Siapakah Antara Ahli Madinah itu?


Gambar: bandar Madinah


Siapakah Antara Ahli Madinah itu?


Berkata al-Hafiz al-Nasa'i dalam risalahnya; Tasmiyyah Fuqaha' al-Amsar min al-Sahabah famin Ba'dahum


"Sahabat dari kalangan Ahli Madinah itu adalah `Umar bin al-Khattab, dan Zaid bin Thabit, dan `Abdullah bin `Umar dan `Aishah


Dan daripada kalangan Tabi'in pula ialah Sa'id bin Musayyib dan `Urwah bin al-Zubair, dan Abu Salamah bin `Abd al-Rahman, dan `Ubaidillah bin `Abd al-Allah bin `Utbah, dan Sulaiman bin Yasar, dan Kharijah bin Zaid bin Thabit dan Abu Bakr bin `Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam dan `Ali bin al-Husain, dan al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Siddiq, dan Salim bin `Abd al-Allah bin `Umar, dan Abu Ja'far bin Muhammad bin `Ali dan `Umar bin `Abd al-`Aziz


Manakala yang selepas mereka pula ialah `Abd al-Allah bin Zaid bin Hurmuz, dan Muhammad bin Muslim bin Shihab al-Zuhri, dan Rabi'ah bin Abi `Abd al-Rahman, dan Abu al-Zinad `Abd al-Allah bin Zakwan, dan Yahya bin Sa'id al-Ansari


Manakala yang selepas mereka pula ialah Malik bin Anas, dan `Abd al-`Aziz bin Abi Salamah al-Majishun,


Manakala dari kalangan Ashab Malik yang merupakan Ahli Madinah pula ialah, `Abd al-Malik bin `Abd al-Aziz al-Majishun


Sekian dikongsi, 
Abu Ismail Muhammad Fathi `Ali al-Tabib



| | Read More »

e-buku Ansarul-Hadis - dalam shelf Galaxy Tab :)








e-buku cetakan Ansarul-Hadis - dalam shelf Galaxy Tab :)


Dari kanan atas: 


1- Himpunan Status Facebook: 91 Faedah Hadith


2- Kenapa Imam Al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi: Satu Analisis


3- Ringkasan Sifat Solat Nabi (belum terbit)


4- Kitab-Kitab Hadith Yang Terpelihara Sehingga Kini


5- Hadith-Hadith Cacat Puasa (belum terbit)


6- Risalah Ilmu Hadith al-Banna (belum terbit)


7- Sulasiyat Al-Bukhariy (belum terbit)


8- Hadith-Hadith Munkar Abu Daud Dalam Sunan: Himpunan Dan Kajian (belum terbit)


9- Kelebihan Surah Yasin (belum terbit)


10- Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi & Manhajnya


11-  Zikir-Zikir Penghujung Solat Yang Sahih Menurut Al-Syaikh Al-Muhaddith `Abdullah Bin `Abdulrahman Al-Sa'd


12-  Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis 


13- Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Jum’at: Satu Kajian Terperinci 



14- Hadith-Hadith Dhaif Bersangkut Haji [Al-`Ulwan , Al-Tharifi , Al-Sa'ad] 



| | Read More »

[Siri 2] Bahasa SMS dalam kitab-kitab hadith





Pada Siri ke-1 dahulu kita telah membincangkan bahasa SMS para imam hadith iaitu perkataan "أبنا "  , bagi yang terlepas Siri ke-1 yang lalu boleh membacanya disini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/04/bahasa-sms-dalam-kitab-kitab-hadith.html

InsyaAllah, pada Siri ke-2 kali ini kita akan membincangkan satu lagi bahasa SMS para imam hadith dalam kitab mereka iaitu Simbol (ح).

Apabila membaca kitab-kitab matan hadith, seseorang akan bertemu dengan simbol huruf al-Haa' (ح). Ketahuilah bahawa simbol ini digunakan oleh para ahli hadith zaman berzaman sebagai singkatan kepada perkataan: "تَحَوَّلَ - tahawwala" atau "حَوَّلَ - hawwala" yang bermaksud: "bertukar, berpindah, deviate from, alter". Ianya bermaksud pada sanad hadith itu berlaku perpindahan (al-intiqal) antara satu isnad kepada isnad lain apabila hadith dengan matan yang sama itu diriwayatkan dengan dua isnad atau lebih.

Contohnya berkata al-Tirmizi dalam kitabnya Syamail al-Nabiyyi: (haddathana Ibn Abi `Umar qala haddathana Ma'an (ح - haa') haddathana Qutaibah, `an Malik `an Ibn Shihab `an Urwah `an `Aishah qala, qala Nabi SAW), maksudnya hadith ini dengan matan ini ada dua jalur iaitu: 1- Ibn Abi `Umar --> Ma'an --> Malik --> Ibn Shihab --> Urwah -->`Aishah --> Nabi SAW , dan 2 - Ibn Abi `Umar --> Qutaibah --> Malik --> Ibn Shihab --> Urwah -->`Aishah --> Nabi SAW

Ini adalah antara bahasa SMS yang diamalkan para ahli hadith dalam kitab mereka! InsyaAllah dalam siri ke-3 akan datang kita akan melihat bahasa SMS lain pula.

sekian dikongsi, moga bermanfaat. 
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin Ali al-Malizy al-Sakandary







| | Read More »

Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Jum’at:Satu Kajian Terperinci





Tajuk: Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Jum’at: Satu Kajian Terperinci

Kajian oleh:
Muhammad Fathi bin Ali (ansarul-hadis.blogspot.com)

Editor:
Mohd `Adlan bin Mohd Shariffuddin (ad-diyari.com)
Ahmad Saifuddin Yusof (kembaramakna.blogspot.com)

Edisi:
Rabi’ al-Awwal 1433H / Februari 2012M

Jumlah Halaman: 
82 termasuk kulit

Hak Cipta: 
Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak cipta mana-mana syarikat percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali, dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis terlebih dahulu.



     



Kandungan

Kandungan. 1

Pendahuluan. 4

Hadith-Hadith Fadhilat Surah al-Kahfi Secara Umum.. 9

1.      Hadith al-Barra’: Turunnya al-Sakinah atas sesiapa yang membacanya. 10
2.      Hadith Abi al-Darda’: Terselamat daripada fitnah al-Dajjal 10

Penjelasan Status Hadith: Pengkhususan Bacaan Surah al-Kahfi Pada Hari Juma‘at. 11

1-        Hadith ‘Ali bin Abi Thalib: 11
·       Matan: 11
·       Takhrij: 11
·       Status Hadith: 12

2-        Hadith Zaid bin Khalid al-Juhani: 14
·       Matan: 14
·       Takhrij: 14
·       Status Hadith: 14

3-        Hadith ‘Abdullah bin ‘Umar: 16
·       Matan: 16
·       Takhrij: 16
·       Status Hadith: 16

4-        Hadith Isma‘il bin Rafi‘: 19
·       Matan: 19
·       Takhrij: 19
·       Status Hadith: 19

5-        Hadith Ishaq bin ‘Abdullah bin Abi Farwah: 21
·       Matan: 21
·       Takhrij: 21
·       Status Hadith: 21

6-        Hadith Umm al-Mu’minin ‘Aishah: 22
·       Matan: 22
·       Takhrij: 22
·       Status Hadith: 23

7-        Hadith Ibn ‘Abbas dan Abu Hurairah: 25
·       Matan: 25
·       Takhrij: 25
·       Status Hadith: 25

8-        Hadith al-Barra’ dan Ibn ‘Abbas: 28
·       Matan: 28
·       Takhrij: 28
·       Status Hadith: 28

9-        Hadith Abu Hurairah: 31
·       Matan: 31
·       Takhrij: 31
·       Status Hadith: 31

10-     Hadith ‘Umar al-Khattab: 33
·       Matan: 33
·       Takhrij: 33
·       Status Hadith: 33

11-     Hadith Anas bin Malik: 35
·       Matan: 35
·       Takhrij: 35
·       Status Hadith: 35

12-     Hadith Makhul: 38
·       Matan: 38
·       Takhrij: 38
·       Status Hadith: 38

13-     Hadith Tanpa Sahabi: 39
·       Matan: 39
·       Takhrij: 39
·       Status Hadith: 39

14-     Hadith Sebahagian Ahli Madinah: 40
·       Matan: 40
·       Takhrij: 40
·       Status Hadith: 40

15-     Hadith Ibn Wahab: 41
·       Matan: 41
·       Takhrij: 41
·       Status Hadith: 41

16-     Hadith Abi Sa‘id al-Khudri: 43
·       Matan: 43
·       Takhrij & Status Hadith:
·       Pertama: Jalur Husyaim bin Basyir. 47
                       Takhrij: Jalur Mauquf. 47
                       Matan: Jalur Mauquf. 47
                       Takhrij: Jalur Marfu‘ 48
                       Matan: Jalur Marfu‘ 48
                       Status: Jalur Husyaim bin Basyir. 48
                                  Kajian Sanad: Jalur Husyaim bin Basyir. 48
                                  Kajian Matan: Jalur Husyaim bin Basyir
·       Kedua: Jalur Syu‘bah al-Hajjaj 60
                     Takhrij: Jalur Mauquf. 60
                     Matan: Jalur Mauquf. 60
                     Takhrij: Jalur Marfu‘ 61
                     Matan: Jalur Marfu‘ 61
                     Status: Jalur Syu‘bah bin al-Hajjaj 62
                                Kajian Sanad: Jalur Syu‘bah bin al-Hajjaj
·       Ketiga: Jalur Sufyan al-Thauri 66
                    Takhrij: 66
                    Matan: 66
                    Status: Jalur Sufyan al-Thauri 67
                               Kajian Sanad: Jalur Sufyan al-Thauri 67
                               Kajian Matan: Jalur Sufyan al-Thauri
·       Kesimpulan status hadith Abi Sa‘id al-Khudri secara keseluruhan: 69

Penutup. 71
·       Fiqh al-Hadith: Yang Sahih. 72

Index Faedah Hadith & Fiqh




Index Faedah Hadith & Fiqh


Maksud istilah al-Marfu'

Antara amalan-amalan yang dianjurkan pada hari Juma'at

Waktu mustajabnya doa pada hari Juma'at

Hadith-hadith yang didiamkan Imam al-Nasa'i dalam kitabnya al-Mujtaba adalah Sahih disisinya

Hukum solat Juma'at bagi lelaki yang baligh

Hadith-hadith yang didiamkan Abu Daud dalam Sunan adalah Soleh

Status hadith fadhilat setiap langkah kaki menuju solat Juma'at seolah berpuasa & bersolat malam selama setahun

Hasan disisi Abu `Isa al-Tirmizi adalah Dha’if

Hakikat solat Tahiyatul Masjid

Penjelasan Dha’ifnya hadith mendahulukan kaki kanan ketika memasuki masjid

Hujah al-Bukhari untuk fiqh mendahulukan kaki kanan ketika memasuki masjid

Penjelasan Munkarnya hadith Aus bin Aus berkenaan memperbanyak selawat atas Nabi pada hari Juma'at 9

Maksud istilah al-Hadith

Maksud istilah al-Mu‘awwizatain

Maksud istilah al-Matan

Maksud istilah al-Takhrij

Manhaj para huffaz Salaf berinteraksi dengan periwayatan para perawi Majhul

Bezanya manhaj huffaz Salaf al-Mutaqaddimin & al-Mutaakhkhirin dalam istilah Munkar

Maksud istilah al-Mauquf

Maksud istilah Munqathi'

Maksud istilah al-Mu‘dhal

Tahzir (amaran) Imam Ahmad bin Hanbal untuk hadith-hadith Gharib. 31

Silapnya al-Suyuthi dalam menukilkan hadith `Abdullah bin `Umar dalam al-Dur al-Manthur

Beza manhaj para huffaz Salaf al-Mutaqaddimin & al-Mutaakhkhirin dalam istilah La Asla Lahu (لا أصل له) dan La Isnada Lahu (لا إسناد له

Kebarangkalian silapnya pengarang al-Hidayah Ila Bulugh al-Nihayah dalam menyebut lafaz 'Juma'at' untuk hadith Anas 37

Maksud istilah Madar sesuatu hadith

Penjelasan bahawa hadith zikir (سبحانك اللهم وبحمدك، أشهد أن لا إله إلا أنت، أستغفرك وأتوب إليك) selepas wudhu adalah Dha’if secara Marfu’ dan rajihnya adalah Mauquf kepada Abi Sa’id al-Khudri sebagai kata-katanya sahaja

Maksud istilah Syaikh

Maksud istilah Ghair Masyhur

Maksud istilah Soduq Yukhti’ Kathiran

Penjelasan bahawa hadith Nu'aim bin Hammad berkenaan malapetaka pada bulan Ramadhan adalah Batil 49

Penjelasan bahawa Husyaim tidak pernah sama sekali mendengar dari Abi Hasyim al-Rumani & bantahan kepada mereka yang ingkar akan kenyataan Imam Ahmad bin Hanbal, serta penjelasan manhaj para huffaz Salaf al-Mutaqaddimin dalam berinteraksi dengan periwayatan para perawi Mudallis

Penjelasan silapnya Abi al-Nu‘man Muhammad bin al-Fadhl al-Sadusi dalam meriwayatkan lafaz 'malam Juma'at' 57

Beza manhaj para huffaz Salaf al-Mutaqaddimin & al-Mutaakhkhirin dalam istilah Syadz  57

Penjelasan silapnya Nu‘aim bin Hammad dalam meriwayatkan lafaz 'apa yang antara dua Juma‘at ' 57

Penjelasan tersilapnya al-Hakim dan al-Albani atas hadith Yahya bin Kathir dalam menyatakan bahawa ia adalah atas syarat  kedua al-Bukhari dan Muslim atau salah satu daripada mereka

Maksud istilah Athbat al-Nas Fi Hadith Fulan. 62

Maksud istilah Thiqah Lahu Awham

Maksud istilah Min Thiqat Ashab Fulan. 62

Periwayatan Ghundar adalah yang paling jitu untuk hadith-hadith Syu’bah

Maksud istilah Thabit Fi Fulan 63

Maksud istilah Soduq Lahu Awham

Penjelasan silapnya Rabi‘ bin Yahya dalam meriwayatkan hadith Syu'bah secara Marfu' 57

Maksud istilah Jarh wa Ta‘dil

Apabila berlaku percanggahan secara khusus antara riwayat Husyaim dan Syu‘bah serta Sufyan daripada seseorang rawi, jika Syu‘bah dan Sufyan sepakat dalam periwayatan mereka untuk seseorang rawi itu, maka diunggulkan periwayatan mereka berdua ke atas periwayatan Husyaim.. 69

Maksud istilah Syarat hadith Sahih 69

Hadith Munkar kekal Munkar selama-lamanya

Penjelasan maksud sebenar ungkapan Imam al-Syafi’i berkenaan amalan surah al-Kahfi pada hari Juma’at

Tidak diketahui amalan para Sahabat Nabi SAW melazimi membaca surah al-Kahfi secara khusus pada hari Juma'at dengan mengharapkan ganjaran khusus. 73



| | Read More »

Ijazah Periwayatan (sanad) dari Syaikhuna Dr. Muhammad Ahmad Isma'il al-Muqaddam kepadaku






بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله نحمده ونستعينُه ونستغفره ، و نعوذُ بالّله مِنْ شُرورِ أنفسِنا و من سيئاتِ أعمالِنا . مِن يهدِهِ الله فلا مُضِلَّ لَه ، وَ مَنْ يُضلِلْ فَلاَ هادىَ له ، و أشهدُ أن لا إله إلا الله وحدَه لا شريك له و أشهدُ أنَّ محمداً عبدُه و رسولُه  
أما بعد  

فإنه كفى بالمرء شرفا أن يكون أدنى سلسلة أعلاها رسول الله صلى الله عليه وسلم 
قال الإمام ابن أبي حاتم: إن الله أكرم هذه الأمة وشرفها وفضلها بالإسناد، وليس ذلك لأمة من الأمم كلها قديمها وحديثها 
وقال الإمام أحمد بن حنبل : الإسناد العالي سنة عمن سلف ، وقال أيضًا: طلب علو الإسناد من الدين 
وقال الحافظ ابن عبد البر : الإجازة في العلم رأس مال كبير 

واقتداء بسلفنا الصالح ، ومحافظة على اتصال الإسناد الذي هو خصيصة هذه الأمة ، فقد توجه راجي عفو الغفور  أبو إسماعيل محمد فتحي على إبراهيم ، إلى الشيخ الفاضل/ محمد أحمد إسماعيل المقدّم حفظه الله تعالي ، ونفع به الإسلام والمسلمين ، طالباً منه إجازتي ببعض مروياته ، وقد لبي الشيخ طلبي ، والحمد لله رب العالمين .

شكر وتقدير للشيخ  محمد أحمد إسماعيل المقدّم  حفظه الله تعالي على إجازته لى ببعض مروياته


 صورة من الإجازة







| | Read More »

Hukum al-Mawlid al-Nabi Antara Keharusan Masoleh Mursalah & Bid'ah Tercela




Hukum al-Mawlid al-Nabi:
Antara Keharusan Masoleh Mursalah & Bid'ah Tercela

Oleh: Fadhilah al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Hatim Syarif al-Awni (Univ Umm al-Qura, Makkah)
Penterjemah: Ustaz Kurta Ungu al-Madiniy (Univ Islam Madinah)
Editor: Abu Ismail Fathi al-Sakandary (Univ Iskandariah, Mesir) & Mohammad Fikri az-Zahabiy (Univ Mohd V, Rabat )



أولا 
 يجب أن يكون الحديث عن حكم المولد بعلم وعدل , وأن لا ننكر اختلاف العلماء فيه , وأن هناك بعض جلة العلماء حكى استحبابه بشروط .بل هذا شيخ الإسلام ابن تيمية في كتابه (اقتضاء الصراط المستقيم) ، مع حكمه على المولد بأنه بدعة ؛ إلا أنه عذر مقيميه , بل اعتقد حصول الأجر العظيم لهم فيه ، فقال (رحمه الله) : ((فتعظيم المولد ، واتخاذه موسما ، قد يفعله بعض الناس ، ويكون له فيه أجر عظيم ؛ لحسن قصده ، وتعظيمه لرسول الله صلى الله عليه وسلم . كما قدمته لك : أنه قد يحسن من بعض الناس ، ما يستقبح من المؤمن المسدد))
Pertama:
Perbincangan tentang hukum maulid hendaklah dilakukan dengan keilmuan dan keadilan, dan hendaklah kita tidak mengingkari khilaf (perbezaan) `ulama' padanya, sesungguhnya di sana ada sesetengah `ulama' besar mengatakan mustahabnya (harusnya) dengan syarat-syarat tertentu. Bahkan Shaykhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya (Iqtidha’ as-Siroth al-Mustaqim) walaupun hukumannya terhadap maulid bahawa adalah bida’ah, akan tetapi dia menguzurkan orang yang membuatnya, bahkan dia meyakini mereka mendapat ganjaran yang besar bagi mereka padanya, maka dia(Ibnu Taimiyyah) rahimahullah berkata:

(( Maka mengagungkan maulid, dan mengambilnya sebagai musim, ada sesetengah manusia melakukanya, dan padanya ganjaran yang besar, disebabkan niatnya yang baik dan mengagungkan Rasulullah SAW, seperti apa yang telah aku nyatakan kepada kamu, bahawa mungkin sesetengah manusia mengelokkan, apa yang diburukkan dari mukmin yang betul ))


ثانيا 

 أما لتفصيل حكمه : فأقول : من استثمر يوم المولد للتذكير بسيرة النبي صلى الله عليه وسلم , أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين , من غير غلو (كاستغاثة) , ولا مصاحبة منكرات (كاختلاط) , ولا خرافات (كدعوى حضوره صلى الله عليه وسلم يقظة) , ومن غير اعتقاد فضل خاص لهذا التذكير في يوم محدد , وإنما هو من باب استثمار تاريخ الحدث الجليل في استحضاره في النفس , كما يستحضر الخطباء يوم بدر في السايع عشر من رمضان , ويوم الفتح في العشرين منه , ويوم الهجرة في بداية السنة الهجرية = فهو حلال ؛ لأنه لم يعد يرتبط به اعتقاد عبادة مبتدعة , وانتقل بهذه الشروط من البدعة المحرمة إلى المصلحة المرسلة المباحة , فهو بهذه الشروط لا يتضمن إلا مجرد اتباع للوسائل المبلغة لمصلحة شرعية وهي : التذكير بسيرة النبي صلى الله عليه وسلم , أو لإذكاء عاطفة حبه في نفوس المسلمين .

Kedua :
Adapun untuk memperincikan hukum maulid itu: Maka aku berkata sesiapa yang menjadikan hari maulid dengan memperingati sirah Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam, atau untuk meningkatkan emosi kecintaannya pada jiwa-jiwa muslimin, dengan tidak melampau (seperti meminta bantuan dari Nabi - dengan tawassul yang tercela - ),dan tidak bersamanya kemungkaran-kemungkaran seperti (percampuran antara lelaki dan perempuan), dan bukan khurafat seperti (mendakwa hadirnya Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam dalam keadaan sedar), dan tanpa meyakini adanya keistimewaan yang khusus pada peringatan itu pada hari tertentu, dan yang dilakukan itu cuma sebagai untuk menyuburkan sejarah kejadian yang besar dalam menghadirkannya (iaitu memperingati hari itu) dalam jiwa, sepertimana para khatib menghadirkan hari peperangan Badar pada 17 Ramadhan dan hari pembukaan Makkah pada hari kedua puluh, dan hari penghijrahan pada permulaan tahun hijrah jika sebegini rupa maka ia halal, kerana ia tidak lagi berkait dengannya kepercayaan tentang ibadat yang direka-reka, maka telah berpindahlah dari bid’ah yang haram kepada Maslahah Mursalah yang dibolehkan dengan syarat-syarat ini, dan ia dengan syarat-syarat ini ia tidak mengandungi kecuali hanya mengikuti jalan-jalan (kaedah-kaedah) yang disampaikan untuk kemaslahatan (kepentingan) syarak iaitu : memberi peringatan dengan sirah Nabi SAW (dengan membuat kuliah-kuliah), atau untuk meningkatkan emosi kecintaannya pada jiwa-jiwa muslimin (dengan kuliah-kuliah itu).
وأجد أنه من الضروري لتصحيح الحكم بالإباحة : التأكيد دائما على من يحضرون الموالد ويقيمونها على أمور :- أن إقامة تلك الدروس والاحتفالات (الخالية من المنكرات) ليس لأن إقامة المولد عبادة , وإنما لأنه مجرد استثمار لوقت الحدث من أجل تحقيق مصلحة شرعية منه .- أنه ليس ليوم المولد السنوي خاصية ولا فضيلة ثابتة . - بيان منكرات الاعتقادات والأقوال والأفعال المقطوع ببطلانها التي تنتشر في كثير من الموالد .فمع هذه الشروط لا أجد في المولد بدعة , ولا ما يدعو فيه للإنكار عليه وعلى مقيميه

Dan saya mendapati sesungguhnya ia adalah kepentingan untuk membetulkan hukum dengan pengharusan : Sentiasa menegaskan kepada sesiapa yang menghadiri majlis maulid dan yang mendirikannya kepada perkara-perkara:-

Bahawa membangunkan  pengajaran-pengajaran dan perayaan-perayaan itu (yang sunyi dari kemungkaran) bukanlah kerana menjadikan maulid itu sebagai ibadah, tetapi sebagai menyuburkan pada waktu berlaku perkara itu sebagai alasan merealisasikan maslahat  syar’ie darinya,  Dan bukanlah pada pada perayaan Maulid itu bersifat tahunan dan khusus dan  tiada padanya apa-apa kelebihan yang tsabit, dan mereka juga menerangkan kemungkaran dalam kepercayaan-kepercayaan ( iktikad / akidah ) dan pada perkataan-perkataan, dan perbuatan-perbuatan yang jelas terbatal padanya yang banyak tersebar pada kebanyakan Maulid (yang biasa dilakukan orang ramai). Maka dengan syarat-syarat ini, aku tidak mendapati pada maulid itu bid’ah, dan tidak apa yang mereka ajak padanya untuk mengingkari ke atasnya dan ke atas orang yang mendirikannya.

كما أني لا أجد حرجا في قول من امتنع من إقامته امتناعا مطلقا , من باب مدافعة الخلل الكبير الذي يحصل فيه , وسدًّا لذرائع المنكرات المنتشرة فيه ؛ إذا كان صاحب هذا القول الممانع لا يبالغ في ممانعته , فلا ينكر على من أباحه بتلك الشروط , ويجيز اختلاف الاجتهاد فيه , ما دام ملتزما بتلك الشرائط . فهذا القول بهذا الشرط قول سائغ , له ما يجعل له حظا من النظر

Sepertimana aku tidak mendapati apa-apa masalah pada pendapat yang melarang dari mendirikannya (perayaan Maulid) dengan larangan yang mutlaq, daripada aspek untuk menahan kepincangan yang besar yang berlaku di dalamnya, dan menutup pintu-pintu kemungkaran yang tersebar di dalamnya, sekiranya pemilik pendapat yang melarang tidak melebih-lebih dalam larangannya, maka dia tidak mengingkari sesiapa yang membolehkannya dengan syarat-syarat itu, dan ada keharusan perbezaan ijtihad padanya, selagi mana beriltizam dengan syarat-syarat (di atas), maka pendapat ini dengan syarat ini merupakan pendapat yang diterima, padanya apa yang menjadikan baginya peluang dari pandangan.

والواقع أن شبه هذا يحصل عندنا في السعودية دون نكير , فعامة خطب الجمعة وكثير من مواعظ المساجد عندنا تتحدث عن المولد بإنكاره قرب موعده السنوي (في آخر خطبة قبله , أو عشية ليلته) , وهي ربما بدأت بذكر فضائل النبي صلى الله عليه وسلم وحقوقه على أمته , ثم تختم بذكر منكرات الموالد . فهي أقامت المولد الذي أرى إباحته , لكنها لم تسمه بالمولد

Dan realiti ini berlaku pada kita di Sa`udi tanpa penafian,  maka kebanyakan khutbah-khutbah jumaat dan  banyaknya peringatan tazkirah-tazkirah di masjid-masjid kita mengatakan tentang Maulid dengan mengingkarinya apabila berdekatan dengan harinya secara tahunan (pada akhir khutbah sebelumnya atau pada malamnya). Dan ia mungkin memulakan dengan mengingatkan tentang kelebihan Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam dan haq-haqnya ke atas umatnya, kemudian diakhiri dengan mengingatkan tentang kemungkaran Maulid. Dan mereka ini sebenarnya telah membangunkan Maulid yang aku berpendapat tentang keharusannya- sebagai yang telah aku jelaskan sebelum ini - , tetapi mereka tidak namakannya sebagai Maulid.

ونحوه : ما كتبه ويكتبه علماؤنا في مجالس شهر رمضان , ككتاب الشيخ ابن عثيمين (رحمه الله) , والذي فيه تذكير بغزوتي بدر والفتح في يوميهما من رمضان . وأراد الشيخ (رحمه الله) أن يقرأه الناس في المساجد كل سنة , ويرجو هو (رحمه الله) ومن يريد له استمرار الأجر به : أن لا تنقطع قراءة هذه المجالس في كل رمضان من كل سنة , وأن يعمّ وينتشر بين المسلمين , وكثيرا ما يحصل ذلك في مساجدنا , ويتكرر كل سنة

Contohnya :Seperti apa yang telah ditulis tentangnya dan `ulama'-`ulama' kita menulis tentangnya pada majlis-majlis bulan Ramadhan, seperti kitab shaykh Ibn `Uthaimeen (rahimahullah), yang padanya terdapat peringatan tentang dua peperangan iaitu peperangan Badar dan pembukaan Makkah yang berlaku pada dua hari dalam  bulan Ramadhan. Dan shaykh `Uthaimeen (rahimahullah) menginginkan manusia membacanya di masjid-masjid pada setiap tahun, dan dia(rahimahullah) mengharapkan dan sesiapa yang mahu untuk meneruskan pahala dengannya: supaya tidak memutuskan bacaan kitab majlis-majlis ini pada setiap Ramadhan pada setiap tahun, dan supaya ia menjadi umum dan tersebar di kalangan muslimin, dan inilah yang berlaku di masjid-masjid kita (di Saudi) kebanyakannya, dan ia berulang setiap tahun.

فتكرار قراءة خبر هاتين الغزوتين في يومين محددين من كل سنة , لم يجعل هذا الفعل بدعة ؛ لأن هذا التحديد لم يقع على وجه التعبّد به ؛ وإنما على وجه استثمار تاريخه في زيادة التأثير به , وفي ترسيخ تاريخه , وفي تذكّر نعمة الله تعالى علينا بهذين اليومين العظيمين في تاريخ الإسلام . وكحل وسط : أصبح كثير من مقيمي الموالد لا يلتزمون بالموعد السنوي المحدّد , فيقيمون مجالس تذكير بفضائله صلى الله عليه وسلم في عرض العام , وعدة مرات فيه . وهذا المولد إذا خلا من بقية منكرات بعض الموالد فلا إشكال فيه البتة , بشرط عدم اعتقاد كونه عبادةً مقصودة لذاتها

Maka pengulangan pembacaan berita dua peperangan itu pada dua hari yang dikhususkan pada setiap tahun, tidak menjadikan perbuatan ini bida’ah, kerana pengkhususan ini tidak berlaku cara yang bersifat taabudiyyah padanya, tetapi ia sebagai cara menyuburkan sejarahnya untuk menambahkan kesan (pada jiwa-jiwa muslimin) dengan cara itu, dan untuk menguatkan sejarahnya, dan untuk mengingati nikmat Allah ke atas kita dengan dua hari yang besar ini dalam sejarah Islam.
Dan hal sederhana : Kebanyakan dari orang yang membangunkan Maulid-Maulid ini tidak melazimi diri mereka dengan tarikh tahunan yang ditetapkan, mereka mendirikan majlis-majlis yang menyebutkan kelebihan-kelebihan Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam secara umum, dan beberapa kali padanya. Dan Maulid ini sekiranya sunyi dari kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan sesetangah Maulid-maulid maka tidak ada masalah langsung padanya, dengan syarat tidak menganggap ia sebagai ibadah yang dimaksudkan padanya (tidak dijadikan ibadah, tidak menganggap adanya kelebihan khusus).

الخلاصة
ومن هذا يتضح أنه يجب التفريق بين صورتين للمولد
1-      صورة يكون فيها المولد من المصالح المرسلة : وذلك إذا كان بقصد استثمار تاريخ هذا الحدث الجليل للتذكير بسيرته صلى الله عليه وسلم , أو لإذكاء جذوة محبته صلى الله عليه وسلم في القلوب , من غير اعتقاد فضيلة خاصة لليوم , تجيز تخصيصه بعبادة , أو باعتقاد لا دليل عليه .وهذه الصورة هي التي استحسنها كثير من العلماء كأبي شامة وابن ناصر الدين وغيرهما كثير من سادة الأمة

Kesimpulan: 

Maka dengan ini jelaslah bahawa wajib bagi kita membezakan antara dua jenis Maulid: 

1. Pertamanya jenis Maulid yang merupakan dari Masolihul Mursalah: iaitu diadakan maulid itu  dengan maksud menyuburkan sejarah peristiwa yang hebat ini dengan memperingati sirah Nabi Sallallahu-alayhi-wasallam atau untuk menyalakan semula cinta kepada Baginda SAW dalam hati,  tanpa mempercayai adanya kelebihan tertentu pada hari itu, tanpa membolehkan pengkhususannya dengan ibadah,  atau dengan kepercayaan yang tiada dalil padanya. Dan bentuk ini yang diberi keringanan (diminta kebaikannya) oleh kebanyakan ulama’ seperti Abi Syaamah dan Ibn Naasiruddin dan selain mereka berdua dari kalangan imam-imam.


 2- وصورة يكون فيها بدعة , حتى لو خلا من الغلو والمنكرات , وهو فيما لو خُصَّ هذا اليوم باعتقاد فضل يخصه , وصار يُظن أنه ترتبطبه عبادات يزداد أجرها فيه , أو أن مثل تلك الاحتفالات في هذا اليوم المخصوص مقصودة لذاتها , كما تُقصد العبادات المشروعة لذاتها . وهذه الصورة هي التي استنكرها كثير من العلماء كشيخ الإسلام ابن تيمية وغيره من سادة الأمة

2. Dan jenis yang mempunyai bid’ah dalamnya, walaupun sambutan itu sunyi dari sikap berlebih-lebihan dan tiada kemungkaran, namun jika dikhusukan hari itu dengan kepercayaan bahawa adanya kelebihan tertentu – sedangkan tiada dalil tentangnya, maka ia bid’ah - . Dan apabila disangkakan bahawa pad hari itu terdapat ibadat-ibadat yang – dikhususkan untuk - menambahkan pahala padanya, atau membuat perayaan-perayaan tertentu pada hari itu yang tertentu misalnya seperti dengan meniatkan ibadat-ibadat yang disyariatkan untuknya – sedangkan tiada dalil - . Maka jenis ini merupakan jenis yang diingkari kebanyakan ulama'  seperti Shaykhul Islam Ibn Taimiyyah dan selainnya dari kalangan imam-imam




| | Read More »

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign