Istilah 'Hasan' dengan maksud Munkar
Istilah 'Hasan' dengan maksud Munkar
Sebagaimana yang saya pernah sebutkan sebelum ni, para huffaz salaf menggunakan istilah 'Hasan' dengan pelbagai maksud. Terkadang ia bermaksud 'Sahih', terkadang ia bermaksud 'Dhaif', terkadang bermaksud 'Munkar' , bahkan terkadang ia bermaksud 'Palsu'.
Kata Syaikh Thariq 'Iwadullah - antara kibar muhaddith di Mesir - :
"bahawa istilah ''hasan'' digunakan (oleh imam-imam hadith salaf) keatas banyak jenis hadith-hadith antaranya: hadith yang diterima (maqbul) secara umumnya, samada ia sahih dari jenis yang tinggi atau yang rendah daripadanya, dan juga digunakan (istilah hasan) ini untuk hadith-hadith yang gharib, munkar dan palsu" [rujuk: Al-Madkhal Ila Ilmi al-Hadith, Abi Muadz Thariq bin 'Awadullah, hal. 85]
Dan antara contoh-contoh dimana para huffaz menggunakan istilah 'Hasan' dengan maksud 'Munkar' ialah antaranya:
1) Berkata Imam Syu'bah untuk hadith-hadith `Abd Al-Malik Al-'Arzami : " من حسنها فررت - disebabkan ia Hasan lah maka aku menjauhinya - iaitu ia Munkar -" [rujuk: Taqdimah Al-Jarh wa Al-Ta'dil, Ibn Abi Hatim, hal. 146].
2) Berkata Imam Ahmad bin Hanbal ketika mengomentari 'Abdullah bin Buraidah: " ان له أحاديث ننكرها من حسنها -sesungguhnya padanya terdapat hadith-hadith yang di-ingkari kerana hasannya" [rujuk: Al-'Ilal lil-Maimuniy, hal. 199].
Kedua-dua kata-kata Imam Syu'bah dan Imam Ahmad diaatas menunjukkan bahawa mereka menggunakan istilah Hasan dengan maksud Munkar, jelas Dr. Khalid Al-Durayyis: "فحسنها هو سبب نكارتها - Hasan nya adalah sebab ia Munkar" [rujuk: Al-Hadith Hasan Li-Zhatih wa Li-Ghairih, hal. 629]
3) Berkata Al-Daraquthni untuk hadith bacaan tasyahud yang diriwayatkan oleh Al-Walid bin Muslim katanya: telah mengkhabarkanku Ibn Lahi'ah, telah mengkhabarkanku Ja'far bin Rabi'ah dari Ya'qub bin Al-Asyja dari 'Aun bin 'Abdullah bin 'Utbah dari Ibn 'Abbas dari Nabi SAW , dia berkata dalam tasyahud: " التحيات لله ، والصلوات الطيبات المباركات لله -
Al-Tahiyyatu lil-Lah, was solawatul-toyyibat, Al-Mubarakatu lil-lah"
Berkata Al-Daraquthni untuk hadith ini: " هذا إسناد حسن ، وابن لهيعة ليس بالقوي - isnad ini Hasan, dan Ibn Lahi'ah adalah lemah " , kemudian kata Al-Daraquthni lagi: " غريب من حديث عمر عن النبي ، ومن حديث ابن عباس عنه ، ولم يروه غير جعفر بن ربيعة عن يعقوب بن الأشج ، ولا نعلم أحداً رواه غير الوليد بن مسلم عن ابن لهيعة - Gharib dari hadith Umar dari Nabi SAW, dan - Gharib - dari hadith Ibn 'Abbas darinya, dan tidaklah meriwayatkannya melainkan dari Ja'far bin Rabi'ah dari Ya'qub bin Al-Asyja, dan tidak diketahui seorangpun yang meriwayatkannya selain Al-Walid bin Muslim dari Ibn Lahi'ah", dan berkata Al-Daraquthni lagi: " ولا نعلم رفعه عن عمر عن النبي غير ابن لهيعة ، والمحفوظ ما رواه عروة ، عن عبد الرحمن بن عبد القاري ، أن عمر كان يعلِّم الناس التشهد ـ من قوله ؛ غير مرفوع - dan tidak diketahui mereka yang marafa' (menjadikannya sbg marfu') dari Umar dari Nabi SAW selain Ibn Lahi'ah, dan yang terpelihara ialah apa yang diriwayatkan oleh 'Urwah dari 'Abdulrahman bin 'Abdul Qari sesungguhnya 'Umar mengajarkan orang ramai akan tasyahud sebagai kata-katanya - yg mauquf - bukan marfu - kepada Nabi SAW"
Berkata syaikh Thariq 'Iwadullah: "إسناد حسن بمعنى : غريب منكر - isnadnya Hasan - disini adalah - dengan maksud ia Gharib dan Munkar" .
Ini diperjelaskan lagi dengan kata Al-Daraquthni sendiri : " غريب من حديث عمر عن النبي ، ومن حديث ابن عباس عنه ، ولم يروه غير جعفر بن ربيعة عن يعقوب بن الأشج ، ولا نعلم أحداً رواه غير الوليد بن مسلم عن ابن لهيعة - Gharib dari hadith Umar dari Nabi SAW, dan - Gharib - dari hadith Ibn 'Abbas darinya, dan tidaklah meriwayatkannya melainkan dari Ja'far bin Rabi'ah dari Ya'qub bin Al-Asyja, dan tidak diketahui seorangpun yang meriwayatkannya selain Al-Walid bin Muslim dari Ibn Lahi'ah" yg memberi maksud bahawa hadith ini menyendirinya Al-Walid dari Ibn Lahi'ah sebagai hadith 'Umar dari Nabi.
Dan juga diperjelaskan dengan kata Al-Daraquthni sendiri lagi: " ولا نعلم رفعه عن عمر عن النبي غير ابن لهيعة ، والمحفوظ ما رواه عروة ، عن عبد الرحمن بن عبد القاري ، أن عمر كان يعلِّم الناس التشهد ـ من قوله ؛ غير مرفوع - dan tidak diketahui mereka yang marafa' (menjadikannya sbg marfu') dari Umar dari Nabi SAW selain Ibn Lahi'ah, dan yang terpelihara ialah apa yang diriwayatkan oleh 'Urwah dari 'Abdulrahman bin 'Abdul Qari sesungguhnya 'Umar mengajarkan orang ramai akan tasyahud sebagai kata-katanya - yg mauquf - bukan marfu - kepada Nabi SAW" yg memberi maksud bahawa hadith ini yang diriwayatakan dari Ibn Lahi'ah adalah syadz dan munkar kerana menyendirinya dalam merafa'-kan hadith Umar ini kepada Nabi dan ia menyelisihi apa yang terpelihara disisi Al-Daraquthni sendiri iaitu ia adalah sebenarnya Mauquf.
[rujuk: Al-Irsyadad fi Taqwiyyah Al-Ahadith bi-Syawahid wa al-Mutabaat, Thariq Iwadullah, hal. 145-150]
Maka jelaslah Hasan disisi Al-Daraquthni disini bermaksud 'Gharib dan Munkar'.
Demikianlah 3 contoh penggunaan huffaz Salaf untuk istilah 'Hasan' yang bermaksud 'Munkar' , dan terdapat banyak lagi contoh yang seumpama.
Sekian dikongsi, moga bermanfaat. Akhukum,
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi `Ali Al-Malizy Al-Sakandariy
19 Jamadil Awwal 1432H / 23 April 2011
1.50 pagi, Al-Iskandariah, Mesir
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 4:59 PM. Filed under
Mustolah
.
This is a great posst