Istilah 'Syarif Syarif' untuk hadith.

| |


Gambar: Sahih Ibn Khuzaimah 
atau nama sebenarnya Mukhtasarul Mukhtasar




Istilah 'Syarif Syarif' untuk hadith 


Syarif Syarif: Ia adalah antara istilah tashih (pensahihan) hadith yang digunakan secara khusus oleh Imam Ibn Khuzaimah dalam kitabnya Mukhtasarul Mukhtasar (umum mengenalinya sebagai Sahih Ibn Khuzaimah). 

Imam Ibn Khuzaimah menggunakan istilah 'Syarif Syarif' ini hanya sekali sahaja dalam kitabnya iaitu pada bab; "ذكر الدليل على أن ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان - menyatakan dalil bahawa sesungguhnya Lailatul Qadr itu ialah pada 10 hari akhir-akhir dari Ramadhan" selepas mengeluarkan sebuah hadith (no. 2171) yang diriwayatkan oleh Abi Sa'id al-Khudri secara marfu' bahawa Nabi SAW bersabda; " إني اعتكفت العشر الأول ألتمس هذه الليلة ثم اعتكف العشر الوسط ثم أتيت فقيل لي : إنها في العشر الأواخر فمن أحب منكم أن يعتكف فليعتكف - Sesungguhnya aku pernah beri’tikaf pada sepuluh hari pertama dalam bulan Ramadhan untuk mencari Lailatul Qadr ini. Aku kemudian melakukan i’tikaf pada sepuluh hari pertengahan (kedua) dalam bulan Ramadhan. Aku lalu didatangi (malaikat) dan dia katakan kepadaku sesungguhnya Lailatul Qadr itu terjadi pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan. (Maka) barangsiapa antara kalian yang mahu melakukan i’tikaf, maka hendaklah ia beri’tikaf", kemudian berkata Ibn Khuzaimah; "هذا حديث شريف شريف - hadith ini Syarif Syarif". Hadith yang sama dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya, sekaligus membuktikan bahawa istilah 'Syarif Syarif' ini bermaksud Sahih disisi Ibn Khuzaimah. 

Istilah 'Syarif Syarif' ini tidak pernah digunakan oleh para huffaz lain selain Imam Ibn Khuzaimah dan beliau menyendiri dalam menggunakan istilah ini. 

Sekian dikongsi, moga bermanfaat.
Abu Ismail Muhammad Fathi `Ali al-Tabib
6 Muharram 1433H / 30 Dis 2011




Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 1:47 PM. Filed under .

1 comments for "Istilah 'Syarif Syarif' untuk hadith."

  1. Syarif (bahasa arab) tu jg ertinya Tuan kah?

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign