Fatwa-fatwa Syaikh Muqbil berkenaan Manhaj Al-Mutaqaddimin & Al-Mutaakhkhirin
Fatwa-fatwa Syaikh Muqbil Hadi Al-Wadi'i berkenaan Manhaj Al-Mutaqaddimin &
Al-Mutaakhkhirin
# FATWA PERTAMA:
Penjelasan berkenaan wujudkah Perbezaan Manhaj
فرق بين منهج المتقدمين والمتأخرين
Perbezaan antara Manhaj Al-Mutaqaddimin dan Al-Mutaakhirin
Fatwa oleh:
Al-`Allamah Al-Muhaddith Al-Syaikh /Abi `Abd alRahman
Muqbil bin Hadi Al-Wadiee’ (rahimahullah)
Muqbil bin Hadi Al-Wadiee’ (rahimahullah)
Di terjemah oleh:
Abu Ismaaeel / Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
Di semak oleh:
ADÖULINÉ Lacharouphe / Mohd `Adlan Mohd Sharifuddin
Abu Ismaaeel / Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
Di semak oleh:
ADÖULINÉ Lacharouphe / Mohd `Adlan Mohd Sharifuddin
السؤال79
هل هناك فرق بين منهج المتقدمين والمتأخرين في تصحيح الأحاديث وتضعيفها مع التفصيل إن كان هناك تفصيل؟
Soalan ke-79:
Adakah disana terdapat perbezaan antara manhaj Al-Mutaqaddimin dan Al-Mutaakhirin dalam bab pensahihan dan pendhaifan hadith bersama perincian, jika terdapat perincian?
Adakah disana terdapat perbezaan antara manhaj Al-Mutaqaddimin dan Al-Mutaakhirin dalam bab pensahihan dan pendhaifan hadith bersama perincian, jika terdapat perincian?
:الجواب
نعم يوجد فرق،
فالمتقدمون أحدهم يعرف المحدث وما روى عن شيخه وما روى عنه طلبته ويحفظون كتاب فلان، فإذا حدث بحديث يقولون: هذا ليس من حديث فلان
Jawapan:
Ya, terdapat perbezaan (dalam manhaj).
Maka mutaqaddimun, setiap seorang daripada mereka mengetahui muhaddith (iaitu perawi -pent) dan apa yang diriwayatkan daripada gurunya, dan apa yang diriwayatkan daripadanya oleh murid-muridnya. Dan mereka menghafaz kitab si fulan. Dan apabila diceritakan dengan suatu hadith, mereka berkata: Ini bukan daripada hadith si fulan.
وأنا أعجب من شدة انتقادهم ومعرفتهم، ففي ترجمة عبدالله بن دينار في "الضعفاء" للعقيلي، ذكر العقيلي كم روى واحد من الأئمة عن عبدالله بن دينار، مثل شعبة، ومالك، وسفيان بن عيينة، وسفيان الثوري، وكذا الاختلاف بين الإمام أحمد، وعلي بن المديني في شأن أيهما أعلم مالك أم سفيان بن عيينة بالزهري، فالإمام أحمد يقول: روى ابن عيينة كذا وكذا من الأحاديث ووهم في كذا وكذا، ويقول: روى مالك أحاديث أكثر من ابن عيينة، وأوهامه أقل من ابن عيينة
Dan aku (iaitu syaikh Muqbil) berasa sangat ta’jub (iaitu sangat kagum -pent) dengan ketepatan dan kejituan mereka (para huffaz Al-Mutaqaddimin –pent) dalam memberikan kritikan dan mengetahui mereka (akan sesuatu hadith dan riwayat –pent) , (contohnya –pent) dalam perihal biografi `Abdullah bin Dinaar dalam kitab “Al-Dhu’afa” oleh Al-‘Uqailiy, telah menyebut oleh Al-`Uqailiy akan jumlah bilangan daripada para imam-imam yang telah meriwayatkan dari `Abdullah bin Dinaar, seperti Syu’bah, Malik, Sufyan bin `Uyainah, Sufyan Al-Thauriy. Dan (contoh yang lain juga adalah seperti –pent) perbezaan pendapat antara Imam Ahmad dan Imam `Ali ibn Madini berkenaan siapakah yang lebih mengetahui (akan riwayat-riwayat –pent) dari Al-Zuhri, adakah Malik atau Sufyan bin `Uyainah? Maka kata Imam Ahmad: telah meriwayatkan Ibn `Uyainah sekian sekian dari beberapa hadith (dari Al-Zuhri –pent) dan dia silap pada sekian sekian, dan katanya: telah meriwayatkan Malik akan hadith-hadith yang banyak dari Ibn `Uyainah (dari Al-Zuhri –pent) dan kesilapannya adalah lebih sedikit dari Ibn `Uyainah”.
فهم لا يماثهم أحد، والمعاصرون لا يعدو أحدهم أن يكون باحثًا أما كتب "العلل" فالمعاصرون لا يتحرون في هذا،وكذلك زيادة الثقة، والشاذ، فربما يغتر أحدهم بظاهر السند ويحكم على الحديث بظاهر السند، وقد سبقه المتقدمون وحكموا عليه بأنه حديث معل
Dan mereka, tiada sesiapa pun yang dapat menandingi mereka (iaitu para huffaz Al-Mutaqaddimin -pent). Maka Al-Mu`asirun (iaitu Ahli Hadith Moden -pent), mereka itu tidak lebih daripada pengkaji sahaja. Adapun kitab-kitab `ilal, maka Al-Mu`asirun (iaitu Ahli Hadith Moden -pent), tidak mengkaji dalam hal ini. Begitu juga dengan Ziyadah Siqah dan Syaz. Maka mungkin seseorang daripada mereka (iaitu Al-Mu’asirun -pent) tertipu dengan zahir sanad, dan mereka menghukum ke atas sesuatu hadith dengan zahir sanad ini. Dan sesungguhnya Al-Mutaqaddimun telah lama mendahului mereka (dalam menghukum hadith ini), dan mereka telah menghukum ke atasnya bahawasanya ia adalah hadis cacat (disebabkan mereka dapat mengacam kecacatan yang tersembunyi pada hadith itu –pent).
فينبغي أن تعرض كتب المتأخرين على كتب "العلل" حتى تعرف أخطاؤهم فإن لهم أخطاء كثيرة بالنسبة إلى العلماء المتقدمين، ولا يقال: كم ترك الأول للآخر، في علم الحديث
Maka adalah perlu untuk meneliti kitab-kitab Al-Muta’akhirin ke atas kitab-kitab `ilal, sehingga diketahuï kesalahan-kesalahan mereka (Al-Muta’akhirin), kerana mereka mempunyai banyak kesalahan jika dinisbahkan kepada (penilaian dan hukuman hadith yang jitu oleh –pent) `ulama’ Al-Mutaqaddimin. Dan tidaklah dikatakan: Berapa banyakkah orang-orang yang awal meninggalkan untuk orang-orang yang akhir? Dalam ilmu hadith.
أروني شخصًا يحفظ مثل ما يحفظ البخاري، أو أحمد بن حنبل، أو تكون له معرفة بعلم الرجال مثل يحيى بن معين، أو له معرفة بالعلل مثل علي بن المديني، والدارقطني، بل مثل معشار الواحد من هؤلاء، ففرق كبير بين المتقدمين والمتأخرين
Tunjukkan saya seseorang yang menghafaz sebagaimana apa yang dihafaz oleh Al-Bukhari atau Ahmad bin Hanbal, atau yang mempunyaï pengetahuan tentang ilmu Al-Rijal seperti Yahya bin Ma`in, atau yang mempunyaï pengetahuan tentang `ilal seperti `Ali bin Al-Madini dan Al-Daraqutni, bahkan, satu persepuluh daripada mereka? Maka (ketahuilah sesungguhnya memang –pent) terdapat perbezaan yang besar antara Al-Mutaqaddimin dan Al-Muta’akhirin.
Rujukan: Tuhfatul Mujib, Muqbil Hadi Al-Wadiee', solan ke-79, Dar Al-Athar
# FATWA KEDUA:
Penjelasan apabila Mutaqaddimin telah mendha'ifkan hadith, kemudian datang Mutaakhkhirin mensahihkannya. Dan juga penjelasan bahawa Mutaqaddimin sedia mengetahui setiap jalan-jalan bagi hadith.
Fatwa oleh:
Al-`Allamah Al-Muhaddith Al-Syaikh /Abi `Abd alRahman
Muqbil bin Hadi Al-Wadiee’ (rahimahullah)
Muqbil bin Hadi Al-Wadiee’ (rahimahullah)
Di terjemah oleh:
ADÖULINÉ Lacharouphe / Mohd `Adlan Mohd Sharifuddin
Di semak oleh:
Abu Ismaaeel / Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
س21/ إن كان الأئمـه قد ضَعّفوا حديثاً بعينه ثم جاء المتأخرون فصححوه ، وقد ذكر الأئمة في السابق أن له طريق بعضها ضعيفه وبعضها كذا إلا أن الرجل المتأ خر رد هذه العلة ، مرة يرد هذه العلة ومرة يقول: أنا بحثت عن الحديث فوجدت له سنداً لم يطلع عليه الحفاظ الأولون ، فماذا تقول ؟
Soalan ke-21: Jika para imam telah mendha`ifkan sesuatu hadis pada zatnya, kemudian datang golongan muta’akhkhir dan mensahihkannya, bahawasanya ia mempunyai tariq (beberapa jalan), sebahagiannya dha`if dan sebahagiannya seperti itu, melainkan bahawa pihak muta’akkhir menolak `illah (kelemahan) ini, sekali dia menolak `illah ini, dan sekali dia berkata: Saya telah mengkaji tentang hadis ini dan saya mendapati ia mempunyai sanad yang tidak diketahuï oleh para huffaz yang awal. Maka apa pendapat anda?
ج / سؤال حسن ومهم جداً ـ جزاكم الله خيرا ـ
Jawapan: Soalan yang baik dan sangat penting. Semoga Allah memberikan kamu ganjaran dengan kebaikan.
والعلماء المتقدمون مُقَدَّمون فى هذا ، لأنهم ـ كما قلنا ـ قد عرفوا هذه الطرق
Dan para `ulama’ mutaqaddimun telah mendahuluï dalam hal ini, kerana mereka, sebagaimana yang telah kami katakan – telah mengetahuï turuq (jalan-jalan) ini.
ومن الأمثلة على هذا : ما جاء أن الحافظ ـ رحمه الله تعالى ـ يقول في حديث المسح على الوجه بعدالدعاء أنه بمجموع طرقة حسن ، والأمام أحمد يقول: أنه حديث لا يثبت وهكذا إذا حصل من الشيخ ناصر الدين الألباني ـ حفظه الله تعالى ـ هذا نحن نأخذ بقول المتقدمين ، ونتوقف في كلام الشيخ ناصر الدين الألباني ، فهناك كتب ما وضعت للتصحيح والتوضعيف ، وضعت لبيان أحوال الرجال ، مثل : ((الكامل)) لابن عدي ((والضعفاء)) للعقيلي ، هم وإن تعرضوا للتضعيف فى هذا فهى موضوعة لبيان أحوال الرجال وليست بكتب علل ، فنحن الذى تطمئن إليه نفوسنا أننا نأخذ بكلام المتقدمين ، لأن الشيخ ناصر الدين الألباني ـ حفظه الله تعالى ـ ما بلغ فى الحديث مبلغ الإمام أحمد بن حنبل ، ولا مبلغ البخاري ومن جرى مجراهما . ونحن مانظن أن المتأخرين يعثرون على ما لم يعثر عليه المتقدمون ، اللهم إلافى النادر .
Dan antara contoh terhadap ini: apa yang datang bahawa Al-Hafiz rahimahu Llah telah berkata dalam hadis menyapu di atas muka selepas doa, bahawa sesungguhnya ia dengan sebab banyak jalan-jalannya maka menjadi ia hasan.
Dan Imam Ahmad berkata: bahawasanya ia adalah hadis yang tidak sabit (dha'if), dan demikian apabila terhasil daripada Asy-Syaykh Al-Albaniy – semoga Allah ta`ala menjaganya – hal ini, kita berpegang dengan pendapat mutaqaddimin, dan kita berhenti (iaitu tidak memakai) pada kata-kata Asy-Syaykh Nasiruddin Al-Albaniy.
Maka di sana terdapat kitab-kitab yang dikarang untuk mensahihkan dan mendha`ifkan, dikarang untuk menjelaskan keadaan rijal (perawi-perawi) seperti: (Al-Kamil) oleh Ibnu `Adiy, dan (Adh-Dhu`afa’) oleh Al-`Uqayliy. Dan mereka jika kamu bentangkan untuk pendha`ifan dalam hal ini, maka ia adalah tajuk untuk menjelaskan keadaan rijal (perawi-perawi), dan bukanlah ia kitab-kitab `ilal.
Maka kita – yang jiwa-jiwa kita telah menjadi tenang kepadanya apabila – kita berpegang dengan kata-kata mutaqaddimin, kerana Asy-Syaykh Nasiruddin Al-Albaniy – semoga Allah ta`ala menjaganya – tidaklah mencapai penguasaan dalam hadis seperti pencapaian Imam Ahmad, dan tidak juga pencapaian Al-Bukhariy, dan orang-orang yang menempuh perjalanannya (dari kalangan mutaqaddimin). Dan kita, kita tidak akan menyangka bahawa pihak muta’akhkhirin akan menemuï apa yang tidak ditemuï oleh pihak mutaqaddimun, kecuali Allahumma melainkan pada kes terpencil yang sangat sedikit sahaja.
القصد أن هذا الحديث إذا ضعفه العلماء المتقدمون الذين هم حفاظ ويعرفون كم لكل حديث طريق ، أحسن واحد فى هذا الزمن هو الشيخ ناصر الدين الألباني ـ حفظه الله تعالى ـ وهو يعتبر باحثا ولا يعتبر حافظا ، وقد أعطاه الله من البصيرة فى هذا الزمن مالم يعط غيره ، حسبه أن يكون الوحيد فى هذا المجال ، لكن ما بلغ مبلغ المتقدمين
Maksudnya, bahawa hadis ini, apabila ia telah didha`ifkan oleh pihak mutaqaddimun, yang mana mereka adalah huffaz, dan mereka mengetahuï berapa banyak bagi setiap hadis itu terdapat tariq (jalan). Seorang yang paling baik pada masa ini ialah Asy-Syaykh Nasiruddin Al-Albaniy – semoga Allah ta`ala menjaganya – dan dia dikira sebagai pengkaji, tetapi tidak dikira sebagai hafiz. Dan sesungguhnya Allah telah memberikannya daripada pengetahuan (basirah) pada masa ini, apa yang tidak diberikan-Nya kepada selainnya. Memadailah dia untuk menjadi (contoh) tokoh dalam bidang ini, tetapi dia tidak mencapai penguasaan sebagaimana pencapaian mutaqaddimin.
Rujukan: Al-Muqtarah, Muqbil Hadi Al-Wadiee', solan ke-21, Dar Al-Athar
# FATWA KETIGA:
Penjelasan apabila Mutaqaddimin telah mendha'ifkan hadith tanpa menyatakan sebab, adakah kita menerimanya.
Fatwa oleh:
Al-`Allamah Al-Muhaddith Al-Syaikh /Abi `Abd alRahman
Muqbil bin Hadi Al-Wadiee’ (rahimahullah)
Muqbil bin Hadi Al-Wadiee’ (rahimahullah)
Di terjemah oleh:
ADÖULINÉ Lacharouphe / Mohd `Adlan Mohd Sharifuddin
Di semak oleh:
Abu Ismaaeel / Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
س 11/ إذا قال أحد من أئمة الحديث : إن الحديث معلول. فهل لا بد من أن يبين السبب ويظهره لنا كطلبة علم، أو لا يقبل منه هذا القول، أو يقبل منه من غير بيان ؟
Soalan ke-11: Apabila berkata salah seorang daripada para Imam hadis: "Sesungguhnya hadis itu adalah ma'lul (iaitu dhaif dan cacat)". Maka adakah tidak perlu untuk dia menerangkan sebab (kedhai'fan) dan menunjukkannya kepada kami sebagai penuntut ilmu, atau tidak diterima daripadanya pendapat ini, atau diterima daripadanya dengan tanpa penjelasan?
:الجواب
Jawapan:
أنا وأنت في هذا الأمر ننظر إلى القائل ، فإذا قاله أبوحاتم ، أو أبوزرعة ، أو البخاري ، أو أحمد بن حنبل ، أو علي بن المديني ، ومن جرى مجراهم ، نقبل منه هذا القول .وقد قال أبوزرعة كما في ((علوم الحديث للحاكم)) ص (113) عند جاء إليه رجل وقال: ما الحجة في تعليلكم الحديث ؟ قال : الحجة ـ إذا أردت أن تعرف صدقنا من عدمه ، أنحن نقول بتثبت أم نقول بمجرد الظن والتخمين ؟ ـ أن تسألني عن حديث له علة فأذكر علته ، ثم تقصد ابن وارة ـ يعني محمد بن مسلم بن وارة ـ وتسأله عنه ولا تخبره بأنك قد سألتني عنه فيذكر علته، ثم تقصد أبا حاتم فيعلله ، ثم تميز كلام كل منا على ذلك الحديث ، فإن وجدت بيننا خلاف فاعلم أن كلاً منا تكلم على مراده ، وإن وجدت الكلمة متفقة فاعلم حقيقة هذا العلم . ففعل الرجل فاتفقت كلمتهم عليه فقال أشهد أن هذا العلم إلهام
Saya dan anda dalam hal ini, kita melihat kepada orang yang berkata. Maka apabila yang berkatanya ialah Abu Hatim, atau Abu Zur`ah, atau Al-Bukhariy, atau Ahmad bin Hanbal, atau `Aliy bin Al-Madaniy, dan sesiapa yang menuruti jalan mereka (dari kalangan huffaz mutaqaddimin), maka kita menerima daripadanya kata-kata ini. Dan sesungguhnya telah berkata Abu Zur`ah sebagaimana dalam (`Ulum Al-Hadis) oleh Al-Hakim hal. 113, ketika datang kepadanya seorang lelaki, dia berkata: Apakah hujah kamu pada penta`lilan (menyatakan bahawa hadis itu mempunyai `illah) hadis ini? Dia berkata: Hujjah itu, jika kamu ingin mengetahuï kebenaran kami daripada ketiadaannya, adakah kami bercakap dengan mempunyai pensabitan, atau kami bercakap dengan hanya sangkaan dan tekaan semata-mata? Kerana kamu telah menyoal saya tentang hadis yang mempunyai `illah (kecacatan) maka saya akan menyebutkan `illahnya (kecacatannya), kemudian, kamu mendatangi kepada Ibnu Warah – iaitu Muhammad bin Muslim bin Warah – dan kamu menyoalnya tentangnya, dan kamu tidak memberitahunya bahawa kamu telah bertanyakan saya tentangnya. Kemudian dia pun menyebutkan `illahnya (kecacatannya), kemudian kamu mendatangi Aba Hatim dan dia meng`illahkannya, kemudian kamu membeza-bezakan kata-kata setiap daripada kami ke atas hadis itu. Maka jika kamu mendapat terdapat khilaf (perbezaan) antara kami, maka ketahuïlah bahawa setiap seorang daripada kami bercakap di atas kehendaknya, dan jika kamu mendapati bahawa kata-kata itu adalah sepakat, maka ketahuïlah hakikat ilmu ini. Maka lelaki itu pun melakukannya, dan sepakatlah kata-kata mereka ke atasnya, dan dia pun berkata: Saya bersaksi bahawa ilmu ini ialah ilham.
وقد قال عبدالرحمن بن مهدي كما في ((العلل)) لابن أبي حاتم (ج1 ص10) : إن كلامنا في هذا الفن يعتبر كهانة عند الجهال. وإذا صدر من حافظ من المتأخرين ، حتى من الحافظ ابن حجر ففي النفس شيء ، لكننا لا نستطيع أن نخطّئه ، وقد مرّ بي حديث في ((بلوغ المرام)) قال الحافظ : إنه معلول. ونظرت في كلام المتقدمين ، فما وجدت كلامًا في تصحيح الحديث ولا تضعيفه ، ولا وجدت علةً ، فتوقفت فيه. ففهمنا من هذا ، أنه إذا قاله العلماء المتقدمون ولم يختلفوا، أخذنا به عن طيبة نفس واقتناع ، وإذا قاله حافظ من معاصري الحافظ ابن حجر نتوقف فيه
Dan sesungguhnya telah berkata `Abdu r-Rahman bin Mahdiy sebagaimana dalam (Al-`Ilal) oleh Abi Hatim (jil. 1 hal. 10): Sesungguhnya kata-kata kami dalam seni ini menyerupaï tukang tilik di sisi orang-orang yang jahil. Dan apabila disandarkan oleh seorang hafiz daripada muta’akhkhirin, hatta daripada Al-Hafiz Ibnu Hajar sekalipun, maka di dalam jiwa ini terdapat sesuatu (keraguan), tetapi kita tidak mampu untuk menyalahkannya, dan sesungguhnya telah saya terbaca satu hadis di dalam (Bulughu l-Maram), berkata Al-Hafiz: Sesungguhnya mempunyai `illah. Dan saya melihat pada kata-kata mutaqaddimin, maka saya tidak mendapati terdapat sebarang kata-kata (para mutaqaddimin) tentang pensahihan hadis ini, dan tidak juga tentang pendha`ifannya, dan saya tidak menjumpaï sebagai `illah, maka saya berhenti (iaitu tidak memakai) padanya.
Maka fahamlah kita daripada hal ini, bahawasanya apabila yang mengatakannya ialah `ulama’ mutaqaddimun dan mereka tidak berselisih, kita mengambilnya dengan jiwa yang baik dan tenteram, dan apabila yang mengatakannya ialah hafiz daripada Hafiz zaman kini seperti Ibnu Hajar (sekalipun), kita berhenti padanya (iaitu tidak memakai kata-kata Ibn Hajar itu tadi).
Rujukan: Al-Muqtarah, Muqbil Hadi Al-Wadiee', solan ke-11, Dar Al-Athar
selesai terjemah, moga bermanfaat.
Al-Akh / Abu Ismaaeel
Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
19 Mac 2011
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 3:55 PM. Filed under
Mustolah
.