Istilah-istilah tashih & tad’if Ibn Khuzaimah dalam Mukhtasarul Mukhtasar

| |





Istilah-istilah tashih & tad’if Ibn Khuzaimah dalam Mukhtasarul Mukhtasar

Imam Ibn Khuzaimah menggunakan banyak istilah dalam kitabnya Mukhtasarul Mukhtasar (awam mengenalinya sebagai Sahih Ibn Khuzaimah) untuk tashih dan tad'if.

Antara istilah tashih (pensahihan hadith) beliau ialah;

1-صحيح (sahih),

2- حديث صحيح (hadith sahih),

3 -  هذا الخبر صحيح من جهة النقل (khabar ini sahih dari segi periwayatannya),

4 - صحيح في هذا الإسناد (sahih dengan isnad ini),

5- ثابت صحيح (thabit sahih),

6- ثابت صحيح من جهة النقل (thabit sahih dari segi periwatannya),

7- مرفوع صحيح (marfu’ sahih),

8-  صحيح لا شك ولا ارتياب في صحته (sahih tiada syak dan tiada keraguan akan kesahihnya),

9 - ثابت (thabit), 

10- هذا حديث شريف شريف (khabar ini mulia yang mulia),

11 - ثابت لا شك ولا ارتياب في ثبوته (thabit tiada syak dan tiada keraguan akan kethabitannya) , dan sebagainya lain-lain istilah yang menunjukkan sahih

Manakala antara istilah tad'if (pendha’ifan hadith) beliau pula ialah;

12-غير صحيح(tak sahih),

13- غير ثابت (tidak thabit),  

14 -  إن هذا صحيح (jikalau ini sahih),

15– فإني خائف أن يكون هذا الإسناد وهما (sesungguhnya aku khuatir sesungguhnya isnad ini silap),

16 - في القلب من هذه اللفظة (pada hatiku- aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena- pada lafaznya),

17- في القلب من هذا الإسناد (pada hatiku- aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena- pada isnad ini),

18 - إن كان فلان يجوز الاحتجاج بخبره (jikalau si fulan dibolehkan untuk berhujah dengan hadithnya),

19 - في القلب (pada hatiku- aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena-),

20- إن صح الخبر (jikalau ia sahih),

21- إن ثبت هذا الخبر (jikalau thabit akan khabar ini),

22 - فإن في القلب من هذا الخبر (pada hatiku- aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena- pada khabar ini),

23 - إن جاز الاحتجاج بخبرفلان (jikalau boleh berhujah dengan khabar si fulan),

24 -  إن صح الخبر ولا أخال (jikalau sahih khabar ini, dan tidak meragukan),

25 - إن ثبت الخبر ولا أخال (jikalau thabit khabar ini, dan tidak meragukan),

26 - فيه نظر (padanya keraguan),

27 - قريب من جهة النقل (dekat dari segi periwayatannya – untuk menjadi sahih - ),

28 - لم يصح الخبر من جهة النقل (tidak sahih khabar ini dari segi periwatannya),

29 - غلط في رواية هذا الخبر فلان (si fulan telah silap dalam meriwayatkan khabar ini) ,

30 - لم يكن ثابتا من جهة النقل (tidaklah ia thabit dari segi periwatannya),

31 - لست أحفظ في تلك الأخبار إسنادا ثابتا من جهة النقل (tidak pernah aku menghafaz (iaitu mengetahui dari mana-mana sumber, iaitu aku tidak pernah jumpa dari mana-mana sumber) akan khabar ini satu isnad yang thabit dari segi periwayannya),

32 -  فإن في النفس من هذا الإسناد (sesungguhnya pada jiwaku- aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena- pada isnad ini) ,

33 - في النفس منه (pada jiwaku akannya), 

34- هذا خبر ليس له من القلب موقع (khabar ini tiada tempat dalam hatiku),

35 – منكر (munkar), 

36 - أنا أبرأ من عهدة هذا الإسناد (aku berlepas diri dari memberi jaminan (iaitu menjamin kesahihan) akan isnad ini)

37 - لسنا نحتج برواية فلان (tidaklah kami berhujah dengan riwayat fulan),

38 - إن كان فلان من الشرط الذي اشترطنا (jikalau lah si fulan mencukupi syarat yang kami syaratkan), 

39 -ذكر البيان على توهين خبر فلان (menyebut penjelasan atas lemahnya khabar fulan),

40 - روي بإسناد لا يحتج بمثله من له معرفة برواية الأخبار (meriwayat/diriwayat dengan isnad yang tidak dibuat hujah semisalnya bagi sesiapa yang mengetahui akan riwayat khabar-khabar  (iaitu hadith – hadith)),

41- غريب (gharib – pelik, ganjil)

42- غريب غريب (gharib gharib , pelik yang pelik, ganjil yang ganjil)

43- مرسل (mursal, iaitu sanad putus)

44- الخطأ (silap), dan sebagainya istilah-istilah yang menunjukkan dhaif .

Apa yang saya kumpulkan di atas adalah sebahagiannya sahaja iaitu yang kerap ditemui bagi mereka biasa menela’ah kitab Mukhtasarul Mukhtasar, bukanlah semua istilah yang digunakan oleh Imam Ibn Khuzaimah disebutkan disini.

Allah hu’alam
Abu Ismail Muhammad Fathi `Ali al-Tabib
Iskandariah / Mesir / Gam’ah / Syari’ Taliya




Posted by Abu Ismaaeel Fathi on 1:22 PM. Filed under .

0 comments for "Istilah-istilah tashih & tad’if Ibn Khuzaimah dalam Mukhtasarul Mukhtasar"

Leave a reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign