[Tuan Guru Nik Aziz] Majlis Tahlil Kematian Bukan Amalan Islam

| |




Rakaman kuliah Tuan Guru Nik Aziz : Hakikat Sebenar Tahlil Kematian


Ringkasan isi penting kuliah: 


1- Tahlil kematian bukan dari amalan dan ajaran Islam


2- Amalan yang berleluasa sekarang iaitu keluarga si mati yang buat majlis makanan sebab kematian, ini bukan ajaran Islam, ini adalah amalan jahiliah


3- Yang sunnahnya ialah jiran-jiran keluarga si mati yg beri makanan sebab untuk meringankan beban keluarga si mati, bukannya keluarga si mati yang buat majlis, itu terbalik dan berlawanan dengan sunnah Nabi


4- Tahlil kematian ini adalah amalan jahiliah, amalan ini dibenci Islam


5- Majlis baca Qur'an (mengaji) keliling mayat juga bukan amalan Islam, bahkan amalan ini dibenci Islam


6- Suami yang menjadi ketua rumah wajib melarang ahli keluarganya daripada membuat majlis tahlil, kerana amalan ini dibenci Islam, bertentangan dengan sunnah.




Berkata Abu Ismaaeel Fathi Al-Malizy Al-Sakandary: sahabat-sahabat ku dengarlah rakaman audio ini, ia penjelasan yang penting dari Tok Guru Nik Aziz, apa yang Tuan Guru sebut dan ajarkan ini adalah pemahaman yang sebenar berkeaan isi 'Tahlil kematian" mengikut Sunnah Nabi SAW yg sahih! maka dengarlah! moga Allah menambahkan ilmu dan kefahaman kita dalam agama. 


sila click butang 'play' di bawah untuk mendengar rakaman audio kuliah Tuan Guru Nik Aziz - hafizahullah -



Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 12:31 AM. Filed under .

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign