Hukum al-Mawlid al-Nabi Antara Keharusan Masoleh Mursalah & Bid'ah Tercela

| |




Hukum al-Mawlid al-Nabi:
Antara Keharusan Masoleh Mursalah & Bid'ah Tercela

Oleh: Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hatim Syarif al-Awni (Univ Umm al-Qura, Makkah)
Penterjemah: Ustaz Kurta Ungu al-Madiniy (Univ Islam Madinah)
Editor: Abu Ismail Fathi al-Sakandary (Univ Iskandariah, Mesir) & Mohammad Fikri az-Zahabiy (Univ Mohd V, Rabat )



أولا 
 يجب أن يكون الحديث عن حكم المولد بعلم وعدل , وأن لا ننكر اختلاف العلماء فيه , وأن هناك بعض جلة العلماء حكى استحبابه بشروط .بل هذا شيخ الإسلام ابن تيمية في كتابه (اقتضاء الصراط المستقيم) ، مع حكمه على المولد بأنه بدعة ؛ إلا أنه عذر مقيميه , بل اعتقد حصول الأجر العظيم لهم فيه ، فقال (رحمه الله) : ((فتعظيم المولد ، واتخاذه موسما ، قد يفعله بعض الناس ، ويكون له فيه أجر عظيم ؛ لحسن قصده ، وتعظيمه لرسول الله صلى الله عليه وسلم . كما قدمته لك : أنه قد يحسن من بعض الناس ، ما يستقبح من المؤمن المسدد))
Pertama:
Perbincangan tentang hukum maulid hendaklah dilakukan dengan keilmuan dan keadilan, dan hendaklah kita tidak mengingkari khilaf (perbezaan) `ulama' padanya, sesungguhnya di sana ada sesetengah `ulama' besar mengatakan mustahabnya (harusnya) dengan syarat-syarat tertentu. Bahkan Shaykhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya (Iqtidha’ as-Siroth al-Mustaqim) walaupun hukumannya terhadap maulid bahawa adalah bida’ah, akan tetapi dia menguzurkan orang yang membuatnya, bahkan dia meyakini mereka mendapat ganjaran yang besar bagi mereka padanya, maka dia(Ibnu Taimiyyah) rahimahullah berkata:

(( Maka mengagungkan maulid, dan mengambilnya sebagai musim, ada sesetengah manusia melakukanya, dan padanya ganjaran yang besar, disebabkan niatnya yang baik dan mengagungkan Rasulullah SAW, seperti apa yang telah aku nyatakan kepada kamu, bahawa mungkin sesetengah manusia mengelokkan, apa yang diburukkan dari mukmin yang betul ))


ثانيا 

 أما لتفصيل حكمه : فأقول : من استثمر يوم المولد للتذكير بسيرة النبي صلى الله عليه وسلم , أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين , من غير غلو (كاستغاثة) , ولا مصاحبة منكرات (كاختلاط) , ولا خرافات (كدعوى حضوره صلى الله عليه وسلم يقظة) , ومن غير اعتقاد فضل خاص لهذا التذكير في يوم محدد , وإنما هو من باب استثمار تاريخ الحدث الجليل في استحضاره في النفس , كما يستحضر الخطباء يوم بدر في السايع عشر من رمضان , ويوم الفتح في العشرين منه , ويوم الهجرة في بداية السنة الهجرية = فهو حلال ؛ لأنه لم يعد يرتبط به اعتقاد عبادة مبتدعة , وانتقل بهذه الشروط من البدعة المحرمة إلى المصلحة المرسلة المباحة , فهو بهذه الشروط لا يتضمن إلا مجرد اتباع للوسائل المبلغة لمصلحة شرعية وهي : التذكير بسيرة النبي صلى الله عليه وسلم , أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين .

Kedua :
Adapun untuk memperincikan hukum maulid itu: Maka aku berkata sesiapa yang menjadikan hari maulid dengan memperingati sirah Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam, atau untuk meningkatkan emosi kecintaannya pada jiwa-jiwa muslimin, dengan tidak melampau (seperti meminta bantuan dari Nabi - dengan tawassul yang tercela - ),dan tidak bersamanya kemungkaran-kemungkaran seperti (percampuran antara lelaki dan perempuan), dan bukan khurafat seperti (mendakwa hadirnya Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam dalam keadaan sedar), dan tanpa meyakini adanya keistimewaan yang khusus pada peringatan itu pada hari tertentu, dan yang dilakukan itu cuma sebagai untuk menyuburkan sejarah kejadian yang besar dalam menghadirkannya (iaitu memperingati hari itu) dalam jiwa, sepertimana para khatib menghadirkan hari peperangan Badar pada 17 Ramadhan dan hari pembukaan Makkah pada hari kedua puluh, dan hari penghijrahan pada permulaan tahun hijrah jika sebegini rupa maka ia halal, kerana ia tidak lagi berkait dengannya kepercayaan tentang ibadat yang direka-reka, maka telah berpindahlah dari bid’ah yang haram kepada Maslahah Mursalah yang dibolehkan dengan syarat-syarat ini, dan ia dengan syarat-syarat ini ia tidak mengandungi kecuali hanya mengikuti jalan-jalan (kaedah-kaedah) yang disampaikan untuk kemaslahatan (kepentingan) syarak iaitu : memberi peringatan dengan sirah Nabi SAW (dengan membuat kuliah-kuliah), atau untuk meningkatkan emosi kecintaannya pada jiwa-jiwa muslimin (dengan kuliah-kuliah itu).
وأجد أنه من الضروري لتصحيح الحكم بالإباحة : التأكيد دائما على من يحضرون الموالد ويقيمونها على أمور :- أن إقامة تلك الدروس والاحتفالات (الخالية من المنكرات) ليس لأن إقامة المولد عبادة , وإنما لأنه مجرد استثمار لوقت الحدث من أجل تحقيق مصلحة شرعية منه .- أنه ليس ليوم المولد السنوي خاصية ولا فضيلة ثابتة . - بيان منكرات الاعتقادات والأقوال والأفعال المقطوع ببطلانها التي تنتشر في كثير من الموالد .فمع هذه الشروط لا أجد في المولد بدعة , ولا ما يدعو فيه للإنكار عليه وعلى مقيميه

Dan saya mendapati sesungguhnya ia adalah kepentingan untuk membetulkan hukum dengan pengharusan : Sentiasa menegaskan kepada sesiapa yang menghadiri majlis maulid dan yang mendirikannya kepada perkara-perkara:-

Bahawa membangunkan  pengajaran-pengajaran dan perayaan-perayaan itu (yang sunyi dari kemungkaran) bukanlah kerana menjadikan maulid itu sebagai ibadah, tetapi sebagai menyuburkan pada waktu berlaku perkara itu sebagai alasan merealisasikan maslahat  syar’ie darinya,  Dan bukanlah pada pada perayaan Maulid itu bersifat tahunan dan khusus dan  tiada padanya apa-apa kelebihan yang tsabit, dan mereka juga menerangkan kemungkaran dalam kepercayaan-kepercayaan ( iktikad / akidah ) dan pada perkataan-perkataan, dan perbuatan-perbuatan yang jelas terbatal padanya yang banyak tersebar pada kebanyakan Maulid (yang biasa dilakukan orang ramai). Maka dengan syarat-syarat ini, aku tidak mendapati pada maulid itu bid’ah, dan tidak apa yang mereka ajak padanya untuk mengingkari ke atasnya dan ke atas orang yang mendirikannya.

كما أني لا أجد حرجا في قول من امتنع من إقامته امتناعا مطلقا , من باب مدافعة الخلل الكبير الذي يحصل فيه , وسدًّا لذرائع المنكرات المنتشرة فيه ؛ إذا كان صاحب هذا القول الممانع لا يبالغ في ممانعته , فلا ينكر على من أباحه بتلك الشروط , ويجيز اختلاف الاجتهاد فيه , ما دام ملتزما بتلك الشرائط . فهذا القول بهذا الشرط قول سائغ , له ما يجعل له حظا من النظر

Sepertimana aku tidak mendapati apa-apa masalah pada pendapat yang melarang dari mendirikannya (perayaan Maulid) dengan larangan yang mutlaq, daripada aspek untuk menahan kepincangan yang besar yang berlaku di dalamnya, dan menutup pintu-pintu kemungkaran yang tersebar di dalamnya, sekiranya pemilik pendapat yang melarang tidak melebih-lebih dalam larangannya, maka dia tidak mengingkari sesiapa yang membolehkannya dengan syarat-syarat itu, dan ada keharusan perbezaan ijtihad padanya, selagi mana beriltizam dengan syarat-syarat (di atas), maka pendapat ini dengan syarat ini merupakan pendapat yang diterima, padanya apa yang menjadikan baginya peluang dari pandangan.

والواقع أن شبه هذا يحصل عندنا في السعودية دون نكير , فعامة خطب الجمعة وكثير من مواعظ المساجد عندنا تتحدث عن المولد بإنكاره قرب موعده السنوي (في آخر خطبة قبله , أو عشية ليلته) , وهي ربما بدأت بذكر فضائل النبي صلى الله عليه وسلم وحقوقه على أمته , ثم تختم بذكر منكرات الموالد . فهي أقامت المولد الذي أرى إباحته , لكنها لم تسمه بالمولد

Dan realiti ini berlaku pada kita di Sa`udi tanpa penafian,  maka kebanyakan khutbah-khutbah jumaat dan  banyaknya peringatan tazkirah-tazkirah di masjid-masjid kita mengatakan tentang Maulid dengan mengingkarinya apabila berdekatan dengan harinya secara tahunan (pada akhir khutbah sebelumnya atau pada malamnya). Dan ia mungkin memulakan dengan mengingatkan tentang kelebihan Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam dan haq-haqnya ke atas umatnya, kemudian diakhiri dengan mengingatkan tentang kemungkaran Maulid. Dan mereka ini sebenarnya telah membangunkan Maulid yang aku berpendapat tentang keharusannya- sebagai yang telah aku jelaskan sebelum ini - , tetapi mereka tidak namakannya sebagai Maulid.

ونحوه : ما كتبه ويكتبه علماؤنا في مجالس شهر رمضان , ككتاب الشيخ ابن عثيمين (رحمه الله) , والذي فيه تذكير بغزوتي بدر والفتح في يوميهما من رمضان . وأراد الشيخ (رحمه الله) أن يقرأه الناس في المساجد كل سنة , ويرجو هو (رحمه الله) ومن يريد له استمرار الأجر به : أن لا تنقطع قراءة هذه المجالس في كل رمضان من كل سنة , وأن يعمّ وينتشر بين المسلمين , وكثيرا ما يحصل ذلك في مساجدنا , ويتكرر كل سنة

Contohnya :Seperti apa yang telah ditulis tentangnya dan `ulama'-`ulama' kita menulis tentangnya pada majlis-majlis bulan Ramadhan, seperti kitab shaykh Ibn `Uthaimeen (rahimahullah), yang padanya terdapat peringatan tentang dua peperangan iaitu peperangan Badar dan pembukaan Makkah yang berlaku pada dua hari dalam  bulan Ramadhan. Dan shaykh `Uthaimeen (rahimahullah) menginginkan manusia membacanya di masjid-masjid pada setiap tahun, dan dia(rahimahullah) mengharapkan dan sesiapa yang mahu untuk meneruskan pahala dengannya: supaya tidak memutuskan bacaan kitab majlis-majlis ini pada setiap Ramadhan pada setiap tahun, dan supaya ia menjadi umum dan tersebar di kalangan muslimin, dan inilah yang berlaku di masjid-masjid kita (di Saudi) kebanyakannya, dan ia berulang setiap tahun.

فتكرار قراءة خبر هاتين الغزوتين في يومين محددين من كل سنة , لم يجعل هذا الفعل بدعة ؛ لأن هذا التحديد لم يقع على وجه التعبّد به ؛ وإنما على وجه استثمار تاريخه في زيادة التأثير به , وفي ترسيخ تاريخه , وفي تذكّر نعمة الله تعالى علينا بهذين اليومين العظيمين في تاريخ الإسلام . وكحل وسط : أصبح كثير من مقيمي الموالد لا يلتزمون بالموعد السنوي المحدّد , فيقيمون مجالس تذكير بفضائله صلى الله عليه وسلم في عرض العام , وعدة مرات فيه . وهذا المولد إذا خلا من بقية منكرات بعض الموالد فلا إشكال فيه البتة , بشرط عدم اعتقاد كونه عبادةً مقصودة لذاتها

Maka pengulangan pembacaan berita dua peperangan itu pada dua hari yang dikhususkan pada setiap tahun, tidak menjadikan perbuatan ini bida’ah, kerana pengkhususan ini tidak berlaku cara yang bersifat taabudiyyah padanya, tetapi ia sebagai cara menyuburkan sejarahnya untuk menambahkan kesan (pada jiwa-jiwa muslimin) dengan cara itu, dan untuk menguatkan sejarahnya, dan untuk mengingati nikmat Allah ke atas kita dengan dua hari yang besar ini dalam sejarah Islam.
Dan hal sederhana : Kebanyakan dari orang yang membangunkan Maulid-Maulid ini tidak melazimi diri mereka dengan tarikh tahunan yang ditetapkan, mereka mendirikan majlis-majlis yang menyebutkan kelebihan-kelebihan Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam secara umum, dan beberapa kali padanya. Dan Maulid ini sekiranya sunyi dari kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan sesetangah Maulid-maulid maka tidak ada masalah langsung padanya, dengan syarat tidak menganggap ia sebagai ibadah yang dimaksudkan padanya (tidak dijadikan ibadah, tidak menganggap adanya kelebihan khusus).

الخلاصة
ومن هذا يتضح أنه يجب التفريق بين صورتين للمولد
1-      صورة يكون فيها المولد من المصالح المرسلة : وذلك إذا كان بقصد استثمار تاريخ هذا الحدث الجليل للتذكير بسيرته صلى الله عليه وسلم , أو لإذكاء جذوة محبته صلى الله عليه وسلم في القلوب , من غير اعتقاد فضيلة خاصة لليوم , تجيز تخصيصه بعبادة , أو باعتقاد لا دليل عليه .وهذه الصورة هي التي استحسنها كثير من العلماء كأبي شامة وابن ناصر الدين وغيرهما كثير من سادة الأمة

Kesimpulan: 

Maka dengan ini jelaslah bahawa wajib bagi kita membezakan antara dua jenis Maulid: 

1. Pertamanya jenis Maulid yang merupakan dari Masolihul Mursalah: iaitu diadakan maulid itu  dengan maksud menyuburkan sejarah peristiwa yang hebat ini dengan memperingati sirah Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam atau untuk menyalakan semula cinta kepada Baginda SAW dalam hati,  tanpa mempercayai adanya kelebihan tertentu pada hari itu, tanpa membolehkan pengkhususannya dengan ibadah,  atau dengan kepercayaan yang tiada dalil padanya. Dan bentuk ini yang diberi keringanan (diminta kebaikannya) oleh kebanyakan ulama’ seperti Abi Syaamah dan Ibn Naasiruddin dan selain mereka berdua dari kalangan imam-imam.


 2- وصورة يكون فيها بدعة , حتى لو خلا من الغلو والمنكرات , وهو فيما لو خُصَّ هذا اليوم باعتقاد فضل يخصه , وصار يُظن أنه ترتبطبه عبادات يزداد أجرها فيه , أو أن مثل تلك الاحتفالات في هذا اليوم المخصوص مقصودة لذاتها , كما تُقصد العبادات المشروعة لذاتها . وهذه الصورة هي التي استنكرها كثير من العلماء كشيخ الإسلام ابن تيمية وغيره من سادة الأمة

2. Dan jenis yang mempunyai bid’ah dalamnya, walaupun sambutan itu sunyi dari sikap berlebih-lebihan dan tiada kemungkaran, namun jika dikhusukan hari itu dengan kepercayaan bahawa adanya kelebihan tertentu – sedangkan tiada dalil tentangnya, maka ia bid’ah - . Dan apabila disangkakan bahawa pad hari itu terdapat ibadat-ibadat yang – dikhususkan untuk - menambahkan pahala padanya, atau membuat perayaan-perayaan tertentu pada hari itu yang tertentu misalnya seperti dengan meniatkan ibadat-ibadat yang disyariatkan untuknya – sedangkan tiada dalil - . Maka jenis ini merupakan jenis yang diingkari kebanyakan ulama'  seperti Shaykhul Islam Ibn Taimiyyah dan selainnya dari kalangan imam-imam




Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 10:24 AM. Filed under .

10 comments for "Hukum al-Mawlid al-Nabi Antara Keharusan Masoleh Mursalah & Bid'ah Tercela"

  1. Mwlid un Nabi SallAllaho Alaihi Wasallam Mubarak.
    Marhaba Ya Noor al Aeeni Marhaba.

  2. Assalamualaikum.

    Adakah memperingati sejarah Nabi (saw) pada "HARI KHUSUS", yang tiada dalil dari hadis-hadis sahih, yang lazim dilakukan di tanah air, juga termasuk dalam bid'ah?

    Jelas sekali, isu maulid amat kritikal seumpama telur di hujung tanduk. dimana ianya mudah terujumus kearah bid'ah dan kemungkaran. Nabi (saw) telah meninggalkan 2 panduan supaya kita tidak terjerumus kearah kesesatan, yakni Quran dan Sunnah sahih berlandaskan pada kefahaman Sahabah (ra). Oleh kerana Nabi (saw), Sahabah (ra) dan salafusoleh serta 4 imam besar mazhab tidak menyambut maulid, jadi meninggalkan maulid adalah LEBIH SELAMAT dan MENDEKATI sunnah sahih.

  3. Tahniah ..jawapan di atas sana dah teramat jelas.Perbanyakkan selawat kpd Nabi Sallahu alaihi wasallam.

  4. Tahniah ..jawapan di atas sana dah teramat jelas.Perbanyakkan selawat kpd Nabi Sallahu alaihi wasallam.

  5. Sahabat dekat dengan nabi. Kita tidak. Kita perlu diingat dan dididik tentang Rasul.Masa terbaik adalah masa Maulid

  6. Sahabat dekat dengan nabi. Kita tidak. Kita perlu diingat dan dididik tentang Rasul.Masa terbaik adalah masa Maulid

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign