Penuntut Ilmu (1432H) dan Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (505H)

| |




Bebrapa bulan yang lepas, aku ada menonton sebuah video dokumentari bertajuk (al-Ghazali the alchemist of happiness), sebuah dokumentari berkenaan sirah Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali - rahimahullah - (505H)...hari ini aku terkenang satu babak dalam dokumentari itu, babak yang menceritakan bahawaHujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali pada mulanya beliau belajar simpan ilmu dlm kitab-kitab dlm bentuk nota tulisan beliau.

Hinggalah suatu ketika beliau dirompak ketika musafir ditengah-tengah padang pasir, perompak ingin merompak semua barangnya-barangnya termasuk buku-buku beliau, dan Imam al-Ghazali merayu supaya jangan ambil kitab-kitab beliau, ambil lah duit-duit, unta beliau dan lain-lain tp tinggalkan bukunya, rayuan al-Ghazali itu membuatkan si perompak lebih berkeingainan merompak buku-bukunya, ye lah bila dh merayu-rayu mcm tu mesti ia barang berharga, dan perompak mana yang tak mahu curi berang berharga...al-Ghazali merayu dan merayu lagi dan akhirnya Allah taqdirkan perompak itu lepaskan kitab-kitab al-Ghazali...

Bermula daripada peristiwa itu, al-Ghazali mula menghafaz setiap catatan beliau dalam buku-buku itu supaya lekat dlm dada ingatannya...kita pula mcm mana? adakah perlu tunggu Allah taqdirkan perompak datang merompak mcm Imam al-Ghazali baru nk mula hafaz kitab-kitab yang kita baca dan nota-nota yang kita tulis? rasa-rasanya kalau perompak datang, kita tak akan mempertahankan kitab-kitab kita mcm yg Imam al-Ghazali buat? atau kita cabot lari dulu awal-awal...

Sungguh lemahnya kita...ilmu-ilmu kita dalam kitab, bukan dalam ingatan, bukan didada seperti para ulama terdahulu...apatah lagi zaman yang serba canggih ini membuatkan kita lebih malas nk menghafal, kita ada hard drive komputer simpan berGig kitab dalamnya, dlm USD dan lain-lain...upload dan simpan ilmu dlm internet dan lain-lain....penuntut ilmu zaman skrg termasuk diri aku sendiri sudah malas menghafaz ilmu yg dipelajari, tapi lebih suka simpan dlm media-media moden (elektronik atau cetak)...itupun masih ada daripada kalangan segelintir penuntut ilmu yg memperkecilkan Imam al-Ghazali seolah-oleh dirinya lebih baik dari al-Ghazali hanya kerana al-Ghazali terpengaruh dgn 'sufi dan falsafah' dan kitabnya Ihya 'Ulumuddin mengandungi hadith-hadith yang dikritik, al-Ghazali tidak perfect tp itu bukan tiket untuk kita 
memperkecilkan keilmuan dan ketokohan beliau...hairan aku, hairan.



Ya Allah, tambahkan lah ilmu yang bermanfaat bagiku, ya Allah aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak diamalkan, Aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk kemegahan, aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk mujadalah...

Penuntut Ilmu,
Muhammad Fathi Al-Sakandary
Hadrah al-Bahriah,Iskandariah
14 May 2011 -11 Jamadil Akhir 1432H
Sabtu, 3.50 petang


Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 7:05 AM. Filed under .

0 comments for "Penuntut Ilmu (1432H) dan Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (505H)"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign