[Siri 2] Ringkasan "Syamail al-Nabiyyi lil-Imam al-Hafiz Abu Isa al-Tirmizi, tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl"
Syamail al-Nabiyyi. Tahqiq: al-syaikh Dr. Mahir Yasin al-Fahl
[Siri 2]
Ringkasan "Syamail al-Nabiyyi lil-Imam Abu 'Isa al-Tirmizi,
tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl"
tahqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl"
oleh: Abu Ismaaeel, Muhammad Fathi Ali Ibrahim Al-Sakandariy
Hadith no. 2
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَبْعَةً ، لَيْسَ بِالطَّوِيلِ وَلاَ بِالْقَصِيرِ ، حَسَنَ الْجِسْمِ ، وَكَانَ شَعْرُهُ لَيْسَ بِجَعْدٍ وَلاَ سَبْطٍ أَسْمَرَ اللَّوْنِ ، إِذَا مَشَى يَتَكَفَّأُ
Dari Anas bin Malik katanya: "Rasululullah SAW itu adalah seorang yang sederhana, baginda tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, bagus tubuhnya, dan rambutnya tidak kerinting dan tidak juga lurus, perang kemerahan warnanya [1], apabila berjalan beliau condong kehadapan"
Berkata Syaikhuna Abul Harith:
"Isnadnya Sahih,Humaid ialah Abi Humaid al-Thawil seorang thiqah yang dikenali melakukan tadlis, akan tetapi 'an-'anah nya dari Anas tidak merosakkan (iaitu tidak mencacatkan riwayat), bahkan telah menyebut akan al-Zahabi dalam kitabnya (al-Mizan, 1/610) sesungguhnya secara keseluruhan (umum) nya apa yang Humaid riwayatkan dari Anas ialah apa yang beliau mendengar dari Thabit. Aku (Dr. Mahir al-Fahl) berkata: dan Thabit ialah al-Bunani seorang yang thiqah. Mengeluarkan penulis kitab (iaitu Imam al-Tirmizi) dengan matannya serta isnadnya dalam kitab al-Jami' (1754), dan katanya ((Hasan Sahih Gharib)) ..."
Berkata Abu Ismaaeel:
"Manhaj para huffaz salaf dalam berinteraksi dengan riwayat-riwayat 'an-'anah seorang perawi thiqah yang dikenali sebagai Mudallis ialah: pada asalnya diterima sebagai bersambung sehinggalah terbukti bahawa beliau melakukan tadlis untuk riwayat itu.
Para huffaz salaf tidak pernah menolak dan mendhaifkan riwayat seorang perawi thiqah yang mudallis hanya kerana 'an-'anah, sebaliknya dipastikan dahulu samada beliau terbukti melakukan tadlis atau tidak untuk riwayat itu secara khusus, dengan melihat kepada beberapa qarain-qarain (petunjuk-petunjuk) misalnya: pengakuan beliau sendiri, atau riwayat 'an-'anah itu ada bersamanya nakarah, atau mukhalafah yang menunjukkan bahawa beliau melakukan tadlis untuk hadith itu secara khusus.
Berkata Syaikh Nasir Fahd: "sesungguhnya para aimmah al-mutaqaddimin mereka tidaklah mencacatkan/mendhaifkan walaupun satu hadith dengan hanya semata sebab 'an-'anah seorang perawi thiqah yang dikenali sebagai mudallis, bahkan mereka tidak akan menyebutkn illah ini (iaitu tadlis pada riwayat itu) kecuali apabila telah terbukti bahawa perawi itu melakukan tadlis (untuk hadith itu secara khusus) melalui perbuatannya atau terdapat bersama-sama riwayat itu illah lain seperti nakarah, atau mukhalafah atau sebagainya (yang menunjukkan bahawa beliau melakukan tadlis untuk hadith itu secara khusus)"
[Lanjut rujuk penjelasan: Syaikh Nasir al-Fahd dalam kitabnya (Manhaj al-Mutaqaddimin fi al-Tadlis) ketika membicarakan hukum 'an-'anah perawi yang mudallis disisi huffaz salaf, halaman 119-153, cetakan Dar Adwa' al-Salaf, Riyadh, 2001]
Berkata Dr. Khalid al-Durayyis: "mazhab keseluruhan dari kalangan aimmah nuqqad hadith al-mutaqaddimin ialah sesungguhnya asal periwayatan 'an-'anah seorang perawi yang dikenali mudallis (dalam tabaqat ke-4 dan ke-4 Ibn Hajar) adalah asal hadithnya dikira bersambung hinggalah datang bukti yang membuktikan sebaliknya (iaitu hingga terbukti dia melakukan tadlis untuk hadith itu secara khusus,sekalipun degan sighah tahdis)"
[Lanjut rujuk: al-Hadith al-Hasan Li Zhatih wa Li Ghairih, Dr. Khalid al-Durayyis, halaman. 2597 & 429 keatas, cetakan Dar Adwa' al-Salaf, Riyadh, 2005]
Saya sedang dalam usaha menyusun satu risalah khusus bertajuk (Periwayatan 'An-'anah: Antara al-Mutaqaddimin dan al-Mutaakhkhririn), satu risalah yang menjelasakan secara ringkas dan padat berkenaan manhaj para huffaz salaf dalam berinteraksi dengan periwayatan 'an-'anah, doakan dipermudahkanNya"
[1]Berkata Abu Ismaaeel:
"Yang dimaksudkan disini bukanlah warna rambut, tetapi ia adalah kulit Baginda SAW, iaitu kulit beliau bewarna perang kemerahan. Demikian kesimpulan yang saya dapat setelah berbincang dengan beberapa sahabat dan guru saya yang mulia, antaranya: al-Fadhil Ustaz Abu Naaielah Nasim al-Kauthariy dan al-Fadhil Ustaz 'Adlan Sharafuddin al-Diyariy"
Berkata Sayyid Hassan:
1. Seputar warna kulit Nabi SAW. Maulana Zakariya menterjemah warna kulit Nabi dalam hadith Anas adalah warna putih. Manakala peringkas Abu Ismaaeel Fathi menterjemahkan dengan warna perang kemerahan. Perisian Lidwa Pustaka pula menterjemah warna cokelat. Hadith no 1 sebelum ni...
[quote]tidak terlalu putih dan tidak pula gelap[/quote]
Kata Maulana, dari dua hadit Anas ini, disimpulkan, warna kulit baginda bukan gelap yang menyebabkan kurang seri dan kacak tapi kelihatan bersinar, cerah dan putih. Kata Dr Ahmad Mustafa Mutawali yang juga mensyarah kita Syamail berkata, warna kulit Nabi tidak putih dan tidak pula sawo matang, sedang-sedang.
2. Cara berjalan RasuluLlah saw, يَتَكَفَّأُ (yatakaffa-u)
Terdapat beberapa tafsiran:
a. jalan dengan langkah deras (brisk walk);
b. jalan dengan condong sikit kedepan;
c. melangkah dengan bertenaga.
Kata maulana Zakariyya, ketiga-tiga cara itu adalah boleh diterima.
Yang bukan gaya jalan Nabi ialah:
a. jalan melenggang dan lemah longlai seperti lelaki berjalan dengan wanita
b. bukan jalan berlagak, dengan menonjolkan dada ke depan.
[Khasyail Nabavi syarh syamail lil Maulana Zakariyya Kandahlawi, syaikhul hadith Delhi]
Abu Ismaaeel, Muhammad Fathi Ali Ibrahim Al-Sakandariy
Hadrah Al-Bahriah,
Iskandariah, Mesir
21 Jamadil Akhir 1432H / 24 Mei 2011M
Posted by Abu Ismaaeel Fathi
on 6:09 PM. Filed under
Ringkasan
.