[Muqbil Al-Wadi'e] Pembahagian Hadith kepada Mutawatir & Ahad

| |








Dikongsikan disini fawa Syaikh Al-Muhaddith Muqbil Hadi Al-Wadie, muhaddith masyhur dari Yaman berkenaan pembahagian hadith kepada mutawatir dan ahad. 


السؤال80: هل كتب المصطلح كـ"مقدمة ابن الصلاح" و"تدريب الراوي" و"توضيح الأفكار" على أصول وقواعد الفقهاء والمتكلمين أم على أصول وقواعد المحدثين المتقدمين؟


الجواب: غالبها على قواعد وأصول المحدثين المتقدمين، وقد دخلها دخيل من كتب الفقهاء، من الأمثلة على هذا تقسيم الحديث إلى متواتر وآحاد، فهذا من كتب الفقهاء والفقه، أخذوه عن إبراهيم بن علية، وعبدالرحمن بن كيسان ابن الأصم وهما مبتدعان.



soalan ke-80:

adakah kitab-kitab Al-Mustalah seperti "Muqaddimah Ibn Solah", dan "Tadrib Al-Rawi" dan "Taudhih Al-Afkaar" adalah berdasarkan usul dan kaedah-kaedah Al-Fuqaha', Al-Mutakallimin, ataupun ia berdasarkan usul dan kaedah-kaedah para Ahli Hadith Al-Mutaqaddimin?

jawab syaikh Muqbil Hadi Al-Wadiee' (rahimahullah):

kebanyakannya adalah berdasarkan kaedah-kaedah dan usul para Ahli Hadith Al-Mutaqaddimin, (akan tetapi -pent) sesungguhnya telah turut dimasukkan dalamnya (beberapa pengaruh, usul serta kaedah -pent) dari kitab-kitab para fuqaha', misalnya dalam bab pembahagian hadith kepada Mutawatir dan Ahad, pembahagian sebegini adalah dari kitab-kitab fuqaha' dan fiqh, dan telah mengambilnya (dan memasukkanya dalam kitab-kitab mustalah hadith -pent) dari Ibrahim bin `Aliyah dan `Abdulrahman bin Kisaan ibn Al-Asm, dan mereka berdua adalah pembuat bid'ah (dalam ilmu mustolah hadith -pent) [rujuk: Tuhfatul Mujib, Muqbil Hadi Al-Wadiee', solan ke-80, Dar Al-Athar, Yaman] 


Saya, Abu Ismaaeel Muhammad Fathi Al-Malizy Al-Sakandary berkata:


Benarlah apa yang dikatakan oleh Syaikh Muqbil ini, bahkan hal yang sama dinyatakan oleh para ulama hadith lainnya semisal `Abdul `Aziz Al-Tharifi, `Abdullah Al-Sa'd, Sulaiman Al-`Ulwan dan lain-lain. 


Pembahagian hadith kepada Mutawatir dan Ahad tidak dikenal pada zaman awal islam, bahkan ia adalah resapan dan pengaruh Mu'tazilah, Ahl Kalam dan Mutakallimin dalam ilmu hadith. 


Bahkan definisi hadith Mutawatir yang telah masyhur sebagai: "hadith yang diriwayatkan oleh ramai perawi sehingga menunjukkan mustahil mereka berdusta" adalah bertentangan dengan definisi yang diberikan oleh Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan seorang yang bermartabat Al-Imam dalam bidang hadith dan fiqh. 


Definisi hadith Mutawatir sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dinukilkan oleh syaikh Sulaiman Al-Ulwan (dalam Multaqa' Ahl Hadeeth), iaitu: 


قال الشيخ المحدث سليمان العلوان : سئل أحمد عن المتواتر فقال: ما صح سنده وتلقاه الناس – أي العلماء والمحدثون- بالقبول  


(Al-Syaikh al-Muhaddith Sulaiman al-‘Ulwan berkata: (al-Imam) Ahmad (bin Hanbal) ditanya tentang (maksud hadith) MUTAWATIR maka beliau berkata: Ia adalah hadith yang SAHIH sanadnya dan diterima pakai oleh orang ramai -- iaitu para ulama dan ahli hadith.) 


Maka berdasarkan pendapat Al-Imam Ahmad ini maka kesemua hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Sahih Al-Imam Al-Bukhari dan Sahih Al-Imam Muslim adalah berstatus MUTAWATIR kerana Umat Islam telah menerima pakai kedua-dua kitab hadith agung ini, tidak mengira samada ia diriwayatkan dengan sedikit atau ramai perawi. Dan kenyataan Al-Imam Ahmad ini lah yang benar dan lebih tepat untuk diikuti. 




sekian di kongsi, moga bermanfaat.


Al-Akh / Abu Ismaaeel 
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
2 Safar 1432H



Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 11:45 AM. Filed under .

2 comments for "[Muqbil Al-Wadi'e] Pembahagian Hadith kepada Mutawatir & Ahad"

  1. Assalamu'alaikum..

    Ustaz Fathi... Habis tu nak kena ubah ke pelajaran hadith ni? Saya tak berapa faham? Hadith mutawatir ni mmg dah dikenali dah. Sekolah menengah lagi dah belajar.

    Hmm.. Mungkin antara kesannya ada yg berhujah.." Tu hadith Ahad, tak mutawatir.."

  2. w'alaikumussalam wa rahmatullah,

    1- Sekiranya saya adalah penggubal silibus hadith utk sesebuah universiti, ya memang saya akan ubah konsep pemahaman tentang Mutawatir VS Ahad ini. Tidaklah kita buang terus, cuma kita buat tajdid dgn memberikan pemahaman yg sebetulnya.

    2- kesan buruk resapan pamahaman Mutawatir dan Ahad antaranya ialah mainan-mainan muktazilah utk mengelirukan ASWJ,kita boleh lihat betapa panjangnya di bahaskan tentang penghujahan hadith Ahad dlm Aqidah dll,walhal pembahagian seperti itu asalnya adalah dari muktazilah itu sendiri, apapun kesemua syubhat telah di jawab oleh ulama ASWJ, alhamdulillah .

    3- Satu lagi kesan buruknya ialah, ia membuka ruang untuk tasahul (bermudah-mudah) dalam menilai hadith, ada sesetengah pengkaji yang melihat hadith itu mempunyai sgt banyak jalan sehingga boleh dikatakan mutawatir, maka ia pasti sahih, ini bertentangan dengan manhaj para ahli hadith terdahulu dalam amali kajian hadith.

    4- Atas sebab-sebab buruk ini lah terdapat sebahagian pengkaji hadith dalam Multaqa' Ahl Hadeeth menyatakan bahawa pembahagian hadith kpd Mutawatir dan Ahad sebagaimana yang difahami skrg ini sebagai bid'ah (dalam erti ia adalah ciptaan, tidak wujud dan tidak diamalkan ulama hadith terdahulu)

    W/A

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign