Setiap hadith-hadith yang didiamkan Imam Abu Daud dalam Sunan adalah 'Soleh'
Setiap Hadith-Hadith Yang Didiamkan Imam Abu Daud Dalam Sunan Adalah 'Soleh'
Dalam Risalah Ila Ahl Makkah, iaitu surat Imam Abu Daud kepada penduduk Makkah yang menjelaskan secara teperinci akan metod serta manhaj beliau berkenaan kitab Sunan beliau, Abu Daud telah menjelaskan berkenaan hadith-hadith yang beliau diamkan dalam kitabnya, kata beliau:
Dalam Risalah Ila Ahl Makkah, iaitu surat Imam Abu Daud kepada penduduk Makkah yang menjelaskan secara teperinci akan metod serta manhaj beliau berkenaan kitab Sunan beliau, Abu Daud telah menjelaskan berkenaan hadith-hadith yang beliau diamkan dalam kitabnya, kata beliau:
ما لم أذكر فيه شيئا فهو صالح
Terjemahan: apa yang aku diamkan – dalam kitabku Sunan - maka ianya adalah Soleh
Para ulama telah berbeza pendapat berkenaan maksud ‘Soleh’ disisi Abu Daud. Ada yang berpendapat ia bermaksud Sahih atau Hasan, ada yang berpendapat ia adalah Dhaif yang ringan, ada yang berpendapat ia adalah bermaksud Soleh Lil-‘Itibar dan ada yang berpendapat ia adalah Soleh Lil-Ihtijaj.
Misalnya, al-Khattabi menyatakan bahawa hadith itu terbahagi kepada 3 jenis – Sahih, Hasan , dan Saqim (iaitu Dhaif) – dan sesungguhnya kitab Abu Daud adalah yang bercampur antara hadith yang Sahih dan Hasan, serta tidak wujud dalamnya hadith yang Saqim kecuali apabila dijelaskan kelemahannya oleh Abu Daud (rujuk: al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1758). Disini menunjukkan al-Khattabi berpegang ‘Soleh’ itu adalah termasuk Sahih dan Hasan.
Bahkan kata Ibn Kathir: “apa yang didiamkan Abu Daud maka ianya adalah – hadith – Hasan” (rujuk: Bahithuth Hasisth, hal. 34, dinukil dari al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1754)
Manakala kata al-Hafiz al-‘Ala’ie: “…apa yang didiamkan nya maka ia adalah Soleh Lil-Ihtijaj” (rujuk: al-Naqd al-Sahih, hal. 23, dinukil dari al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1759). Disini al-Hafiz al-‘Ala’ie berpegang bahawa ia adalah Soleh Lil-Ihtijaj iaitu ia adalah hadith yang boleh digunakan sebagai hujah dalam fiqh dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang riwayat lain sebagai sokongan.
Dan al-Iraqi, al-Syaukani juga berpendapat Soleh disisi Abu Daud adalah bermaksud Soleh Lil-Ihtijaj (rujuk: al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1761)
Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: “lafaz Soleh pada kata-kata kenyataan Abu Daud adalah umum, sesungguhnya boleh ia Soleh Lil-Ihtijaj atau Lil-‘Itibar, apa yang mencapai tahap Sahih kemudian Hasan maka ia adalah bermaksud Lil-Ihtijaj, dan apa yang dibawahnya maka ia bermaksud Lil-‘Itibar…” (rujuk: Al-Ghayah Syarah al-Hidayah lil-Sakhawi, 1/252, dinukil dari al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid Al-Durayyis, 4/1759)
Berkata Ibn Hajar pada tempat yang lain secara zahirnya daripada perkataan Abu Daud (ianya adalah Soleh) itu adalah bermaksud Soleh Lil-Hujjah - soleh untuk dibuat hujah dalam fiqh- (rujuk: al-Nukat li-Ibn Hajar, 1/444, dinukil dari al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1759)
Dr. Khalid al-Durayyis pula berpendapat bahawa yang rajih ialah Soleh disisi Abu Daud adalah satu lafaz yang umum yang memberi erti ia adalah hadith yang bukan Dhaif Syadid (kelemahan teruk), setiap hadith yang didiamkan kecacatannya oleh Abu Daud maka ia adalah Soleh disisinya, dan ia boleh jadi Sahih, Hasan, atau Dhaif yang boleh dikuatkan dengan riwayat-riwayat lain yang semakna, dan ia adalah hadith-hadith yang diambil dalam fiqh dan bukannya Dhaif Syadid (rujuk: al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, 4/1761)
Saya telah bertanya kepada Dr. Hatim Al-Syarif pada tahun lepas selepas selesai kuliah Syarah Nukhbatul Fikar (karya Ibn Hajar) berkenaan maksud Soleh disisi Abu Daud, dan Dr. Hatim Al-Syarif menjawab:
في ذلك خلاف كبير , والراجح عندي أنه صالح للاعتبار , ولكن لأن أبا داواد قد اشترط أن يخرج أصح ما في الباب , فإن غالب ما سكت عنه صالح للاحتجاج
Terjemahan: padanya terdapat perselisihan pendapat yang besar, dan yang rajih disisi ku ialah ia adalah Soleh Lil-‘Itibar, akan tetapi kerana Abu Daud telah mensyaratkan sesungguhnya beliau mengeluarkan apa yang paling sahih (paling kuat) dalam sesuatu bab, maka kebanyakan apa yang didiamkan Abu Daud adalah Soleh Lil-Ihtijaj”
Saya bertanya lagi kepada beliau apakah itu Soleh Lil-‘Itibar? Maka jawab Dr. Hatim Al-Syarif:
الحديث الشديد الضعف غير صالح للاعتبار ، وأما الحديث الخفيف الضعف وما فوقه فهو صالح للاعتبار ، أي صالح للتقوي وأن يقوي غيره من الأحاديث
Terjemahan: hadith yang syadid dhaif adalah bukan Soleh Lil-‘Itibar, adapun hadith yang Khafif Dhaif (dhaif yang ringan) dan yang diatas tahap Dhaif Khafif maka ia adalah Soleh Lil-‘Itibar, iaitu Soleh untuk dikuatkan dan ianya juga menguatkan hadith yang lain –yang semakna – dari kalangan hadith-hadith”
Bahkan saya juga turut bertanya berkenaan maksud Soleh ini kepada Syaikhana Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary pada tahun lepas selepas selesai kelas Syarah Jami' Al-Tirmizi di Iskandariah, maka jawab syaikhna al-Alfy beliau cenderung bahawa Soleh disisi Abu Daud adalah bermaksud Soleh Lil-Ihtijaj (soleh untuk dijadikan hujah dengan sendirinya) sebagaimana pegangan Syaikh Ahmad Syakir dalam hal ini.
Dan saya juga turut bertanya hal yang sama pada Syaikh Dr. Hamzah al-Malibari, maka jawab al-Malibari:
Terjemahan: Soleh Lil-Ihtijaj secara umumnya, dan boleh ia Sahih dan boleh ia dibawah tahap Sahih – iaitu Hasan- dan boleh ia Dhaif akan tetapi dari jenis Dhaif yang boleh dikuatkan dan menjadilah ia Soleh Lil-Ihtijaj dengan banyaknya jalan Shawahid dan Mutaba’at
Dan bagi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Syaikh Shihatah al-Alfy, Syaikh Hamzah al-Malibari diatas, Allah hu’alam.
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 6:56 AM. Filed under
Mustolah
.