Siri 3: Istilah Hasan disisi Al-Bukhari

| |






Istilah Hasan Disisi Al-Bukhari

SIRI 3: 

Contoh 2


دثنا قتيبة حدثنا سفيان [ بن عيينة ] عن عمرو بن دينار عن عطاء عن صفوان بن يعلى بن أمية عن أبيه قال : سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقرأ على المنبر { ونادوا يا مالك ليقض علينا ربك قال إنكم ماكثون

Qutaibah -- Sufyan Ibn 'Uyainah-- 'Amru bin Dinar--- Atha---Safwan---Ayahnya---Nabi membaca (sebut/cakap) atas mimbar: Mereka berseru: "Hai Malik (Malaikat penjaga neraka), biarlah Tuhanmu membunuh kami saja "Dia menjawab: "Kamu akan tetap tinggal (di neraka ini)"

Kata Al-Tirmizi: "aku bertanya kepada Muhammad (iaitu Al-Bukhari) berkenaan hadith ini, maka jawab beliau: ia hadith Hasan, dan ianya adalah hadith Ibn 'Uyainah yang beliau bersendiri padanya" ['Ilal Al-Kabir, 88]

Penjelasan: 

Perhatikan bahawa Al-Bukhari menyatakan bahawa hadith ini Hasan secara jelas (ia hadith Hasan). Adakah ia Hasan sebagaimana yang difahami mustolah moden? jawapannya tidak. 

Jika kita perhatikan, Al-Bukhari sendiri memasukkan hadith ini dalam kitab Sahihnya menunjukkan bahawa hadith ini Sahih, dan Muslim juga memasukkan hadith ini dalam kitab Sahihnya. Bagitu juga kata Al-Tirmizi: "Hasan Sahih Gharib". 

Apakah maksud Hasan disini? 

Menurut Syaikh Khalid Al-Durayyis, yang dimaksudkan Hasan disini adalah Sahih. Al-Bukhari menggunakan istilah hasan untuk hadith-hadith yang sahih disisinya. Kata Syaikh Khalid Al-Durayyis: "sesungguhnya dia (Al-Bukhari) menggunakan kata Hasan untuk hadith-hadith yang Sahih disisinya". [Al-Hadith Al-Hasan, 1/432]

Manakala menurut Syaikh Rabe' Al-Madkhali, Hasan disini bermaksud "Al-Fard dan Al-Gharib" (penyendirian). Kata syaikh Rabe' Al-Madkhali: "hadith ini adalah sahih, telah mengeluarkannya Al-Bukhari sendiri dalam kitab Sahihya sebagaimana yang diketahui, dan yang zahirnya sesungguhnya Al-Bukhari menggunakan isitlah Hasan untuknya adalah kerana bersendiriannya Sufyan, dan Hasan disini bermaksud "Al-Fard dan Al-Gharib" (penyendirian), dan dari jenis-jenis Al-Gharaib itu ada yang sahih dan antaranya adalah Gharaib dalam Al-Sahihain" [Taqsim Al-Hadith, 61]

....bersambung, insyaAllah



Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 1:03 PM. Filed under .

2 comments for "Siri 3: Istilah Hasan disisi Al-Bukhari"

  1. By Abul-'Aliyah elhakim AFN :

    Salam Doc,
    Typo error pada sanad.Dalam arabic Ibn 'Uyainah dalam terjemahan at-Tsauri.
    Harap maklum..

    Terikut-ikut ngan motto blog ni ke?hehehe..

  2. syukran akh elhakim, mmg silap..sufyan úyainah bukan sufyan al-thauri...hna tulis cepat2 tu,terpengaruh dgn motto? hehe

    ana telah betulkan kesilapan tu,

    syukran atas pembetulsn, jazakumullah.

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign