:
Al-Syaikh Al-Muhaddith 
 `Abdul `Aziz bin Marzuq Al-Tharifi (hafizahullah)
Nama: Syaikh Al-Muhaddith Abdul Aziz Marzuq Al-Tharifi
Lahir pada 1396 hijrah di bumi Madinah.
Berguru dengan ramai para ulama iaitu :
1- Sahibus Samahah Abdul Aziz bin Baz (rahimahullah)– berdamping dengannya bertahun – tahun dan banyak mengambil ilmu darinya
2-Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Uqail
3- Syeikh Mohd Hasan asSyanqiti
4-Syeikh Soleh Ali Syeikh
5- Syeikh Abdul Rahman bin Nasir Baraak
6- Syeikh Muhaddith Abdul Karim alKhudair
7- Syeikh Mohd Abdullah asSomal
8- Syeikh Mohd Hasan alAthyubi
9- dan lain-lain dari masyaikh-masyaikh..
Rehlah dalam menuntut ilmu:
Pelbagai negara demi untuk menuntut ilmu seperti Maghribi, Mesir, India dan selainnya.
Maktabah (Perpustakaan peribadi):
Memiliki maktabah yang luas dengan memuatkan 12 ribu kitab.
Tumpuan kepada ilmu sunnah dan mempunyai rangkaian kuliah yang pelbagai di Riyadh seperti:
1-Hadith-hadith ahkam asSughra - alIsybili
2- Hadith 40 – anNawawi
3- Nukhbatul Fikar
4- alMuharrir fil hadith
5- Lam’atul I’tiqad
6- Kitabut Tauhid
dan lain-lain
Antara karangan beliau yang telah tercetak ialah :
1- التحجيل في تخريج ما لم يخرج من الأحاديث والآثار في إرواء الغليل 
- dua jilid, Maktabah arRusyd, Riyadh. Ini merupakan antara karya syeikh Al-Tharifi yang  terbaik iaitu menyiapkan karangan alBaani didalam kitab irwak algahil.  Dikeluarkan pada 1422 hijrah, kemudian dimasukkan ke dalam majalah  Dakwah bilagan 1856 untuk dipertandingkan untk tahun tersbut.
2- الأربعين النووية المسندة والتعليق على المعلول منها -مذكرة
- sebagaimana yang dapat dilihat dalam website beliau.
3- زوائد سنن أبي داوود على الصحيحين
- dicetak oleh Dar Maultaqa' Ahl Hadith & Ibn Rusyd
4- المراجعة لطبعة الكتب الستة
- dicetak oleh Pustaka Darussallam
5- العلماء والميثاق
- Diletakkan didalam web beliau untuk dibaca dan download hasil ceramah beliau pada 1426 hijrah
6- الإعلام بتوضيح نواقض الإسلام
- Pustaka Al-Rusyd, mempunyai 1 Jilid
7- اضطراب الزمان
- berasal dari ceramah beliau yang lengkap pada tahun 1426
8- صفة حجة النبي صلى الله عليه وسلم  
- dicetak iaitu 1 Jilid oleh Dar Al-Manhaj, Riyadh
9- توحيد الكلمة على كلمة التوحيد
10- زوائد سنن أبي داود على الصحيحين والكلام على علل بعض حديثه
- Maktabah Al-Ruysd, Riyadh & Dar Multaqa' Ahl Hadith
11- المسائل المهمة في الأذان والإقامة
- Dicetak di Maktabah Al-Rusyd, Riyadh
12- صفة صلاة النبي 
- dicetak oleh Dar al-Manhaj, Riyadh
13- dan banyak lagi lain-lain kitab beliau yang telah tercetak di pasaran.
Dialog bersama syeikh [Dialog dengan Soleh bin Abdul Aziz alThuwaini] : 
2- Bilakah syeikh memulakan pengajian ilmu? Bagaimanakah cara-cara mendapatkannya (memperolehi ilmu)?
Syeikh `Abdul `Aziz Al-Tharifi :  “Sebenarnya aku tidak ingat secara tepat kerana ianya bermula  berkembang sehinggalah bertambah banyak. Aku mula menghafaz matan-matan  pada usia 13 tahun. Matan yang terawal ku hafal ialah Matan Baiquniah  pada ilmu mustolah hadith. Pada mula ianya susah untuk mengingatinya,  tetapi aku terus menghafal, membaca dengan terlalu banyak pada usia 15  tahun. Pada waktu usia tersebut, aku ingat aku telah membaca 10 Jilid  seperti tafsir Ibn Kathir, Zaadul Ma’ad, Sirah Ibn Hisyam, Fatawa Ibn  Taymiyah (untuk kali pertama). Kemudian aku menghadiri kuliah-kuliah  ditempat berasingan, dan kemudian (pembacaanku) berkurang. Tetapi  seorang insan akan terus belajar, kerana ianya dituntut dari buaian  hingga ke liang lahad, ilmu itu lautan.. lautan…
Cara mendapatkan ilmu:
Pada  waktu itu, aku hadir kuliah ilmu hanya 3 kali seminggu, tetapi ku  habiskan masa pada membaca dan membuat rumusan/ringkasan tanpa takhassus  didalam bidang-bidang tertentu. Bahkan, termasuk subjek tauhid, hadith,  feqah, sirah, sejarah, bahasa, syair dan sastera. Aku mendapat faedah  yang sangat besar apabila meringkaskan karangan-karangan yang panjang.  Pada usia aku mencecah 16 dan 17, aku telah ringkaskan Tafsir Ibn Kathir  secara lengkap, Zaadul Ma’ad, sebahagian dari kitab alMughni,  sebahagian dari Fatwa-fatwa Ibn Taimiyah dan ianya masih didalam  simpananku di maktabah dan kadang-kadang aku mentelaahnya  (ringkasan-ringkasan tersebut).
Begitu  juga, aku meringkaskan sebahagian dari alIstizkar karya ibn abdil Bar,  dan aku tumpukan kepada selesaikan masalah, menghafal syiir-syiir arab  didalamnya, aku juga letak glosari/index bagi kitab Fatawa Ibn Taimiyyah  berdasarkan kaedah-kaedah fiqhiyah dan lain-lain seperti index rijal,  negeri dan mazhab-mazhab.
Lumrahnya,  manusia kadangkala tersilap, oleh itu dia hendaklah memperbetulkan  sedikit demi sedikit, dan paling utama berterusan mentelaah dan membaca  di sepanjang masa”.
Antara perkara menarik juga;
4-Bagaimana cara kamu menghafal hadith? Terutama sekali isnad-isnad?
Syeikh  `Abdul `Aziz Al-Tharifi : “Aku menghafal hadith melalui cara yang biasa  iaitu mengulang-ngulang – sudah tentu (cara mengulang untuk menghafal  hadith -pent) – tetapi yang menjadi masalahnya adalah untuk berterusan  (mengulang-ngulang), apabila kita berhenti sahaja dari proses mengulang  hafalan, keadaan semakin sukar untuk menghafal. Kadar hafalan aku  sekitar 30 hingga 50 hadith sehari, kadangkala boleh bertambah,  kadang-kadang berkurang. Adapun isnad-isnad, jika ia merupakan hadith  sahih, aku akan menghafal isnadnya disekitar itu sahaja. Tetapi, jika ia  sebuah hadith yang ma’lul (ada illat/sakit) dan bermasalah, aku akan  hafal semua jalan-jalan periwayatan hadith tersebut”
Wallahua’lam..
[1] untuk mengatahui biografi beliau dengan lebih detail, boleh membacanya dalam bahasa `Arab di sini: [ http://attarefe.islamlight.net/index.php?option=content&task=view&id=2224&Itemid=51 ] ,  yang tertera adalah terjemahan dari link tersebut secara  ringkas. Terima kasih kepada syaikh Ibn Hazam (panel hadith AAN) atas  usaha terjemahan ini.
        									
									 Posted by Abu Ismaaeel Fathi 
									 on 8:53 PM. Filed under 
									 
Biografi
.
									
 
Alhamdulillah...telah lahir seorang lagi pembela SUNNAH.
حفظه الله شيخنا الجليل ناصر السنة