[Siri 2] Bahasa SMS dalam kitab-kitab hadith
Pada Siri ke-1 dahulu kita telah membincangkan bahasa SMS para imam hadith iaitu perkataan "أبنا " , bagi yang terlepas Siri ke-1 yang lalu boleh membacanya disini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/04/bahasa-sms-dalam-kitab-kitab-hadith.html
InsyaAllah, pada Siri ke-2 kali ini kita akan membincangkan satu lagi bahasa SMS para imam hadith dalam kitab mereka iaitu Simbol (ح).
Apabila membaca kitab-kitab matan hadith, seseorang akan bertemu dengan simbol huruf al-Haa' (ح). Ketahuilah bahawa simbol ini digunakan oleh para ahli hadith zaman berzaman sebagai singkatan kepada perkataan: "تَحَوَّلَ - tahawwala" atau "حَوَّلَ - hawwala" yang bermaksud: "bertukar, berpindah, deviate from, alter". Ianya bermaksud pada sanad hadith itu berlaku perpindahan (al-intiqal) antara satu isnad kepada isnad lain apabila hadith dengan matan yang sama itu diriwayatkan dengan dua isnad atau lebih.
Contohnya berkata al-Tirmizi dalam kitabnya Syamail al-Nabiyyi: (haddathana Ibn Abi `Umar qala haddathana Ma'an (ح - haa') haddathana Qutaibah, `an Malik `an Ibn Shihab `an Urwah `an `Aishah qala, qala Nabi SAW), maksudnya hadith ini dengan matan ini ada dua jalur iaitu: 1- Ibn Abi `Umar --> Ma'an --> Malik --> Ibn Shihab --> Urwah -->`Aishah --> Nabi SAW , dan 2 - Ibn Abi `Umar --> Qutaibah --> Malik --> Ibn Shihab --> Urwah -->`Aishah --> Nabi SAW.
Ini adalah antara bahasa SMS yang diamalkan para ahli hadith dalam kitab mereka! InsyaAllah dalam siri ke-3 akan datang kita akan melihat bahasa SMS lain pula.
sekian dikongsi, moga bermanfaat.
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 3:05 PM. Filed under
Mustolah
.
Syukran, ana minta izin ambil note disini ya syeikh