Hadith daripada perawi yang thiqah bukanlah semuanya sahih, sebagaimana hadith daripada perawi yang dha`if bukanlah semuanya dha`if

| |



Gambar: Kitab Al-Jami' fil 'Ilal wal Fawaid, 
karya Dr. Mahir Yasin Al-Fahl



Satu perkara yang sangat penting yang perlu diketahui, tidak semua hadith periwayat yang dijarh sebagai dhaif itu ditolak, begitu juga tidak semua hadith periwayat yang dinilai thiqah itu diterima hadithnya. Penilaian hadith ni bukan seperti sifir matematik yang hanya bergantung pada zahir sanad hadith, asal sahaja perawi itu thiqah maka sahih lah hadithnya, asal sahaja perawi itu  soduq maka hasan lah hadithnya, asal sahaja perawi itu dhaif maka dhaif lah haditnya, asal sahaja perawi itu kazzab maka palsu lah hadithnya.

Sungguh tashih dan tad'if hadith disisi para huffaz hadith Salaf (Al-Mutaqaddimin) bukanlah begitu caranya!  Sebaliknya ia bergantung kepada qarain-qarain (petunjuk-petunjuk dan bukti yang kuat).

Para nuqqad huffaz Salaf (Al-Muatqaddimin) dalam tashih dan tahsin hadith ni, ianya bukan bermakna rawi tu mesti thiqah atau soduq semata-semata disisi mereka, tetapi ia juga dilihat kepda qarain-qarain tertentu untuk hadith itu secara khusus, perawi yang dhaif boleh membawa hadith sahih atau hasan kerana qarain-qarain untuk hadith itu scr khusus / specifik menunjukkan bahawa hadith itu sahih atau hasan. Adapun jarh pada rawi tu adalah umum, penilaian hadith ni specifk pada hadith, setiap hadith adalah unik dan khusus.

Begitu juga utk rawi yang dhaif boleh membawa hadith yang sahih juga, dilihat pada qarain-qarain yg specifik untuk hadith itu juga. Ini adalah manhaj para huffaz Salaf (Al-Mutaqaddimin) dalam tashih dan tad'if, ia bukan sifir yang mudah, ia bukan hanya semata melihat kepada zahir sanad. Tetapi juga melihat kepada qarain-qarain tertentu.

======

Berkata Syaikhana Dr. Abulharith Mahir Yasin Al-Fahl: 


Terjemahan "Dan daripada sesuatu yang telah sedia diketahui dalam ilmu hadith itu adalah: hadith (yang diriwayatkan oleh rawi yang) thiqah bukanlah semuanya sahih, sebagaimana hadith (yang diriwayatkan oleh rawi yang) dha`if bukanlah semuanya dha`if.

Dan mengetahui kedua-dua jenis daripada hadith kedua-dua pihak (iaitu hadith thiqah yang sahih, hadith thiqah yang dha`if, hadis dhu`afa' yang sahih, hadith dhu`afa' yang dha`if) itu bukanlah perkara yang mudah. Sesungguhnya para Imam nuqqad telah mencapai hal itu, yang telah menyelam di dalam kedalaman apa yang tersembunyi daripada riwayat-riwayat daripada yang sahih atau yang silap"


(Rujuk: Al-Jami' fil 'Ilal wal Fawaid, Dr. Mahir Yasin Al-Fahl, jilid 1, hal. 288, Dar Ibn Al-Jauzi, Dammam, Arab Saudi, 2010M)

======

Juga kata syaikh Abu Muadz Thariq 'iwadullah Muhammad:



Terjemahan: "pen-sahih-an dan pen-tahsin-an sesuatu hadith itu tidaklah bermakna perawi bagi hadith itu mesti seorang yang thiqah disisi mereka yang mensahihkan dan meng-hasan-kannya" 

(Rujuk: Al-Naqdul Bannaa' li Hadith Al-Asmaa', Thariq 'Iwadullah, hal. 282, Maktabah Ibn Taimiah, Giza, Mesir, 2009M)

======

Bahkan kata syaikh Abu Muadz Thariq 'Iwadullah lagi ketika menjelaskan sebuah hadith yg padanya terdapat rawi yang dhaif pada huffaz itu, tetapi huffaz itu sendiri mensahihkannya atau menghasankannya: 



Terjemahan: "...Sesungguhnya peng-hasan-an seseorang Nuqqad (iaitu para huffaz al-Mutaqaddiminun) untuk sesuatu hadith atau pen-sahihan-nya terhadap hadith itu, tidak hanya dengan semata-mata bergantung kepada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa rawi yang bersendirian yang membawa hadith itu adalah seorang yang soduq dalam hafazan, atau seorang yang thiqah di sisi nuqqad itu.

Maka sesungguhnya untuk setiap hadith daripada hadith yang dibawa oleh seseorang rawi - yang tidak thiqah dan dhaif- itu mempunyai hukum secara khusus dan specifik, maka Nuqqad (iaitu para huffaz al-Mutaqaddimin) ini mendapati pada hadir itu – terhadap apa yang dia fahami daripadanya – yang rawi itu mengingatinya, dan zann yang tertentu turut memberi kesan - yang kuat - pada peng-hasan-an hadith itu atau pen-sahihan -hadith itu secara khusus dan specifik. 

Maka hukuman samada hasan atau sahih utk sesuatu hadith itu oleh Nuqqad (iaitu para huffaz al-Mutaqaddimin) itu bergantung pada qarinah-qarinah (iaitu bukti dan petunjuk kuat) yang tersirat/tersembunyi, bukan semata-semata kerana perawi itu adalah seorang yang soduq atau kerana perawi itu seorang yang thiqah. 

Dan seperti itu (juga sebaliknya dalam mendhaifkan hadith untuk perawi yang thiqah), seseorang Nuqqad (itu para huffaz al-Mutaqaddimin) mendha`ifkan sesuatu hadith yang bersendirian yang diriwayatkan oleh beberapa orang yang thiqah, pendha`ifan nuqqad ini terhadap hadith ini, bukan hanya – dengan semata-mata – terhadap bukti bahawa rawi itu adalah seorang yang dha'if yang bersendirian dengan hadith itu di sisi nuqqad itu. Bahkan dia adalah thiqah di sisi Nuqqad (iaitu para huffaz al-Mutaqaddimin) itu, bahkan dia sendiri telah menunjukkan ke atas hal itu (iaitu nuqqad itu sendiri telah menilainya sebagai thiqah) , tetapi Nuqqad (iaitu para huffaz al-Mutaqaddimin) itu tetap melihat - secara keseluruhannya - bahawasanya ia adalah hadith yang dha`if, yang telah tersilap padanya rawi yang thiqah itu tadi"


(Rujuk: Al-Naqdul Bannaa' li Hadith Al-Asmaa', Thariq 'Iwadullah, hal. 208-209, Maktabah Ibn Taimiah, Giza, Mesir, 2009M) 

======

Berkata Abu Ismaaeel Fathi Al-Maliziy Al-Sakandary: maka perhatikan lah dan fahami lah!


Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 3:59 PM. Filed under .

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign