[Siri 1] Al-Sahih Al-Musnad min Al-Ahadith Al-Qudsiah

| |








:مختصر
الصحيح المسند من الأحاديث القدسية 
لفضيلة الشيخ مصطفى بن العدوى


Ringkasan: 
Al-Sahih Al-Musnad min Al-Ahadith Al-Qudsiah 
karya Fadhilatu Al-Syaikh Mustafa Al-`Adawiy

Oleh:
Al-Akh / Abu Ismaaeel 
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy

  





الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن ولاه، وبعد


InsyaAllah saya akan terjemah dan ringkaskan kitab (Al-Sahih Al-Musnad min Al-Ahadith Al-Qudsiah) susunan syaikh Al-Muhaddith Mustafa Al-`Adawiy. Siri ringkasan ini adalah untuk jangka masa panjang, dan saya hanya akan update bila masa mengizinkan, bila-bila saya mahu tanpa jadual yang tetap, insyaAllah. Moga dimudahkan-Nya. Allah hu musta'an


Naskhah yang akan saya gunakan ialah: 



1) edisi PDF - (Al-Sahih Al-Musnad min Al-Ahadith Al-Qudsiah, cetakan Dar Al-Sahabah lil-Turath, Mesir), sebagaimana yang boleh di dapati secara percuma dalam web rasmi Syaikh Mustafa' Al-`Adawiy ( http://www.aladawy.net/media/subcat.php?subcatid=24 ) , moga Allah memberkati syaikh.


2) edisi e-book (Al-Sahih Al-Musnad min Al-Ahadith Al-Qudsiah) hasil tangan sahabat kita daripada Multaqa' Ahl Hadeeth, yang boleh di dapati secara percuma di sini : 



Manhaj Ringkasan


1 - Syaikh Al-Muhaddith Mustafa' Al-Adawiy mengumpulkan sebanyak 185 hadith-hadith Qudsi yang thabit dalam kitab ini, ada yang beliau nilai sebagai Sahih, ada yang Sahih Li Ghairih, dan ada yang beliau nilai Hasan. Kebanyakannya adalah daripada kitab Sahihain, dan ada juga beberapa hadith daripada kitab-kitab lain


2 - Saya akan keluarkan hadith-hadith seperti yang telah di susun dalam kitab asal (Al-Sahih Al-Musnad min Al-Ahadith Al-Qudsiah) susunan syaikh Al-Muhaddith Mustafa Al-`Adawiy


3 - Saya hanya akan sebutkan matan hadith, dan membuang sanad yang panjang. Ini yang saya namakan ringkasan.


4 - Saya akan sebutkan takhrij sebagaimana yang telah di buat oleh syaikh Al-Muhaddith Mustafa Al-`Adawiy, dan status hadith sebagaimana penilaian syaikh Al-Muhaddith Mustafa Al-`Adawiy


5 - Sekiranya saya mendapati dalam kitab ini, terdapat hadith yang "sama tetapi tidak serupa", iaitu hadith daripada Sahabat yang sama cuma lafaz nya sedikit berbeza atau hadith yang sama lafaz tetapi daripada Sahabat yang berbeza, maka saya hanya akan menyebut satu lafaz saja dan membuang lafaz yang satu lagi. Ini yang saya namakan ringkasan


6 - Komentar-komentar syaikh Al-Muhaddith Mustafa' Al-Adawiy yang panjang terhadap sesuatu hadith, saya tidak akan sebutkan. Saya hanya akan sebutkan komentar beliau jika di rasakan perlu untuk beberapa hadith tertentu sahaja, ini yang saya namakan ringkasan.


7 - Selain itu, sekiranya saya mendapati sesuatu hadith yang di nilai Sahih/Hasan oleh syaikh Mustafa' Al-Adawiy, akan tetapi ia telah lama di tolak dan di-dhaif-kan oleh para Huffaz Hadith Salaf Al-Mutaqaddimin, maka saya akan sebutkan penilainan Huffaz Al-Mutqaddimin selepas menyebut penilaian oleh syaikh Mustafa' Al-Adawiy


8 - Selain itu bila dirasakan perlu, saya turut menyebut penilaian para ahli hadith selepas kurun ke-3H dan ke-4H (Al-Mutaakhirin) semisal Al-Haithami, Al-Nawawi, Ibn Hajar Al-Asqalani , Al-Zahabi dan lain-lain, dan juga menyebut penilaian para ahli hadith moden (Al-Muassirin) semisal Al-Albani, Al-Arnaouth, Muqbil Al-Waadi’ee (iaitu guru kepada Mustafa' Al-Adawiy sendiri) , Abdul Aziz Al-Tharifi, Hatim Al-Syarif, Mahir Al-Fahl, Basyar Awwad dan lain-lain, selepas menyebut penilaian oleh syaikh Mustafa' Al-Adawiy.


9 - Apabila saya mengutip kata-kata Syaikh Mustafa Al-`Adawiy, saya akan mulakan dengan menyebut: "Berkata Syaikh Mustafa Al-`Adawiy", manakala apabila saya sendiri ingin memberi komentar atas kata-kata Syaikh Mustafa Al-`Adawiy dan lain-lain, saya akan mulakan dengan menyebut: "Berkata Abu Ismaaeel"


10 - Semua hadith dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim yang tidak di kritik oleh ahli hadith sezaman mereka adalah kekal sahih, sebarang usaha menolaknya adalah tertolak


11 - Semua hadith dalam Sunan Al-Sughra (Al-Mujtaba’) Al-Nasaie adalah sahih disisi Al-Nasaie kecuali apabila beliau meng-I’lal-kan nya 


12 - Semua hadith dlm kitab Sahih Ibn Khuzaimah adalah sahih disisi Ibn Khuzaimah, kecuali apabila beliau sendiri menjelaskan bahawa ia tidak sahih, atau beliau syak akan kesahihannya (seperti katanya “in sahhal khabar”), atau apabila beliau menyatakan yang beliau tawaqquf dalam menilainya, atau beliau 'mendahulukan matan daripada isnad'. Ini kerana beliau sering kali mengisyaratkan ke-dhaif-an (sesuatu hadith) dengan cara ini


13- Hadith-hadith yang Abu Daud diamkan boleh jadi Sahih atau Dhaif, dan sekiranya Dhaif ia adalah adalah “soleh”, iaitu “soleh li I’tibaar”



Akhukum, 

Abu Ismaaeel Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
1 Zul Qa'edah 1431H / 8 Oct 2010
7.30 malam, Al-Iskandariah, Mesir

  

bersambung...


  




Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 1:39 AM. Filed under .

0 comments for "[Siri 1] Al-Sahih Al-Musnad min Al-Ahadith Al-Qudsiah"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign