Siri 2: Istilah Hasan disisi Al-Bukhari
Istilah Hasan Disisi Al-Bukhari
SIRI 2:
Contoh 1
Dalam 'Ilal Al-Kabir karya Al-Tirmizi,
Berkata Al-Tirmizi: "aku bertanya kepada Muhammad (Al-Bukhari), tanyaku: "apakah riwayat-riwayat yang paling baik dalam perihal solat al-khauf?" maka jawab beliau (Al-Bukhari): "kesemua riwayat-riwayat dalam hal ini adalah sahih disisi ku, dan kesemuanya diamalkan,...dan hadith Sahl bin Abi Haithamah adalah hadith hasan, dan ia marfu' dan telah me-marfu'-kannya oleh Syu'bah dari Abdulrahman bin Al-Qaasim, dan hadith Abdullah bin Syaqiq dari Abu Hurairah juga hasan, dan hadith Urwah bin al-Zubair dari Abu Hurairah juga hasan". (Ilal Al-Kabir, hal. 98)
Penjelasan:
Perhatikan bahawa Al-Bukhari mulanya menyatakan kesemua hadith solat khauf adalah SAHIH disisinya, kemudian beliau memberitahu bahawa riwayat Sahl, Abdullah bin Syaqiq, dan Urwah bin Al-Zubair adalah HASAN.
Sebenarnya Hasan disini adalah bermaksud Sahih, ini diperkuatkan lagi apabila hadith Sahl yang disebut oleh Al-bukhari sebagai "hadith hasan" itu al-Bukhari sendiri masukkannya dalam kitab Sahihnya.
Disini penggunaan Hasan adalah dengan ertikata Sahih.
....bersambung, insyaAllah

Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 12:59 PM. Filed under
Mustolah
.