Projek bangunan oleh Imam al-Bukhari

| |



Gambar: Kota Bukhara, Uzbekistan

Projek bangunan oleh Imam al-Bukhari
oleh: Muhammad Fathi Ali al-Tabib 


Imam al-Zahabi dalam Siyar `Alam al-Nubala (12/450) dan Imam Ibn Hajar dalam Muqaddimah al-Fath (505) meriwayatkan dengan sanad mereka bahawa Imam al-Bukhari pernah memulakan satu projek membina bangunan berdekatan Bukhara - tempat tinggal asalnya al-Bukhari - . 


Ramai manusia datang membantu untuk projek binaan itu dan Imam al-Bukhari sendiri turun membantu dengan membawa batu-bata binaan bersama-sama para pekerja lain. Dan sememangnya telah cukup ramai tenaga para pekerja untuk projek tersebut, memandangkan  Imam al-Bukhari yang menaja projek binaan itu, maka Imam Muhammad ibn Abu Hatim merasakan Imam al-Bukhari tidak perlu bersusah-payah turun padang mengangkat batu-bata bersama, kata Imam Muhammad ibn Abu Hatim kepada Imam al-Bukhari: "wahai Abu Abdullah (iaitu kunyah kepada Imam al-Bukhari), kamu tidak perlu berkerja - mengangkat batu-bata bersama - kerana telah amat cukup tenaga pekerja yang menguruskan apa yang perlu diuruskan". Maka jawab Imam al-Bukhari : "kerja-kerja kebajikan sebeginilah yang menguntungkan kita - di hari Akhirat kelak, maka biarkan aku berkerja - ". 


Imam al-Bukhari menjemput kesemua manusia - para pekerja projek itu dan lain-lainnya - untuk makan (jamuan). Seramai - kira-kira -  100 manusia memenuhi jemputan jamuan tersebut, walaupun Imam al-Bukhari tidak menyangka manusia yang datang begitu ramai, mereka semua diberkati dengan makanan yang diberikan mereka, dan mereka makan hingga kenyang" 


[Rujuk: al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala (12/450), Ibn Hajar, Muqaddimah al-Fath (505), Salahuddin Ali Abdul Maujud, Sirah al-Imam al-Bukhari (114)]


Sekian dikongsi, moga bermanfaat
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi al-Sakandary
Iskandariah, Mesir
6 September 2011



Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 4:37 PM. Filed under .

2 comments for "Projek bangunan oleh Imam al-Bukhari"

  1. ameen, wa enta aidhan. Allah yajzikal khair

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign