Imam Hamzah bin Muhammad bin Ali Al-Kinani (275-357H).

| |






Sebentar tadi, ketika aku menela'ah kitab Zawaid Sunan Abu Daud karya Syaikh Dr. 'Abdul 'Aziz Al-Tharifi, bab "Bagaimana meletakkan lutut sebelum tangan?",  beliau - Al-Tharifi - ada menukilkan kalam Imam Hamzah Al-Kinani bahawa hadith turunnya sujud dengan tangan dahulu sebelum lutut dari Abu Hurairah itu Munkar. Hadith yang sama turut di'ilalkan oleh Al-Bukhari, Al-Daraquthni, Al-Tirmizi, Ibn 'Adiy, Al-Baihaqi [rujuk: Zawaid Abu Daud, Dr. Al-Tharifi, hal. 256].

Alhamdulillah, hari ini aku mengenal seorang lagi huffaz Salaf yang aku tidak pernah menjumpai namanya sebelum ini, beliau ialah Imam Hamzah bin Muhammad bin Ali Al-Kinani (275-357H).

Berkata Al-Zahabi tentangnya : Beliau adalah orang yang soleh, berpegang teguh pada ajaran agamanya, ahli dalam Ilmu Hadith serta 'illatnya , dan beliau adalah Imam dalam bidang ini. [rujuk: komentar (ta'liq) Syaikh Dr. Abdur Razzaq bin Muhsin Al-'Abbad, tahqiq terhadap terhadap kitab Juzul Bi Thaqah hal. 9, 1412 H, Dar Al-Salam, Riyadh]

Fathi Ali Al-Sakandary
23 April , 8:08 pagi


Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 11:20 PM. Filed under .

0 comments for "Imam Hamzah bin Muhammad bin Ali Al-Kinani (275-357H)."

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign