Kenali dua tokoh (siri 2): Ibn 'Adiy

| |










Jika dalam siri pertama yang lalu kita telah kenal secara ringkas dua tokoh ahli hadith yang mempunyai nama julukan yang sama iaitu:  Ibn Abi Syaibah [ lihat siri pertama disini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/04/kenali-dua-tokoh-ibn-abi-syaibah.html ]


InsyaAllah, pada siri kedua kali ini kita akan berkenalan secara ringkas dengan dua lagi tokoh ahli hadith yang turut mempunyai nama julukan yang sama iaitu: Ibn 'Adiy.


Bagi mereka yang sering melazimi membaca kitab-kitab hadith, maka pasti akan bertemu dengan nama : Imam Ibn 'Adiy. Tahukah kita bahawa terdapat dua tokoh huffaz yang berbeza dengan nama Ibn 'Adiy? Kedua-duanya adalah merupakan ahli hadith pada akhir kurun ke-3 (awal dan pertengahan kurun ke-4) yang hebat, bahkan kedua-duanya adalah berasal dari Jurjan, dengan itu digelar: al-Jurjani.


1- Ibn 'Adiy : Abu Ahmad 'Abdullah bin 'Adiy bin Muhammad bin Mubarak al-Jurjani. Antara kitab beliau yang terkenal ialah (al-Kamil fi Dhu'afa' al-Rijal) iaitu sebuah kitab dalam al-jarh wa  al-ta'dil yang penting, kitab ini secara khusus menghimpunkan biografi perawi-perawi yang lemah (dhaif). Beliau lahir pada tahun 277H dan wafat pada tahun 365H.


al-Kamil fi Dhu'afa' al-Rijal 
karya Abu Ahmad Ibn 'Adiy

-------------------------------------------------------------------------------------------


2- Ibn 'Adiy: Abu Nu'aim 'Abd al-Malik bin Muhammad bin 'Adiy bin Zaid al-Jurjani al-Astarabadi. Antara kitab beliau yang terkenal ialah (Kitab al-Dhu'afa'), iaitu sebuah kitab yang penting dalam ilmu al-jarh wa al-ta'dil, menghimpunkan biografi perawi-perawi yang lemah (dhaif). Beliau wafat pada tahun 323H.








Sekian dikongsi, moga bermanfaat. 
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin Ali al-Malizy al-Sakandary




Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 8:27 AM. Filed under .

0 comments for "Kenali dua tokoh (siri 2): Ibn 'Adiy"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign