Hadith bacaan al-Qur'an dan Surah Yasin ketika nazak dan di kuburan

| |






Bismillah, Alhamdulillah.wa ba'd. Telah bertanya saudari yang mulia kepada saya dalam laman Facebook seperti dibawah: 


------------- al-jawab: 

Wa'alaikumussalam, berikut adalah jawapan saya sekadar yang kemampuan ilmu saya yang sedikit, moga bermanfaat.

1- al-Qur'an tidak dibaca di kubur , bahkan padanya hadith sahih Baginda SAW bersabda: "jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah" (Dikeluarkan Muslim dalam Sahihnya dari Abu Hurairah), disini Nabi SAW menyuruh kita membaca al-Qur'an di rumah supaya rumah kita itu tidak seperti kubur (kerana di kubur tidak di baca al-Qur'an) 

2- Berkenaan membaca surah Yasin kepada orang yang nazak (hampir mati, bukan telah mati) pula, tiada hadith marfu' yang thabit kepada Nabi SAW dalam hal ini, paling kuatpun ialah hadith berbunyi (اقرأوا على موتاكم يس - Bacalah kepada mereka yang nazak itu surah Yasin). Hadith ini yang rajihnya Dhaif, ditolak oleh Imam al-Bukhari dan lain-lain huffaz Salaf, namun sesetengah mutaakhkhirin menaiktaraf kepada hasan namun pendapat ini lemah bagi saya, dan yang rajih ia dhaif dan tidak dinaiktaraf sebagaimana yang dijazamkan al-Bukhari dan lain-lain huffaz salaf. 

3- Syaikh Soleh al-Uthaimin memberikan fatwa yang sederhana dalam hal ini, kata beliau : (mereka yang mengatakan status hadith ini sahih, maka membaca surah Yasin kepada orang nazak adalah sunnah, dan bagi mereka yang mengatakan status hadith ini dhaif, maka perbuatan tersebut bukan sunnah) [Rujuk: Fatawa Ibn Utsaimin, 17/72]. 

4- Dan berkata Ibn Taimiah: (Membaca al-Quran ke atas orang yang sudah mati adalah bida'h dan ini berbeza dengan membaca surah Yasin kepada orang yang nazak (hampir mati,bukan telah mati) yang mana ia disunatkan) [Rujuk: al-Ikhtiarat/91]

5- Pada poin ke-2 telah saya nyatakan bahawa hadith (اقرأوا على موتاكم يس - Bacalah kepada mereka yang nazak itu surah Yasin) ini yang rajihnya ia Dhaif, namun jika kita lihat kepada amalan Salaf kita akan dapati hadith dhaif ini diamalkan sebagai fadhail amal. Telah datang athar dengan isnad yang hasan dalam Musnad Ahmad (4/105): 

عن صَفْوَان قال : حَدَّثَنِي الْمَشْيَخَةُ أَنَّهُمْ حَضَرُوا غُضَيْفَ بْنَ الْحَارِثِ الثُّمَالِيَّ (صحابي) حِينَ اشْتَدَّ سَوْقُهُ ، فَقَالَ : هَلْ مِنْكُمْ أَحَدٌ يَقْرَأُ يس ؟ قَالَ : فَقَرَأَهَا صَالِحُ بْنُ شُرَيْحٍ السَّكُونِيُّ ، فَلَمَّا بَلَغَ أَرْبَعِينَ مِنْهَا قُبِضَ . قَالَ : فَكَانَ الْمَشْيَخَةُ يَقُولُونَ : إِذَا قُرِئَتْ عِنْدَ الْمَيِّتِ خُفِّفَ عَنْهُ بِهَا . قَالَ صَفْوَانُ : وَقَرَأَهَا عِيسَى بْنُ الْمُعْتَمِرِ عِنْدَ ابْنِ مَعْبَدٍ .

“Safwaan berkata : Syeikh memberitahuku bahawa sesungguhnya mereka telah hadir bersama Ghudaif ibn al-Haarith al-Thumaali (seorang sahabat) ketika kematiannya memuncak. Dia berkata : Adakah salah seorang dikalangan kamu boleh membaca Yasin? Saalih ibn Shuraih al-Sakuuni membacanya dan tatkala sampai pada ayat 40, dia telah meninggal dunia. Syeikh pernah berkata : jika dibaca disisi orang yang sedang nazak, maka nazaknya diringankan (iaitu rohnya dimudahkan untuk keluar). Berkata Safwaan : Isa ibn al-Mu’tamari membacanya diisisi Ibn Ma’bad"

Ibn Hajar menilai riwayat ini sebagai Hasan [Rujuk: al-Isaabah,5/190], dan syaikh Syu'aib al-Arnaut juga menilainya Hasan dalam tahqiq Musnad Ahmad (no. 16970). 

6- Kesimpulannya: membaca al-Qur'an dikubur tidak sunnah, bahkan menyalahi hadith sahih. Adapun membaca surah Yasin kepada orang yang nazak tidak thabit dari hadith yang marfu' kepada Nabi tetapi thabit dari amalan sebahagain Salaf mereka membaca Yasin bagi orang yang nazak. 

Allah hu'alam. 

~ Fathi Al-Sakandary ~
20 September 2011 / 9:37pm 


Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 8:46 PM. Filed under .

5 comments for "Hadith bacaan al-Qur'an dan Surah Yasin ketika nazak dan di kuburan"

  1. salam.
    bagaimana pula dgn amlan mensedekahkan bacaan yaasin ataupn al-fatihah atau mana2 ayat al-quran lain utk mereka yg telah meninggal dunia?
    adakah perbuatan ini salah?

  2. Assalamualaikum, bukankah perkataan "mautakum" tu bermaksud mati, tapi enta tulis nazak....?

  3. mautakum bermaksud "yang hampir mati di kalangan kamu" iaitu nazak , bukan "yg telah mati dikalangan kamu".

  4. موتاكم

    yg tepat ia lah ia bermaksud 'yang hampir mati di kalangan kamu' / 'yang nazak di kalangan kamu'

    Ini selaras dengan hadith dalam Sahih Muslim:

    { لقنوا موتاكم لا إله إلا الله }

    "Ajarlah Lailahaillallah kepada orang yang hampir mati di kalangan kamu."

  5. Apa pandangan saudara terhadap sebahagian Syafieyah yang me"mustahabkan amalan tersebut"??

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign